![]() |
| Mindful eating.. |
Kita biasa dengar makan disarankan kunyah 40 kali dan barulah menelan makanan berkenaan. Perkara ini juga disebut sunnah dan makan sebegini menjadikan perut boleh menghadam makanan dengan mudah.
Baru-baru ini, saya menghadiri pertemuan bulanan untuk pengurusan berat badan di KKM Sek 3 Bangi dan kami ada dengar talk mengenai pemakanan khusus untuk diet oleh Pegawai Psilkologi dan Klinikal Trauma KKM, Amar Aimmullah Azizul.
![]() |
| Mushroom quiche..makan slowly. pasti kenyang lama😋 |
Beliau menyebut mengenai beberapa disiplin makan antaranya binge eating, emotionally eating dan mindful eating. Paling menarik perhatian saya ialah mindful eating yang mana saya ada mempraktikkannya tanpa tahu dengan jelas manfaat sebenarnya untuk badan, terutama untuk orang yang nak diet.
Kata Amar, mindful eating makan dengan berhemah atau dalam erti kata lain, makan secara tamakninah kerana makan dengan cara begini akan memberikan kesan kenyang yang lama pada fikiran dan perut.
"Sebagai contoh mudah, makan nasi lemak. Bila dah buka bungkusan tu jangan terus makan dengan cepat. Disarankan menikmati dulu warna penataan nasi lemak berkenaan," katanya.
![]() |
| Perhatikan nasi lemak ini, ada berapa warna dalam sepinggan makanan? |
Selepas melihat warna nasi lemak, tentunya ada sambal berwarna merah, timun dengan hijaunya dan kacang tanah serta nasi, rasa dahulu secara perlahan-lahan seperti ikan bilis adakah lemau atau rangup, nasi cukup atau tidak lemaknya dan kemudian barulah makan dan biarkan rasa di dalam mulut bersatu dengan mengunyahnya secara perlahan-lahan.
"Jika amalkan cara makan begini, rasa kenyang akan kekal lebih lama di dalam minda dan di dalam perut," katanya sambil bagi beberapa contoh lain.
Jadi, mari kita praktikkan dengan makanan lain seperti kuih mahupun buah, pasti nikmat kenyang itu lebih lama kekal dalam perut kita kan.



No comments:
Post a Comment