Wednesday 29 August 2012

Kek kampung dalam hati kami...

Hari raya lalu, aku dan adik memilih menziarahi 'rumah' mak di Taman Universiti berhampiran komuter Bangi sebagai destinasi pertama kami pada pagi Aidilfitri. Kawasan perkuburan berkenaan sangat bersih dan rapi. Pakcik Shamsudin yang bertanggungjawab menjaga kawasan perkuburan itu sangat rajin dan berhemah orangnya. Aku agak dia mungkin bekas askar atau hanya melakukan kerja kampung, namun raut wajahnya jelas dia bukan sebarangan dan bukan calang-calang kerana setiap hari dia tega keseorangan menghabiskan masa di tanah perkuburan, membersih, menggali, menyiram dan merapikan petak-petak kubur. Walaupun di siang hari, angin berdesir dan bayu yang lalu mengeluarkan bunyi mersik pada pohon-pohon sekitar selain bunyi monyet dari kawasan hutan berhampiran, sedikit sebanyak menimbulkan rasa insaf sebenarnya.
Ini kek paling mewah dalam hati kami..
Bukan pasal perkuburan yang hendak dikatakan, tapi ingatan terhadap emak terbayang-bayang dalam fikiran kami. Semasa balik, adik kata dia nak makan kek kampung yang mak selalu buat ketika kami masih kecil. Lepas kakak dah pandai buat kerja dapur, mak ajar kakak buat kek kampung itu dan kami akan tekun memerhati kakak mengacau adunan kek supaya sebati. Sukatannya, yang aku ingat adalah lima biji telur ayam dan lima sudip majerin. Gandum dan gula pula main agak-agak saja sebab mak memang tak suka melihat buku untuk memasak. Tambahan pula, resipi mak semuanya ada dalam minda beliau saja. Bagaimanapu, kek kampung itu tetap menjadi.
Nak buat corak marble dan sepatutnya berwana coklat, tapi sebab aku sentiasa taksub dengan warna hijau...(ehh sayer bukan penyokong Pas yer..) maka kek ini tetiba menjadi warna incredible hulk..hijau!
Kata adik lagi, dia dah puas makan kek midvalley (layer cake), dia dah bosan makan kek pavillion (red velvet) dan dia dah jemu makan kek klcc (rainbor cake), jadi dia hanya nak makan kek kampung (kek majerin biasa tanpa sukatan tepat). Katanya lagi dia nak makan ketika masih panas, ketika baru dikeluarkan dari oven. Aku tak tahu siapa yang untung, sama ada adik yang bernasib baik kerana dia boleh roger aku bila-bila masa saja untuk 'order' apa saja menu atau Allah merahmati aku kerana setiap kali aku bakar kek atau bakar biskut atau masak agar-agar, seringkali ia akan habis dengan selamatnya. Selain adik yang menjadi penerima pertama, security yang bertugas di entrance Windsor juga adalah penerima tetap.
Satu bekas untuk pakcik security...
Dan kek kampung adik sudah siap..rasanya macam kek majerin sempoi jer tapi kek ini juga adalah yang paling sedap bagi kami. Sedap kerana ia menyimpan nosltalgia, ia mengandungi ingatan kami yang jitu kepada emak yang sudah tiada, ia menjadi kek paling mahal buat kami kerana kata abah, telur ayam untuk buat kek ini adalah telur dari ayam yang abah pelihara. Ahhhhh..kek kampung yang sangat bermakna dalam hati kami...

Tuesday 28 August 2012

Cisss beskut kering je lapisnya!

Cream cracker layer cheese..tajuk entry tu ala-ala hilang ingatan sebenarnya..sebab dah lama tak pekena kopi depan tingkap sambil menikmati pekat malam yang sama hitam dengan pekat kopi..
Mood raya masih terasa di tempat kerja. Osman pulak pasang lagu raya kuat-kuat sampai satu pejabat dengar. Aku puasa hari ni sebab Maghrib awal..boleh pula gini kan. Aircon sejuk gila sebab masih ramai yang bercuti..sambil layan kerja, tetiba ada jejaka pemalu datang hulur kek lapis sepinggan...alllooo aku dah le puasa. Kek tu pulak memang seduce habis..antaranya yang di atas tu..kalau addict dengan cheese..kek atas tu memang basenya adalah cheese. Namun, terpaksa jamu mata saja sebab puasa. Tak puas hati dengan budak Hafeezan yang datang hulur pinggan kek tu, aku paksa dia bagi resipi sebab katanya mudah je, tak payak masuk oven pun, masuk je dalam peti ais. Lagilah teruja bila dengar resipi sempoi macam ni kan.
Enak dimakan ketika sejuk...
Dan benar bagai dikata, balik kerja jam 6 petang, singgah Jusco beli cheese dan bahan lain, zipp zapp je, semudah petik jari sambil makan kacang. Siap dah, tapi awas..kalau tak suka cream cheese, anda tak boleh makan kek lapis ini kerana ia kaya dengan cheese dan yang sewaktu dengannya. Masa diambil nak buat kek ini tak sampai setengah jam pun..express sungguh. Aku suka kek segera macam ni, jimat masa.
Philadelphia cream cheese..kalau nak buat red vel pun boleh guna cream cheese ini juga..atau rainbow cake pun sama..tapi mahal wehh..
Sekali pandang macam tiramisu, dua kali pandang pun macam tiramisu juga tapi jangan tipah tertipu, ia adalah biskut cream cracker lapis cheese...simpan dalam peti ais bagi chill sekejap, then pekena dengan tea panas, biru mata hitamku. Sangat bombastik statement mengenai kek ini, tapi barang baik, kena bagi kecoh sket kan. Hafeezan, dik ko mesti suka akak kempen kek cheese ko ni kan..:)
Lapisan biskut dengan keju..lepas tu tabur nestum yang dicampur dengan serbuk koko..
Rambut maintain tutup dahi sebelah..
Ini le dianya Hafeezan tu, rambut cantiklah dik..hahaha. Motif akak promote kau, kalau ada sapa-sapa nak order kek lapis awak, bagi komisyen sket yer chehhh...Ok Hafeezan kata dia tolong maknya bakar kek lapis kat rumah..haaa salutelah bro, bukan setakat mahir pegang mouse kat opis, bakar dan bancuh kek pun pandai tau..bukan poyo punya kek..kek lapis yer. Ok, sapa nak order Hafeezan...ehhh bukan , sapa nak order kek lapis cheese n cream cracker ni, roger akak ya! nyumm nyumm...:)

Nota: Minggu ini akan dipenuhi dengan eksperimen membuat kek, kalau ada rakan blogger dekat, nak je aku bagi kek ni sebab aku hanya buat, bukan makan!

Monday 27 August 2012

Bakso...?

Kali pertama aku makan bakso ialah pada tahun 2005, di kaki candi Borobudur, Jawa Tengah. Masa tu bulan puasa dan aku tiada pilihan, kecuali beli bakso yang dijual oleh Indon totok di kaki candi itu. Kata pemandu pelancong ketika itu, Wak Dede, bakso itu adalah halal dan aku tawakal saja sebab aku tidak dibekalkan dengan sebaran makanan. Asyik dok menjajah candi, buka puasa pun main taram jer..

Bakso Semenyih...sedapnya boleh tahan...
Bakso yang dibeli itu pula keruh semacam je warnanya tapi rasa boleh tahan. Betapa poyonya bakso tu, hanya bebola daging dan mihun saja..isi lain langsung tak ada. Aku ingat lagi Wak Dede makan dengan berseleranyanya. Ok aku pun ikut macam dia, makan dengan selera! Lepas makan bakso Borobudur, jelajah ke Prambanan pula, tapi tiada penjual bakso di situ. Uhukkk....

Lepas balik KL, langsung lupa pasal bakso. Tahun 2007, ada duty kat Aceh..lima hari di bumi yang dilanda tsunami itu, lima hari juga aku bantai bakso. Mi bakso Aceh sangat special. Ada isi ayam, kacang tanah, begedil dan sudah tentu bebola baksonya yang comel, putih dan gebu. Letak pulak sambal cili kicap..perghhh...memang tak pandang kiri kanan. Masa tu bakso Aceh sangat famous sampaikan aku tak kisah dah askar GAM sedang sentri kat jalan raya di Aceh, janji dapat beli bakso..masa tu juga Aceh sedikit bergolak..tapi penangan bakso mengatasi segala-galanya.

Ikut adik pergi beraya ke rumah kawannya, makaihhh ada baksooooo...tapi bakso ini dimakan dengan maggi..hmmm unik juga rasanya..bebola baksonya pun bersih...yelah katanya beli kat Tesco Semenyih...patut le comel..hmmm bakso! Makan, tak pernah ada halangan budaya kan..Melayu boleh makan makanan Jawa, Jawa boleh makan makanan Cina..Cina boleh minum teh tarik mamak...apa-apa pun, bakso harus dibuat Ahad ini!

Friday 24 August 2012

Rambut..

Cukur jambul, potong jambul, buat kita teringat kepada baby yang baru lahir. Pasti mak atau neneknya akan buat kenduri khas untuk potong rambut si kecil ini. Kalau ikut afdal, rambut mereka elok dipotong oleh ustaz atau tuan guru supaya berkat dan rambut halus yang tumbuh dari dalam kandungan ibu ditimbang, berapa sukatan mayamnya dan dinilai dengan berat emas. Kalau si kecil itu bayi perempuan, nilai rambut akan ditukar dengan emas, belilah gelang atau apa saja untuk dipakaikan kepadanya. Dan rambut itu disimpan di tempat sejuk supaya baby akan sentiasa sihat dan tidak akan mengalami demam atau panas kepala. Agak-agak ada lagi tak mak-mak sekarang buat begini? Maksud aku simpan rambut bayi mereka, dinilai dengan emas dan membiarkan rambut anak dicukur oleh mereka yang alim dan dihormati? Mungkin lain tempat lain caranya kan..

Dua tiga hari lepas, ketika marah menguasai diri pasal kes tersilap appointment, aku telefon ex boss dan 'menjerit' kepada beliau mengenai kecuaian 'si polan' yang menghantar aku ke appointment yang salah tarikhnya. Ex boss hanya mendengar, di dalam gagang kedengaran dia melepaskan keluhan dan menarik nafas seketika. Matahari tegak di atas kepala dan aku ketika itu menapak turun dari Menara Timur di UMMC menuju ke tapak parking yang agak jauh, memang mendidih rasanya. Kalau sapa-sapa yang ada di tempat aku pun akan menjerit sekuat hati kepada si polan yang tersangat cuai itu. Memang dah lepas dan aku akan pastikan dia tidak akan melakukan kecuaian ketiga kepada aku!
"U ok ke ni?" Aku dengar suara ex boss.
"Ok, cuma ada api sikit kat kepala.."
"Sabar naa..meh ikut i p buat rambut..nak tak?" Ajaknya sambil ketawa. 
Aku tahu, dia menyiram air sejuk ke atas api yang masih marak.
"Hello..u tahu kan i dah dua tahun potong rambut sendiri kan?" Aku jawab dalam telefon.
"Tahu, sebab tu i nak ajak u pi buat rambut, cuci rambut, blow rambut, rawat rambut 
dan colour rambut, nak tak?"
"Berapa kos?" Aku tanya, agak-agak mau tiga atau empat keping RM50 akan melayang.
"Percuma, I tanggung.." Katanya sambil ketawa lagi.
Leisure habess lepak di A Saloon...hilang api kat kepala, balik office hati sejuk!
Tak lama kemudian aku dapati kepala aku sudah dikerjakan brader handsome yang pakai baju Melayu purple tu. A Saloon memang excellent servicenya. Sampai ke hari ni aku tak tahu berapa charge untuk potong, rawat, cuci dan warnakan rambut kerana semuanya disettlekan oleh ex boss. Dua tahun aku potong rambut sendiri kerana bengang dengan Cina kedai  rambut yang pernah paw aku masa pi potong rambut kat Bangsar dulu. Dia tulis depan kedai RM10 untuk potong, tapi bila aku pi letak kepala, dia charge RM25 atas alasan rambut aku panjang dan straight, susah nak potong. Cheittt...auta punya ahsoo. Selepas itu aku potong rambut sendiri dan sehinggalah jejak kaki ke A Saloon di Paradigm Mall di Kelana Jaya baru-baru ini, brader tu kata "Aiyaaa...kakak, apa pasal rambu lu tarak sama?" Aku dapat lihat mukanya berkerut-kerut nak samakan rambut aku yang kemudian jadi macam magic, memang sentuhan brader tu memukau! A Saloon ini memang canggih, duduk tiga jam pun rasa sekejap je sebab ada ipad di setiap kerusi pelanggan.
Dinie ni akan jadi aktif kalau rambutnya dibiarkan menggerbang, tapi kalau maknya tocangkan rambutnya, dia akan jadi kanak-kanak paling behave...caya dak? Kuasa pada rambut!
Sebelum potong, rambut Dinie di'iron' dulu untuk memudahkan urusan memotong..
Kalau mak ada, dia mesti terkejut tengok rambut aku bertukar sedikit warnanya daripada warna hitam kepada perang. Pertama kali aku warnakan rambut, itu pun sebab diheret ke saloon, not bad juga resultnya. Yang di atas ini adalah Dinie, rambutnya wet look macam maggie kalau lepas mandi. Walaupun panjang, tetap nampak pendek sebab kerinting halus. Ibunya terpaksa bawa ke kedai dan di'iron' dulu sebelum potong sebab hair cutter tu tak boleh agak nak gunting rambut dia macam mana. Dinie ni masa dia kecil, maknya cukur sendiri rambutnya yang lurus, lepas cukur tumbuh rambut baru yang kerinting.
Tengah kontrol notty sebab uncle barber suruh dia diam nak cukur rambut..
Ishraff, abang Dinie. Rambutnya berketak-ketak dan maknya bawa jumpa barber dua bukan sekali, terus zass nombor 0 atau nombor 1. Lagi dua bulan, panjang lagi macam semak samun. Rambutnya semasa bayi masih ada maknya simpan dalam peti ais. Dia jarang demam berbanding adiknya.
Mangsa kedua yang ak botakkan kepalanya..Haffiz Hakimi, dah besar esok jangan lupa ya, rambut awak yang pertama mommy yang potong..:)
Ini baby kedua yang aku cukur rambutnya. Baby pertama adalah Alisya, anak buah KA, cousin kepada Hakimi. Hakimi ini juga anak buah KA. Masa dia lahir, maknya takut nak pegang kepala dia, opahnya pun suspen sebab terlalu kecil. Last sekali depa kata aku kena buat sebab depa tahu aku potong bawang laju..ada pulak pakai persamaan bawang dan kepala baby..haishh! Aku pun zapp je la kepala dia sampai botak..sekarang dia dah berusia tiga tahun dan akan jadi abang tak lama lagi.
Lenanya dia tidur..sepatutnya aku yang potong rambut Zara Sofea ini..tapi tak terjadi pula..sorry Sofea..tak ada rezeki awak nak duduk dengan mommy..
Dan yang ini sepatutnya jadi baby ke tiga yang aku akan settlekan rambutnya. Walaupun dah lama terputus hubungan dengan KA, mak kepada Zara Sofea yang juga adik KA, masih lagi contact aku untuk cukur rambut si Sofea ni. Sofea ini diambil oleh maknya yang kini dari mak biologicalnya pada usia tiga hari. Mak yang melahirkan Sofea menyerahkan Sofea kepada mak yang memeliharanya kini yang sudah lapan tahun berkahwin, tapi masih belum mempunyai cahaya mata sendiri. Selepas sebulan mengambil Sofea, maknya didapati pregnant dua minggu. Benarlah kata orang, kalau tak dapat anak, ambil anak angkat, InsyaAllah akan ada anak sendiri. Sofea ni memang bawa tuah kepada maknya kini...tapi dia meragam setiap kali maknya nak pegang dia, mungkin dia tahu dia akan jadi kakak tak lama lagi. Dan aku juga terpaksa menolak untuk memotong rambut Sofea atas sebab-sebab tertentu. Sorry Zara Sofea, mommy tak boleh potong rambut Sofea..dah besar esok jadi anak yang baik ya sayang...

Justeru, tepatlah rambut mahkota kita, sama ada lelaki atau perempuan, rambut letaknya di hirarki paling atas, di atas jemala akal. Rambut juga memberi imej kepada pemiliknya. Ada orang suka rambut panjang kerana buat dia rasa seksi, ada orang suka rambut pendek kerana dia berasa lawa dan korang suka rambut macam mana?
Kenapa bau baby ni best semacam je ye...Sofea ni dalam tidur pun dia senyum..macam ada sesuatu yang mengagahnya..mak dan opah dia pun naik hairan..dia boleh tidur lama-lama atas riba aku..

Wednesday 22 August 2012

Syawal 1, 2 dan 3

Kalau Ramadhan itu boleh berkata-kata, pastinya ia akan bersedih kerana kita dengan cepat melupakan ia yang sudah berlalu untuk tahun ini dan bersuka ria pula dengan Syawal yang sudah masuk hari ketiga diraikan hari ini. Kalau mak masih ada, tentu dinihari ini aku akan bangun sahur dengan beliau untuk puasa 6. Masa arwah nenek ada pun, Syawal kedua, mereka berdua sudah mula puasa manakala kami ini masih leka makan itu dan ini. 'Masa' itu sudah lama berlalu dan Syawal tahun ini, selepas 'menziarah' mak, aku balik ke rumah dan masak beberapa menu kerana ada rakan dan uncle blogger yang nak datang ke rumah. Suasana raya langsung tiada kerana kejiranan aku adalah kejiranan Cina. Jadi, dengan kedatangan beberapa tetamu ini, barulah terasa suasana raya. 

Sebenarnya aku tak pasti nak masak apa. Puas bincang dengan adik, akhirnya kami masak apa yang kami tahu. Masa mak ada dulu, katanya memasak dengan naluri kasih sayang yang ikhlas akan membuatkan makanan jadi sedap dan kenyang dimakan...benar atau tidak, tiada alat pengukur, tapi kebetulannya semua yang kami masak raya ini habis dan sedang elok dengan jumlah tetamu yang datang. Mungkin teori mak betul..dan kami masak dengan penuh kasih sayang, untuk tetamu kami yang sangat dihargai kesudian mereka mengunjungi kediaman kami.
Uncle Shahrie (L-R) Auntie Wakana, Auntie Aminah, Marlia dan Robaie...depa ni ada pengalaman luas dalam bidang perhotelan...rasa macam depa datang nak buat food review pulak.
Raya pertama, ada blogger SM datang dengan keluarganya. Siap bawa baulu ikan dari USJ...terima kasihlah, baulu itu sudah siap aku kerjakan:). Raya kedua pula Uncle Shahrir dan Auntie Wakana sekeluarga datang dengan Robaie dan Marlia sekeluarga. Uncle Shahrir ni pengurus besar Jeumpa D'Ramo di Bangsar dan senior dalam bidang perhotelan serta tukang masak berpengalaman. Apalah sangat bagi beliau dengan hidangan nasi minyak, rendang ayam kampung dan kurma daging. Itupun adik yang buat rendang dan aku cuma masak nasi minyak dan spaghetti seafood saja. Tak sangka pula 'jualan' hari tu laris dan mereka makan spaghetti dulu, baru makan nasi.

Sebelum balik, Uncle kata...'burp'..ehh tak sempat aku nak agak apa dia nak kata, dah tahu pun bila dengar dia burp..hehe! Dan pasangan Robaie/Marlia menyerlah dengan persalinan merah jambu pekat..ehh apa kena warna merah jambu dengan hidangan raya? Ok aku suka warna itu...trendy dan elegance..menyerlahkan pemakainya dalam kelompok ramai. Kalau boleh telur rambu untuk hiasan pulut pun aku nak buat warna warna merah jambu pekat..
Bersih 3.0? Oo bukan..ini adalah bersih licin pinggan apabila memakannya...telur rambu dengan kombinasi hijau dan merah jambu pekat..stylo kan walaupun pada makanan!
Pulut kuning? O ya kepada kami di negeri di Pantai Timur, khususnya di sebuah pekan kecil berhampiran Siam..makan pulut adalah perkara biasa. Setiap hari kami makan pulut. Pagi makan pulut, petang pun makan pulut. Kira macam ganti nasi. Kalau pagi, pulut dengan kelapa/ikan kering atau pulut inti dan petang pula pulut/ketupat. Mungkin pengaruh atau darah Siam yang ada membuatkan kami serasi dengan pulut. Masa mak ada dulu, kalau hari cuti atau ada kenduri kendara keluarga, mesti buat pulut kuning..ok tiada kaitang langsung dengan Bersih yang tak bersih tu...pulut ini warna kuning kerana semangat meraikan sesuatu yang baik. Bukan kepercayaan tapi mak kata, warna kuning cantik..maka jadilah pulut kuning. Maybe juga mak kelentong aku masa kecil-kecil dulu, jadi sampai sekarang kalau buat pulut, mesti nak warna kuning. Semalam adik buat sikit dan dapatlah kami hidang pada tetamu...
One happy family dengan persalinan hitam sedondon...
Keluarga Kak Eton pilih warna hitam sedondon untuk anak teruna dan tiga anak daranya. Keluarga ini memang happy family. Sambil makan bapaknya sempat usik anak sulungnya yang pakai tudung merah tu, si Yaya. Katanya, Yaya mekap dah macam opera Cina..aku dengar memang sakan gelak ketawa dan dah merah padam muka Yaya bila abahnya kata begitu. Bella, Intan dan Akim tumpang gelak dan akhirnya Yaya backup diri kata dia dah besar, boleh mekap macam mana pun..keluarga Kak Eton ini memang happening..tengoklah sambil makan pun boleh buat 'peace'...orait le kan?
Sebelum masuk oven, kecil molek jer...tapi awas, selepas beberapa minit, ia akan mengembang. Jadi ada baiknya kalau ia dijarakkan sedikit supaya tak melekat...
Choc Chips Cookies with lots of Almond;)
135 g butter
125 soft brown sugar
3/4 tsp vanilla essence
1 egg yolk
Sifted
175g plain flour
1 tbsp rice flour
1/4 tsp bicarbonate of soda
1/4 tsp baking powder
40g almond chopped
50g chocolate chips
40g sultanas (I replace with more almond)
Toast the almond first. Used max temp. about 260C (like toasting a sandwitch) for two minutes. Once cooled, grind them with mortar and pestle to have a mixture of fine and coarse bits. Cream butter, sugar, essense and egg yolk until light and creamy. Fold in sifted flour, bicarbonate of soda and baking powder and add in almonds and choc chips. Mix well. Shape the mixture into small limesized balls. Place balls on prepared trays and flatten with a spoon. Use a fork instead to get the grooves on the top. Bake in about 180C for about 15 minutes.
Dan ini adalah biskut copycat daripada Famous Amos...gigih aku bakar biskut ini jam 3 pagi sebab nak jadikan buah tangan untuk mereka yang datang. Siapa datang ke no 24 di Windsor, pasti dapat biskut coklat chip yang sangat sedap ini hasil cilokan dari blog mama22beas.

Nota: Terima kasih kepada Uncle Shahrir dan keluarga, Robaie dan keluarga, SM dan keluarga, Hui Ping, KK, Hui Ying, Samuel Ambrose dan Sam serta Ida dan keluarga kerana datang memeriahkan hari raya aku dan adik!

Friday 17 August 2012

Buku ajaib baru...

Mak tak ada buku khas, buku masakan dia adalah di dalam mindanya saja, Mak Nah pun, Tok Su Nab pun. Che Yah ada buku, Chik/Wan Chu pun ada buku, kakak ada buku, tapi aku tak ada buku..sebab buku biru ajaib aku dah hilang beberapa bulan lalu. Menyesal tak sudah kerana cuai menyimpan buku masakan itu dengan cermat. Rasanya confirm sudah buku biru itu terselit antara timbunan paper lama dan sudah aku jual pada cina tepi jalan...ada banyak resipi lama di dalamnya..tapi ye lah tak de rezeki..buku tu tak akan kembali pada aku. Kena buat buku baru..kena kumpul semula resipi baru. Rugi sebab resipi dalam buku biru itu adalah resipi kuih lama termasuk resipi kek cawan buah pala yang diberi oleh Wan Chu dan resipi kek lapis diberi oleh Zaimah..sekarang aku ingat-ingat lupa resipi itu.
Syikin dan Razali pantas buat kerja mereka...aku rasa equipment kamera Razali tu maunya boleh beli oven Zanussi sebiji..ya lah lense besar dan kecil semua ada.
Jadinya bila Kak Emma minta suruh masak untuk shoot, terpaksa aku recycle mana-mana resipi yang ada dalam kepala. Katanya janji resipi sihat.segera aku teringat kepada vege quiche, salad dan yogurt juice yang sangat mudah nak buatnya...hari minggu yang lepas datanglah anak buah Kak Emma, Syikin dan Razali untuk ambil gambar menu yang aku sediakan. Sekejap saja dan hasilnya sangat mengujakan...tunggu magazine itu di pasaran lagi dua bulan! Kata Syikin...
Salad buah segar dan udang. Ada strawberry, anggur dan timun jepun, masuk sedikit cuka epal dan udang segar..
Jadi sambil tunggu Razali siap ambil gambar, aku sembang-sembang dengan Syikin. Katanya selain datang shoot di rumah, mereka juga ada hubungi blogger tapi kalau pic diambil dari blog, blogger tidak dibayar.
"Blogger tu tak de bayaran lah ya?" Aku tanya
"A ah kak, sebab mereka dah masak sendiri, bukan sebab kita yang suruh,"jawab Syikin.
"Kalau macam akak ni, dibayar ke?" Aku tanya..sumpah aku tak de niat nak jadi mata duitan
"Ye lah kak, kan ke bos saya yang minta akan masak," jawab Syikin lagi.
"Hah..u all bayar akak?" Tak percaya aku.
"Ye kak," Syikin jawab lagi.
"Erkk? Bebebetulll ke ni?" Sungguh, lagi tak percaya aku.
"Ye kakak...betul. Satu menu kita byar RM50..untuk hari ni akak dapat RM300..sebab enam resipi kan," kata Syikin lagi sambil senyum-senyum tak percaya tengok aku yang terpinga-pinga.
Quiche sayur...intinya timun Jepun, capsicum, telur, cendawan dan daging hancur...
Sumpah, aku tak tahu pun shooting begini dibayar, bayar kepada pembuat resipi tu. Lepas ni kalau depa nak lagi, aku buat 10 resipi..chehh tamak la pulak kan...sampai nak balik, aku tapau untuk depa sebab kalau aku simpan pun tak ada siapa nak makan dah pun.
Juice yogurt dan apple, letak dua sudu teh gula perang...
Dan nampak gayanya aku kena buat buku masakan baru..kali ini kena pastikan aku tidak cuai lagi menjaga buku ini...kalau u all ada resipi kesayangan, share boleh tak? Aku nak khutub khanahkan resipi yang confirm menjadi itu. Bagilah resipi apa pun, nak tulis dalam buku ini..terima kasih daun keladi...xoxo!
Ini buku ajaib baru...cepat bagi resipi ya...nanti aku nak masukkan dalam ni...dan setiap resipi itu akan dicuba...dan akan ada kejutan...tunggu...nak tau kejutan apa, bagi resipi. untuk dicuba..:)
Jadinya, hari tu aku masak nasi minyak capsicum, salad buah segar dan udang, jus yogurt dan epal, quiche sayur, sup ayam asparagus dan jeli kacang hijau. Hanya tiga saja yang sempat ambil gambar. Lagi tiga tu lupa sebab sibuk dok sembang..
Resipi kek lapis...ntah betul atau tak..ingat-ingat lupa daa...
Ok, ada lagi sehari nak buat kek untuk raya...nanti jemput datang Windsor ya..kita makan sampai lebam!:)

Wednesday 15 August 2012

Tuhan, tolong kawal kemarahan ini..

Kali terakhir aku buat entry tak bertamadun (kerana banyak caci maki dan kata carutan) ialah di sini mengenai 'seekor babi di dalam pick up buruk dari neraka jahanam' pada awal tahun dulu, selepas itu berasa bersalah pada diri sendiri kerana arwah mak tak pernah mengajar aku menyebut perkataan yang buruk maksudnya. Memang ketika itu syaitan berderu-deru mengelilingi aku...

Aku kawal segala kata-kata kerana tidak mahu merosakkan emosi yang diperlukan untuk kepentingan tugas di tempat kerja. Jika emosi terganggu, mood hilang dan kepala otak kosong, makanya aku tidak dapat 'bekerja' dengan baik. Ini yang paling aku cuba elakkan. Sama ada aku yang menyebutnya atau aku mendengar perkataan disebut orang lain, kedua-dua kondisi adalah merosakkan minda! Pada suatu ketika dulu, alangkah sakitnya perasaan apabila aku terpaksa mendengar kata-kata negatif setiap hari dalam satu ruang yang sempit. It was suffered!!! Namun ini sudah berlalu, sudah jadi sejarah..dan ia menyakitkan hingga kini, parutnya tetap ada.

Paling terbaru aku berada pada tahap kemarahan terkawal adalah dua minggu lalu, pasal kes silap appointment di Westin Hotel..ia membabitkan air muka, jadi rasanya wajar kalau aku marah. Air muka aku yang berhadapan dengan situasi itu dan bukannya air muka orang yang membuat appointment itu. She made a  wrong appointment and im the one who had to face it. Aku rasa kalau orang lain berada di tempat aku...mesti marah juga kan.

Hari ini aku kena lagi..orang yang sama hantar aku pergi ke majlis berkenaan dan bila aku pergi, it was nothing..sebab majlis itu bukan hari ini..majlis itu adalah besok, di lokasi yang sama dan jam yang sama, cuma silap hari bulan. Kecuaian kali kedua, dilakukan oleh orang yang sama..&^%$#@*&^ dan dia tidak pernah meminta maaf di atas kecuaiannya itu..Oh Tuhan kenapa ada manusia sombong melangit begini. Dia bukan hidup menongkat langit...

Mahu saja aku jerit depan muka dia bahawa dia adalah %$@)*&^, akan tetapinya...Tuhan masih memelihara air muka aku...aku bukan seperti dia..sekurang-kurangnya aku tidak memalukan dan tidak menyusahkan orang lain. Ya Tuhan...tolong kawal kemarahan aku yang masih belum reda ini..

Nota: Yaaa Tuhan, ada satu lagi permintaan...tolong jauhkan mulut yang suka menyebut perkataan 'mangkuk hayun' itu dari pendengaranku..

Monday 13 August 2012

Hugging each other..

Hugging? Kissing? Intimate? Really close or what? Hahaha jangan terkejut..ini gimmick murahan..betapa aku nak menggambarkan bahawa berdakap-dakapan itu adalah sedap, enak dan menyelerakan...kerana ia ditujukan kepada ketupat dakap yang mak pernah buat suatu ketika dulu. Cukup dengan lemak dan manis, ada kacang dan ada jagung..lemaknya santan terasa-rasa pada lidah, pulutnya lembut sekata menyebabkan sekali makan, kesedapan itu terus terasa hingga kini...tapi mak dah tak ada..makanya tak ada lagilah pulut dakap ini...tahun lepas pun aku ada buat entry seperti ini di sini.
Gambar ini adalah ihsan google, gambar dari blog seorang blogger yang aku terlupa nak catit nama..ketupat dakap yang mengujakan...
Kami lima beradik memang suka makan ketupat. Kakak suka ketupat daun palas, aku suka ketupat ini...ketupat dakap..dan adik suka ketupat nasi...yang lain-lain makan saja apa yang ada. Selalunya mak akan cuba memenuhi kehendak kami yang tiga teratas. Lebih banyak ragam lagi, aku nak ketupat yang ada kacang soya, kakak suka kalau ada jagung dan adik pula nak ada kedua-duanya. Hasilnya mak yang pening dan kalau ada ketupat basi di dapur selepas raya, mak akan buat-buat garang katanya nak masukkan ketupat basi itu ke dalam mulut kami sebab semua banyak ragam nak ketupat itu ini tapi bukannya habis pun..tamak, kata mak!

Dan Aidilfitri adalah suatu nolstalgia apabila ia menjadi hari untuk aku mengenang emak dan abah, mengenang segala penat lelah mereka membesarkan dan mendidik kami menjadi insan seperti hari ini. Kalau mereka ada, kami pula yang akan buat ketupat untuk mereka...sayangnya mereka lebih dulu pulang dan disayangi Ilahi...

Kalau ketupat lain, aku tak berapa suka memakannya kecuali ketupat dakap ini..entah kenapa rasanya sangat sedap dan nolstalgia sungguh ketika aku menikmati ketupat ini. Lazimnya mak akan berpakat dengan nenek saudara yang juga pandai membuat ketupat ini. Bungkusannya sama besar, ikatannya juga kemas dan ketat. Apabila direbus, tiada air yang masuk ke dalam bungkusan menyebabkan isinya kemas dan padat. Itulah rahsia kenapa ketupat ini sedap..
Aku rasa ketupat riben ini sangat cantik..suka sangat dengan ketupat palsu ini...yang penting ia cantik dan jadi hiasan rumah..
Dan ini adalah ketupat idaman dan kesukaan aku..bukan untuk dimakan, untuk dibuat hiasan di Windsor..ketupat daripada reben sebagai lantern di rumah...penat aku belajar anyam ketupat ini dengan officemate yang tekun mengajar..dengan upahnya adalah satu hidangan  makan tengah hari di Windsor. Dengan siapa lagi aku berhutang hidangan makan di Windsor ini...tolong ingatkan ya...hahaha! Akhirnya...jadi juga ketupat ini walaupun tidak sempurna. Ia dikemaskan oleh rakan yang tidak kedekut ilmu itu tadi sambil aku tunggu turn untuk group foto unit kami...
Group foto adalah waktu untuk semua orang release tention...

Mood raya...

Cik kak ni pandai buat ketupat. Gedabak besarnya...aku juga yang tak pandainya...kena belajar ni supaya tahun depan aku boleh buat sendiri...
Raya kali ini adalah kali kedua aku akan meraikannya tanpa mak. Kalau mak ada, aku mesti nak copy paste resipi dari dia sebab dia tak ada buku biru macam aku. Khazanah resipi dia semua ada dalam minda dia saja. Kalau aku tanya, dia tak de nak sibuk belek buku macam aku. Tanyalah resipi apa pun, dia boleh switch on itu jam juga. Sama macam Mak Nah, mak sepupu yang jadi tukang masak kampung, tapi kalau kenduri kahwin, dialah yang akan jadi ketua juru masak di kampung kami. Aku mesti pastikan aku sempat copy paste resipi lama dari Mak Nah...hmm tahun ini aku raya di Windsor. Sapa yang tak balik tu mai la datang...aku nak masak nasi minyak sempoi je dengan ayam madu..inipun resipi mak yang aku cedok dari kakak. Kalau kene kerja, nasib laaa...nasi minyak ke mana, ayam madu ke mana.
Semua unit ada lampu kelip-kelip...nampak tak ada pelita sebaris kat atas partition. Kat atas tu pulak depa gantung ketupat...
Ketupat nasi, ketupat tiga bucu atau ketupat dakap. Aku suka ketupat dakap sebab rasanya lemak manis dan ada kacang soya. Lepas mak meninggal kami tak tahu dah macam mana nak buat ketupat. Tok sah kata nak buat, nak anyam sarung ketupat pun tak tahu..kena masuk kelas menganyam! Semalam kat office langsung dah tak de suasana kerja, semuanya penuh dengan mood raya. Sana sini buat group foto dan pakai baju Melayu. Lagi enam hari saja Ramadhan..semoga Ramadhan ini bukan yang terakhir..
Ini ketupat size 50 sen...kecik cenonet je..
Semangat raya sudah mari. Boleh dikatakan semua unit kat opis aku sudah menghias meja masing-masing dengan elemen raya. Ada yang pasang lampu kelip-kelip dan gantung ketupat besar-besar. Aku tak tahu office korang macam mana. Office aku memang sentiasa meriah 24 jam, sentiasa dipenuhi orang yang bekerja pagi petang siang malam dan raya ni pasti ada yang tangkap leleh sebab kena kerja pada hari raya...masa ni lah bagi mereka yang dapat cuti dan tinggal dekat-dekat office, depa masak banyak-banyak hantar office untuk mereka yang bekerja..
Hari Jumaat, semangat raya sudah datang..ketiga-tiga pakcik ni memang jelita pakai baju Melayu siap samping...sebenarnya mereka nak buat group foto untuk team mereka..
Selain budaya pasang lampu, satu lagi style staff kat sini ialah group foto..ini keistimewaan yang syarikat kami bagi. Asal hari raya je, mesti nak ada group foto. Dua tiga tahun lepas, aku selalu kena kerah bos supaya buat pantun empat kerat bertema raya untuk disesuaikan dengan group foto kami, tapi tahun ni dah tukar bos...tak de lagi aku kena buat pantun. Brader bertiga ni tak tahu aku snap gambar mereka dari belakang. Kalau depa tahu, maunya semua sengeh tayang muka..memang mesra kamera.

Thursday 9 August 2012

Skill segera

Kalau merujuk pada mak dulu, semua benda dia boleh buat. Paling dia suka, masak. Sebab kami pula, suka makan. Kalau balik rumah, mak akan sediakan gulai itik. Bunyi macam eehh gulai kari itik atau kerutup itik? Ya...itik kuek-kuek. Aku tak makan masakan itik yang dijual di kedai atau pasar, tapi kalau gulai itik yang mak buat, aku makan sebab itik itu adalah itik yang dibela di dalam kawasan rumah kami, dalam reban. Jadi aku tahu apa yang itik itu makan...ehh ini bukan entry pasal itik tapi entry multitasking. Mak pandai buat puding, agar-agar dan kek serta kuih muih lama. Tepung bunga, baulu, netbak, buah melaka, jala emas dan segala bagai lagi. Aku tahu makan! :
Kami dah dibekalkan dengan beberapa stalk bunga...
Bila di sekolah menengah, Cikgu paksa suruh masuk ko-ko..aku pelajar pasif dulu. Pergi sekolah, balik sekolah. Itu saja aku tahu. Orang main netball..maaflah ahkak tak minat. Tapi kalau suruh main volley ball, ya ahkak main sampai wakil sekolah. Kalau suruh berpantun, ya ahkak boleh sampai wakil daerah...dua ni saja yang aku boleh buat. Bila dah kerja, menyesal sebab tak banyak skill yang aku tahu. Jadi kalau ada kelapangan banyak workshop instant yang aku akan masuk. Walaupun mungkin sedikit mahal bayaran nak masuk workshop, aku terpaksa bayar sebab ilmu tak akan dapat dengan mudah sekarang ini. Tambah pula duduk di KL...
Hampir siap, nampak macam terrer tapi sebenarnya hampas..Sebenarnya ada sejambangan bunga di hadapan sebagai contoh rujukan, jadi kami yang menjadi peserta ini dengan senang hati tiru je lah...
Hari tu masa Floria Putrajaya, aku berfoya-foya sambil teman adinda Z cari benih pokok di sana. Pokok bunga cantik2 pelbagai rupa tak payah citer lah. Tiba-tiba sambil berfoya2 tu ada dua budak perempuan datang approach suruh masuk pertandingan gubah bunga. Tangan dah le keras..kalau setakat cucuk2 main tala je aku tahu, tapi skill nak gubah bunga yang betul aku tak tahu. Heran betul tengok penggubah bunga atau florist ni. Depa zap zip zup saja kelip2 mata dah siap. Tepi opis aku ada florist besar punya yang cater untuk hotel sekitar KL, pun aku tak sempat jenguk...budak tu kata masuk percuma je, bunga, gunting, dawai semua dah sedia dan ada kelas percuma. Sebab ingat nak test skill yang zero tu..aku hilang ingatan pergi register. Jadi sebelum start pertandingan, kami diberi penerangan cara2 menggubah bunga yang betul. Macam biasa, aku tala cucuk sana sini, silang serba sedikit. Then siap! Macam magic inspektor gadget rasanya. Dengan tangak keras dan langsung tak dak skill, dapat tempat ketiga...hmm kiranya skill nyawa2 ikan tu boleh cari makan le juga kan.
Ini masa yang ditunggu-tunggu.
Selain boleh bawa bunga tu balik, kami dapat hamper besar gedabak..sapa nak kasi kan? Kalau ada anak atau adik ke, ajar depa seberapa banyak skill yang boleh. Sekarang mungkin tidak ada apa-apa kepentingan, tapi dunia kemudian hari mungkin memerlukan skill berbanding sekeping sijil..atau mungkin kedua-duanya diperlukan. Macam pembuat patung wayang kulit menggunakan belulang, mereka tiada sijil, tapi kemahiran dan kepakaran membawa mereka ke serata pelosok dunia...hebatkan! Korang ada skill apa?  Skill terbaru aku berasak-asak dengan samseng jalan raya time nak balik kerja...skill jadi samseng!

Shooting?

Belanga ini kalau kat kampung, depa letak atas para je tapi kalau kat KL, martabatnya tinggi, berada di dalam butik dan jadi koleksi pengumpul antik...kalau dapat kat aku barang rare ni, boleh letak lauk...panas terus atas dapur.
She called me in early morning, said that she want to confirm whether im ready for shooting session at Windsor during this weekend. Arrkkk? I thought she just make a joke, but when her voice is quite clear, i know that’s not a simply joke at all. Danggg!!!!

It was started last week while buka puasa somewhere in KL. I met her boss, Kak Emma. We had a chatting time with so much gossip, chef here and there, chef in London, chef in Langkawi and chef in my heart??? Ooopss! Suddenly she popped out the question...
”Eh masak untuk kita, nanti kita datang shoot?? Nak tak?”
And i was shocked!
“Arrr is it right what im listened Kak Emma?”
She replied.
“Ya lah...u thought im cheating and sesaja je nak offer ek?”
Gulp...i have know nothing about food, menu and of coz table setting. All this while, i had a few collection of plate, bowl, table runner, placemate, cutlery and napkin rings but i never use it..habesss lah aku!!

I need to prepare@create 5 recipes which is a theme is ‘menu sihat’ and have to make sure the menu’s orientation by green colour...ye lah kata nak menu sihat kan..? Kan?  Help me! Help me! Please give me a link of table setting...bab ini aku paling fail sebab selalunya kalau makan, alas meja paling mahal yang aku guna ialah surat khabar lama, senang lepas makan boleh terus bungkus dan buang kan...

Nota: Aku boleh je guna google tapi rasa tak best lah kalau nak goole je kerja...tolonggg! Idea u all mesti lagi hebat kan...:)

Wednesday 8 August 2012

Lagi catatan dari sana...

Empat mangkuk ais krim untuk kami bertiga...satu lagi tu sapa punya ya? Owh itu untuk tambahan kalau ada yang mahu lebih. Pak Arab tu ready je bila aku tala kamera padanya...tak de juga bagi lebih!
Setiap hari, asal balik dari Masjidil Haram saja, kami akan melalui satu kawasan kedai yang menjual pelbagai jenis barang. Ada kedai jual manisan, jual minuman, jual tasbih, jual karpet dan macam-macam lagi. Antara kedai yang berjaya mencuri perhatian kami ialah kedai aiskrim yogurt yang sangat menggiurkan walaupun pada jam 12 malam. Ini kerana ais krim yang dijual adalah berwarna warni, dengan segala bagai hiasan buah di atasnya. Tapi disebabkan ramai antara kami yang mengalami 'heavy caughing' maka kami memilih untuk paw ais krim vanilla kerana ada yang kata ais krim vanilla adalah ubat terbaik untuk melegakan batuk. Dan memang benar, selepas melicinkan semangkuk ais krim itu, tiada batuk, sebaliknya kami tidur lena..cuma esoknya baru kedengaran batuk bersahutan di bilik hotel. Dan kami beli lagi dan makan lagi, makan lagi sampai kami puas kerana tiada sebarang pantang larang di bumi Haram itu....amazing!
Kombinasi coklat dan krim buat ia nampak seperti lapisan unik...
Cantik sangat masjid ini...masjid Bir Ali. Bagi sesiapa yang memasuki Makkah menerusi Jeddah, Madinah..mereka perlu bermiqat di Bir Ali dan inilah masjid yang jadi tempat jemaah umrah bermiqat. Ini adalah laluan di tepi masjid. Hanya dua warna saja yang menjadi hiasan pada dinding masjid ini, coklat dan kuning cair. Aku suka fokus laluan begini sebab nampak seperti berlapis dan berlapis dan berlapis...rasa seperti berada di satu cakerawala lain. Setiap ruang antara tiang membekalkan angin nyaman walaupun pada ketika itu suhu adalah 44 darjah celcius, dan apila masuk ke dalam masjid, sejuk menjalar ke dalam jubah kerana penyaman udara memenuhi ruang dalam masjid.

Karpet panjang berwarna merah itu akan dipenuhi jemaah apabila tiba waktu solat Jumaat...angin yang bertiup tanpa henti...pasti buat sesiapa yang ada di situ tidak mahu berganjak...
Floating mosque atau masjid terapung. Terletak di pinggir laut merah dan ia adalah antara masjid paling indah di Jeddah. Masjid ini disokong oleh beberapa tiang bulat yang sangat besar pada bahagian bawahnya. Ketika kami tiba di situ, air laut Merah surut dan menampakkan dasar yang dipenuhi rumpai laut. Menurut mutawif, apakala air pasang, masjid ini akan kelihatan betul-betul berada di atas permukaan air dan kelihatan sangat ajaib seolah-olah air yang menjadi tapak kepada masjid ini. Cuba bayangkan masjid di atas air, pastinya ia lebih daripada ajaib, tidak terjangkau oleh fikiran. Sayangnya ketika kami singgah di situ, air surut dan kami sempat menunaikan solat Asar dan Zuhur (Jamak) di situ. Solat dengan angin laut berhembus nyaman, memenuhi setiap ruang dan saujana mata memandang, laut lepas memenuhi ruang...

Masjid Quba @ masjid empat kubah...
Masjid Quba ini juga dikenali dengan nama masjid empat kubah dan setiap kubah mempunyai cerita yang berbeza...masjid ini hanya dihiasi dua berwarna polos, kelabu dan krim dan menampakkan hiasan binaan yang ringkas tapi menarik kerana ia sebenarnya jika dilihat dari pandangan bawah, seolah-olah berlatarkan langit biru..hiasan pada dinding masjid sangat terperinci. Aku tak tahu bentuk seni bina moghul atau moore atau eropah yang diterap pada masjid ini, tapi aku suka mengamati hiasan batu sekeliling masjid ini, ia seperti hiasan miniature, macam hiasan pada kek aising atau fondant saja...
Di pasar kurma ini, ada sejenis kurma kecil dan kering bernama kurma lubana. Ia adalah kurma untuk wanita, kurma awet muda untuk wanita. Dikisar bersama susu suam, diminum sebelum tidur, ia dikatakan mujarab untuk memberi awet muda kepada wanita...ada juga kurma awet muda untuk lelaki, tapi aku lupa pulak apakah namanya...
Pasar Kurma King Abdul Aziz. Kalau buat umrah dan ziarah, lokasi ini adalah antara yang perlu dilawati. Ada berpuluh jenis kurma yang dijual di sini dan penjualnya adalah Indonesian. Ada kurma ajwa, ambar, lubana dan banyak lagi. Ada zaitun, tin, kismis, kekacang dan manisan lain. Ketika melihat kepada penjual-penjualnya yang adalah anak muda Indonesian, aku terfikir apa perasaan mereka bermastautin di bumi Madinah yang hanya mengambil masa lima atau enam jam saja ke Makkah. Adakah mereka mengambil kesempatan merebut peluang mengunjungi rumah Allah itu atau mereka sekadar menjadi pekerja di ladang/pasar kurma itu. Kebanyakan mereka juga boleh berbahasa Arab.

Ada sejenis kurma yang dijual di situ, semasa proses penanaman dan pembesarannya dijaga rapi bagai menjaga dara sunti. Ia perlu disiram dengan air bersih, daun-daun kering dan rosak perlu dipangkas setiap hari, tidak boleh dikasari dan perlu ditatang dengan kasih sayang, maka ia akan berbuah dengan lebat. Justeru harganya ialah 100 Rial sekilogram. Kurma itu adalah kurma ajwa@kurma nabi...haaa kurma pun mahu dihormati, apatah lagi kita manusia yang ada hati perut ini, pastinya mahu lebih daripada itu kan...
Stylo sangat topi dier..
Ahkak pramugari Oman Air yang sangat serius mukanya tapi hati baik. Aku suka tengok topi comel yang dipakai di atas kepalanya. Kalau korang pernah tengok pramugari Korean Air, pun comel juga sebab depa pakai topi kecil dan ada sebatang cucuk (macam cucuk sanggul) terjulur keluar dari topi itu. Aku suka lagi sebab uniform mereka warna hijau lumut..asal warna hijau je mesti aku suka...nasib baik emas perhiasan tidak berwarna hijau, kalau tidak jenuh simpan duit nak membelinya...haha!

Tiga kombinasi warna, coklat, krim dan biru...dramatik kan...coklat dan krim tu buat aku teringat pada kuih kacau saja...dan biru itu seolah-olah masjid ini tergantung di awan biru...
Nota: Ya Tuhan..semoga perjalanan ini adalah bukan yang terakhir untuk aku...dan kau juga...

Tuesday 7 August 2012

Mereka yang istimewa...

Kita sentiasa berasa kita tidak bernasib baik apabila terlepas tren ke Segambut (ehh tetiba segambut pulak..??), kita sentiasa berasa tidak bernasib baik apabila kasut Clarks size 8 tak de untuk dibeli (aku pakai kasut cap ayam) dan kita sentiasa berasa tidak bernasib baik apabila kena bayar dua posen apabila nak kencing kat KLCC..bak kata Pyanhabib pada aku suatu ketika...hang tau dak nak pancuq ja kena hulur RM2..tak logik! Ya lah En Pyan...
Lukisan oleh adik sebelah kanan tu, pelajar di Tasputra Perkim...
Tapi aku berasa minggu lalu aku adalah manusia paling bernasib baik apabila berada di kalangan insan-insan yang sangat berbaloi untuk dikasihi dan diberi sepenuh perhatian. Mereka yang sangat berkebolehan, sangat memahami dan ada gerak hati yang sangat berkesan antara sesama sendiri. Hon Pui telefon ajak datang ke Caterpillar Day dan aku pun menaiki teksi ke sana kerana kalau nak drive, aku memang fail. Tambahan pula bulan puasa buat deria kesan aku jadi makin blur, jadi langkah terbaik adalah menahan teksi putih merah dan membiarkan diri terhenyak di perut teksi di tempat duduk belakang. Nasib baik pakcik teksi jenis yang berhemah...Akhirnya sampai juga ke Caterpillar Mount Kiara.
Dia gembira menyiapkan lukisannya dengan banyak tangan lembut tapi perkasa membantu dia menyudahkan tugasan...
Mereka melangkah dengan payah, tapi memandangkan banyak tangan perkasa yang membantu, segala-galanya nampak mudah. Sepertinya tiada langsung kekurangan yang dialami bahkan kami yang melihat ini pula yang berasa kekurangan kerana tidak dapat menyelami perasaan mereka. Adik yang di atas tu berjaya menyiapkan lukisannya dengan bantuan petugas.
Dengan tunjuk ajar penjaga yang sentiasa menumpahkan dedikasi, mereka bersemangat menyiapkan tugasan seni...
Dan adik yang berdua ini pula sibuk berbincang bagaimana untuk mencantikkan kerjatangan mereka. Tidak ada elemen kerdil pun sebaliknya mereka juga seperti individu normal yang lain, malah akal fikiran mereka sempurna kerana tahu menggunakan pensil warna, ingin menyiapkan lukisan dan berlumba-lumba menjadi yang terawal menyiapkan tugasam.Cuma kita saja yang berasa was-was adakah mereka mampu melakukannya? Ya mereka mampu, dengan latih tubi dan tunjuk ajar berterusan, mereka mampu. Dan buat kesekian kalinya, aku berasa sangat bernasib baik, sangat beruntung dan segala-galanya...sebagai manusia normal, aku tak patut berasa marah apabila penat menapak menaiki bangunan lima tingkat dan aku tak sewajarnya mengeluh apabila terpaksa berhadapan kerenah manusia cengeng di mana-mana saja di bumi Tuhan ini...
Oleh sebab puasa, Hon Pui membekalkan kami bento box ini dengan isi sandwich sayur, cookies, fruits dan cup cake. Selamat sudah ransom untuk buka puasa hari itu.

Sunday 5 August 2012

Siapa Cathy, Meon, Lim etc..

Windsor ketika hujan...
Sejak meninggalkan kediaman selama tiga minggu, bila aku tiba di Windsor minggu lalu, banyak yang berubah. Ikan laga dalam tempayan naga tepi laman sudah merajuk dan melakukan harakiri dengan membelitkan dirinya antara akar kiambang, mati sudah. Pegaga gergasi di kiri laman juga banyak yang kuning akibat kekurangan air housemate aku ni agaknya lupa nak bagi minum pokok2 ni dan paling menyedihkan pokok ros merah dalam pasu hampir mati serta beberapa bunga lain juga nampaknya sudah suicide akibat cuaca bengis dengan kepanasan melampau.

Dan apa khabar jiran2 aku. Di sebelah kiri adalah Catherine dan Crystal yang sudah menetap di UK kerana ikut suaminya.Semalam Cathy muncul dan aku sudah hampir lapan bulan tidak berbual dengan dia. Diajaknya minum teh, dia lupa aku puasa. Katanya dia balik Malaysia sebab summer dan Crystal si comel itu ada di Kampar di rumah emaknya...rindu juga pada budak comel itu...

"Saya Shaheizi Sam, jiran anda. Jika anda mahu dihormati, hormatilah mereka terlebih dulu.." haaa sure korang semua pernah dengar iklan ini di Sinar FM setiap hari kan...jiran aku bukan Shaheizi, tap Catherine Wong dan Awangku A Pengiran M (Meon je lah ya)...dua jiran yang sejak aku mula2 pindah ke sini, mereka sudah ada...manakala Lim adalah jiran di belakang...cuma jiran di depan saja aku x pernah bertegur sapa tapi setiap hari selisih kereta...

Pagi tadi ketika aku mencabut semalu dan rumput yang sudah mula meninggi, jiran sebelah kanan pula, Awangku A...menegur..aku pernah buar entry pasal dia ini yang suka press Cagiva kuning dia sekuat yang boleh pagi minggu, memang dia kaki race sebenarnya...dan baru lepas kemalangan..tapi aku tahu dia bukan jenis yang mudah serik...

Hi...tegurnya di sebaliknya pagar..
"Hi..lama tak nampak Meon.."
"Saya pun tak nampak akak..."
"Saya baru balik o/s"
"Owhh..saya nak pergi out station minggu depan..."
"Ke mana?"
"Ke Paris, selama tiga bulan..tolong tengok rumah saya..."
"Erkk Paris?"
"Ya...sedihlah Kak tak dapat beraya di sini."
"Ehh beraya di Paris pun ok apa?"
"Ala mana le ada biskut raya segala bagai. Petronas hantar time nak raya..tsk!."
"Hehe..."
"Pergi kerja kak, kalau bercuti lain citer!"

Ohh jiran, aku tak tahu dia staff Petronas dan kerap travel. Aku tak tahu dia kemalangan dan kerap ke Singapura membeli kelengkapan motornya dan aku tak tahu dia selalu race...nasiblah ngko. Nasiblah aku jiran yang baik baiklah kan sebab boleh bertegur sapa, boleh tengokkan rumah. Ok nanti akak buat report kat FB..hehe..ini adalah tektik murahan sebenarnya untuk add di FB kot ya chehhh!. Aku tak tanya pasal FB, tapi dia yg tanya dulu. Lepas ni jadi tukang report di FB dan selepas ini kalau aku pula yg o/s dia ada jadi tukang report. Adilkan...

Korang kenal tak jiran sebelah kiri, kanan, belakang dan depan rumah?

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...