Friday 11 October 2013

Im coming...soon!

Banyak perkara nak dibuat, tapi kaki tangan ada dua + dua jer..jadi ler empat. Masa pun ada 24 jam je, tu pun kadang-kadang mengada-ngada lebih nak minta lagi satu jam, jadi 25 jam. Konon satu jam yang Allah bagi lebih tu nak manfaatkan sebaik mungkin..balik-balik tidur je lah gamaknya. Ketika arwah Abah ada dulu, tak pernah sedikitpun aku tengok dia dok saja.
Dalam masa beberapa minit, harga tiket boleh berubah pada kadar beberapa ratus. Ironinya hidup kita juga berubah selepas melalui pelbagai pengalaman yang mendewasakan kita. Sama ada pahit atau manis, suka, duka, kecewa, patah hati. Allah sudah menyediakan laluan untuk kita rentas dan sebagai hambaNya, perkara terbaik yang boleh dan perlu kita lakukan ialah bersedia, bersedia mental dan fizikal dalam semua perkara dan aspek kehidupan..
Ada je benda dia buat. Sapu daun-daun kering depan laman rumah, bagi makan burung merpati satu reban tepi rumah, baiki reban ayam, basuh motosikal bernombr plet DN 7160 dan tak pun dia akan pergi pasar beli lauk..heran aku tak pernah nampak dia letih. Pagi-pagi bangun lepas solat subuh dia masih boleh lari sekeliling rumah lima nam round dan kemudian buat air milo sambil minum tepi dapur mak, hirup udara pagi dan dengar kicau burung.
 
Satu kehidupan yang sudah lama aku tak buat, tak mengalaminya. Kalau dia masih ada, tentu dia akan tanya aku buat apa hari ini, aku tulis apa hari ini, aku beli majalah apa dan baca buku apa dan nak gi mana lepas ini. Abah yang sentiasa menunjukkan ambil pedulinya dengan cara tersendiri. Dia tidak akan pernah berkata jangan atau tidak, sebaliknya sentiasa berpesan..lakukan apa saja yang termampu, asalkan tidak menyalahi hukum Tuhan di bumi ini, dan pergilah ke mana saja, lihatlah kebesaranNya walaupun pada sehelai daun kering.
 
Daun maple kering yang gugur pada musim luruh di tempat orang tidak sama dengan daun kering yang gugur di halaman kita. Ranting kayu kering yang gondol di laman kita juga tidak sama dengan ranting kayu kering di tempat orang. Banyak perkara ingin dilihat dan dinikmati pada usia yang sudah melepasi takah Zuhur ini.  Semoga Allah mempermudahkan perjalanan yang akan dilalui selepas ini...masa menjadi terlalu berharga..sedetik berlalu tidak akan berulang kembali..City River Wanganui..im coming..soon!

25 comments:

  1. Salam

    Alhamdulillah

    selamat "mengexplore" bumi NZ

    Moga segalanya dipermudahkan dan dalam perlindungan Allah
    Enjoy it

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Bapak,
      In shaa Allah, thanks a lot..mudah-mudahan..

      Delete
  2. selamat ye kakak.
    pergi seorang dirikah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tas,
      akak pergi berdua dengan kawan, kak syam namanya..

      Delete
  3. wah2.. LW. bestnye ko.... jalan-jalan sokmo. jeles.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong,
      mana ada sokmo..sekali sekala je, semoga Allah merahmati apa yang aku lakukan..banyak ciptaanNya yang aku nak alami dan nikmati sementara hayat masih ada..kalau ada rezeki aku jejak ko kat Jepun ya..

      Delete
  4. Akak nak g New Zealand????? Negara idaman sy tu kak!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faraherda,
      ya Fara, in shaa Allah..semoga segala urusan akak dipermudahkan Allah..

      Delete
  5. Replies
    1. Farah Waheda Wahid
      In shaa Allah..jom kita p sama2:)

      Delete
  6. Niu Zilen here I come! Ok silap, here she comes! Safe journey dik, alhamdulillah dapat jalan2 tengok negara orang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Kak Dinas, dulu2 tak de peluang.sekarang dah ada kelapangan..Alhamdulillah kita hayati keindahan ciptaanNya kan..akak bila nak turun KL?

      Delete
    2. Ya Kak Dinas, dulu2 tak de peluang.sekarang dah ada kelapangan..Alhamdulillah kita hayati keindahan ciptaanNya kan..akak bila nak turun KL?

      Delete
    3. Akak turun KL low profile ja dik, hehe.

      Delete
  7. Assalamualaikum LW,
    Semoga semua perjalanan dan segala urusan semasa di sana dipermudahkan olehNya.
    Selamat pergi dan kembali.

    ReplyDelete
  8. Semoga semuanya berjalan lancar dan HAVE FUN!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      Thanks a lot..hv anice weekend yea..

      Delete
  9. Wsalam Rose Azadir,
    mekaseh singgah sini..

    ReplyDelete
  10. Lihat Dan ukurlah bumi Tuhan ni kak...
    Tp jgn lupakan aku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure in shaa Allah aku tak akan lupa kawan2 hebat aku di sini..

      Delete
  11. Selamat pergi dan kembali yer...

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...