Thursday 22 September 2011

Mari Berpantun...

Setiap pagi, sambil memandu,
aku dengar gelagat poyo KE, Sy dan Krill di Sinar FM.
Pantun mereka memang poyo habiss.
Lawak yang semuanya berbau dewasa.
Dan pendengar yang menelefon konti Sinar juga
sporting kerana gemar mengajukan pantun
mengenai nikah kahwin kepada KE dan SY.
Tak pun pantun mengenakan kedua-dua DJ berkenaan..
Pagi tadi ada satu pendengar menelefon dan menjual pantun begini..
..................................
.................................
KE tu tak de kerja lain ke
pagi-pagi asyik kena hangen saja.

dan jawapan oleh KE adalah:
.......................................
......................................
itu hangen termasuk dalam skrip
kalau tidak makan gaji buta lah...

Jawapan yang spontan tapi kena dengan pertanyaan.
Ketika di tingkatan 6, cikgu BM mengada-ngada calonkan
nama aku untuk mewakili sekolah dalam Pesta Pantun
Antara Sekolah seluruh negara.
Sekolah aku setakat menang peringkat daerah saja.
Antara gandingan aku ketika itu adalah Che Kem,
pelakon yang memegang watak Tunku Abdul Rahman
dalam Hati Malaya arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba
...kini Che Kem orang kuat Aswara
dan banyak terbabit dalam event kebudayaan,
pelakon, penulis lirik dan penggiat teater.

Beberapa pantun yang pernah dijualbeli
bersama Che Kem dulu sedikit kabur dalam ingatan:
Antaranya:

dalam hati berteka teki
sudah terang lagi bersuluh
kalau tuan bijak bistari
dalam air badan berpeluh?


kuih manis si lompat tikam
makan bersama sepiring talam
lidah lembut tetapi menikam
hatiku ini bukan pualam


Ada banyak lagi pantun yang dikarang tapi aku sudah lupa..
dan entry ini adalah entry pantun...

tidur malam terbayang-bayang
tidur siang termimpi-mimpi
kasihmu kawan kubawa sayang
rindumu tuan kubawa mati


kemboja putih mewangi di laman
dipetik oleh hamba sahaya
sehari tak jumpa derita sezaman
sepurnama berpisah..bagaimana ya?


cempedak madu masaknya mengkal
lalu dimasak menjadi serawa
andai sahaya berbahasa nakal
ampunkan lidah empunya jiwa


# Tokoh pantun yang aku hormati antaranya Bapak Tenas Affendi, Datuk Azis Tapa, Dr Ding Choo Ming dan ramai lagi sarjana yang mengkaji mengenai budaya Melayu yang sangat berseni..

7 comments:

  1. Wow! Kata ganti nama "sahaya" tu sgt kreatif. Sahaya bermaksud hamba, kan?

    Cantik anggun puteri zaitun,
    Memikat si gagah lagak perwira,
    Hebat sungguh saudari berpantun
    Bahasanya indah bak penglipur-lara!

    ReplyDelete
  2. MF, ya sahaya itu bermaksud hamba dalam bahasa Melayu klasik, juga bermaksud tanda merendah diri kita terhadap orang lain..

    pisang emas di atas para
    masak diperam kuning cahaya
    hebat itu bersifat sementara
    pinjaman Dia kepada sahaya.

    ReplyDelete
  3. NP: aku pun dapat singgah tengok je la...

    ReplyDelete
  4. NP:

    pergi kedai beli tauhu
    terbeli sama ikan kering
    NP jom, i tahu u tahu
    cuma u tak mau tunjuk taring.

    SM:

    singgah kedai nak beli kelapa
    balik rumah nak buat kueh
    SM eleh bahasa kau pun bagus apa
    aku pun main hantam saja ehh..

    ReplyDelete
  5. @LW

    malam malam makan ketupat
    sesungguhnya memang i tak tahu buat

    koh koh koh


    nenet

    ReplyDelete
  6. pucuk pauh delima batu,
    anak sembilang di tapak tangan,
    kalau berbahasa tu aku tak tau,
    apa-apa hal tolong la tengok-tengokkan..

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...