Monday 26 September 2011

siri seram: sydney part 2

Selepas sibuk bersembang pasal siri seram dengan wee chee.
kita orang ketagih bercerita hantu.
elaine sudah pesan, u olls jangan suka sangat
sebab kita akan berpindah2 hotel
so faham2 sajalah katanya
aku pandang yin fong
yin fong pandang aku balik
kami senyum
malamya, kami makan di temple restaurant
gaya hiasannya memang sebiji macam temple
cuma ia adalah restoran sebenarnya
aku makan pasembor dan pecal
(haha..jangan ingat visit sydney x boleh makan pecal..ada tau!)
yin fong makan mi
masing2 ada yang makan ayam, daging etc
aku sah2 makan vege...kenyang!
pun begitu, aku guna chopstick pakai buang
lepas makan aku tongkat saja chopstick dalam mangkuk
yin fong cepat2 jatuhkan chopstick
aku tanya kenapa
yin fong kata tak elok macam tu
macam panggil roh
sebab kedudukan chopstick tu macam bakar colok
ok aku faham
wee chee senyum saja
mukanya yang jambu semakin berwarna merah jambu
sebab dia makan pedas
dan aku tahu sebab ada banyak lagi cerita seram dalam kepala otak dia..
balik ke bilik..
aku macam biasa, lempar kasut jauh-jauh
supaya kedua-duanya berasingan
letak beg, cuci badan, mandi...etc
bila aku baring saja...
OMG..
itu jam juga aku dial nombor bilik Yin Fong supaya cepat datang ke bilik aku
kami tidur sekatil lagi...

Nota: Sebelum keluar bilik waktu pagi, aku ingat betul aku hanya nyalakan lampu malap berdekatan  pintu keluar saja supaya bila aku balik, ada sedikit cahaya..sebetulnya semasa masuk ke bilik aku sudah notice lampu di kepala katil tepi meja bacaan menyala walhal aku yakin aku x switch on pun..aku buat tatau dan ketika baring itu lah tengkuk aku meremang...dah tak boleh tahan dan itu jam juga kena tidur dengan yin fong, yang juga mengalami banyak peristiwa dalam biliknya nya bila dia buka tingkap, ada dinding...buka lagi sekali, ada dinding lain pula..haishhh! Maaf nama hotel di tengah bandaraya Sydney itu rahsia...

10 comments:

  1. banyak sangat pengalaman seram, buat kau sendiri bermutasi menjadi vee.

    ReplyDelete
  2. itu pengalaman yg memang aku alami...kini pengalaman itu jadikan aku berani untuk hadapi apa saja yang berlaku dalam ruang lingkup aku sekarang...itu belum capur dua tahun setengah aku duduk dalam sarang 'raya ghost'..ngeri seh..kalau aku ingat balik aku x percaya that was me...yg penakut hampeh sebenarnya..

    ReplyDelete
  3. tapi kenapa `berani' kau tu tak berterusan sampai sekarang. you really need it beb...! nanti dapatlah kau tidur dengan lebih tenang...

    ReplyDelete
  4. Ni pun aku dah terlebih berani beb...bukan senang nak duduk sorang2, balik keje jam 1 pagi (kadangkala ) dan check seluruh rumah malam2 buta bila ada bunyi pelik...

    ReplyDelete
  5. citer betol ye...wahhhhhh takuttttt...

    ReplyDelete
  6. Yer...masa tu I rasa macam nak ajak semua tdo sebilik..ngeri punya pasal..

    ReplyDelete
  7. kau imagine kau adalah `seorang' hantu ketika tu. barulah rasa takut yang sebati dalam diri tu boleh kau manipulate supaya hilang rasa takut. (ini cadangan je)

    ReplyDelete
  8. Sebab itulah aku memilih bermutasi menjadi V, untuk melawan ketakutan. Tapi V ini hanya valid di Windsor saja, dalam radius yg berkeluasan 20 x 70 saja, keluar Dari radius, ia sudah jadi lain. Dan di sana poltergeist nya sangat jahat, secara terang-terang mengusik.

    ReplyDelete
  9. hahaaa... kau kena kembangkan rasa kewilayahan kau tu lebih luas daripada lingkungan 1400sq.ft. kau mesti tak nak jadi negara kecil yang terpencil di tengah-tengah rantau asing kan?

    ReplyDelete
  10. SM, ilmu aku tak valid kalau masuk wilayah asing. Tak sempat habis belajar, tok guru dah balik negeri...

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...