Sunday 18 March 2012

Gedung ilmu...

Let books be your dining table,
And you shall be full of delights
Let them be your mattress
And you shall sleep restful nights.
~Author Unknown

A book is like a garden carried in the pocket.  ~Chinese Proverb


Dua tahun lepas, aku berpeluang berbual dengan seorang ibu kepada Tokoh Nilam Negara. Tokoh Nilam diberi kepada murid sekolah rendah yang berjaya membaca banyak buku dalam setahun. Aku tak pasti berapa puluh buku dibaca murid itu, tapi yang pasti beliau adalah murid yang paling rajin dan cerdik kerana rajin membaca. Kalau tidak, macam mana beliau dianugerahkan dengan gelaran Tokoh Nilam kan? Untung budak-budak sekarang, siap ada anugerah bagai. Zaman aku dulu, baca 50 buku setahun pun belum tentu nak dapat anugerah...

Kata ibunya, di rumah mereka dipenuhi buku. Atas bawah kiri kanan ada buku. Bangun tidur je si anak capai buku. Nak tidur pun nampak buku. Hulur tangan atas kepala je ada buku...buku merata-rata di rumah mereka. Dan ibunya juga beritahu aku, beliau tidak ada almari pinggan mangkuk perhiasan di rumah, yang ada cuma rak buku memenuhi dinding. Perghhh...tidak hairanlah anak perempuannya adalah Tokoh Nilam negara selama beberapa tahun.

Dan aku juga membayangkan bagaimana kalau hidup dalam dunia buku, dunia gedung ilmu dengan pelbagai info. TgZ kata antara hartanya yang paling disayangi selepas bininya yang cantik, ialah buku-bukunya yang berkotak-kotak yang belum ditempatkan di rak. Hello bro, bini mesti sayang la weii...hahaha. 

Tun M juga kata membaca membuatkan manusia lambat nyanyuk...maybe beliau refer kepada membaca alQuran dan Prof Diraja Ungku Aziz juga masih mengkaji/membaca mengenai keindahan pantun...misi aku nak membaca empat buku sebulan tidak terlaksana sebaliknya hanya dua saja yang boleh dilangsai setiap bulan, tapi baca paper adalah wajib setiap hari..aku x menonton tv, so nak update info, kena paksa diri baca paper in advance..dah dapat baca dua buku sebulan pun dah cukup bagus. Moga-moga aku ada seribu tahun lagi untuk baca beratus buku yg belum dibaca dalam simpanan...

Masih ada banyak ruang yang kosong sebab ada banyak lagi buku yang aku simpan dalam kotak, tak sempat nak buka..magazine memang diupdate setiap bulan, the latest edition of Hello, Womensweekly, Harper Bazaar, Jelita, Wanita, Nona, Saji, Perempuan, Glam, Playboy....ehhh bukan...tersasul...bhahahaha! Harommmm itu magazine wehhh..
 Dan setelah hampir dua tahun duduk di castle yang menyeramkan ini, aku baru siap membuka beberapa kotak buku...sebahagian lagi masih dalam stor kerana ketidakcukupan masa nak membongkar. Alhamdulillah kerana Allah bagi ruang dan masa untuk aku kemaskan sebahagian harta yang aku cukup sayang ini.

Interior designer aku kata, kena ada ruang kosong antaranya, untuk memberi kelegaan kepada mata dan ruang itu boleh dihias dengan frame atau apa-apa perhiasan supaya tidak terlalu serabut dengan buku. Ok aku akan letak frame dan perhiasan lain...ini adalah pic sebelum dikemas dan pic atas adalah separa siap. Banyak buku belum sampai untuk diletak di rak..
Mushroom beef pie..yummy...sedapkan...sambil baca buku sambil layan tekak..
Kalau ada sesiapa nak baca buku fiksyen, motivasi, ekonomi, history, magazine atau funny books, sila buat appointment hujung minggu di Windsor ya..jangan risau, ianya adalah f.o.c dan sambil membaca anda akan dihidangkan dengan beef mushroom pie plus tea or coffee! Apa syarat nak datang membaca di Windsor? Tak de syarat, cuma lapangkan hati, bermohon kepada Allah supaya aku murah rezeki..boleh beli buku lagi dan anda boleh datang baca sambil hi tea!

Dalam secawan teh ada kata, dalam kata ada rasa, dalam rasa ada rahsia, dalam rahsia ada apa? cuba teka...menghirup teh, sambil berangan...dan berangan...
Hmm sama macam mushroom beef pie di atas, vanilla butter cupcake with meringue....yummy..ini adalah daripada dapur Maryam. aku memang suka segala kek dan kuih muih daripada blogger ini...ada pie, ada cup cake, ada teh, ada buku...HEAVEN!

45 comments:

  1. I book first..I want to go reading and makan..jemput la I..(tak malu)..

    ReplyDelete
  2. Please please you are most welcome...don't forget to bring Aurora...:) let set a date!

    ReplyDelete
  3. aku jeles dgn mini lab itu.. aku berangan-angan punya mini lab di rumah tapi akhirnya hanya terdapat mini lab komik saja cis!

    ReplyDelete
  4. harta saya pun cuma buku..
    ah.. i love book so much..:DDD


    akak, okey saya nak buat appointment gi umah akak baca buku..ngehehehe

    cantik ar almari buku akak..:D

    ReplyDelete
  5. settt..boleh jer..anytime..weekends..hehhe..(teruk..punyalah x segan)

    ReplyDelete
  6. Nong Andy,
    Ko pun ada banyak buku kan...itu yang ko tunjuk dulu sama meow meow...mulakan sekarang dgn satu rak pun cukup...aku dah kumpul sejak 16 tahun lepas buku2 itu...nanti turun KL datang Windsor ya...Ada buku kanak2 utk Shinta juga...:)


    Teenager Housemaid,
    Ok text me bila nak datang...heeee:) sambil baca, makan dan sembang sampai lebam..hihi!

    ReplyDelete
  7. All Along The Way,
    Ok I'm serious too.. I pun tak segan promote buku, so u memang kena datang...weekend soon ni ke? Apa2 email ya...:)

    ReplyDelete
  8. 1.setuju pada fakta kalau byk membaca akan lambat nyanyuk.

    2. bayangkan aje tidur dalam library awam...seram ada hantu2 buku dok kacau masa tidor nanti

    3.majalah2 mistik dan seram tak kumpul ker??

    4. pie yg sedap tu tak dapat tandingi kehebatan kek cekelat

    5. Hahahahaha..... (suka2 gelak tanpa sebab kejap)

    ReplyDelete
  9. eh kalau dtg baca buku kat sini ada makan2 itu dah kira bagus

    Hahahahaha....(gelak lagi tanpa sebab)

    ReplyDelete
  10. TP, buku seram ada...semua genre...kalu nak datang bitau...nak prepare kek cekelat tersedap seantero kelumpo...hikhikhik..owh tidur dalam perpustakaan lama..tetiba didatangi mimpi seram...bayangkan....

    ReplyDelete
  11. tak perlu bayangkan....
    dulu aku pernah alaminya...hahaha tidur dlm perpustakaan di sek meng. haroomjadah betul. terasa nak menanggis masa tu.

    nasib otak berfungsi dgn geliganya...
    dapat juga keluar walaupun dah gelap

    ReplyDelete
  12. TP,
    Bro macam boleh jadi gitu? Tak dak sapa ke kejutkan ko? Terkunci dari dalam ya? Perpustakaan kat Manjung ke? Buat la entry weii, musti scary abes tu...huhu...seriau aku dengar ko ni!

    ReplyDelete
  13. tun M kata banyak membaca lambat nyanyuk ke? tapi aku rasa dia dah makin nyanyuk sekarang. eh?! hahahaa!!! sorry...

    ReplyDelete
  14. Nyanyuk memang nyanyuk la weiii, cuma lambat sikit daripada org yg tak membaca. Nyanyuk itu adalah proses kehidupan yang ko mesti lalui kiranya panjang umur, so macam tun M tu kalau dia nyanyuk pun ok la sebab usia dia dah tersangat lanjut kan...

    ReplyDelete
  15. Lady W : hahaha masa tu aku dok reading science fiction kat bhgn hujung siap nyorok2 kat port org yg tak akan jumpa,kat celah2 bhgn hujung pertemuan 2 bucu rak buku yg besar.

    Ntah macam mana boleh tertidor masa baca buku tu dan tak sedar bunyi loceng sekolah waktu terakhir(sek petang masa tu baru form 1)

    bila sedar2 dah sunyi dan malam jahanam...masa sedar kerana sejuk. HP mana ada masa tu nak kol2 famili ke apa ker? tahu balik2 kena marah pasal sampai rumah jam 8 lebih. Senyap dan tadah telingga jer..famili tak tahu yg aku terkurung di perpustakaan sekolah.


    Kejadian berlaku di sek men keb sultan ahmad shah, cameron highlands pahang

    ReplyDelete
  16. aku rasa gap yang kau tinggalkan tu agak kurang bermakna la. sebab sedikit sempit untuk menempatkan hiasan.

    ReplyDelete
  17. Bestnya kak. Sy selalu berangan nak penuhkan dinding umah dgn almari buku. Tp keadaan ekonomi ngan ms tu tak bape nak mengizinkan sy bt mcm tu. Takpe, one day insya-allah ade rezeki kan kak?

    Kuih2 tu akak yg msk ke atau mmg betul2 dr dapur blogger maryam? sedapnye!

    ReplyDelete
  18. Ohhh a feast for the eyes dik, all those books!

    Tengok saja pun dah rasa seronok.

    Dan terasa2 di lidah la mushroom beef pie tu, yummy!

    ReplyDelete
  19. nak datang umah boleh? heeeeeeeeeeeee nak minum tea pakai yg sebijik mcm dalam pic tu....

    ps: membaca boleh lewatkan nyanyuk? al-quran is the best penawar...

    ReplyDelete
  20. wah.. LW stil ingat dgn timbunan komik n meow itu hehehe.. malangnya ia buku komik. bukan buku ilmu :(

    Byk juga beli buku utk shinta. Tapi belum boleh cungkil minat kat buku budak tu. Sekarang ni baru minat mewarna. Kalau dadynya belikan coloring book baru. sampai rumah dia x hingat dunia terus color buku tu heeeee..

    ReplyDelete
  21. LW,

    wajib jumpa LW kalau turun KL :)

    ohya. rak buku tu memang dah ada tapi isinya? komik semata.. nanti akan isi buku2 lain :)

    ReplyDelete
  22. T Power,
    Ya Rabbi apa ke hei nye yop kamu tido sampai terkunci dalam khutubkhanah..kalau aku jadi ngko la, sedar2 je dah senyap gelap gelita, harus aku meraung tak hengat dunia sampai pecah tingkap kaca la weiii...ngerilah pengalaman ko ni..tsk! Budak bertuah...tdo sampai gitu!


    SM,
    Aku boleh letak barang2 perhiasan yang kecik2 je la...ingat nak letak aquarium piranha aku tapi tak muat space...aku akan letak apa2 je yang muat sbb kalu letak buku semua nampak tenat so nak bagi kelonggaran pada mata, kena ada gap yg tak dak buku...ok tak?

    ReplyDelete
  23. Pok Amai Amai,
    Bestkan kalau dinding penuh buku..tak pe la Fara buat slowly..akak pun lama dok bajet, plan, kumpul segala bagai buku..banyak juga yg rosak sbb akak banyak kali pindah. Sekali angkut sekali rosak buku..sekarang dah ada rumah sendiri, boleh dah nak susun macam mana. So Fara boleh start kumpul buku dulu...



    Kak Dinas,
    Kalau turun KL Mai la rumah saya...boleh kita menjamu selera...hihi:)

    ReplyDelete
  24. Bidadari Syurga,
    Mesti datang tau...apa2 hal kena bincang kat Windsor..heee


    Nong Andy
    Aku mesti ingat poc itu, kucing yang dikelilingi susunan komik tu...komik pun bahan bacaan juga. Ok jangan lupa datang ruman tau kalau turun KL...harapnya masa itu aku Ada di KL....:)

    ReplyDelete
  25. 1 masa tu petang, jadi angin sejuk sudah tiba....ptg2 dapat curi2 tido adalah sgt menarik ketika belajar, bonus bila dapat ke pustakaan sambil cari port strategik.

    2 masa tu berasa seram juga. tapi disebabkan takut akan dimarahi oleh ibu terpaksa lah memberanikan diri utk pulang kerumah.

    3. aku pun pelik kenapa, bab2 mistik nie aku teruja lebih nak tahu. bukan tak takut, tapi berani tu mengatasi segala2nya


    P/s: ibu ku sungguh garang....siap dpt cedukkan padu masa tu. biasalah hero mmg perit penggalaman masa kecik, itu semua ujian utk lulus jadi hero tu

    ReplyDelete
  26. kalau kau letak hiasan berupa pasu bunga tinggi (kosong atau berserta pokok/bunga) akan lebih kelihatan sempit sebab saiznya kecil. kalau kau letak frame gambar memanjang, akan kelihatan gagal sebab tak balance dengan kabinet tu. mungkin gap tu kena besarkan sikit dua kali dari sekarang, baru lebih menonjol. tapi hiasan tu jangan keterlaluan.

    ada macam eric leong tak?

    ReplyDelete
  27. salam lw

    bapak baca berpuluh tajuk buku setiap hari hehehe

    kalau setahun beribu2 dah tajuk buku tu rasanya hehe

    tu kalau ada anugerah mesti kategori damo hehehe

    anyway, membaca memang bagus dan boleh jadikan amalan yg baik , tapi dalam pada tu jangan pula kita belakangkan dari membaca al quran seperti yg disarankan , insyallah

    ReplyDelete
  28. TP,
    Bro aku rasa ko ni kalis takut. Macam arwah bapak aku, kalu dengar apa2 di luar rumah kami walaupun jam 1 pagi dka akan pastikan dia mengetahui puncanya. Sama ada wujud atau tidak benda tu, dia selamba je tunggu nak pastikan yang mana berbeza dgn aku yg penakut over ni. Aku ingat ko pun ada ilmu macam bapak aku punya la beb...

    ReplyDelete
  29. SM,
    Aku tak minat pasu tinggi atau rendah. Kalau ada pokok hidup lagi lah mengundang nyamuk. Rumah aku cuma ada morning plant saja. Tapi kalau frame gambar aku suka letak, aku nak try frame yg kecik2 dan porcelain...

    O ya bukan elic leong tapi SM liyong...kehkehkeh!

    ReplyDelete
  30. Salam Bapak,
    Wahhh banyaknya bapak baca tajuk buku...bagus! Kena tahu judul, kalau orang tanya senang nak jawab kan...judul atau isi buku, dua2 ada kepentingan kan...hehe.
    O ya judul buku yang dalam pengawasan bapak tu judul untuk buku pelajaran di sekolah atau fiksyen?

    Apa2 pun buku yang paling evergreen sepanjang zaman/hayat adalah yang ada mengandungi 114 chapter tu kan. 'buku' yang jadi pedoman hidup tu...saya paksa diri baca setiap hari walaupun dua baris...

    ReplyDelete
  31. aku syorkan kau letak pasu bentuk oval atau separa bulat. baru ngam.

    ReplyDelete
  32. bila nak date dgn i nih???

    i beli buku dan magazines mcm u jugak tapi setiap kali i lepas habis baca, buku tu elok je lagi..rasa mcm nak jual balik kat tokey kedai...

    sekarang ni sibuk dgn buku pasal apartment...

    bercadang nak beli Billy Bookcase kat Ikea tapi... tunggu dululah...

    ReplyDelete
  33. SM,
    pasu bentuk oval tu idea bijak...so aku kena cari pasu tu kan...hmm kalau ada yg kaca punya, aku boleh bel ikan..


    NP,
    U bila free? Ahad ni boleh?
    Jom minum tea dekat heritage food bangsar, tak pun u ambil jet terus landing kat windsor...i dah ada dua billy tu yang kiri kanan..perlukan empat lagi billy untuk meletakkan buku...

    ReplyDelete
  34. Wow! Ini yang tak sabar2 nk pergi rumah Lady W ni,InsyAllah ade rezeki nanti kita berdating sama2!

    Thank you so much for the gift!!! <3 <3 <3.Heeee :D It was magic meeting you :)

    ReplyDelete
  35. Malangnya....kalau tak dah boleh tanya pengalaman arwah ayah sis.
    Mana tahu boleh belajar....bagi diri rasa berani lebih

    ReplyDelete
  36. Liselle
    Hi dear pls welcome..nanti cuti sekolah turun KL...boleh berfoya2 sama2..hikhikhik



    Hi Ayuni,
    Great, book is knowledge!


    TP,
    Ada dia bagitahu aku bro tapi kami x mahu ambil apa yang dia beritahu sebab kami ni sempoi je...hehe

    ReplyDelete
  37. ok jugak tu. tapi pastikan bentuk, saiz dan ketinggian tak terlalu dengan warna dan saiz tiap compartment kabinet tu. kalau tak, nampak janggal. auwww...!!! (jari lentik ke langit)

    ReplyDelete
  38. SM,
    bhahahaha sapa gigit ko semalam aaa sebab pagi ni tetiba ko jadi auuu??? Ceitttt...

    ReplyDelete
  39. dah setel polemik `ruang' tu, kau jangan lupa post. aku nak komen.

    ReplyDelete
  40. ahad i mungkin free tapi sayang adikcik tak free...

    ReplyDelete
  41. ok kalau ada belajar2 tu aku tak mahu, nanti diduga dgn teruk.

    ReplyDelete
  42. wahhhh besarrnyaaa rak buku! nakkk la bende camtu!tapi blom beli2 lagi! >_<

    suka tgk buku byk2...hehe...

    ReplyDelete
  43. SM,
    aku baru deal dgn interior designer, banyak lagi benda lain nak kena tukar tapi feng shui aku sendiri rasa macam x serasi dengan pendapat designer tu...


    NP,
    one fine day, kita plan betul2..nanti kena heret SM sama...

    ReplyDelete
  44. Telur Power,
    biasa la bro, sebelum dapat ilmu kena test dengan ilmu tu dulu...


    Mr Clive,
    Slowly la..i pun kumpul bertahun. Sekarang nak arrange je tapi tak juga jadi2...

    ReplyDelete

Sihat itu kekayaan..

Benar sangat kan pepatah Health is Wealth. Kerapa juga saya dengar orang kata jika hari tua anda dijalani dalan keadaan sakit atau tidak sih...