Kita kan..makan untuk hidup atau hidup untuk makan? Atau makanan dan kehidupan adalah ibarat katil dan bantal? Ke macam mana? Attakkesahlah macam-macam mana..ada banyak perangai manusia yang kita jumpa. Ada orang akan makan bila dia berasa stress..ada orang kata dia nak gi shopping kalau dia berasa tertekan. Ada orang pulak akan buat marathon tidur terus menerus 24 hingga 36 jam kalau dia teramat stress..
Ehh jangan terkejut ada orang pilih menangis kalau depa tu dalam tekanan dan ada orang lain pulak, dia cari bahu untuk bersandar...yess bahu yang tegap dan kukuh serta sasa untuk bersandar..errr bahu siapakah itu..ok bahu siapa-siapa sajalah yang dirasakan sesuai..
Cantik sangat lampu dan tanglung di tepi kedai wondermama ini... |
Agak-agaklah apa cara lagi kita boleh buat untuk menrelease seteress yang berganda-ganda amat ini? Kalau nak suggest baca Quran dan berdoa kepada Allah, ya ini adalah diharuskan dan wajar bagi kita yang beragama Islam, namun tiada paksaan kerana kita ada banyak pilihan dan banyak cara, cuma jangan nak mengada-ngada pilih mematikan hayat sendiri sebelum tiba masa. Bagi kita yang muslim ni..iskkk tak bau syurga.
Nyonya kari laksa..gedabak sangat mangkuknya, makan tiga orang pun tak habis juga... |
Aku pun tak tahu cadang apa lagi kepada ‘anon’ ni bila dia dia email panjang lebar semalam. Bagaimana lagi mahu membantunya supaya berasa sedikit lapang dalam kehidupan. Anon ini bukan jenis erhutang, sebaliknya dia memang jenis cukup makan pakai..aku tahu dia akan baca bila aku letak sini akan emailnya yang masuk ke dalam box aku semalam..
Kopi jelly ni marvelous okeh... |
Antara yang ditulis (dengan izin anon berkenaan)
Kak, saya bukan orang baik, tapi saya tak pernah buat jahat kepada orang, juga tak akan buat jahat kepada diri saya. Saya juga sebenarnya tak kisah apa yang berlaku sekeliling selagi ia tiada kena mengena dengan saya. Tapi kenapa orang suka buat saya rasa bersalah, orang suka buat saya berasa serba salah. Adakah saya ini menyusahkan orang? Adakah hidup saya ini hanya ditakdirkan untuk berasa bersalah sepanjang hidup kak. Saya tak minta banyak untuk hidup, saya hanya mahu berasa ‘tenang’ saja, tanpa ada sedikit rasa berdosa..itu saja yang saya mahu ketika ini.
Saya tahu akak tak boleh tolong saya, tapi saya tahu akak akan baca dan akan cuba mententeramkan saya sedaya usaha akak walaupun saya tahu akak sendiri sentiasa berada dalam keadaan yang amat menekan. Saya hargai setiap patah perkataan yang akan akak tulis ketika membalas email saya kelak. Saya hargainya walau apa sekalipun yang akak akan tulis..
Yes banoffe pie, ada pisang raja di dalam intinya..yummy... |
Hmm..memang agak sulit dan sukar mentafsir apa ada dalam minda anon ini, sulit juga untuk aku menterjemah saranan apakah yang boleh diberikan kepada anon ini...bersabar, bertabah, bertahan, bertawakkal, berdoa dan berusaha mungkin adalah perkataan sesuai buat masa ini.
Jadi, aku bayangkan kalau aku berada di dalam kasut mereka...apa akan aku buat?? Semalam sudah beria-ia ketawa dengan Niza dalam usaha meredakan ketegangan. Semalam juga sudah pekena nyonya kari laksa semangkuk gergasi dengan Phia dan Zda dan kami makan juga banoffee pie, ada kopi cham wonderbra..ehh wondermama laa dengan selingan jeli aka lengkong..sudahnya nyonya kari laksa itu masih berbaki dalam mangkuk gedabak itu. O ya Wondermama ni kedai makan baru, environmentnya pun memberangsangkan. Sambil aku duduk memikir ayat terbaik untuk Anon, dengar juga cerita Phia dengan maknya yang berasal dari Manchester dan Zda dengan twin Arfan dan Irfan.
Dan kami makan sambil berteman cahaya lampu berselang tanglung merah yang sangat cantik..that’s what we call life..masalah ada melingkari hidup sesiapa saja selagi kita bernama manusia, namun hidup tetap diraikan pada waktu tertentu dengan segala masalah diletak jauh-jauh kerana rezeki hari ini adalah rezeki yang wajar dinikmati sebaik mungkin oleh kami yang kerdil ini, tanpa perlu memikirkan yang sukar itu buat seketika..