Monday, 9 December 2019

Mimpi...

Catatan asal: 2 Mei 2018
Saya bukan jenis manusia yang kerap bermimpi. Kalau bermimpi pun sebab terlalu letih dan mengarut. Saya anggap mimpi itu berlaku apabila kita terlalu menginginkan sesuatu itu berlaku dalam hidup dan apabila perkara berkenaan bermain dalam fikiran, maka ia akan terbawa-bawa ke dalam tidur atau mimpi. Dalam tempoh dua bulan ini, ada tiga mimpi yang mengasak minda saya. Bagaimanapun hanya dua sahaja yang saya dapat ingat dengan jelas. Biar saya perincikan apa yang sedang membuatkan adrenalin saya sentiasa rush dan apakah mimpi yang dialami itu.

Situasi 1:
Sepatutnya awal Mei lalu, saya berlepas ke UK untuk aktiviti back pack travel yang sudah banyak kali saya lakukan. Entah kenapa, setiap kali rakan di sana bertanya bila nak beli tiket, saya bagi jawapan nanti dulu. Seronok tu memang seronok kerana saya pernah bekerja dan menetap di UK selama hampir setahun. Jadi, andaikata saya jadi terbang ke sana, ia seperti satu reunion untuk kami berkumpul (dengan beberapa rakan yang sama kepala dengan saya, mengembara sambil bekerja jika berpeluang). Memang dalam fikiran, saya sudah merancang apa yang saya boleh buat  untuk dapatkan duit. Ok sepatutnya begitulah yang berlaku..berangan tak habis dengan aktiviti yang sepatutnya.

Mimpi yang saya alami:
Saya bawak keta warna putih dan memandu di sebatang jalan yang lurus. Apa jenis keta entah saya pun tak ingat, lagipun dalam mimpi..ingat-ingat lupa. Sedang elok bawa keta tu, tiba-tiba rasa nak patah balik dan saya lihat cermin depan dan cermin sisi, tak de kereta, jalan clear. So saya buat tindakan pantas berpusing 180 darjah disebabkan rasa nak patah balik semula kan. Confirm jalan clear..konon macam jalan selebar-lebarnya itu saya yang punya. Tiba-tiba belum habis corner, kereta saya dilanggar dengan kuat dari belakang dan hancur terbarai, terbakar dan kalau ikut logik dengan saya sekali dah padam.

Ehh tiba-tiba saya rasa saya memandu dengan cool di jalan yang tenang dan bila saya memberhentikan kereta sambil menoleh ke belakang, sebuah kereta warna putih sedang terbakar dengan dahsyatnya dan jasad saya ada di dalam kereta itu. Habis tu saya yang sedang bawa kereta ni, apa kes??? Ya Allah rupa-rupanya roh saya sahaja yang tinggal kini dan saya maut dalam kemalangan.  Ya roh saya yang masih bawa kereta dan tiada sebarang luka. Menangis air mata darah sekalipun, saya tak akan hidup balik sebab jasad saya dah cedera teruk dalam kereta yang sedang terbakar. Saya belum rasa nak mati. Saya belum  bersedia untuk mati sebenarnya.

Sekarang tak ada sesiapa boleh lihat dan nampak saya sebab saya sudah menjadi roh. Sedangkan masih banyak yang saya mahu lakukan. Saya mahu berjumpa si polan untuk beritahu dia saya suka dia sampai akhir hayat, saya sanggup tunggu dia selama-lamanya dan kini saya sudah jadi jenazah pun, bagaimana nak bercakap dengannya? Saya masih belum puas berbual dengan Kak Long. Kakak sulung saya yang sentiasa ambil berat pasal saya yang jarang sangat pulang ke rumah. Saya masih belum puas bermesra dengan anak saudara yang seramai sembilan orang, berusia 7 tahun hingga 19 tahun. Mereka pun masih sentiasa menunggu kepulangan saya ke rumah pusaka emak.

Dalam termangu-mangu memikirkan bagaimanakah untuk saya bercakap dan memeluk mereka, saya terserempak dengan sekumpulan manusia yang dapat melihat kewujudan saya dalam bentuk roh. Saya boleh minta pertolongan mereka untuk kembali menjadi manusia. Namun puas merayu dan menerangkan apa yang saya alami, jawapan mereka ialah 'Tidak Boleh' kerana nyawa saya sudah diambil oleh Pencipta. Saya sudah meninggal dan tidak ada peluang untuk hidup semula kerana kata mereka kematian itu tidak boleh ditangguh kerana kematian itu tepat pada masanya seperti yang dijanjikan oleh Allah. Puas saya menangis memohon supaya saya diberi peluang untuk hidup semula memandangkan hajat saya belum kesampaian untuk berjumpa dia dan orang-orang yang saya sayang.

Kata mereka lagi, tak boleh kerana saya sudah meninggal dunia, memang buatlah apa sekalipun mereka tidak akan dapat melihat saya lagi. Allahhuakbar...ketika itu saya berasa seperti saya sudah sahih akan berlegar-legar sebagai roh yang tidak tahu ke mana hendak dituju kerana sepatutnya saya perlu naik ke dunia akhirat tapi rasa sayang pada kehidupan duniawi masih kuat dan manusiadi dunia pula tidak dapat melihat saya, jadi apakah yang boleh saya lakukan? Tak lain dan tak bukan ialah menunggu giliran untuk dihisab.

Ya..mimpi itu tamat di situ dan apabila saya terjaga, perkara pertama yang saya lakukan ialah meraba tubuh badan sendiri. Ahhh masih utuh. Dan saya masih hidup. Ya Allah, terima kasih kerana masih mahu mengurniakan saya kehidupan yang saya mahu..

Beberapa hari selepas mimpi ini saya alami, saya cancel plan nak back pack travel ke UK. Due to technical problem, baiklah saya tak ambil risiko.


Mimpi kedua:
Saya memang dah lama nak cabut gigi yang dah mula goyang dan reput. Jadi kononnya saya guna jari sendiri untuk cabut gigi. Tiba-tiba gigi atas dengan mudahnya tercabut dan tidak berasa sakit pun..confirm saya cabut sendiri gigi tu..apakah?


Dua mimpi ini benar-benar mengusik minda saya..

Zon selesa...

Dalam tempoh tidak sampai seminggu, saya akan tahu apa nasib saya di tempat kerja ini, nasib duniawi, nasib yang berpaksi pada percaturan manusia, namu saya tahu nasib untung saya sebenarnya sudah ditentukan Pencipta.

Ramai juga yang sedang berkeluh kesah kerana memikirkan adakah nama mereka termasuk dalam senarai yang akan diberhentikan kerja kerana syarikat tidak mampu membayar gaji ramai staff, jadi sebahagiannya akan diberhentikan dengan sedikit token. Dan saya yang masih sangat baru di syarikat ini, tak tahulah bagaimana.

Sebenarnya bukan pasal nasib yang saya hendak bebelkan di entry ini. Saya ingin bercakap kepada diri sendiri mengenai memasuki zon yang berbeza dalam hidup sebenarnya. Saya sudah pernah berada dalam zon selesa, selama hampir 18 tahun menduduki zon berkenaan, datang kerja seperti biasa, hujung bulan gaji masuk. Tapi selepas itu saya berasa bosan dan penat dengan rutin saya, seolah-olah tiada cabaran lantas saya mengambil keputusan berhenti kerja dan memperuntukkan sejumlah masa untuk diri sendiri. Situasi ini berlaku pada penghujung Ogos 2013, empat bulan selepas PRU 13. Ia seolah-olah saya membebaskan diri sediri daripada satu tugas dan beban yang sudah lama saya pikul. Simbolik hidup mungkin. Selepas itu, daripada September hingga Oktober, saya tidur baring di rumah. Kalau Mak ada, saya boleh menyantuninya dengan banyak masa, tapi dia lebih dulu pergi, sejak pertengahan 2011.

Jadilah saya penganggur dengan pilihan sendiri, setiap hari saya berkemas, lap sana dan sini. Masuk bulan November saya bekerja sambilan di studio kraf seorang sahabat, bakar kek jika ada permintaan dan saya buat apa sahaja yang menggembirakan saya. Pada masa sama, saya menjadi sahabat yang mendengar keluhan raman rakan lain juga, meminjamkan telinga dan masa saya untuk mereka yang ingin mengadu rasa.

Sedar tak sedar, saya sudah terbiasa dengan zon yang tidak begitu selesa ini dan kini sekali lagi saya akan memasuki zon yang sama, menghadapi situasi berhenti kerja. Meskipun senarai yang akan diberhentikan belum keluar, saya berjaga-jaga dan berada dalam mood standby!

Thursday, 21 November 2019

Laksa Sarawak...




Kena report duty? Ya lah, report duty kat diri sendiri setelah nak masuk setahun saya tak menulis di sini. Kebelakangan ini kehendak untuk menulis muncul semula dalam diri. Selama ini saya menulis kerana keperluan tugas hakiki sebagai wartawan di sebuah portal online tapi yang ini saya menulis kerana saya ingin menulis apa yang ada dalam minda saya yang sudah bertahun terkumpul.

Cantik sangat able decorationnya..
Dua tiga hari ini teringin pula nak makan laksa Sarawak yang sedap itu. Kali terakhir saya makan Disember tahun lalu di Kuching, semalam teringat-ingat lagi. Tak tahulah sama ada teringat laksa Sarawak atau teringat orang di Sarawak sebenarnya, dua-dua pun ya. Takkan sampai nak beli tiket p Kucing kot kan sebab nak makan semangkuk laksa Sarawak walaupun saya tahu kalau saya ke sana, macam-mana jenis makanan tempatan saya boleh cuba sebab ada orang yang akan bawa saya ke sana  ke sini  utk saya cari makanan yang diidamkan. Belum sampai masa saya nak menggunakan khidmat dia, tunggu lain kali..

Haa penuh kehijauan, bau bunga segar menusuk hidung, saya
rasa macam dah ada betul-betul kat Borneo.
Kebetulan semalam saya dijemput menghadiri media night anjuran Sarawak Tourism di KL Hilton. Berjumpa ramai rakan media di situ, ada yang lama dan ada yang baru. Namun yang paling buat saya teruja ialah dekorasi dewan di KL Hilton yang 100 peratus berubah. Rasa seperti berada di dalam lingkungan kehijauan Borneo sahaja sebab sekeliling dipenuhi kehijauan rimba dan tambah melankolik bila Tony Eusof yang juga MC memulakan acara mengenai kisah Puteri Sejinjang dan Puteri Santubong. Saya fikir koreografernya sangat kreatif kerana berjaya membawa suasana rimba ke dalam sebuah dewan kecil, lengkap dengan bunyi desir bayu dan air sungai.

Laksa Sarawak yang sangat sedap..abaikan quality pic ya sbb lampu lip lap
tak dapat nak ambil proper..
Ada lagi perkara yang saya suka, iaitu laksa Sarawak yang dihidangkan. Dapatlah merasa dan gian nak makan laksa Sarawak pun settle. Kalau u all nak bercuti, Sarawak is among the best place to go because Bumi Kenyalang kaya kisah dan lokasi menarik, even Kuching Waterfront itself pun dah sangat mengujakan bagi saya kerana setiap malam ada lighting show yang sangat unik. Masa saya ke sana dulu, sempat lihat show berkenaan. TQ Abang Long Kawasan yg sanggup buang masa dia bawa saya tercegat di situ sebab nak lihat night view di Kuching Waterfront dan berjalan-jalan di Darul Hana Bridge.

So apa lagi u all, cuti sekolah tak lama lagi kan? Cepat beli tiket flight yer..

Tuesday, 19 February 2019

Daulat Tuanku!

Tuanku mengadakan demo dengan bantuan Chef Alex Vitalis daripada Resort World Genting.
- Gambar ehsan Resort World Genting.
Bukan senang nak bersua dengan tokoh pemimpin tertinggi negara. Bukan menteri, bukan juga YB. Wajah yang satu ini, sudah lama saya minat dan suka melihat penampilannya. Walaupun saya bukan orang Pahang, saya tetap senang dan mahu sentiasa lihat dia jika berpeluang. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar, cantik dan sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki bagi saya. Figura keibuannya terserlah apatah lagi aura sebagai permaisuri yang disayangi seluruh rakyat jelata.
Tuanku mengadakan demo dengan bantuan Chef Alex Vitalis daripada Resort World Genting.
- Gambar ehsan Resort World Genting.
Kami menoleh ke belakang, ada seorang perempuan yang tersenyum-senyum melihat kami terpinga-pinga dan teragak-agak nak bergambar dengan TKP yang kini Raja Permasuri Agong. Kalau tidak silap saya, wanita ini juga adalah salah seorang daripada pengiring Permaisuri.
Dan kami pun berlari mengejarnya untuk bergambar. Mana boleh lepas peluang, mungkin sekali seumur, silap gaya tak berpeluang langsung pun.
“U all buat apa sini?” Ujarnya ketika kami approach nak bergambar dengan Tuanku.
“Kami kerja sambil cari pengalaman.”
“Oo rajinnya. Bagus..”
Dan kami pun zapp zipp zupp.
“Terima kasih Tuanku.”
Semua menu sedappppp! Saya try semua air tangan Tuanku Permaisuri. Paling sedap spaghetti asam pedas.

Sekitar September 2014, saya dan Amirul berjalan-jalan di Southbank ketika itu. Kami ke Southbank untuk cari makanan Melayu kerana ketika itu ada Malaysian Week dan pelbagai jenis masakan dan makanan Melayu ada di jual. Selepas hari gelap, kami bercadang nak balik dan berjalan kaki menuju ke stesen keretapi terdekat. Tiba-tiba Amirul bagitahu saya dia nak kejar TKP (Tengku Puan Pahang). 
Saya pun meluaskan pandangan, tak nampak pun TKP. Rupa-rupanya TKP sedang berjalan bersama-sama ahli keluarga dan beberapa pengiringnya beberapa langkah di hadapan kami. Suasana gelap malam menyebabkan saya tak perasan dia ada di depan kami.
“Nak ke dia bergambar dengan kita ni Mirul?”
“A ah ek, alamak segan la Ksha.”
Sambil kami berkira-kira, ada satu suara lain di belakang kami berkata:
“Go and chase her laa. TKP’s ok.”

Ya, walaupun sekejap macam kilat, pantas dan berdesup, sampai ke hari ini saya ingat momen itu.
Dan sekitar Oktober tahun lepas, saya berpeluang berkunjung ke Penjara Bentong atas jemputan Resort World Genting. Tuanku Permaisuri hadir membuat demontrasi memasak menggunakan paste asam pedas hasil air tangannya sendiri, dengan kerjasama chef Alex daripada RWG. Tuanku menyediakan lebih 5 menu dan saya sendiri dapat merasa menu berkenaan.
Semuanya sedap, terutama spaghetti asam pedas yang menggunakan pes asam pedas hasil air tangan Tuanku sendiri. Ibarat kata ular menyusur akar tak akan hilang bisanya, saya dikhabarkan Tuanku Permasiuri ini hebat dan handal memasak. Saya kena cari buku masakan yang dihasilkan Tuanku Permaisuri, Air Tangan Tengku Puan Pahang - Masakan Tradisional Pahang sebab pes resipi asam pedasnya teringat-ingat!




Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...