Friday, 30 September 2011

First Blogger Master Chef...

Ini adalah bahan-bahan utama untuk menyediakan pai sayuran dan cendawan..aku nak masak untuk Blogger Master Chef punya contest!
OK...ini adalah bahan-bahan untuk menyediakan pai sayuran dan cendawan..
1 biji kapsikum kuning
2 batang daun sup
1 paket cendawan hitam
10 ketul chickenball
1 labu bawang besar
2 biji tomato
2 biji telur
3 sudu minyak zaitun untuk menumis
10 keping keju cheesedale
1 paket roti bijirin
(semua bahan kecuali telur dan keju diketepikan)

Ok, kalau mak aku ada dia mesti suka sebab aku akan masak dan bawa menu yang dah siap masak untuk dia. Kalau ada pertandingan masak, aku mesti masuk walaupun aku tahu aku x akan menang. Tak kisahlah, pertandingan masak ni tak menang pun hadiah penyertaan dah selonggok...sampai tak habis makan. Hmmm ni nak masuk pertandingan Blogger Master Chef. Nak masuk yg real maybe aku tak layak, so masuk untuk blogger  punya kategori je la...tapi aku yakin...yess yakin! Mesti boleh masak punya untuk Master Blogger Chef yang Pertama ini..
Bahan-bahan yang sudah ditumis...sambil nak tunggu masak.macam biasa, nak rasa masin lebih, tambah garam, nak rasa kari, tabur serbuk kari!
Aku pernah makan satu pie yg sangat sedap...long time ago. Macam biasa, nak tanya resipi tak tau nak rujuk pada siapa, so aku operate apa bahan dan apa lagi yang digunakan. Balik rumah aku buka kitab ajaib, buka lagi dan belek sana sini sambil telefon beberapa kenalan tukang masak..dengggg!!!!! Okeh, pai sayuran + cendawan adalah resipi sempoi dan sihat...maaf gambar tak teratur..
Ini adalah sayuran yang sudah masak, tunggu nak isi dalam shell saja..
Ok ini info yang aku copy dari rakan blogger mengenai pertandingan ini....nuffnang yang anjurkan...cayalah...lama dah aku x asah pisau kat dapur..ni adalah masa terbaikkk nak cek kuali aku available lagi ke tak nak masak2 ini..
Okeh dah siap, nak bakar je dalam dapur..
CONTESTyang nuffnang anjurkan '“Malaysia’s First Ever Blogger MasterChef
- MasterChef Malaysia launch date – 22nd October 2011
- Show title – MasterChef Malaysia
- Program Details: – MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
- Program channel – Astro Ria (Channel 104)
- Official Site URL –
http://www.astro.com.my/MasterChef/
- Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
- Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY

MasterChef is a worldwide phenomenon. A cooking reality show, that although doesn’t allow viewers to vote, has still broken viewership records in US and Australia. MasterChef is a success because not only is Food something we are all very passionate about but the show only allows amateur cooks to compete. Malaysians who love cooking but never had a chance to really showcase their skills and be appreciated, now get the opportunity! Get ready for the MasterChef phenomenon to take over Malaysia on 22nd October 2011!
Eh lupa, ini roti yang aku dah kemekkan dengan stimroll...gunting bulat supaya muat dengan tin pembakar. Roti ni kemudian dah masuk dalam tin, sila letak isi yang kita tumis tadi...lepas tu tomato dibancuh dengan telur, curah kat atas roti dan letak cheese...bakor!

Ini gambar kek cawan berlogo Master Chef, aku tak makan, jamu mata je..sayang nak makan...boleh?

Ok ini yang dah siap dibakar...caya tak kalau aku kata..makan satu mesti nak lagi..dan lagi dan lagi..

Ini roti yang belum dikemek dan digunting,..

Dah sia bakar...tengok je ya...kalau nak sila datang rumah..tak pun sila order...hik!

swimming...

swimming suit dah ada
goggle dah ada
cap dah ada
gear semua dah cukup
tapi mental belum sedia
masa sentiasa jadi alasan
macam mana nak buat
supaya kehendak itu ada...

Wednesday, 28 September 2011

kedai makan tip top

Ada pakcik romainor
ada abang misai
ada auntie buah
ada abang rojak buah
ada makcik rambut
ada uncle tosei
ada yoges air sedap
ada uncle rojak
ada abang hensom nasi beringin
ada pak mat kering (dah arwah)

pakcik romainor tu,
dulu lauk pauk kampungnya
sedap sangat  dan murah
tapi la ni dah mahal,
so aku kurengg sket nak makan kedai dia
maklumlah, dia pakcik artis
pakcik romainor kauu...haha

abang misai tu pulak,
dia offer mihun, mi, kuetiaw..
sejak 15 tahu lalu,
rasa masakan abang misai x pernah berubah
aku antara pelanggan tetap dia
tapi aku pernah banned mihun dia selama 2 tahun
masa dia niaga tepi longkang air pekat hitam
bukan sebab air longkang pekat hitam tu
aku banned sebab
masa tengah sedap makan mihun dia
aku nampak anak siput babi
merayap tepi pinggan mihun aku
cisss...terus aku x makan mihun selama 2 tahun
tapi la ni dah makan balik,
sebab dia dah pindah
ke premis yang bersih dan nyaman
o ya..air longkang hitam pekat tu x de bau tau
sebab ia bukan kumbahan, tapi sisa dakwat cetak
kedai abang misai ni tepi kilang cetak sokkabar china

ok, kalu minum air, aku suka order neslo yoges
nescafe + milo yang yoges buat tu
perghh....kaw gila..pekat dan lemak..sedap!

air kelapa ais dan asam boi auntie buah tu pun ok
auntie ni jual buah je,
tapi tiap2 tahun balik china, balik kg tu...
dia ada anak pompuan,
dari kecik sampai besar aku tengok anak dia
la ni dah jadi anak dara,
dan aku rasa aku masih sama macam dulu juga..

oh ya, abang hensom nasi beringin tu...
setiap hari dia masak nasi seperiuk besar
periuk cap buaya yg paling besar
yang boleh muat 2 orang dewasa kalau bersila
pun aku suka gak..
antah apa mandram nasi dia,
setiap hari kami makan
tak pernah tak sedap
aku pernah buat muka seposen
minta resipi
tapi haram dia bagi
last2 aku aku beli sebungkus nasi beringin (lauk asing)
balik rumah aku kirai satu-satu apa bahan
punya la ketagih nasi beringin kan..

makcik rambut tu lagi la
nasi lemak dia aku rasa nasi lemak paling sedap
dengan rendang daging yang setimbun
sotong lebar selonggok
dan sambal bilis ciput
tapi ada beberapa kes
pelanggan terjumpa rambut dalam nasi lemak
tapi tetap ramai yang menyerbu
tiap-tiap hari
gerai pisang sesikat dia penuh
tapi la ni di dah tak niaga
ntah idup lagi ke tidak
aku tak tahu

ahahh ini paling best
awe...awe ni jual nasi putih dengan ayam goreng telur
ayam goreng telur tu pun biasa je,
isi ayam yang digoreng dengan telur
tapi makaihhh punya la kita orang suka
sampaikan awe ni dah pindah kedai pun
kita orang still order nasi campur dia
kalau ada potluck kat opis
hebat laa penangan memasak dia orang ni..

okeh pak mat kering pulak
bini dia aku panggil makcik jer
jual roti jala dan nasi impit
ada la sikit mihun dan mi
aku suka makan juga kedai dia
sebab harga murah siot
kalau aku ambik roti jala lima ketul
dengan kari ayam
selalunya dia akan menung sekejap
sebelum sebut harga
balik-balik RM2 inggit jer
ambil le banyak mana pun..
harga sama sepesen

hmm semua kedai2 mereka ni
adalah selangkah je depan opis aku,
habis tu macam mana nak diet..

hmm...esok2 kalau company aku
dah tak mahu pakai tenaga kederat aku
aku pun nak niaga jugalah...
masak dengan tulus ikhlas
ya tulus ikhlas..
agaknya kalau aku niaga esok
apa dia orang letak belakang nama aku
kakak.... kakak apa ya..
(kakak tuu ..aku belum tahap makci)
Ini adalah mihun abang misai, yang hampir setiap hari aku beli, RM2.50 sebungkus..telur mata 80sen, cili jeruk percuma, sup pun percuma. rasa tetap sama...

Tuesday, 27 September 2011

Being alone...

being alone
is not a curse...
its a gift!



being alone now..
is not a pathetic..
but its opstimistic!



being alone again
is not a sin
but its a reward
to look our path
for a better future!



being alone sometimes
is not a boredom
but its a stardom
to spark a strenght
of life!


Nota: Hasbiyallah hu lai’la hailla hu,
‘alaihi tawakkaltu
wahuwa rabbul ‘arsyil adzim..

Monday, 26 September 2011

reading for today

26 sept 2011:
BP: 140/90
SL: 10.3

Dangerous!!!!

siri seram: sydney part 2

Selepas sibuk bersembang pasal siri seram dengan wee chee.
kita orang ketagih bercerita hantu.
elaine sudah pesan, u olls jangan suka sangat
sebab kita akan berpindah2 hotel
so faham2 sajalah katanya
aku pandang yin fong
yin fong pandang aku balik
kami senyum
malamya, kami makan di temple restaurant
gaya hiasannya memang sebiji macam temple
cuma ia adalah restoran sebenarnya
aku makan pasembor dan pecal
(haha..jangan ingat visit sydney x boleh makan pecal..ada tau!)
yin fong makan mi
masing2 ada yang makan ayam, daging etc
aku sah2 makan vege...kenyang!
pun begitu, aku guna chopstick pakai buang
lepas makan aku tongkat saja chopstick dalam mangkuk
yin fong cepat2 jatuhkan chopstick
aku tanya kenapa
yin fong kata tak elok macam tu
macam panggil roh
sebab kedudukan chopstick tu macam bakar colok
ok aku faham
wee chee senyum saja
mukanya yang jambu semakin berwarna merah jambu
sebab dia makan pedas
dan aku tahu sebab ada banyak lagi cerita seram dalam kepala otak dia..
balik ke bilik..
aku macam biasa, lempar kasut jauh-jauh
supaya kedua-duanya berasingan
letak beg, cuci badan, mandi...etc
bila aku baring saja...
OMG..
itu jam juga aku dial nombor bilik Yin Fong supaya cepat datang ke bilik aku
kami tidur sekatil lagi...

Nota: Sebelum keluar bilik waktu pagi, aku ingat betul aku hanya nyalakan lampu malap berdekatan  pintu keluar saja supaya bila aku balik, ada sedikit cahaya..sebetulnya semasa masuk ke bilik aku sudah notice lampu di kepala katil tepi meja bacaan menyala walhal aku yakin aku x switch on pun..aku buat tatau dan ketika baring itu lah tengkuk aku meremang...dah tak boleh tahan dan itu jam juga kena tidur dengan yin fong, yang juga mengalami banyak peristiwa dalam biliknya nya bila dia buka tingkap, ada dinding...buka lagi sekali, ada dinding lain pula..haishhh! Maaf nama hotel di tengah bandaraya Sydney itu rahsia...

baja kompos untuk MF

MommyFara, as i promise, ini contoh baja kompos yang kita buat last 2 weeks...sepatutnya diselang seli dengan tanah, tapi sebab rumah kita tak ada tanah, so kita lapis2 kan sisa makanan saja. kalau ada tanah, lagi cepat hancur dan berkesan..yang paling bawah adalah lapisan nasi, yg berminyak tu adalah kuah kari, yang hijau adalah kuih ketayap dan yg merah adalah cebisan red velvet. Semua ini adalah sisa makanan yang dihimpun, kita campur dengan tulang ayam , kulit buah-buahan dan serdak biskut raya..hihi...dinasihatkan kalau nak jadikan baja kelak, kena bancuh dengan tanah dulu...selamat mencuba ya...
Kesemua bahan campuran belum hancur sepenuhnya...dah ada naik fungus sikit2...kalau campur tanah, fungus x akan ada...

Saturday, 24 September 2011

siri seram: sydney

sambil tunggu bas datang, aku, wee chee dan yin fong sembang bagai nak rak..
geraldine, jean and etc masing2 buat hal sendiri..
pelabuhan sydney seperti malam sebelumnya...sejuk, kabus dan berasap...
sambil tengok kabus, sambil dengar cerita wee chee..aku terbayang jack the ripper..
sambil kopak kulit kacang, wee chee buka cerita..

u all punya bilik ok?
ok..ok..y? aku tanya
sure ok? katanya sambil buat muka sengeh
yerp...balas yin fong
ok la..
u tau tak...(katanya dengan muka selamba..matanya makin sepet,
sengaja nak menakutkan kami)
yes..whats up? yin fong tanya
kalau kita masuk room atau house tempat orang..
nape..? aku tanya
make sure kasut jangan letak sepasang sama sama tau
i see..any superstitious?
ya lor..just do it ok..
u did? aku tanya lagi
yes, i did...kata wee chee
aku pandang muka yin fong
yin fong pandang muka aku..

balik ke bilik..aku just bukak dan campak kasut
memang aku pasti sebelah ke hujung lemari
dan sebelah lagi ke bucu katil
zzz....

pagi2 esok aku dah siap kemas nak turun breakfast..
sambil dial nombor yin fong...
aku buka pintu dan sarung kedua-dua belah kasut
yang terletak cantik di tepi pintu...
gedegang! pintu bilik ditutup dan aku melangkah nyaman...
beberapa langkah...aku pandang kasut anak anjing itu..
YA ALLAH!!!

penyudahnya..malam itu dan sehingga balik KL,
aku tidur sekatil dengan Yin Fong...

siri seram...windsor SL 13

Manusia penakut adalah manusia yang berani sebenarnya..
ntah ya ntah tidak..tapi apa-apa pun.
aku memang notis..
beberapa perkara..
1. bunyi di sebalik plug masih ada
2. di dalam bilik air ada seekor cicak besar
walaupun sebelum ini, tidak pernah muncul
3. bunyi air dari akuarium masih dalam nada yg sama
lenlain...tiada..
kalau arwah abah ada
dia mesti kata pada aku
apa nak takut, Allah ada..
ok..padan lampu...hayati kegelapan
akan berasa seperti cerah..
dan gelap yg tidak bertepi itu
membekalkan nyaman yang selesa
sambil aku membilang bintang
yang hanya sebutir..
dan bulan sudah pun gelap..
juga awan semakin kelabu
cuma aku tidak mendengar
libasan sayap kelawar saja..

Nota: Ketakutan itu sekali sekala menerjah ruang sunyi dan aku harus membuat nota kepada diri sendiri supaya melawan ketakutan itu..

He is an..

Setiap hari dia akan text aku..
ucap good morning..
setiap hari juga..dia akan text aku dgn ayat:
"...hw r u..?"
dan aku sengeh sebab tahu sudah dia akan text begitu
bila tengah hari, lunch time, dia akan text juga:
"...had ur lunch?'
aku lazimya akan reply:
"..not yet...im not hungry..later.."
dan dia akan reply lagi:
"...always...sentiasa ada alasan..."
"..im not hungry.."
"..grab some food Vee..or else ull be sick!"
Bila aku balik kerja selepas jam 9
"..hey where r u?"
"..bck. @home..and u?"
"..same here..ready to sleep..."
"..had ur dinner?"
"..done!"
"..great.."
dan segala bagai sms lagi akan muncul
kini dia sedang sibuk push aku supaya buat appt dgn doc pasal CTS
kadang2 jam 3 am sms ingatkan aku supaya kunci pintu dgn betul
dan kalau pagi di bulan puasa, sms lagi, ingatkan aku mengenai sahur..
cakaplah apa saja, dia sentiasa ada solution
solution yang menyenangkan kepala otak..
cakap pasal agama, dia sentiasa ada jawapan...
dan aku sebenarnya tidak tahu..
bahawa dia adalah atheis...
jadi apakah yang boleh aku lakukan
supaya dia mempunyai sedikit kepercayaan kepada Tuhan???

feeling2 italy

Mesti pernah dengar kan orang2 kaya buat statement pagi makan nasi lemak kat Tiffany London, tengahari makan nasi lauk kari kat Taj Mahal dan petang minum teh earl grey dengan coklat cair dalam mulut di Paris..sungguh seronok mendengar kenyataan mahal itu..aku pun feeling2 juga...feeling Italy, makan ciabatta atau foccacia di tepi jalan besar di bawah payung, atau croissant berinti tuna, dengan seseorang yang kononnnya dark, tall and handsome, sambil hirup secawan kapucino lemak2 pahit..di sebuah cafe di Italy..cheewahhh! Oh ya...cecah dengan kerutup daging...harus lebih sedap...
Lebih mengujakan, kalau makan roti ini, roti berjenama Massimo, yang dilapis dengan parmesan cheese dan bacon, sambil ada orang tolong buat kopi cap kereta dari bagan serai. sungguh seronok berangan-angan sedemikian...aku tak boleh nak bayang macam mana Italian buat roti dengan penuh passion, meyebabkan roti jadi sedap..agak inilah yang dikatakan menguli roti dengan penuh khusyuk dan fokus..oklah nak feeling2 Italy jap..

feeling2 chef..cooking magic!

Seronok kan jadi artis, boleh jadi apa saja dalam celakarama,
sikit2 mesti pegang watak tan sri, datuk datin, pn sri
walhalnya...berlakon je la eh..
okeh.. aku nak feeling jadi chef..
chef from Belgium..
chef ni masak sempoi gila
moderate food.
aku tengok dia campak2 jer..
masuk microwave dua minit
dah jadi pun..
haii laa..kena beli ka pulak microwave magic tu
habis tu nanti dapur aku jadi tempat longgok microwave
owhh tak boleh jadi..
setakat feeling2 je lah guna microwave itu
microwave new inverter by Panasonic


Seingat aku, lahir2 saja, arwah mak aku dah sebut kenwood...kenwood cake mixer, blender kenwood...since arwah bapak aku jadi buruh di kota singa, jadi semua perkakas elektrik masa aku kecik adalah dari negara republik yg sekangkang kera itu saja..dan brandnya musti kenwood, sebab arwah bapak aku kata kenwood kukuh..aku rasa betul la kukuh, sebab sampai kini, usia adik aku nak masuk 4 dekad, barang tu masih baik, cuma lusuh jer sebab calar, yang mana calar itu jugalah mengingatkan aku kepada serikandi dapur...siapa lagi kalau bukan mak aku! Eh tapi kan, rumah tok su aku, masa aku sekolah rendah, masih guna seterika cap kepala ayam, ala yg letak arang kat dalamnya tu..lepas tu blender pulak shapenya macam pengisar cap lesung batu beli kedai nyonya tua...bila batu giling tu menenyeh cili..memang hancur lumat biji cili kena hempok dengan batu..bila masak gulai cik banding atau kuzi, meruap je bau gulai..
Inilah ke dianya barang idaman aku, segala bagai boleh masak dalam periuk ajaib ini..tapi harganya pun ajaib juga...nasi, bubur, kek, semua boleh masak dalam bekas besi ini. Dan chef Emanuel Strobant ni pulak, buat demo pakai segala bagai perkakas letrik, membuatkan aku rasa meleleh air mata sebab kecanggihan perkakas elektrik di bawah himpunan Cooking Magic by Panasonic yang akan berada di pasaran Oktober ini...ada tak mana2 orang kaya nak sponsor aku beli set Cooking Magic ni, sila pm aku..siyes!

Thursday, 22 September 2011

...x dak title..

Kalau aku tak jadi kuli macam sekarang,
mungkin aku jadi tukang masak
walaupun aku tak pandai masak
selalu kalau masak, KA dulu pernah
kata masakan aku macam p*&^%$#mak!
tak pe lah, bukan salah dia pun
memang aku termasak ayam yang dah lemau
so hasilnya memang lahanatlah kan..
itu dulu..sekarang aku rasa aku dah boleh masak
walaupun x sedap
kalau setakat 20 orang makan
aku boleh sediakan
main dish and dessert.
apa lagi...
arwak mak aku selalu pesan
memasak dengan naluri
memasak dengan kasih sayang
tak kira siapa yang nak makan
adik aku pun pernah kata
awak kalau mood hangen ribut jangan masak
nanti menu jadi choyyyy!
chef wan pun pernah kata
cik bedah, basuh pinggan i elok-elok, jangan kasi pecah..
(pinggan dia lagi bernilai dari tangan aku yang menggigil pegang mangkuk berat dia)
chef mail pun ada kata
u kalau terap biskut biar sama besar, sama cantik
(cehh dia tekankan perkataan besar..)
dahh lahhh...
esok aku nak pegi belajar masak
dengan chef in black (AFC)
chef emanuel strobant..
korang esok aku pukul rata..chef V!!!
chefnya yang belah kiri, belah kanan tu assistantnya...dua-dua buat aku tak kelip mata....sebab dia orang ni masak dengan cekapnya..
 chiao!

Mari Berpantun...

Setiap pagi, sambil memandu,
aku dengar gelagat poyo KE, Sy dan Krill di Sinar FM.
Pantun mereka memang poyo habiss.
Lawak yang semuanya berbau dewasa.
Dan pendengar yang menelefon konti Sinar juga
sporting kerana gemar mengajukan pantun
mengenai nikah kahwin kepada KE dan SY.
Tak pun pantun mengenakan kedua-dua DJ berkenaan..
Pagi tadi ada satu pendengar menelefon dan menjual pantun begini..
..................................
.................................
KE tu tak de kerja lain ke
pagi-pagi asyik kena hangen saja.

dan jawapan oleh KE adalah:
.......................................
......................................
itu hangen termasuk dalam skrip
kalau tidak makan gaji buta lah...

Jawapan yang spontan tapi kena dengan pertanyaan.
Ketika di tingkatan 6, cikgu BM mengada-ngada calonkan
nama aku untuk mewakili sekolah dalam Pesta Pantun
Antara Sekolah seluruh negara.
Sekolah aku setakat menang peringkat daerah saja.
Antara gandingan aku ketika itu adalah Che Kem,
pelakon yang memegang watak Tunku Abdul Rahman
dalam Hati Malaya arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba
...kini Che Kem orang kuat Aswara
dan banyak terbabit dalam event kebudayaan,
pelakon, penulis lirik dan penggiat teater.

Beberapa pantun yang pernah dijualbeli
bersama Che Kem dulu sedikit kabur dalam ingatan:
Antaranya:

dalam hati berteka teki
sudah terang lagi bersuluh
kalau tuan bijak bistari
dalam air badan berpeluh?


kuih manis si lompat tikam
makan bersama sepiring talam
lidah lembut tetapi menikam
hatiku ini bukan pualam


Ada banyak lagi pantun yang dikarang tapi aku sudah lupa..
dan entry ini adalah entry pantun...

tidur malam terbayang-bayang
tidur siang termimpi-mimpi
kasihmu kawan kubawa sayang
rindumu tuan kubawa mati


kemboja putih mewangi di laman
dipetik oleh hamba sahaya
sehari tak jumpa derita sezaman
sepurnama berpisah..bagaimana ya?


cempedak madu masaknya mengkal
lalu dimasak menjadi serawa
andai sahaya berbahasa nakal
ampunkan lidah empunya jiwa


# Tokoh pantun yang aku hormati antaranya Bapak Tenas Affendi, Datuk Azis Tapa, Dr Ding Choo Ming dan ramai lagi sarjana yang mengkaji mengenai budaya Melayu yang sangat berseni..

istirehat yg panjang..

Someone told me:
...istirehat yang pendek...tidur
...istirehat yang panjang...mati
yang mana, tidur adalah mati kecil...mati bersifat kesementaraan..
manakala mati yang hakiki..adalah kekal di alam baqa, meninggalkan yang fana..

**************************

Aku dengar Sinar FM kalau drive dari rumah ke office, begitu juga time balik
tapi aku lebih suka dengar waktu pagi
kerana ada tazkirah pagi oleh Dt Dr Fadzillah Kamsah:

"Ya Allah Ya Tuhanku, antara istidraj dan diredhai, aku pilih diredhai..." katanya.
Istidraj - satu keadaan di mana Tuhan memberi kita kebaikan tapi dalam keadaan yg tidak ikhlas kerana kita melakukan kejahatan dan dosa...ok yg ini aku tak pasti sebab sibuk nak tengok kereta sebelah yg nak overtake aku..(pagi semalam)

"Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Ya Allah kalau mahu diambil nyawaku, ambillah ketika aku dalam keadaan terpelihara...". (pagi ini)

*************************

Kedua-duanya bergentayangan  di dalam kepala otak aku, termasuk yang paling atas..banyak simpang di hadapan...

Nota: Di doakan semoga sahabat yang dihormati, sdr Azli Ayob yang kini berada di dalam wad kecemasan PPUM akibat pneumonia (kritikal stage @ koma) kembali pulih dari sakit yang maha dahsyat itu...

Wednesday, 21 September 2011

Istirehat...

Cicak atau godzilla mini? Ditemui dalam hutan berhampiran Mentakab..sedapnya bau rumput. Untung kau cicak...sentiasa dekat dengan alam...

Misai kucing...ditanam subur di tepi resort Belum Rainforest..bunga cantik..kalau kucing tengok pun jeles gamaknya..

Kulat kayu, tumbuh meliar ketika hujan lebat..juga di sekitar Belum Rainforest Resort..bukan kulat sisir ini..

Antara bumi dan langit..ada ruang yang kosong..sekosong-kosongnya...agak-agaknya bagaiamana ya lagi enam lapis langit yang ada, yang kita tidak nampak?

Tupai pun tahu berehat..

Owhh inilah bunga yang aku cari selama ini...apabila virus V mula menyerang..sesuatu perlu dilakukan..dan Harum Sundal Malam @ Bunga Kesidang @ Bunga Pontianak ini mesti dicari...

Cool...antara pertimbangan dunia nyata dan dunia halusinasi...jambak ini perlu ada..
Arwah mak aku sentiasa pesan, jangan siksa badan..kalau bekerja sekalipun, sayang badan..kerana badan bukan besi, badan bukan kayu..badan adalah gabungan urat, daging, darah, kulit dan paling utama, ada nyawa di antaranya...justeru, hargailah nikmat Tuhan yang satu ini...apabila badan letih, bererti badan tidak dihargai, bererti badan dianiaya...

Dan mak aku dulu pantang basuh kain waktu malam..sebab katanya badan tersiksa dan merana kalau basuh kain di malam hari..aku tak pasti apa relevannya jangan basuh kain waktu malam sebab zaman sekarang, memang orang basuh kain waktu malam pun kerana kita hanya perlu tekan punat saja..bahkan lebih advance, tak payah sidai..sumbat saja dalam mesin pengering..

Mak aku berpesan lagi, jaga minda..supaya tiada yang sentap akibat beban kerja..meskipun mak hanyalah ratu dapur sepanjang hayat, ilham mak sentiasa boleh dipakai guna..kalau penat melayan kami dan rutin harian, mak akan buat bunga rampai dan letak di atas almari di ruang tamu. Kata mak, potpouri alam lebih baik daripada pewangi moden. Betul kata mak, aku pun suka buat bunga rampai..bila masuk rumah, harum menerpa menusuk hidung..damai pun muncul dan tenang juga bertandang, ruang menjadi saksi sebuah istirehat..

Ok, itu tandanya aku perlu mengikut hukum alam...tidak boleh menyeksa badan, otak perlu direhatkan. Aku nak beristirehat dulu, apa2 hal..roger aku di nombor sedia ada...until further notice!

Nota:
1. Gambar macam tiada kena mengena..tapi sebenarnya ada kena mengena..
2. Brat, semoga cepat sembuh dari deman..maaf aku tak dapat nak ziarah ngko sebab ngko dalam dunia ngko dan aku dalam dunia aku...
3. G, kau bila nak turun KL? Ke nak aku turun sana?

Monday, 19 September 2011

moluska gastropod

Selepas dua hari kumpul sampah organic, semalam adalah hari wajib aku buang sampah dalam peti besi di bahagian kanan pouch depan rumah...jam 11.30 malam..aku sengaja tak buka lampu sebab keadaan gelap, bagi aku lebih mesra alam dalam usaha menyelamatkan bumi..
Jadi dengan selambanya aku keluar membimbit dua plastik sampah dan menggagau selak tong besi depan rumah..tiba-tiba terpegang benda sejuk dan melekit..cisss....plastik apa pula ni melekat jer..aku abaikan dan cuba membuka selak besi yang agak kiat...
tiba-tiba...tiba-tiba aku teringat sesuatu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.apakah itu..
ya...seekor lintah bulan sedang melekat erat dan akrab dikunci selak tong besi..
tidakkkkkkkkkkkkkk!!!!!

meraikan dan diraikan...


Semua style belang-belang..garis itu lebih menarik perhatian kiranya berbanding bulat...sorry kek ini adalah kek buatan dari dapur penaja, bukan dapur V..V tutup kedai!
Konon lah sangat, nak juga buat bunga rampai..jam 1 pagi hiris daun pandan. Bau wangi semerbak...campur bunga warna warni...niat hati nak tabur bila tetamu datang..konon macam kenduri kahwin..sekali, bila aku curah air mawar, semua bau terus hilang...choyyyy! Spoil semangat nak merai...harap rupa je indah..khabarnya mendukacitakan sebab bunga rampai tak ada bau..ntah bila punya air mawar mamak tu jual...siap kau mamak!! Aku tak rela kau spoilkan hari gembira aku..huh!
 SHAWAL yang diraikan..ramai orang kata, sebulan puasa, sebulan raya...mengarut! Pada aku, setiap hari dalam kehidupan mesti diraikan. Walau sedih, walau gembira, hidup kita singkat..tak elok membazir. Jadi oleh sebab syawal ini terlebih meriah, aku nak meraikan mereka yang wajar diraikan..

Walaupun bunga rampai tak ada bau...semangat nak bersuka ria dengan sarang burung comel ni tetap ada..semua balik dengan sebiji sarang burung besi ini...
Keluarga adalah nyawa
sahabat adalah harta
mereka yang diraikan ibarat rezeki yang meluncur masuk ke dalam rumah
sedikit kita memberi...Tuhan akan beri lebih banyak..(mudah-mudahan)
namun ada juga yang ingin diraikan tidak dapat hadir kerana beberapa urusan lain yang perlu didahulukan
tidak mengapa..pintu rumah sentiasa terbuka untuk meraikan anda
kepada sahabat. kalau panjang umur...kita akan berada lagi dalam suasana ini...

Fauziah@ Gg, baby Zia dan Ahmad Kamil..geram dengan Zia yang chomell tu...tapi tak boleh kepam2 sebab member bad mood nak shushu...hihi..sian maminya nak makan, dia nangess! G, bitau Kamil kalau nak makan kerutup daging, roger akak 2 hari awal eh..:-)

Ini tauke nikah kawen, En Azmi dan Pn Afidah, make up artist meletopss...sapa nak cantik boleh roger dia ni...and 2 little cutes boy...lagi sorang nak kena kepam..rasa nak cubit2 pipi si kecil tu..
 
My sweet sista..Sue Anwar and her mom..auntie Sharipah...auntie and Sue...thanks for coming..anyway if u need a lawyer, boleh calling2 Suraya...and she's also make artist! (Sue..ooo patutla dapur akak basah..akak dok pikir sapa main ayor..nak kata haziq, x nampak dia masuk bilik ayaq...ghope-ghopenya Sue ya..hihi...ok joking!

Haaa ini dia Incik Halym and Pn Anne, sama Nadirah, Nisah and Danish...incik Halym ini adalah pakar rujuk aku pasal pc..ampun eh incik, kau tau aku blur bab IT kan...so pa pe hal, ko memang tau kan...aku x sempat nak buka itu behhloggg...ehh betoi ka nak kek sedap menawan tu? Bitau ya bila...

My honey sista, Hani and doter, Hasya, dua2 comel..Hadi sorry u x comel..hik! Tapi Lisa Surihani comel ya...forumer otai kat am.net masa 2004..sama itu otai incik halym... (Hani...nanti boleh datang lagi...hari tu Hasya x makan nasi kan...)

Incik Halym, aku saja tepek ini kek punya gambar supaya kau meroyan...
Akan ada beberapa lagi sesi merai dan diraikan..aku tak percaya istilah open house..konon! Sebab teratak aku sentiasa terbuka untuk yang bergelar sahabat handai..anda akan diraikan walau apa ketika sekali pun, walaupun jam 1 pagi..insyaAllah sekiranya aku tak keluar dari stesen...(roger and out...tanda awal akan keluar setesen..)

Nota: Mohon maaf kepada sabahat sekiranya ada kekurangan...aku ini orang kecil, hati pun kecil, tapi semangat aku besar untuk bersama-sama sahabat...cik rose dan cik suzi, lain kali kena overnite, baru happening kannnn...ingat tau ..Italian!

Thursday, 15 September 2011

hidup jangan sampai hilang rentak...

Pagi-pagi limun, aku sudah dengar rentak derap tapak kasut berladam besi itu, kaki yang pendek sebelah, jalannya terpaksa bertinjit kerana musibah ketika bertempur. Memang lucu kalau tengok dia berjalan, senget dan miring semacam saja tapi cakapnya tegas dan mengaum. Aku admire betul cara dia conduct kami.

"Kamu semua ni, tak boleh dibiarkan leka. Apa susah, aku dah kata, jangan sampai hilang rentak dalam hidup..sama la juga dengan kawad ni kadet!
"Jennnn.....(ada 150 suara menyebut perkataan sarjan dan 300 biji bola mata tertumpu kepada PWII Encil Illias, misanya yang buat aku tak tahan..muka selamba, kasut hitam berkilat dan x pernah ada kedut pada uniformnya...)
"Heyy aku belum habis cakap kamu dah sahut jen, nampak sangat membabi buta nak beli hati aku.."
"Jennnn..." lagi sekali ada suara mengaum.
Tiba-tiba..kami semua masih mengelamun dengan syarahan perdana pagi buta Encik Illias di atas bukit Damansara...ada jeritan lain pulak menjunam ke telinga..
"Baris!!!! Barissss...sedia...."
Dan berderap2 bunyi tapak kasut dihentak ke aspal keras...dengan haversack 10 kg, M16 dan angin sepoi2 kurang berbahasa...kami kawad keliling kem..
..aku dah kata jangan sampai hilang rentak..kalau hilang rentak, kamu kena ulang lagi..sampai rentak seia sekata..kata2nya bergema dalam kepala dan otak aku sampai sekarang...

Ketika pertandingan kawan intervarsity di USM 11 tahun lalu, kami menang kawad kaki setelah 'sekolah' kami sudah berbelas tahun tidak menang. Encik Lias, Sarjan Mail tambun, Sarjan Superman, Encik Zainal, Kapt Jeet, Kapt Azmi semua tak sangka walaupun kami dicop 'pewai' dan 'lemau', kami masih boleh mengembalikan nama sekolah kami yang dicintai itu...

"waaa korang eksyen dengan aku eh..." kata Kapt Azmi ketika lalu depan kami yang sedang berlonggok bawah pokok akibat penat kawad..hahahaha...tak ada seorang pun ambil peduli dengan tegurannya. Kami sengaja buat dia rasa poyo..memang dia malu...bila dia pusing belakang, kami serbu dan angkat dia..
"Tuan..terima kasih.! terima kasih! Tuan..belanja kami bbq malam ini ya..."
Dan dia pun sengih sambil membetul2kan uniformya. Patutnya kamu yang belanja aku dengan Encik Lias dan geng dia...tu..kalau x ada Encik Lias..ntahnya kamu x muncul pun kat sini...(padang kawad USM)

Muncul pula Encik Lias dengan jalan sengetnya..."Aku dah kata, jangan hilang rentak masa kawad...nasib baik rentak kau sama..sapa nama kadet tu..Wee Bong San...kau kalau dah pening, minta keluar baris saja...haha"

"Eh..ni..ingat lagi satu...hidup pun jangan sampai hilang rentak tau..!"
"Jennnnnn............"
Dan kami pun hahahahahahahah...sambil bersorak riuh gemuruh kerana kemenangan yang tidak disangka2 itu..jangan hilang rentak! jangan hilang rentak!

Kepada Tihah, Jemay Speaker, Zaidi Merah, Mas mulut  murai, Yati bergegar, G, Geok Hui, Misbahudin, Salleh, Herman Wak Jawa, Zaidi Jogho dan Tuan Zaid, dimana anda semua...adakah masih ada rentak itu...

Ketika arwah abah ada, dia pun sentiasa tekan dan ulang pada aku...tak susahlah kawad, janji rentak sama, masa nak pusing tu badan steady, lutut paras, lengan pun paras, dada tegak dan wajah fokus...kena bilang step dan jangan sampai terkena badan orang di hadapan..

..di pagi Jumaat yang sunyi ini...tiba-tiba aku berasa terasing...di manakah rentak yang aku miliki selama ini...dan 'angin' yang datang secara tiba-tiba itu ternyata memberi sedikit kelegaan..

Nota: Tuhan, terimalah permohonan aku...kembalikan rentak itu...

Wednesday, 14 September 2011

cerita bulan...

Bulan penuh pada 15 syawal, jam 6.35 am di Sg Long...langit masih biru dinihari manakala lampu yang sebutir itu tergantung di siling besar...
Semalam dan malam ini adalah bulan penuh. Arwah abah suka sebut bulan penuh. Kalau time bulan penuh, dia akan lepak di rumah, tak akan keluar memukat ketam di pantai kerana katanya waktu ini ketam x ada isi, tapi kalau bulan gelap, ketam isi penuh. Aku yg dengar selalu tanya, kenapa bulan gelap baru isi penuh? Arwah senyum dan x ada jawapan...pun sampai kini. Tapi kawan aku yg notty kata, bulan gelap, ketam buat projek, itu yg isi padat. Gila la weeiii ketam pun tahu buat projek. Whateva, dulu-dulu masa arwah ada, aku cuma makan ketam yang ditangkap arwah saja, sebab dia akan kopek kulit dan bagi isi, aku makan free jer tanpa susah payah..walaupun dah tua bangka tapi since dia dah x de, aku makan ketam soft shell je, x payah susah kopak kulit, ngap saja eh..

Cuba teka yang mana satu bulan dan yang mana satu lampu jalan...?
Masih cerita bulan, bila bulan penuh, Rahimi suka buat perangai melolong sambil berak dalam tandas besar rumah mama dia di Kubang Kerian:
Rahimi: Kak Chik, Mi nak berak..
Kak Chik @ aku: Mi cepat pi masuk bilik air. Bukak seluar tau..
Dan si cenonet Rahimi tanpa segan silu melondehkan seluarnya sekali gus membogelkan bebirdnya seraya berlari ke bilik air besar Kuarters KADA itu dan sambil melepas, dia akan buat aksi melolong seperti werewolf in London..sambil pancut air ke dinding dan main segala bagai lagi...cehh budak notty...ini adalah senario ketika dia berusia tujuh tahun dan kini dia sudah lebih tinggi dari aku serta umurnya 27 tahun kini...Mi tingginya, Kak Chik macam ni juga...sekarang dia adalah Dr Mohd Rahimi...
Red bean and chendol jelly mooncake...
egg jelly mooncake
peanut butter jelly mooncake..this is the  most yummylicious..and all is halal!
Ahhhaa masuk cerita bulan yang sebenarnya...perayaan kuih bulan diraikan pada setiap tanggal 15, bulan lapan mengikut kalendar masyarakat Cina. Kononnya, pada hari itulah bulan paling bulat dan paling terang sepanjang tahun berdasarkan jarak dekat bulan dengan bumi. Justeru, bentuk kuih yang bulat melambangkan terangnya bulan menyinari bumi. Ia juga disambut pada 1 hingga 14 September setiap tahun. Secara tradisi ia dimakan pada perayaan pertengahan musim luruh bagi meraikan simbolik kisah Dewi Bulan. Kuih bulan dianggap sebagai makanan istimewa dan penting pada peristiwa ini.

yam jelly mooncake
Masih pasal bulan. Memang happening habes kalau bulan penuh. Kalau kat kampung dulu, bulan mengambang, orang takut nak kuar rumah sebab banyak hal mistik akan berlaku seperti pontianak merayau. Tapi beberapa menjak ini, bila full moon, ada vampire makan pretzel sambil hirup teh hijau tepi tingkap berjeriji sambil jamu telinga bersubang intan sambil dengar suara awek comel nyanyi lagu lastik api dalam hujan ke apa ntah sambil penyanyi lain seperti beatles, james ingram, kenny rogers, roberta flacks akan buat perfoming juga tu..bluekkk!

Lagi catatan dari arwah yang tidak bercakap dan lebih banyak mendengar, kalau nak buat sesuatu pekerjaan, baik dimulakan ketika bulan naik iaitu 1 - 15 kerana ia dikira lebih afdal berbanding bulan jatuh. Bila aku tanya, pun seperti biasa dia akan senyum. Malah segala pekerjaan dilakukannya adalah berdasarkan tarikh bulan naik, kalau nak masuk rumah lagilah kena pilih bulan naik..katanya rumah akan makmur. Ya kot, aku masuk rumah awal bulan....alhamdulillah!

Dan bulan tertusuk Ilalang, sebuah kisah pertembungan budaya jawa dan barat yang cukup menjentik naluri. Garapan Garin Nugroho ini memang famous dan banyak diperkatakan. Aku suka judulnya, Bulan Tertusuk Ilalang..

uncle ronald...

Bilik di Ronald McDonald House untuk ibu yang terpaka menjaga anak di hopital HUKM. Kalau rumah jauh dan x sempat nak balik atau kekurangan belanja, mereka boleh tidur di sini, bayar lima inggit jer untuk satu malam. selesa. ada 19 bilik semuanya.
Bila sakit sikit..even sakit kena cucuk jarum peniti semasa menjahit, aku dah bentak2 dalam hati sakitnya. Bila tersepak bucu tangga, kaki sedikit berdenyut aku dah mengeluh2 sakit walhal ada ramai lagi orang lain yg sakit lebih kronik..x pun mengeluh sebaliknya menerima dengan tenang. Maafkan aku Tuhan.

Hari ini, Najat Fuad kata, ada sorang kanak-kanak berkerusi roda yang nak sangat jumpa Ronald McDonalds...dan ibu si kecil tu pun tolaklah wheel chair anaknya naik bukit ke rumah uncle Ronalds di atas bukit belakang HUKM. Rupa-rupanya si Uncle yg handsome iteww buat open house raya untuk kanak-kanak.

Owhh im neither child nor kids tapi diajak juga pergi untuk memaknakan sambutan raya itu..meriah sungguh, uncle ronalds sediakan banyak makanan. Ada berkotak2 chicken nugget and bergelas2 ribena...memang seronok..oh ya si kecil tadi finally dapat juga hadiah belon dari uncle ronald..

Dua tiga tahun lepas, sempat pergi visit wad paediatrik di PPUM denan Dr Rose dan NGO..kesian tengok kiddies and baby yg sakit tapi mak2 dia orang sorang pun x de tunjuk muka sedih...tabahnya!!! Aku kagum tengok senario demikian..

Rumah Ronald McDonald itu adalah kolaborasi McDonald dengan beberapa company sponsor yg lain untuk meringankan beban ibu bapa kanak-kanak yang sakit. Mereka mungkin tidak berkemampuan untuk ulang alik yang kerap ke hospital, so boleh transit di rumah itu. Kalau ada yg nak jadi volunteer utk rumah itu, boleh kring2 nombor sekretariat 03-78433388.

Kalau aku ada banyak duit, boleh bina rumah untuk kanak2 terbiar atau homeless..:-(
post handsome dari uncle ronald untuk uncle SM dan auntie NP..dengan ucapan, kalau nak makan burger percuma, sila ambil kupon daripada auntie LW...kih!kih!kih!

The other version of McD...
Aku mula makan McD sejak usia belasan tahun, kini aku dah berusia puluhan tahun. Suka makan BigMac nya yg gedabak dan berlapis dua itu..ada zukini, lettuce and double layer beef..mewah! memang puas hati kalau gigit..ok esok nak pergi makan McD aahhh...ada kupon lebih..sapa nak? Meh join aku makan mekdi!

Tuesday, 13 September 2011

be patience...

HE sends us pain so we can be stronger
HE sends us failure so we can be humble
HE sends us illnesss so we can take care of ourselves
Sometimes, HE takes everything away from us
so we can learn the value of everything HE gave us
HE is almighty great! May ALLAH bless us...

Monday, 12 September 2011

apakah...


esok selasa kan? wordless tuesday la sangat!

Shamsiah vs Rozita

Aku sepatutnya buat entry shamsiah fakeh, tapi oleh sebab taknikal problem..aku terpaksa memagickan artikel itu menjadi rozita che wan. kedua-duanya hidup dalam zaman berbeza tapi kedua-duanya mempunyai perjuangan diri yang menuntut pengorbanan yang bukan alang kepalang.

Rozita cantik jelita, berjuang untuk mengekalkan kecantikannya, populariti dan publisiti yang  bagus-bagus..kesian dia, aku tahu kadang-kadang dia terpaksa menjadi plastik for the sake of peminat. Akan tetapinya Rozita ni memang cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki. Aku yang sejenis ni pun tak berkelip tengok kulitnya yg mulus. Kalau KA tengok, sure terbutang mata...

Tapi dalam hati Rozita, siapa tahu..dia menangis ke, dia suka ke..yang aku boleh baca pada wajahnya yang mulus bak telur dikupas itu adalah tidak mudah menjadi ibu tunggal. Semua tindak tanduk jadi perhatian masyarakat.

Rozita rajin amal basuh muka dengan ais sejurus bangun tidur, katanya supaya muka jadi segar. Rozita makan nasi setiap hari dan main futsal untuk bakar lemak. Kalau mandi, dia jirus bahagian kaki terlebih dulu, kemudian barulah menaik sedikit demi sedikit ke bahagian atas. Supaya badan boleh bertahan katanya. Rozita cerita emaknya makan tongkeng ayam untuk awet muda. Dia pun makan juga. Rozita kata lagi, dia basuh rambut dengan santan dan limau purut bagi mendapatkan rambut sihat bersinar dan menghilangkan kelemumur.  Dan Rozita cantik. Aku suka dia sebab dia cantik!

Manakala  Shamsiah yang dilahirkan oleh Saamah Nonggok ayahnya bernama Fakeh Sultan Sulaiman, dihantar sekolah di Padang Panjang, Sumatera Barat selama dua tahun. Shamsiah pernah berkahwin tiga kali sepanjang hidupnya menjadikan hidupnya sadis dan dia bangkit mencari kebenaran dan kekuatan di dalam hutan belantara.

Shamsiah pernah berkahwin dengan seseorang bernama Yasin Kina tapi ditipu dan menceraikan Shamsiah di luar pengetahuannya. Kesian kan...nasib wanita! Sekali lagi Shamsiah berkahwin dengan JM Rusdi, juga menemui perceraian.

Ok aku short cut, Shamsiah berkahwin lagi dengan Ibrahim Mohamad, pada 1 Jun 1956. Maka bermulalah perjalanan hidup Shamsiah di sana.

Aku short cut lagi, Wanita ini meneruskan kehidupan sebagai orang biasa di Beijing diiktiraf sebagai individu yang diberi perlindungan politik dan tidak berwarganegara, meneruskan kehidupan dengan bekerja di kilang besi di bandar terbabit selain turut memberi khidmat kepakaran bahasa Melayu kepada Radio Beijing serta Institut Bahasa Asing Beijing.

Aku ambil pic dia sebab dia betul-betul ada depan aku...ingat nak ajak dia dok sebelah aku tapi tersegan pulak, takut dia kecil hati memandangkan aku lebih comel daripada dia walaupun aku tiada mengamalkan apa-apa petua. Petua aku adalah makan tidur makan tidur saja.
Nota: Okeh entri ini saja dibuat untuk perbandingan dua wanita sebelum dan selepas perang...

...angin...

(Angin versi 2010)

Boleh...anginlah tempat paling baik
untuk bersembunyi
kerana sentiasa bertiup
dan bergerak
...boleh rasa tapi tak nampak...
...boleh rasa tapi tak boleh pegang...

11.33pm 16 April 2010

(Angin versi 2011)

Aku pun tak kagum dengan angin
tapi aku suka misteri angin
...tak nampak di mata tapi boleh di rasa kehadirannya
walau sejuk, walau panas
...angin tetap bersemilir...

12.54am 12 September 2011

Nota: aku dah pernah menulis pasal angin, pada tarikh 16 April 2010 jam 11.33 malam...dan malam ini...ada sesuatu yang membuatkan aku sekali lagi ingin menulis mengenai angin..angin yang sentiasa aku hargai kehadirannya...

Sunday, 11 September 2011

buddy..always?

aplikasi jaring dan laman sesawang memungkinkan segalanya..
yang jauh jadi dekat, yang dekat jadi erat, yang erat tambah melekat
macam-macam natijah berlaku..terjumpa kawan lama, mencari kawan lama, sengaja mencari kawan baru
apa-apa hal..sangat tak terfollow kerana jaringan perhubungan begitu cepat dan laju...

begitupun, kita mesti pandai menyaring mana yg bermanfaat dan mana yg tidak
1st forum yang aku involve adalah am.net..hanya ada beberapa forumer saja..ketika itu, 2004, blog belum famous bahkan rasanya masih belum wujud kot..ntah aku tak ingat..

forum am.net meletop sebab ada moderator entertainment yg guna nick mulut puaka @ mulut poke..memang kata2nya puaka gila..kami semua percaya sebab apa yang diposting adalah advance berbanding akhbar arus perdana atau media elektronik..hari ni mulut puaka bersuara kat forum, esok baru keluar kat TV atau akhbar...mulut puaka kekal misteri hingga kini..tak tahu pun siapa dia..

kalau ada masalah berkaitan undang2, arwah Damit jadi tempat rujukan..ramai lagi yg sentiasa dalam ingatan kerana minda yg bernas menghasilkan kata-kata yang bernas juga..gabanz akhirnya berkahwin dengan vagabond dan kini sudah ada anak bujang, toksira adalag guru bahasa inggeris aku di alam cyber..cind pula dan G (G..aku lupa nick kau masa di Nagoya) adalah tukang masak handal..

bagaimanapun, am.net kena hack sebab cinta tak berbalas antara seorang forumer am.net dengan someone yg base kat Oz..hebatnya penangan cinta, sampai kami semua x boleh berforum sebab kena hack dengan mamat itu...

bila kena hack..kami bubar menjadi blogger dan ada yg meneruskan rutin berhubung antara satu sama lain dan ada yg sudah tidak aktif..tapi aku tahu ramai forumer asal am.net masih berhubung dan mengadakan gathering ketika ramadhan..

rindunya saat itu..apabila wadah yang betul dijadikan medan bertukar fikiran yang sangat membina..berkekalan sehingga kini..walaupun ada yg sudah menetap di luar negara...kami masih berhubung..

dan kini..pelbagai jaringan perhubungan wujud...lebuhraya maya yang tidak terjangkau..aku harap dua buddy aku di sini akan kekal sebagai buddy untuk seratus tahun akan datang..always!

Nota kaki: Aku x follow mukabuka sebab ia bukan setakat mukabuku, tapi mukatembok sebab semua benda nak sumbat kat situ..hatta pasal nak cabut bulu ketiak sekalipun...cehhh!

observe...


Kanak-kanak berbaju merah jambu itu adalah jiran kepada pemiliki jeriji besi di bawah. Setiap pagi minggu, kanak-kanak bernama Kristal ini akan keluar bersarapan dengan ibunya yang sangat rajin menegur jiran sebelah yang keluar pagi balik malam, keluar pagi balik malam...emak si Kristal ini berasal dari Kampar dan ayahnya bekerja di firma kewangan di UK, balik enam bulan sekali untuk jenguk Kristal dan emaknya.

Setiap hari, apabila kita melalui rutin yang sama, semuanya akan melekat di dalam minda, mengenai apa yang berlaku, siapa yang ditemui, ketika mana sesuatu itu berlaku dan pendek kata, kita menjadi manusia peka apabila berhadapan dengan 'hidangan' yang sama setiap hari.etul Sama ada hidangan berkenaan menyedapkan atau tidak, kita harus melaluinya. Dua bulan lalu, setiap pagi sekitar jam enam, ada seseorang melakukan senaman taici selama beberapa minit. Tidak tahulah motifnya sama ada memang benar melakukan senaman pagi atau ada sesuatu yang dispynya. Lokasi berkenaan betul-betul berhadapan tingkap berjeriji besi ini. Dia akan melakukan banyak langkah di samping menayangkan skilnya yang kelihatan profesional. Namun mata yang rabun tidak membolehkan wajahnya dilihat dengan jelas. Betul-betul cukup dua bulan, dia ghaib. Diperhatikan, tiada apa-apa yang berlaku..tiada kes pecah rumah, tiada kes harrase dan sebagainya.. kawasan ini dikira selamat buat masa ini.


Pemandangan  di hadapan jeriji besi ini amat mengujakan..ada sebatang jalan lurus, menghala ke jalan besar, namun pemaju membuat tindakan bijak dengan menutup laluan jadi yang parking adalah penghuni taman ini saja. Sambil memerhati bumbung merah ditepi jeriji, sambil minum kopi cap kereta dan memamah sebekas pretzel, pemilik jeriji besi ini sentiasa berangan dia bukan tinggal di Sg Long, tetapi sebuah tempat bernama Notting Hill...keh!keh!keh! Biarkan dia terus bermimpi...
Dan pemilik jeriji ini menjadi pemerhati tetap, setiap ketika..walau hujan, walau panas, ia bertugas seperti biasa. begitu juga dengan pokok rimbun berdaun hijau pada bahagian kiri tingkap. Daunnya berombak cantik apabila bayu petang bertiup..semakin direnung semakin banyak cerita rahsia dikongsi. Dengan jiran berbangsa India di sebelah kanan dengan dua anak yang riuh bercakap (digelar keluarga ini keluarga arrogant, kerana mereka tidak pernah bertegur apa sebalik jika ada orang parking berdekatan gate mereka si bapa akan keluar seketika dan merenung dengan tajam seolah-olah heii ini kawaan rumah aku walhal itu adalah kawaan public), dengan uncle cina yang suka bermantera setiap petang tanpa diketahui bentuk manteranya dan jiran-jiran lain yang melepasi kediaman ini. Setiap petang juga, sekitar jam 6.30 akan ada seorang bhai jogging ala-ala semput tapi sempat juga dia menghabiskan beberapa round..manakala ada seseorang di dalam rumah ini, apakala pulang dari kerja, akan berhenti di lamannya, mencabut rumput liar, memberi minum orkid, melur, pegaga dan pokok limau nipisnya minum sebelum dia sendiri ghaib ke dalam rumah penuh misteri..yang sering diintai seorang jiran berstatus nyonya tua. Pemilik rumah ini adalah antara beberapa kerat Melayu yang menetap di kejiranan cina ini.


Si bujang ini mempunyai sut lengkap sekiranya dia ingin keluar menduga skil lapsnya di selekoh tajam..baguslah, disamping berfoya-foya dengan angin kau tidak melupakan ciri keselamatan..Awangku A Pengiran M..itu namanya yang tertera di sampul surat yang terbabas masuk ke dalam peti surat jiran sebelah..wow!

Dan setiap pagi minggu..ngauman Cagiva Mito berwarna kuning memecah sunyi pagi..kerana si bujang ini akan memekakkan kuda besinya kuat2 bagi memberitahu jiran bahawa dia ingin pergi menduga skilnya di litar berdekatan..kadang-kadang dilihat ada wanita muda datang menjemputnya dan kadang-kadang ada lelaki separuh usia mengunjunginya..kadang-kadang ada sepasang warga tua berehat-rehat di hadapan rumah si bujang ini dan akan menegur pemilik rumah sebelah yang juga pemerhati alam di kawasan sekitar. Demikian sebuah senario pada hari-hari berlangsung sebuah kehidupan.

Nota kaki: Menduga kehidupan amat sulit berbanding menunggu kematian yang pasti...hari minggu pasti muncul, menjalani detik seperti kebiasaan, tanpa berubah, tidak juga bertukar, sifir kehidupan adalah stagnant dan mencongaknya juga mudah, walaupun sesekali sulit mendatangi.

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...