Friday, 25 October 2013

Pengalaman kita tidak akan sama...

Pengalaman hidup kita tak akan sama, malah tak pernah sama walaupun kita menjejaki jalan yang sama. Katalah apa sekalipun, pengalaman hidup kita berbeza. Apabila berjumpa sahabat lama, rasa seperti tak cukup tanah nak berbual. Semalam novelis tanah air, Lily Haslina Nasir datang ziarah aku di rumah. Lily tak berubah, cuma tergambar kematangan pada wajah ibu empat anak itu dan dia tetap bersemangat suruh aku membuat catatan hidup kerana dalam tempoh masa 23 tahun, katanya aku berubah 360 darjah dan apa yang aku lalui tidak akan sama dengan apa yang dia alami. Kami pernah tinggal serumah di Old Town, Petaling Jaya pada awal 90-an ketika mula-mula sampai ke KL untuk melanjutkan pelajaran di Lembah Pantai. Seorang lagi sahabat kami ialah Cikgu Rodziah Akil dari Pahang dan Rodziah ini adalah adik kepada penulis Daeng Ramli Akil. Jadi kami bertiga ke sana ke mari dan persahabatan ini tidak pernah putus walaupun masing-masing sudah ada hala tuju sendiri.
Atas kiri: Lily rembat 4 buku..mekaseh Lily
Atas kanan: Dah lah datang bawak buah, siap bagi hadiah buku novel lagi..selamat bajet buku bulan ini...:)
Bawah kiri: Aku sempat bakar roti putih untuk Lily.
Bawah kanan: Ada sup daging untuk dimakan dengan roti.
Seperti biasa, Lily sentiasa hadir dengan buah tangan. Masa belajar dulupun dia yang sentiasa belanja aku dan Rodziah kerana pada ketika itu, Tahun 1 di UM, Lily sudah ada duit poket sendiri kerana dia sudah menulis sejak usia 14 tahun. Jadi apabila kami nak makan, tapi duit tak ada, jadi Lily akan bermurah hati belanja kami. Sifat kakak-kakak sangat menebal dalam diri Lily, mungkin kerana dia anak sulung dalam keluarga Pak Nasir dan Allahyarhamah Cikgu Jamilah. Jadi sifat ambil beratnya terserlah manakala Rodziah anak bungsu dalam keluarganya dan aku anak kedua. Jadi kami ada perangai sendiri dan Lily jadi tempat rujukan kerana dia memang matang. Ketika di tahun 1 juga, Lily dah ada pakwe (kini suaminya) dan kami pun akan ikut dia dating sama kalau dia dating dengan Cik Lan. Ceitt kami konon jadi bodyguard Lily walhal tak de apa pun yg nak diguardkan ya Lily..hehe
Buah dokong dan cucur udang yang sedap buah tangan Lily. Sambil makan sambil berbual..dan banyak idea yang Lily cadangkan. In shaa Allah, akan dilaksanakan andai ada kudrat.
Seperti biasa juga, banyak benda nak dibualkan dan Lily tidak pernah kering idea, mungkin sifat baik hatinya itu membuatkan Allah bagi ganjaran ilham yang sentiasa melimpah ruah di mindanya. Daripada tugas wartawan kanan di majalah Jelita beberapa tahun lalu, Lily mengambil keputusan berundur dan menjadi penulis bebas pada awal usia 30-an dan sehingga kini dia masih menulis dengan ilham yang melimpah ruah.
 
Terima kasih Lily Haslina Nasir kerana menjadi sahabat yang sama seperti 23 tahun lalu...

Saturday, 19 October 2013

Dah mati 9 bulan lalu..

Sembilan bulan 18 hari..
bukan sekejap tu
kalau pregnant, dah kira bersalin pun
dalam tempoh 9 bulan 18 hari tu
ada beberapa kali
masa aku balik keje jam 12 malam hingga 1 pagi
JPJ buat roadblock
Polis buat roadblock
kat Sg Long, kat Mahkota Cheras
memang keta aku pun depa tahan
depa tanya kenapa balik memalam buta
saya cari rezeki pak incik
tapi tak pula tanya lessen
semalam aku pi JPJ Wangsa Maju
konon nak buat international licence
sebab nak drive masa travel nanti
Syam pun dah buat
sekali...
buka je lesen depan pegawai JPJ
makkkkkk....lesen dah mati pada 24 Februari 2013
korang jangan jadi macam aku yer..
sia-sia jer kalo kena tahan
tapi heran juga, sepanjang tempoh tu
tak dak sapa nak tanya lesen aku!

Bila dah buat lesen,
aku kata nak buat untuk tiga tahun je
jadi gua pun bayar RM105 utk tiga tahun
bila balik rumah..
makkkkkk....kira punya kira
pegawai tu bagi haku ampat tahun!!!
tiba-tiba lagi sekaliiii...
makkkk...tarikh lesen mati ialah pada 30 April 2017
tarikh kesayangan...
sebab aku hirup udara dunia pada tarikh ini, 30 April, berpuluh tahun lalu!

Friday, 11 October 2013

Im coming...soon!

Banyak perkara nak dibuat, tapi kaki tangan ada dua + dua jer..jadi ler empat. Masa pun ada 24 jam je, tu pun kadang-kadang mengada-ngada lebih nak minta lagi satu jam, jadi 25 jam. Konon satu jam yang Allah bagi lebih tu nak manfaatkan sebaik mungkin..balik-balik tidur je lah gamaknya. Ketika arwah Abah ada dulu, tak pernah sedikitpun aku tengok dia dok saja.
Dalam masa beberapa minit, harga tiket boleh berubah pada kadar beberapa ratus. Ironinya hidup kita juga berubah selepas melalui pelbagai pengalaman yang mendewasakan kita. Sama ada pahit atau manis, suka, duka, kecewa, patah hati. Allah sudah menyediakan laluan untuk kita rentas dan sebagai hambaNya, perkara terbaik yang boleh dan perlu kita lakukan ialah bersedia, bersedia mental dan fizikal dalam semua perkara dan aspek kehidupan..
Ada je benda dia buat. Sapu daun-daun kering depan laman rumah, bagi makan burung merpati satu reban tepi rumah, baiki reban ayam, basuh motosikal bernombr plet DN 7160 dan tak pun dia akan pergi pasar beli lauk..heran aku tak pernah nampak dia letih. Pagi-pagi bangun lepas solat subuh dia masih boleh lari sekeliling rumah lima nam round dan kemudian buat air milo sambil minum tepi dapur mak, hirup udara pagi dan dengar kicau burung.
 
Satu kehidupan yang sudah lama aku tak buat, tak mengalaminya. Kalau dia masih ada, tentu dia akan tanya aku buat apa hari ini, aku tulis apa hari ini, aku beli majalah apa dan baca buku apa dan nak gi mana lepas ini. Abah yang sentiasa menunjukkan ambil pedulinya dengan cara tersendiri. Dia tidak akan pernah berkata jangan atau tidak, sebaliknya sentiasa berpesan..lakukan apa saja yang termampu, asalkan tidak menyalahi hukum Tuhan di bumi ini, dan pergilah ke mana saja, lihatlah kebesaranNya walaupun pada sehelai daun kering.
 
Daun maple kering yang gugur pada musim luruh di tempat orang tidak sama dengan daun kering yang gugur di halaman kita. Ranting kayu kering yang gondol di laman kita juga tidak sama dengan ranting kayu kering di tempat orang. Banyak perkara ingin dilihat dan dinikmati pada usia yang sudah melepasi takah Zuhur ini.  Semoga Allah mempermudahkan perjalanan yang akan dilalui selepas ini...masa menjadi terlalu berharga..sedetik berlalu tidak akan berulang kembali..City River Wanganui..im coming..soon!

1 - Biru langit Wanganui..

andainya kau tahu
sebanyak mana rindu aku
kiralah berapa banyak bintang di langit malam
 
**************
 
Skrin komputer ditatap sepi.  Hanya cahaya putih memanah anak mata, berkelip-kelip..kadang-kadang cepat, kadang lambat. Bergenang..memberat dan seakan mahu menitik, cepat-cepat air mata yang tidak jadi keluar itu diseka, seakan-akan mahu menafikan rasa rindu yang kian membuak kepada Mak, kepada Chek dan kepada semua. Wangi kesidang di tepi laman..kalaulah dapat dihidu di tanah bergunung ganang ini, mahu saja dia hirup wangi itu dalam-dalam, simpan kemas di dalam lubuk hati yang paling dalam, diam di situ sehingga terjumpa pelengkap rusuk kiri yang jadi idaman sekian lama. Tapi di mana? Di mana mahu mencarinya, siapakah bakal mengisis kedudukan itu dan bila? Dia buntu, rambut paras leher diraut ke belakang. Kopiah putih yang Chek Ngah bagi tahun lalu di letak di tepi komputer. Ada juga gelas kopi dan beberapa ketul skon jagung yang sudah sejuk.
 
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bacaan di skrin komputer diteruskan...
 
...Nik, mak kata balik! Dah lama sangat dia tunggu Nik. Buah sawa nila tepi rumah sudah banyak kali berbunga, mengeluarkan putik, berbuah, lebat berketul-ketul dan akhirnya Mak hanya makan sebiji saja, itupun payah dia nak habiskan. Katanya Nik suka buah itu. Begitu juga buah mata kucing di sebelah kiri pagar rumah, dan banyak kali juga berbuah, banyak plastik juga Mak sedekah pada jiran sebab katanya dia tunggu Nik balik, tapi Nik tak muncul-muncul juga.

Nik..baliklah..


Biru Langit Wanganui / Chapter 1: Menganyam rindu../ 11 Okt 2013

Friday, 4 October 2013

All sorrows are less with bread..

“All sorrows are less with bread. ”
Miguel de Cervantes Saavedra


Christine send me an sms, asked me if I want to join bread worksyop at B.I.G last Tuesday. Without hesitate, I replied YES! Cooking session is always my best therapeutic for me. Playing dough, flour, butter etc..awhh that was great session.

Masa agak singkat tapi Shila sempat ajar empat jenis roti..antaranya focaccia. Yayy!!! hari tu belajar dengan Rachel Allen, hari ni pulak dengan Shiela. Lain cikgu lain caranya, yang penting..gua suka roti cool ini yang juga boleh digunakan sebagai kulit pizza..

Belajar membuat roti sama seperti belajar memahami seorang manusia, kena tahu membaca retorik mereka, terlebih uli pun tak bagus, terkurang uli pun tak cantik juga...begitu juga pemikiran manusia..kena pandai menaakul..

Ahh tak mau cakap banyak..

Tuesday, 1 October 2013

Live a life to the fullest while stock last..

I assume that after I have no longer attach to Kilang Kertas, my life will be much laidback and peaceful..but nahh...it's more challenging and busy-ing..running here and there, occupied with crafting and painting. I had manage my schedule just like a normal office hours. Start working at 9am and finish at 5pm but that's stays as plan only..i worked till midnite and the routine continue and yeah.a bit hectic but  simply awesome. I'm free from backache, no stress at all, enjoying my coffee and do what I truly wanted to do. Exactly like what I always dream; to work on my own capacity, dare to take a risk and Alhamdulillah I had a  chance to life live moderately. Maybe i'm jobless now but I had a really great time. Live a life to the fullest while stock last...haha hidup pun ada stock tau..so don't play-play mehh..life to the max, work like never gonna die keh!
Yeah..thats what im doing now..the oroginal picture was from Abdul Muhaimin Farid and I had transferred to the small canvas. It's not what we call painting lah kan sebab saya bukan pelukis pun but it gave me real satisfaction. Exploring many possibilities..
 
Few colors of acrylic - ultramarine, black, phthalo blue, scarlet, crimson, vandyke brown and some more..namanya tak dapat nak ingat..size canvas 6" x 5"..kecik2 pun jadilah dengan taraf saya yang illiterate art ini..hey peeps..life is too short..so don't delay, just do it now! I knew someone keep thinking how could I survived? Hello rezeki Allah bagi bukan awak yang bagi..hmm looks like curiosity kill the cat ahh..
 
Nota kaki: ..sulit mengait bintang di cakerawala, sulit lagi mentafsir kata-katamu di sebalik aksara..!

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...