Bulan Ramadhan lepas boleh kira dengan jari berapa kali buka puasa kat rumah. Asal nampak kita berkemas nak balik je, ada orang tanya: ko buka puasa mana? Aku jawab, ntah tak tau lagi. Kata dia pulak,.ko nak p buka puasa sini tak? Mana? Ni ha..ada invitation, aku clash..ko pi la kalu nak. Makanya aku pun terhegeh2 lah p Carcosa, lepas tu esoknya laju je p Royal Chulan, lusa pulak laju je p Heritage House dan kemudian tersentak-sentak pulak ke KL Hilton..semuanya adalah atas kapasiti jemputan dan represent bos..ok mak tak mampu ya Cik Jah nak p makan tempat lima bintang tu. Thats why i love my job...
Minggu terakhir puasa, hari Ahad hari tu, puas la terkebil-kebil nak makan apa buka puasa nanti. Tetiba tepon kaler oren tu berbunyi. Apa lagi, tegezut la kan sebab member layan berangan nak makan chicken chop...haha.
"LW, Windsor free tak?"
"A ahh free..errr nape you?"
"Kami nak sewa space, nak buka puasa satu group. Bolek tak?"
"Err boleh tapi gua tak sempat masak la sbb dah lambat cakap.."
"Tak pe, i prepare semua.U jadi host saja dan sediakan pinggan mangkuk sebab i ada beberapa tetamu.."
"Ok boleh.."
Masa tu jam 11 pagi dan aku bingkas bangun laa sebab karang ada orang nak sewa space kat Windsor nak buka puasa..ceitt lupa lak nak tanya berapa orang..sekali orang yang nak sewa space tu datang dan tau apa jadi?? Tengok je lah pic kat bawah..tak mau type bebanyak, tekak sudah mengidam lagi mau makan menu ini..huhu..
Saja tala kamera ke sini sebab lada dan tomato tu nampak menggiurkan..kalau boleh nak makan gitu jer sebab lapar puasa kan..haishh!
Bunga kantan dan serai untuk kerabu glass noodle.
Lamb grill yang Syam buat...sangat enak..katanya masak dengan kasih sayang..
Makaroni bakar Cik Eita, pun sedap!
Fruit salad by Nana Ellanah..
Kerabu su'un..sedap gila! Gila pun tak sedap macam kerabu ni..
Susun atur tak terorganise sebab makan rebut-rebut ni best..air warna hijau tu rasanya macam punch kat hotel enam bintang...sila imejin!
Lepas buka puasa bantai depa buat tart pulak. Design tart by Syam..cantik kan tart daun ni, adunan by Eita..gebu gebas sangat..sampai tak terlupakan..
Tuan rumah? Tuan rumah tak buat apa pun, tuan rumah tumpang makan menu tetamu jer..hehehe..burp!