Thursday 22 September 2011

istirehat yg panjang..

Someone told me:
...istirehat yang pendek...tidur
...istirehat yang panjang...mati
yang mana, tidur adalah mati kecil...mati bersifat kesementaraan..
manakala mati yang hakiki..adalah kekal di alam baqa, meninggalkan yang fana..

**************************

Aku dengar Sinar FM kalau drive dari rumah ke office, begitu juga time balik
tapi aku lebih suka dengar waktu pagi
kerana ada tazkirah pagi oleh Dt Dr Fadzillah Kamsah:

"Ya Allah Ya Tuhanku, antara istidraj dan diredhai, aku pilih diredhai..." katanya.
Istidraj - satu keadaan di mana Tuhan memberi kita kebaikan tapi dalam keadaan yg tidak ikhlas kerana kita melakukan kejahatan dan dosa...ok yg ini aku tak pasti sebab sibuk nak tengok kereta sebelah yg nak overtake aku..(pagi semalam)

"Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Ya Allah kalau mahu diambil nyawaku, ambillah ketika aku dalam keadaan terpelihara...". (pagi ini)

*************************

Kedua-duanya bergentayangan  di dalam kepala otak aku, termasuk yang paling atas..banyak simpang di hadapan...

Nota: Di doakan semoga sahabat yang dihormati, sdr Azli Ayob yang kini berada di dalam wad kecemasan PPUM akibat pneumonia (kritikal stage @ koma) kembali pulih dari sakit yang maha dahsyat itu...

7 comments:

  1. doa aku untuk dia juga...

    ReplyDelete
  2. ujian yang dia terima itu adalah satu anugerah yang dapat dilihat dan dihayati. tapi kita tak pernah sedar akan sebarang `anugerah tersembunyi' yang tuhan kirimkan kepada kita...

    ReplyDelete
  3. ...semoga Allah tidak panjangkan tempoh penderitaan beliau.

    ReplyDelete
  4. SM & MF: mudah-mudahan..semalam dia bernafas dengan bantuan machine dan wayar berselirat...ngerinya tengok...rasa sedih pun ada..dia antara rakan yang sentiasa senyum dan tak banyak cakap...semoga kesensaraan itu bersifat sementara..

    ReplyDelete
  5. dugaan untuk dia hadapi, untuk kita renungi dan kongsi...

    ReplyDelete
  6. aku baru dapat tahu dia kembali tenat...semoga Allah merahmati setiap detik yang dia miliki...

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...