Friday, 4 September 2015

Rambut panjang..cool!

Sejak dulu, saya suka melihat lelaki berambut panjang walaupun arwah Abah dan adik lelaki serta anak saudara lelaki semuanya jenis rambut 1 inci panjang di kulit kepala. Ya, mereka tidak pernah berambut panjang.

Bagi saya, lelaki berambut panjang adalah unik kerana berdasarkan pengamatan peribadi, sekiranya mereka berambut panjang, sudah pasti mereka tahu untuk membasuh dan menguruskan rambut mereka, maknanya lelaki berkenaan ada attitude rajin untuk menguruskan rambut mereka supaya sihat dan tidak gugur.

Beberapa tahun lalu, ketika masih bertugas sebagai wartawan, saya ditugaskan menemuramah pakar rambut di Bangkok. De Silva, pakar rambut hebat ketika itu bercakap bagi pihak satu jenama syampu yg terkenal. Jadi saya mengambil kesempatan berkenaan sebaik mungkin untuk meneroka misteri rambut. Antara kenyataan disebut De Silva ialah:

* Setiap hari rambut kita akan gugur sebanyak seratus helai,
* Rambut perlu dibasuh setiap hari sama seperti kita menjaga badan.
* Pemakanan sihat juga menyumbang kepada kesihatan rambut.
* Bagi wanita bertudung, rambut tetap perlu dibasuh setiap hari kerana liang rambut mengeluarkan minyak setiap hari dan jika tidak dibasuh atau dicuci, ia akan menyebabkan tersumbat seterusnya akan ada masalah rambut.

Beberapa hari lalu, saya menaiki teksi dari Hotel Park Royal ke Mahkota Cheras. Pemandunya lelaki Cina berambut panjang dan lebih mengagumkan, keseluruhan rambutnya berwarna perak (uban). Rambut beruban adalah rambut yang sihat seperti yang pernah saya baca dalam satu artikel tidak lama dulu.

Antara dialog saya dengan pemandu berkenaan:

Saya: Since when you keep your hair long Uncle?
Dia: More than 5 yrs and this is second time..:)
Saya: Wowww...cool?
Dia: Yeahh..but my wife keep nagging me as well as my niece. They thot that old guy like me cannot keep long hair huh..
Saya: Pity you Uncle..ehh but you look cool. I loikeee (hahaha ya saya suka)
Dia: Owhh really?? Tq. You are the one who said this to me. Tq. :))

Then we continue our conversation about hair bla bla bla.

As for me, there is nothing wrong for man to  be in long hair as long as they know how to manage and keep it well. Refer to my case, at least i know he has an effort to manage his hair well. So anda syampu rambut berapa kali seminggu?
Cool!!!

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...