Thursday 24 January 2013

Sekuel: Salji masih berguguran..

Pic credit to Noah Shafie in Luxemburg / Amsterdam
Ini kaler adalah titanium white, cobalt blue dan black...
Ok yang ini gua punya conteng...memang bagai langit dengan bumi...ada kesah kan...
Itu pic Noah hantar, cilok dari FB dia..
Konon...feeling2 artis..kehkehkeh..itu kanvas murah, kualiti kelas ketiga..
 Dengan calitan warna ini..aku mulakan fragmen yang sudah lama tertangguh... 

DI luar tingkap, salji gugur lembut sambil mencium cermin nipis yang menghalang angin sejuk dari masuk ke ruang hangat yang tidak seberapa luas itu. Cahaya malap mentol bulat 80 watt itu tidak cukup untuk membuatkan hatinya yang beku mencair walau dipujuk beratus kali oleh Encik dan Puan Baker.

Ya, musim sejuk sudah tiba lagi. Pokok-pokok gondol menampakkan ranting togel menunjuk ke langit tanpa daun. Yang ada cuma debu putih yang sejuk dan mengapung di udara, jatuh satu demi satu menyinggah di segenap cabang. Dia sedar itu, hatinya juga mula bercabang dan bercanggah, antara kehendak diri dan rasa aneh yang mula menyelinap dalam diri.
 
Ini kerana setiap hantaran dan lembar bunyi yang sampai ke kuping pendengarannya setiap malam kala salji rontok menjunam ke bumi adalah alunan Blue Danube gubahan Johan Strauss yang tidak pernah jemu didengar. Begitu juga kala petang hari, ada alunan Intermezzo Cavalleria Rusticana dari ilham Pietro Mascagni menghias sunyi ruang antara dua dinding itu.

Bagai di rancang pula, Encik Baker menempatkan biliknya di sebelah bilik Ian. Katanya mudah untuk dia mengemas bilik si bujang sombong itu dan mudah juga untuk dia dipanggil andai tuan tunggal itu memerlukan apa-apa pertolongan.

 Ahh hati, usah cair dengan bunyi-bunyian rajuk itu, namun dia tidak dapat membohongi hati lembut itu bahawa irama syahdu The Lonely Sheperd karya Gheorghe Zamfir yang berhantu itu dan Concierto de Violin Paganini tidak dapat menafikan rasa aneh mula menyelinap pada setiap pembuluh darahnya..ya..hampir segenap detik darah berasa panas mengasak ruang kapilari halus dalam jiwanya.

Salji menderu lagi, dirapatkan kuping ke dinding, masih ada muzik menangis mengisi malam. Pastinya Ian belum tidur, mahu saja diajak bersemuka, namun tidak manis. Siang tadi, si sombong yang manja itu merenung tajam ke wajahnya sebaik mengetahui dia ingin pulang ke tanah air..ketika mereka berpapasan tiada kata yang diucap sebaliknya sekilas jeling tajam saja dipanah tepat ke tangkai jantungnya, hampir luruh jantung nan satu itu.

What?” Tegurnya spontan kala selisih di tangga tua diperbuat daripada oak putih itu.

Nothing!” Keras saja jawapannya.

“Then..why you staring at me? Come on..talk to me..”

“I don’t feel like wanna talk..”

“Fine...call me if u need a shoulder...nite!”

Bump! Pintu bilik dihempas dan dia dengar ada barang jatuh ke lantai..pasti si bujang itu mengamuk lagi. Dan kini dia buntu. Jangan ada hati yang retak, jangan ada perasaan yang bersepai lantaran dia ingin menghilangkan diri dari bumi empat musim ini..jangan sayang...

Di luar, Oxford Street bagai dihampar permaidani berbaldu putih lantaran salji berjejeran menutup segenap ruang. Ada hati yang beku, ada rasa yang nanar…biarkan..kelak akan ada suatu titik temu bagi perhitungan sebuah perasaan yang kian bermaharajalela dan merasuk igau..biarkan!

Fragmen: Salji Masih Berguguran.

17 comments:

  1. love the first pic.. bila la nak rasa sesalji lagi & i miss oxford street ngeeeee... coci mata..

    cepat sambung fragmen ni n take care..!! hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      yeszaa memang akan disambung..nak baca sepenuhnya sila beli novel yg akan terbit lagi ampat tawooonn..ekekeke!

      yeahh me too..miss oxford street..tu pasal asyik sebut dalam cerita...hik!

      u too take care!

      Delete
  2. wow..... tak sangka... ada bakat melukis.. dan ya. kagum ni LW... cantik lukisan tu walaupun x exacly mcm dlm pic.. tak kisah.. tapi memang cantik la.. *ni bukan bodek. iklas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong Andy
      ahh itu aku bantai jer..saja nak hilang ketagih makan maggie...so konon kalau conteng2 tu aku lupa la sekejap pasal maggie..:)

      rindu shinta la, dah lama tak denga citer dia..

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Lukisan tu cantik la dik! I like!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas
      itu lukisan syiok sendiri..boleh laaa kan...

      Delete
  5. memang tak sangka ada bakat melukis selain berblog..sila teruskan hobi anda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg bro @ el mariachi
      ala bakat poyo-poyo jer abg bro..

      Delete
  6. Macam2 bakat lah adik akak ni ada........

    ReplyDelete
  7. Melukis... Gud job.... Cerita sedih... Hurmmm... Aaku terganggy dgn setisp patah tajuk lagu yg kamu berikn didlm sini sis... Satu gmbran nyata untuk aku telusuri lngkh si gadis... "kadangkala... Keputusan lalu x menggambarkn ketetapn hati.. Ia sekadar bolakn untuk manusia lain hirup..."

    Ps: fragmen rontoknya salji yg berguguran bikin hatiku penasaran... Andai udara ku hirup bisa mendektkn kembali dgn kenangn bersama dia... Rindu diqalbu ini membunh sebenarnya... <3

    Bidadari syurga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bidadari Syurga
      Melihat tidak sepayah mengalami..berat mata melihat, berat lagi jiwa yang merasa..

      Dia itu kembali cuma sebentar ke sini, katanya mahu merasa hawa panas matahari kerana di sana terlalu sejuk..mau saja aku ikut, namun apakan daya...

      kau pun tahu kan...

      Delete
  8. jom pi belanda... jom laaaaaaaa..............

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne
      jommm..belanda eh? lagi...err kita tambah list ya...kikiki

      Delete
  9. suka painting tuh. sila framekan.! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa
      memang nak frame, tunggu betul2 kering..

      Delete

Retorik ayam dan cornflake di Secret Recipe

  Nak makan ayam, ada seninya: Ayam masak sempurna Tak ada ketulan lemak Tak ada bau hanyir Garing Cukup masin manisnya So.. C...