1. Lalat
Aku tak de masalah dengan lalat. Lalat pun tak dak masalah dengan aku. Tapi bila haiwan kecil ini terbang dan sentiasa ada di sekitar aku pada masa tertentu, aku jadi pelik dan notice kehadirannya pada masa yang sangat tidak sesuai. Apa fikiran korang apabila sambil baca buku jam 12 malam tetiba ada lalat muncul. Sambil buat keje kat pc kat opis, tetiba ada lalat muncul. Masuk dalam keta nak drive tetiba ada lalat masuk sama dan masa masuk ke rumah my sista waktu malam tu, ada sekor lalat membontoti aku. Aku tahu lalat sering dikaitkan dengan benda kotor dan tidak elok. Bukan aku percaya pada benda2 mistik atau tak baik ni tapi bila kehadirannya pada masa yang tidak sepatutnya dan aku berada dalam persekitaran bersih, ia jadi pelik. Sangat pelik dan aku jadi gusar menunggu minit seterusnya...ramai orang kata lalat membawa alamat tidak baik...hmmm...aku masih berfikiran positif, mungkin kedatangan lalat itu adalah untuk mengkhabarkan sesuatu..lalat..ia pun haiwan makhluk Allah...
2. Kucing
Aku pernah langgar kucing, ampunkan dosa aku Tuhan. Aku suka kucing, tapi tak akan bela kucing sebab asthma. Kalau ada kucing depan rumah dan kat dapur ada nasi dan ikan lebih, aku akan bagi kucing makan. Semalam, balik kerja dan tiba di rumah jam 10++ malam. Masa aku buka pagar nak masuk kereta, nampak selonggok objek tepi pagar atas rumput. Bila diamati, ada seekor kucing mati yang sudah berulat dengan banyak..walaupun jam 10 malam, aku masih boleh lihat dengan nyata betapa banyak ulat mengerumuni bangkai kucing itu. Dari bangkai itu nyata kucing yang mati itu adalah kucing peliharaan kerana ada tali cantik dan loceng di lehernya tapi sebahagian badan sudah buruk dimakan ulat. MasyaAllah...sedih! Adakah kedahadiran lalat itu untuk memberitahu aku bahawa ada seekor kucing mati di tepi rumah?
3.Baru aku sedar...
Dalam masa terdekat ini, banyak tempat aku kena pergi. Bermula 1 Julai, jadual appointment adalah penuh. Dan semalam ada dua appointment yang buat aku rasa macam kartun, kartun tak pernah letih, sentiasa bertenaga dan tak tahu penat lelah juga. Bila balik rumah, duduk dan minum seteguk air..baru aku sedar bahawa aku ini hanyalah manusia kerdil, bernyawa dan bukannya robot yang boleh digunakan 24 jam. Supaya aku sedar bahawa aku ini manusia, perlukan rehat dan tidur yang cukup.Bahkan robot pun ada hayatnya...mak. Sesuatu harus dilakukan, supaya aku boleh hidup sebagai manusia seribu tahun lagi..bukannya hidup dalam kenangan korang sebagai arwah LW..dengan izin Allah...
4. Meraikan hidup yang semakin singkat..
Aku tahu, hidup ini singkat. Jadi untuk membuatkan hidup berasa panjang...aku perlu memanfaatkan 'masa' yang singkat ini..sejak kebelakangan ini, aku banyak hidup di alam maya, bercakap dan berbual di alam maya, berdiskus di alam maya bahkan berkerja juga melalui alam maya. Memang terasa dekat walaupun hakikatnya jarak antara aku dan mereka adalah sangat jauh, dipisahkan oleh skrin nipis...terasa terisi dan hidup tidak singkat apabila 'berbual' tapi ia tidak nyata. Need to do something to make it real..i can't do it all but once a while..ill make it real..Ahad ini adalah masa paling baik untuk melakukan sesuatu..aku nak pergi Publika Solaris untuk menikmati persekitaran kreative kerana ada bazar Fuyoh Art di Publika Solaris Mont Kiara Ahad ini.. Syam and Eita dear, kita jumpa kat sana..nanti aku bawa kek pelangi untuk korang..kita makan sambil minum kopi lepak...heaven!
5. Kupu-kupu itu muncul lagi...
Seekor kupu-kupu hitam, terbang melintas di hadapanku..
ada perasaan yang mercup di jiwa
pada susur hari yang semakin gelap
aku lihat kupu-kupu hitam itu
terbang dalam rentak yang amat mulus
Aku: G, penasarannya aku melihat kupu-kupu hitam terbang melepasi aku...kalaulah aku boleh berkata sesuatu melalui mata hati..alangkah hidup ini akan jadi lebih mengujakan...
G: Yang sangat manis ialah jarak...jika kau dekat dengan dia kau akan melihat kelemahan-kelemahan yang kelat. Jadi biarlah kemanisan saja merajai hatimu kala ini..juga menjadi saudagar mimpi yang membolehkan kau belayar jauh dan melabuhkan sauh bila dan di mana saja kau mahu...tiada sempadan..
Aku: Betapa ini yang aku lakukan selama ini...entah bila mahu berlabih..pelabuhan mana yang mahu aku tuju..
G: Maka biarlah kemanisan mimpi menjadi cerita hati yang mengujakan...
Aku: Aku mohon, sampai bila-bila ia akan terus begitu...
G: Mungkin di tanah yang pernah dipijak Rasulullah SAW yang sangat mulia kau akan menerima jawapannya..
Aku: Aku tidak mahu mentafsir perasaan aku kala ini..
G: Satu hari nanti kau akan bertemu sesuatu yang kau cari...tetapi aku tak memiliki petanya untuk kukhabarkan kepadamu kala ini..
Aku: Lebih baik kita tidak mengetahuinya...
G: Tafsiran itu biarlah menjadi misteri hati yang dibalut dengan kain paling cantik sehingga kau merasa sayang untuk membukanya...
Aku: Aku sudah sediakan sutera asli paling halus dan berseni untuk membalutnya...
G: Doakan saja..
6. Hadiah untuk Mak..
Assalamualaikum mak, saya sudah mengirimkan 'hadiah' untuk mak, nenek dan abah pagi tadi. Harap mak sudah terima..saya rindu mak..