Showing posts with label fragmen novel. Show all posts
Showing posts with label fragmen novel. Show all posts

Friday, 11 October 2013

1 - Biru langit Wanganui..

andainya kau tahu
sebanyak mana rindu aku
kiralah berapa banyak bintang di langit malam
 
**************
 
Skrin komputer ditatap sepi.  Hanya cahaya putih memanah anak mata, berkelip-kelip..kadang-kadang cepat, kadang lambat. Bergenang..memberat dan seakan mahu menitik, cepat-cepat air mata yang tidak jadi keluar itu diseka, seakan-akan mahu menafikan rasa rindu yang kian membuak kepada Mak, kepada Chek dan kepada semua. Wangi kesidang di tepi laman..kalaulah dapat dihidu di tanah bergunung ganang ini, mahu saja dia hirup wangi itu dalam-dalam, simpan kemas di dalam lubuk hati yang paling dalam, diam di situ sehingga terjumpa pelengkap rusuk kiri yang jadi idaman sekian lama. Tapi di mana? Di mana mahu mencarinya, siapakah bakal mengisis kedudukan itu dan bila? Dia buntu, rambut paras leher diraut ke belakang. Kopiah putih yang Chek Ngah bagi tahun lalu di letak di tepi komputer. Ada juga gelas kopi dan beberapa ketul skon jagung yang sudah sejuk.
 
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bacaan di skrin komputer diteruskan...
 
...Nik, mak kata balik! Dah lama sangat dia tunggu Nik. Buah sawa nila tepi rumah sudah banyak kali berbunga, mengeluarkan putik, berbuah, lebat berketul-ketul dan akhirnya Mak hanya makan sebiji saja, itupun payah dia nak habiskan. Katanya Nik suka buah itu. Begitu juga buah mata kucing di sebelah kiri pagar rumah, dan banyak kali juga berbuah, banyak plastik juga Mak sedekah pada jiran sebab katanya dia tunggu Nik balik, tapi Nik tak muncul-muncul juga.

Nik..baliklah..


Biru Langit Wanganui / Chapter 1: Menganyam rindu../ 11 Okt 2013

Sunday, 16 June 2013

Dua fragmen...

Kehidupan..kalau sudah namanya hidup, tak akan sempurna kalau tiada masalah yang mendatang setiap hari. Terlupa memberi markah kepada pelajar juga adalah satu masalah, tapi dia tidak akan sekali-kali menyebutnya sebagai masalah. Dia akan tukar perkataan masalah itu kepada 'perkara penting yang perlu diselesaikan dengan segera.' Dan kini 'perkara penting yang perlu diselesaikan dengan segera' itu ialah seseorang yang bernama Yaya.
 
Dulu selepas balik dari Seoul, dia sudah berjanji untuk menceritakan perkara sebenar kepada Yaya apa yang berlaku ketika si manis itu jatuh tidak sedarkan diri ketika kelas berlangsung. Sebagai guru yang ada dalam kelas ketika itu, dia menepuk-nepuk pipi Yaya dengan tujuan mengejutkan Yaya sekiranya pelajarnya itu pening atau tidak sedarkan diri seketika, namun keadaan Yaya yang pucat seperti sudah kering darah itu membuatkan dia berasa tidak sedap hati dan mengambil keputusan membawa terus ke hospital. Ketika dia membawa Yaya dengan kedua-dua belah tangannya, ada sedikit darah pada pakaian Yaya dan dia membuat kesimpulan mungkin Yaya pengsan akibat masalah senggugut. Tapi apabila tiba di hospital dan doctor membuat pemeriksaan, Yaya bukan senggugut tapi ada masalah lain dan dia tiba-tiba berasa belas terhadap Yaya.
 
Masih diingat betapa payah Yaya menelan roti yang dikunyah dan begitu juga panjang lehernya tatkala mahu menelan air yang diteguk. Ketika itu dia mohon supaya luka Yaya dialih kepadanya kerana dia sudah biasa mengalami kelukaan sama ada luka yang Nampak darahnya atau luka yang terselindung. Yaya masih terlalu mentah untuk dikhabarkan dengan berita begitu. Dia tahu Yaya bercita-cita besar, ada tujuan kenapa Yaya bersungguh-sungguh memasuki politeknik itu.
 
(Fragmen: Yaya dan Zain)
 
 
"Mama, saya tak faham kenapa dia marahkan saya sudah beberapa hari. Baju yang saya gosok dia tak pakai, dia gosok sendiri. Tali leher yang saya sediakan juga dia tukar warna lain. Puas saya fikir apa silap saya padanya. Semalam dia kata mahu makan sup ayam, sudah saya sediakan. Pun tidak dijamah sampai sejuk sup itu. Kopi yang saya buat juga tidak berusik. Apa salah saya mama?" Pertanyaan itu dilontarkan kepada Pn Baker yang ralit menyediakan roti berinti hirisan ayam untuk makan malam mereka. Dia sendiri lincah membantu menyediakan meja kerana sekejap lagi bapa angkatnya akan turut serta bersarapan dengan dia dan Puan Baker yang sudah sebati dipanggil 'mama.'
"Biarkan Aimee, panasnya tidak akan lama. Mama tahu sangat perangai anak jantan seorang ini..tapi .."
"Tapi kenapa mama?"
"Kali ini rajuknya agak lain macam..nanti kita tanya ayah. Biasanya lelaki akan faham dengan perangai orang yang sejenis dengan mereka. Aimee jangan risau..kalau Fitri buat hal lebih-lebih, beritahu mama. Semalam apa yang dia hempas?"
"Baiklah..saya tak pasti apa yang patah dalam biliknya..saya tengok biolanya elok saja dalam beg di tepi katil. Gitar juga terletak kemas dalam almari..tak tahu pula apa yang patah mama.."
"Berani dia patahkan biola Stradivarius tu. Kalau dia patahkan biola tu, maunya ayah marah dia.."
Tiba-tiba Encik Baker muncul di dapur dan duduk di meja. Segelas nescaffe panas sudah tersedia di hadapannya. Cepat-cepat isterinya menyuakan pinggan kosong dan hidangan sandwich ayam juga disuakan ke hadapan suaminya itu. Makan malam mereka tidak begitu banyak hidangan kerana pasangan suami isteri itu lebih suka menjamah hidangan sekadar alas perut. Bahkan dia sendiri sudah biasa tidak makan malam kecuali kalau Fitri ajak keluar, dia akan makan dengan si tunggal itu.
"Abang, tahu tak kenapa Fitri marahkan Aimee? Kata Aimee dah hampir seminggu dia tak mahu bercakap, buat muka tak mahu senyum..?"
'Ya ke? Awak tak tanya dia?"
"Saya tahu kalau saya tanya, dia akan buat bisu. Abang mesti tahu kenapa kan?"
"Aimee jadi ke nak teruskan hajat balik Kuala Lumpur?"
"Jadi ayah, InsyaAllah..."
"Jadi? Hmm...ayah rasa ayah tahu kenapa Fitri buat hal.."
"Kenapa abang?"
"Awak ingat tak abang tak mahu bercakap dengan awak dulu ketika awak kata nak balik ke Scotland?"
"Oh ya..jadi apa kaitannya dengan Fitri?"
"Fitri itu anak kita, ada darah abang dan sayang dalam tubuhnya. Bapa borek anak rintik. Kalau sudah sayang seseorang itu, dia sentiasa mahu lihat kesayangannya di depan mata. Walaupun tidak bercakap, tak mengapa. Yang dia mahu, setiap hari boleh lihat ada di depannya. Aimee mahu berangkat ke Kuala Lumpur kan?"
"Ya ayah.."
'Dia sayang Aimee tu...seperti mana ayah sayangkan mama dulu..."
Bagai ada renjatan elektrik membakar jantungnya. Fitri sayang akan dia. Di luar salji makin lebat menimpa atap rumah. Melalui cermin nako di bahagian tepi dapur, dia Nampak pokok epal makin memutih akibat debu sejuk salji yang makin memenuhi. Hangat pemanas yang dipasang tidak terasa, sebaliknya beku dan sejuk jua membalut hati. Imran Fitri...Ian Peter...
 
(Fragmen Salji Masih Berguguran)
 
 

Friday, 8 February 2013

Sepotong salmon beryogut, sehiris perasaan...

Dia: Kau bagi aku tiga sebab kenapa aku tak boleh apply dan isi borang untuk jadi pak we kau?
Aku: Ehh ko meroyan ke apa neh? Bulan belum keluar dah mimpi..apa raaa!
Dia: Ko belum jawab soalan aku..
Aku: Suka hati aku lah...bak lah cepat..
Dia: Kalo ko nak, jawab soalan aku dulu..
Aku: Ahhh cepatlah..ko nak aku jerit dalam telefon ni yer?
Dia: Peduli apa aku...kalo ko nak..jawab soalan aku dulu..
Aku: Ko kan..back hand nak tak?
Dia: Elehhh nak back hand aku konon, makan pun bersuap...pehhh..
Aku: Sumpah..sumpah! Sumpah aku benci ko...bluekkkkk!
Klik! Gagang putus...tiba-tiba Zain tersedar..mimpi itu amat mengerikan...
*********************************************************************************
Zain menyediakan tiga resipi untuk Yaya. Dia tahu Yaya akan mencuba resipi ini di dapur emaknya terlebih dulu sebelum tiba hari pertandingan..salmon masam manis..tapi perasaannya pada Yaya sentiasa manis, tiada masam langsung...dan dia sanggup menghadapinya jika berlaku penolakan di pihak Yaya. Belum cuba, belum tahu bagaimana penangannya...
Dia sengaja memberi resipi mudah kepada Yaya. Yogut masam sebagai ganti santan. Yogut juga sedap. Yaya, kalau awak nak tahu, yogut tu banyak khasiatnya..awak boleh guna berapa banyak, pastikan juga guna minyak zaitun. Potong dadu capsicum hijau dan kuning. tuang dua sudu minyak zaitun dan bawang besar. Tumis hingga naik bau dan masukkan yogut, tambah gula garam sikit.
Yaya, resipi ini adalah resipi kesayangan saya, untuk orang yang saya sayang. Ini resipi pertama yang saya cipta ketika belajar di Cordon Bleu, Paris 15 tahun lalu. Pastikan awak tahu berapa banyak kcal dalam satu hidangan small portion ini. Tak pun awak nak buat fusion pun boleh. Kalau awak nak resipi pemanis mulut daripada coklat pun saya boleh bagi kerana saya belajar dengan pakar coklat, Chef Jean Marrie Aubuenne di Paris ketika itu..untuk awak, yang manis-manis saja..
*******************************************************************************
Ketika dia tiba di dapur besar Casa Del Mar, Ruhaizat sudah sedia menunggu di sudut dapur yang ada sebuah meja kecil. Ada segelas kopi dan satu tupperware biru. Macam pernah dilihat tupperware itu.
"Zain, ada orang hantar kuih untuk kau."
"Siapa hantar?"
"Entah, budak banquet bawa masuk. Dia pun tak cakap apa, cuma katanya kueh untuk kau..."
"Biar aku tengok..."
Sejurus dibuka tupperware berkenaan, ingatan Zain melayang kepada tupperware berisi sandwich yang diberikan kepada Yaya tidak lama dulu...
Yaya! Kau kah....

Fragmen: Yaya dan Zain

Nota: Kalau anda ada dalam scene ini, apa anda mahu perkara yang berlaku pada Yaya dan Zain ini...??

Thursday, 24 January 2013

Sekuel: Salji masih berguguran..

Pic credit to Noah Shafie in Luxemburg / Amsterdam
Ini kaler adalah titanium white, cobalt blue dan black...
Ok yang ini gua punya conteng...memang bagai langit dengan bumi...ada kesah kan...
Itu pic Noah hantar, cilok dari FB dia..
Konon...feeling2 artis..kehkehkeh..itu kanvas murah, kualiti kelas ketiga..
 Dengan calitan warna ini..aku mulakan fragmen yang sudah lama tertangguh... 

DI luar tingkap, salji gugur lembut sambil mencium cermin nipis yang menghalang angin sejuk dari masuk ke ruang hangat yang tidak seberapa luas itu. Cahaya malap mentol bulat 80 watt itu tidak cukup untuk membuatkan hatinya yang beku mencair walau dipujuk beratus kali oleh Encik dan Puan Baker.

Ya, musim sejuk sudah tiba lagi. Pokok-pokok gondol menampakkan ranting togel menunjuk ke langit tanpa daun. Yang ada cuma debu putih yang sejuk dan mengapung di udara, jatuh satu demi satu menyinggah di segenap cabang. Dia sedar itu, hatinya juga mula bercabang dan bercanggah, antara kehendak diri dan rasa aneh yang mula menyelinap dalam diri.
 
Ini kerana setiap hantaran dan lembar bunyi yang sampai ke kuping pendengarannya setiap malam kala salji rontok menjunam ke bumi adalah alunan Blue Danube gubahan Johan Strauss yang tidak pernah jemu didengar. Begitu juga kala petang hari, ada alunan Intermezzo Cavalleria Rusticana dari ilham Pietro Mascagni menghias sunyi ruang antara dua dinding itu.

Bagai di rancang pula, Encik Baker menempatkan biliknya di sebelah bilik Ian. Katanya mudah untuk dia mengemas bilik si bujang sombong itu dan mudah juga untuk dia dipanggil andai tuan tunggal itu memerlukan apa-apa pertolongan.

 Ahh hati, usah cair dengan bunyi-bunyian rajuk itu, namun dia tidak dapat membohongi hati lembut itu bahawa irama syahdu The Lonely Sheperd karya Gheorghe Zamfir yang berhantu itu dan Concierto de Violin Paganini tidak dapat menafikan rasa aneh mula menyelinap pada setiap pembuluh darahnya..ya..hampir segenap detik darah berasa panas mengasak ruang kapilari halus dalam jiwanya.

Salji menderu lagi, dirapatkan kuping ke dinding, masih ada muzik menangis mengisi malam. Pastinya Ian belum tidur, mahu saja diajak bersemuka, namun tidak manis. Siang tadi, si sombong yang manja itu merenung tajam ke wajahnya sebaik mengetahui dia ingin pulang ke tanah air..ketika mereka berpapasan tiada kata yang diucap sebaliknya sekilas jeling tajam saja dipanah tepat ke tangkai jantungnya, hampir luruh jantung nan satu itu.

What?” Tegurnya spontan kala selisih di tangga tua diperbuat daripada oak putih itu.

Nothing!” Keras saja jawapannya.

“Then..why you staring at me? Come on..talk to me..”

“I don’t feel like wanna talk..”

“Fine...call me if u need a shoulder...nite!”

Bump! Pintu bilik dihempas dan dia dengar ada barang jatuh ke lantai..pasti si bujang itu mengamuk lagi. Dan kini dia buntu. Jangan ada hati yang retak, jangan ada perasaan yang bersepai lantaran dia ingin menghilangkan diri dari bumi empat musim ini..jangan sayang...

Di luar, Oxford Street bagai dihampar permaidani berbaldu putih lantaran salji berjejeran menutup segenap ruang. Ada hati yang beku, ada rasa yang nanar…biarkan..kelak akan ada suatu titik temu bagi perhitungan sebuah perasaan yang kian bermaharajalela dan merasuk igau..biarkan!

Fragmen: Salji Masih Berguguran.

Penjagaan usus penting untuk tingkat imunisasi kanak-kanak

Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sih...