Mana lebih handsome, pilot yang kecik cenonet tu ke atau yang besar sket tu..ahahaha kedua-duanya handsome kan...hari tu KidZania ada buat career day..ntah macam mana aku tersesat ke magic kingdom tu, tetiba dok ada antara pilot tu semua...memang magic kan!
![]() |
| Kapten Mohd Rafik sambil post kontrol handsome memantau si comel tu memandu simulation aircraft..macam real! Kapt ni sekali pandang muka dia macam Dt Fazley...cer tengok betul-betul.. |
Masa sekolah rendah, tak de siapa nasihatkan aku nak jadi apa atau apa bila besar. Yang aku ingat, nak jadi orang gaji, tak pun tukang masak..sebab kedua-dua tugas berkenaan adalah tugas rutin arwah emak di rumah. Bila aku bangun pagi, mak dah ada kat dapur. Bulan puasa terutama, bila dah siap masak untuk sahur, barulah emak akan kejutkan kami. Kami semua bangun bila mak dah siap hidang..masa tu kecik-kecik, mak suapkan sebab kami sibuk dok mengantuk tepi meja.
![]() |
| Anak sapa la ni kecik-kecik dah handsome..tinggi saham adik ni kan..hehe. nasib baiklah auntie tak dak anak perempuan, kalau tak auntie dah cop buat menantu...kuikuikui! |
Bila besar sikit, aku tolong emak berniaga nasi pagi di bangsal kecil berdekatan rumah kami. Masa tu nasi lemak tidak sefamous kini. Yang famous adalah nasi kerabu/ulam atau nasi berlauk. Dulu zaman aku kecil, satu bungkus nasi berlauk dengan seketul ayam kari berharga 50 sen. Murah gila..sekarang, jangan harap...buka zip nak pancuq pun dah RM2 kalau kat KLCC...
Cakap pasal kerja, aku tiada cita-cita. Bila naik ke peringkat menengah, aku masih tidak mempunyai cita-cita. yang aku ingat ialah mahu bekerja saja tapi tidak tahu kerja apa. Sehinggalah tamat tingkatan 6, aku masih teragak-agak untuk bercita-cita. Arwah Othman Puteh (penulis) pernah nasihatkan aku supaya jadi penulis. Ya, terima kasih kepada arwah Pakcik Othman Puteh kerana mendorong aku menulis..tulis cerpen dan artikel untuk cari duit.
![]() |
| Saja aku paksa Kapten Rafik ni act macam ni.. |
Percaya atau tidak, kalau korang ada anak, boleh set dah nak suruh anak jadi apa bila besar sebab pendedahan masa kecil akan membuatkan anak mempunyai kemahuan dan terbuka minda berusaha ke arah cita-cita mereka...whatever..ilmu mesti ada, didikan mak bapa juga mesti betul. Kanak-kanak hari ini adalah generasi pemimpin esok hari.
Aku ada 9 anak buah. Nur Khaleeda (14 tahun), kata dia nak jadi ustazah, nak kena pandai cakap Arab..ok sekarang dia dah boleh cakap sikit2. Intan Khadeejah, 12, kata dia nak jadi programmer, ok sekarang dia memang suka bertenet di pc, aku harap mak dia pantau aktiviti dia. Nur Aisyah, 7, kata dia nak jadi macam mummy (aku le ni) sebab mummy selalu beli coklat dan dia suka coklat. Ahmad Ashraff, 5, kata nak jadi askar sebab dia suka main tembak-tembak.
Najla Amani, 6, kata dia nak jadi doktor sebab Uminya nak dia jadi doktor, Lala ni selalu ter'pee' sebab kalau dah main, rela tahan pee..lastnya terkeluar tanpa disedari..memang bahaya dan uminya dah bawa jumpa Doc. Shaker Adli, 4, nak jadi tukang masak, sebab dia suka skodeng kalau mummy masak, Zahin Khalis, 1, masih tiada hala tuju sebab dia masih menetek dengan uminya.
Azzfar Ishraff, 5, nak jadi engineer sebab budak ni kalau boleh main lori, kereta, helikopter mainan, dia sanggup tahan lapar tak mau makan dan Azra Nurdinie, 3, nak jadi ballerina sebab hari-hari dia tengok cerita Angelina Ballerina kat Disney Channel..betapa apa yang didedahkan dan dilihat kanak-kanak begitu mempengaruhi minda mereka..


