Monday, 13 April 2026

Penjagaan usus penting untuk tingkat imunisasi kanak-kanak

Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sihat, keadaan berkenaan turut mempengaruhi kesihatan badan. 

Penemuan baharu yang diterbitkan pada 2025 dalam European Journal of Clinical Nutrition (EJCN) menunjukkan bahawa gabungan sinbiotik tertentu yang mengandungi probiotik Bifidobacterium breve M-16V dan prebiotik GOS/lcFOS (9:1) dapat membantu meningkatkan keseimbangan usus yang berkesan dalam kalangan kanak-kanak kelahiran Czer berusia satu tahun ke atas. 
Dr Nisa Khalil

Pakar Perunding Pediatrik, Dr Nisa Khalil, berkata usus yang sihat penting untuk peningkatan daya ketahanan kanak-kanak terhadap ancaman persekitaran berkaitan kesihatan mereka. 

“Kesihatan usus merupakan asas kepada sistem imun kanak-kanak dan sekitar 70 peratus hingga 80 peratus sel imun sebenarnya terletak dalam usus. 

“Ini bermakna perkembangan usus akan mempengaruhi sejauh mana tubuh kanak-kanak mampu melawan jangkitan dan sebab itulah penjagaan usus yang betul amat penting untuk membina imuniti jangka panjang,” katanya pada majlis Aptamil™ KID Synbio+ Science Café yang berlangsung di M Resort Hotel, Damansara, sempena Bulan Kesedaran Pembedahan Caesarean (Czer), baru-baru ini.
Majlis pelancaran Aptamil™ KID Synbio+ Science Café yang berlangsung di M Resort Hotel, Damansara, sempena Bulan Kesedaran Pembedahan Caesarean (Czer), baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Negara Danone Malaysia & Singapura, Koh Kok Meng serta duta jenama baharu bagi Aptamil™ KID iatu pelakon yang juga penyanyi, Bella Astilah. Dr Nisa berkata, kanak-kanak yang dilahirkan menerusi pembedahan caeserian atau lebih dikenali sebagai Csec dikuatiri mempunyai tahap bakteria yang kurang berbanding kanak-kanak yang dilahirkan secara normal. 

Bagaimanapun katanya keadaan ini bukan bermakna kanak-kanak itu mempunyai taraf kesihatan yang tidak baik, namun sebaliknya ibu bapa perlu memastikan si kecil mereka mendapat makanan yang tepat bagi kesihatan usus. 

“Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang dilahirkan melalui pembedahan Caesarean mungkin mempunyai tahap bakteria baik yang lebih rendah bermula dari usia satu tahun ke atas, dan ketidakseimbangan ini boleh berlanjutan selama beberapa tahun. 

“Namun, ini tidak bermaksud mereka berada dalam keadaan kurang baik sebaliknya mereka mungkin memerlukan sokongan yang tepat untuk membina keseimbangan usus,” katanya. 

Beliau turut menangkis tanggapan salah dalam kalangan masyarakat bahawa Probiotik atau prebiotik sahaja tidak mencukupi untuk imunisasi kanak-kanak Csec..

“Apa yang benar-benar penting untuk gabungan yang tepat ialah apabila probiotik dan prebiotik yang sesuai digabungkan, ia menghasilkan kesan sinbiotik dan melalui tindakan sinergi ini, keseimbangan usus dapat disokong dengan lebih berkesan. Justeru, pemilihan kombinasi yang betul amatlah penting.” 
Bella Astillah, duta jenama baharu bagi Aptamil™ KID amat mementingkan imunasi anak-anaknya.  

Sementara itu, Bella berkata meskipun beliau bukan seorang saintis, tetapi beliau tetap mahu memahami akan rahsia sains dalam pemakanan demi kesihatan dua permata hatinya. 

“Saya bukan seorang saintis, tetapi saya tahu bagaimana untuk bertanya soalan dan apabila melibatkan anak-anak, saya tidak membuat andaian serta saya mahu memahami apa yang saya berikan kepada mereka. 

“Apa yang meyakinkan saya tentang Aptamil™ KID C-SynB ialah kajian mendalam di sebaliknya, jadi apabila sesuatu itu disokong oleh bukti yang kukuh, ia memberi keyakinan kepada saya. 

Bella turut berkongsi bahawa selepas bergelar ibu, beliau menjadi lebih teliti dan berprinsip dalam membuat pilihan, khususnya apabila memilih jenama yang ingin disokongnya selain menekankan bahawa memahami sebab di sebalik sesuatu produk merupakan faktor yang penting dalam proses membuat keputusan. 

“Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bagi saya, itu bermaksud bukan sekadar mengikut trend, tetapi benar-benar memahami kualiti, sains dan kandungan di sebalik sesuatu produk. 

“Setelah mengetahui tentang Synbio+ dalam Aptamil™ KID C-SynB serta bagaimana ia dikaji secara klinikal, ia memberi saya keyakinan,” jelas beliau. 
Koh Kok Meng (kanan).

Koh Kok Meng pula berkata kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasakan keibubapaan yang berasaskan maklumat dan dalam konteks ini, ia melibatkan pemahaman mengenai kesan Czer terhadap kesihatan usus serta bagaimana ia boleh mempengaruhi imuniti dan perkembangan otak kanak-kanak. 

“Dengan adanya media sosial dan AI, seperti Bella, ibu bapa masa kini lebih terhubung dan berpengetahuan berbanding sebelum ini. Melalui inisiatif seperti Bulan Kesedaran Czer, kami ingin membantu ibu bapa memahami konsep saintifik agar mereka dapat membuat pilihan terbaik untuk memenuhi keperluan pemakanan anak-anak. 

“Kerjasama dengan Bella tidak mungkin datang pada waktu yang lebih tepat. Ia sangat relevan dengan situasi semasa, dan kami amat menghargai suara beliau dalam membantu meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemakanan terhadap kesihatan.” 

Menurut Danone, Aptamil™ KID C-SynB adalah formula pertama dan satu-satunya di Malaysia yang terbukti mempunyai gabungan Synbio+, iaitu kombinasi probiotik spesifik dan prebiotik unik yang bertindak secara sinergi untuk menyokong kesihatan usus serta sistem imun kanak-kanak kelahiran Czer yang berumur satu tahun ke atas.

Thursday, 9 April 2026

Mindful eating

Mindful eating..

Kita biasa dengar makan disarankan kunyah 40 kali dan barulah menelan makanan berkenaan. Perkara ini juga disebut sunnah dan makan sebegini menjadikan perut boleh menghadam makanan dengan mudah.

Baru-baru ini, saya menghadiri pertemuan bulanan untuk pengurusan berat badan di KKM Sek 3 Bangi dan kami ada dengar talk mengenai pemakanan khusus untuk diet oleh Pegawai Psilkologi dan Klinikal Trauma KKM, Amar Aimmullah Azizul.

Mushroom quiche..makan slowly. pasti kenyang lama😋

Beliau menyebut mengenai beberapa disiplin makan antaranya binge eating, emotionally eating dan mindful eating. Paling menarik perhatian saya ialah mindful eating yang mana saya ada mempraktikkannya tanpa tahu dengan jelas manfaat sebenarnya untuk badan, terutama untuk orang yang nak diet.

Kata Amar, mindful eating makan dengan berhemah atau dalam erti kata lain, makan secara tamakninah kerana makan dengan cara begini akan memberikan kesan kenyang yang lama pada fikiran dan perut.

"Sebagai contoh mudah, makan nasi lemak. Bila dah buka bungkusan tu jangan terus makan dengan cepat. Disarankan menikmati dulu warna penataan nasi lemak berkenaan," katanya.

Perhatikan nasi lemak ini, ada berapa warna dalam sepinggan makanan?

Selepas melihat warna nasi lemak, tentunya ada sambal berwarna merah, timun dengan hijaunya dan kacang tanah serta nasi, rasa dahulu secara perlahan-lahan  seperti ikan bilis adakah lemau atau rangup, nasi cukup atau tidak lemaknya dan kemudian barulah makan dan biarkan rasa di dalam mulut bersatu dengan mengunyahnya secara perlahan-lahan.

"Jika amalkan cara makan begini, rasa kenyang akan kekal lebih lama di dalam minda dan di dalam perut," katanya sambil bagi beberapa contoh lain.

Jadi, mari kita praktikkan dengan makanan lain seperti kuih mahupun buah, pasti nikmat kenyang itu lebih lama kekal dalam perut kita kan.

Saturday, 3 January 2026

Tahun Baru 2026

Tahun Baru 2026 sudah tiga hari..tiada apa-apa yang menarik. I stick to the same determination, stay health and do the same routine like before. Wake up at 4.30 am, do tahajjud and waiting for Subuh prayer. Kalau keadaan ok, keluar pi swimming kat P11 and before that breakfast dulu dengan load some carbo and protein as usual.

And yesterday was surprised sebab my long lost blogger friend, Zue texted me and told that she want to come to my house so kelam kabut sikitlah saya. Nasib baik dalam freezer ada semua benda, walaupun kecil je freezer tu tapi cukup utk saya simpan semua keperluan utk seminggu dua..

Sambil ke tengah ke tepi masak serba sedikit, siap nasi lemak simple, waldorf salad dan mushroom quiche untuk Zue and family. Mesipun penat sebab saya baru balik dari Lenggong, namun demi persahabatan yang sudah memakan usia 13 tahun, saya tidak berasa penat lantaran mahu meraikan persahabatan kami. Zue di Tapah dan saya di KL, ini kali kedua kami bersua, selebihnya meberusi telefon tapi itu bukan halangan utk kami tidak rapat.

Apabila direnung, saya sedar memiliki sahabat sejati atau sahabat yang boleh kekal lama dengan kita itu bukan perkara mudah. justeru, jika ada yg memilih utk kekal lama bersahabat dengan kita, makan peganglah kemas-kemas..Thank you for the friendship Zue, happy bew year and may 2026 brings you a lot of rezeqi, great health and wealth..

Penjagaan usus penting untuk tingkat imunisasi kanak-kanak

Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sih...