Laluan hidup kita tidak sama dan plan DIA untuk kita juga berbeza. Email shaidahshafie@gmail.com
Tuesday 19 November 2013
Jom kita...
Sudah nak tafsir hati orang
perasaan orang
kita ingat dia suka kita
sebenarnya tidak
kita ingat dia main-main
sebenarnya tidak
memang susah...
jadi mana satu nak percaya ni.
Dah lama tak dengar khabar berita dia ni.
Aku agak dia mesti dah merajuk
sebab aku banyak kali tolak 'pelawaannya'.
Setiap kali dia cakap pasal perkara itu,
setiap kali itu juga aku bagi alasan, 'saya tidak bersedia'.
Lama-kelamaan, setelah dua tahun macam-macam alasan aku bagi,
selepas menghilang beberapa bulan,dia muncul pada suatu malam yang sudah larut.
Katanya walau di mana saja aku pergi,
dia tetap ingat pada aku dan mahu aku ingat dia juga.
Sudah pasti aku ingat dia sebab dia tak pernah jemu 'pelawa' aku.
Kami berbalas sms.
Setelah dia mencurah segala perasaannya dan menoktahkan ayat dengan:
Walau awak kahwin dengan sesiapa saja sekalipun, awak akan sentiasa ada dalam hati saya.
Aku kira, dia faham sudah maksud aku selama ini.
Tiba-tiba aku berasa macam nak kata kat dia:
Jom
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.kita
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.kawan sajalah!
Sunday 3 November 2013
Kapal kertas dan lempeng pisang...
Sekarang setiap petang hujan..tak leh nak keluar rumah sangat sebab aku tak nak lepaskan peluang berada di dalam rumah ketika hujan. Kerana hujan adalah nikmat, melihat titik air jatuh timpa daun orkid, daun melur dan daun mawar...ehh daun pandan sama...hmmm nikmat sebab tak payah nak susah-susah siram pokok bunga. Bukan aku kedekut nak bayar bil air pun sebab sekarang ni pun dah terlebih bayar ke SYABAS sebanyak RM99..macam mana nak tuntut balik duit ni kan. Haruslah SYABAS tak akan bagi balik, kecuali aku kaw-kaw guna air..banyak mana sangat pun kalau basuh baju seminggu sekali..mandi sekali sehari..iskk..acah je, gua mandi tiga atau empat kali sehari bergantung pada cuaca. Kalau cuaca panas, maka keraplah menghabiskan air..ok bukan nak cakap pasal air..nih..pasal hujan.
Kalau hujan kat kampung, kami sibuk nak buat kapal kertas dan buang ikut jendela kayu cengal yang hitam tu. Kapal kertas tu pun terkial-kial mengikut lenggok air hujan yang membentuk bulatan bulat yang makin besar dan besar. Selalunya kami akan buat banyak kapal kertas dan habislah buku sekolah kena koyak. Esoknya memutih kapal kertas atas tanah depan jendela bila air surut. Dan paling mengerikan abah akan membebel dan habislah telinga kami pulak kena koyak..adehhh sakit tapi sekarang jadi manis dalam kenangan! Walaupun ketika itu melalak sakan sebab kena pulas telinga kan..kan!
Suntik botox butter kasi gebu..terliur ke tak? |
Dan ketika hujan juga mak akan sibuk di dapur kecilnya yang sempit dan suram, tapi cukup luas bagi kami. Mak akan buat lempeng pisang yang ditaruk kelapa untuk kami makan bersama air kopi kasar. Lempeng pisang itu penuh nikmat untuk dimakan pada skala berebut-rebut tahap gaban. Sebab kami dah letih bermain kapal kertas, jadi kami akan beralih ke dapur konon nak tolong mak kemas dapur, walhal nak meninjau apa mak masak. Ternyata lempeng pisang itu adalah hi-coffee paling mewah bagi kami ketika itu.
Banana pancake parade..jap nak buat kopi! |
Dua tiga hari lepas hujan..nak buat kapal kertas karang jiran aku kata aku hilang akal pulak nanti. Jadi aku bergerak ke kitchen, buka peti ais, ada pisang terover masak, ada kelapa juga, buka stor ada multipurpose flour juga...maka jadilah lempeng kelapa aka banana pancake yang dibakar dalam oven Pansonic aku yang dah usang tu tapi baktinya sangat cemerlang..kalau nak resipi lempeng pisang ini, tunggu kemunculan buku 'Cerita Minum Petang' aku yang akan muncul tak lama lagi..
Rindu mak...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Aidiladha beberapa tahun ini..
Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku beraya di Brockley. ...
-
Kalau aku tak jadi kuli macam sekarang, mungkin aku jadi tukang masak walaupun aku tak pandai masak selalu kalau masak, KA dulu pernah k...
-
Rumah arwah mak kat kampung adalah rumah papan daripada kayu cengal yang dicelup minyak dan makin lama kayu itu makin gelap warnanya. Arwah...