Monday 31 October 2016

Nasi Lemak Kak Long Kawasan

Betapa susahnya nak mula menulis kembali setelah berbulan-bulan tidak membuat sebarang entry. Tiada alasan, tiada sebab dan tiada kata-kata sesuai nak kata, kenapa tak boleh menulis. Walhal kalau kat opis tu kalau Editor kata kena buat artikel 6 mukasurat, aku boleh je speed dalam masa dua atau tiga jam nak siapkan artikel (inipun kalau ikut kamus reporter senior, dah kira lambat sangat).

Kali ini kena istiqomah untuk menulis, banyak perkara boleh selesai kalau aku menulis. Kalau arwah Mak ada, dia akan cakap 'banyak hala dari rimau' maknanya banyak hal yang tidak pasti berbanding hal yang wajib dibuat. Oh ya, dalam bahasa dan istilah Kelantanese, hala adalah sejenis harimau jadian. Jadi maksudnya banyak perkara jadi-jadian yang sekejap ada sekejap tak ada berbanding hal yang sudah sedia wujud. Abaikan saja pasal hala dan rimau ini..

Minggu ni banyak perkara berlaku. Aku jenis tak berapa nak aktif atau tak reti sangat nak menulis kat FB, masuk baca dan layan like je. Bila on FB dua tiga hari lepas, terbaca satu entry sahabat masa sekolah menengah di KB kembali ke pangkuan Ilahi akibat breast cancer. Ya Rabbi rasa tak percaya sebab mesej dari Allahyarhamah Mariani mengenai prosedur cetak buku masih aku simpan dlm hp. Masih ingat pesanannya, katanya Ma (arwah membahasakan dirinya Ma) akan tolong Sha pasal info dan cara-cara nak print buku. Arwah bertugas di syarikat percetakan di Shah Alam sebenarnya. Jadi aku sangat terhutang budi dengan offer arwah Mariani kerana ya, beliau benar-benar maksudkan apa yang dikatakan. Cuma hajat aku nak berurusan dengannya tidak kesampaian, Semoga arwah tenang di sana.

Ya, sahabat, rakan atau taulan..individu yang sentiasa menyenangkan kita. Kadang-kadang sahabat itu lebih rapat berbanding adik beradik sendiri. Dengan sahabat kita boleh bercakap apa saja, nak-nak lagi kalau dah tahap BFF. Aku sebenarnya tak ambil pusing pasal BFF sebab pada aku, kalau dah jadi kawan tu, kira kawanlah sampai bila-bila walaupun aku mungkin pernah terasa dengan kawan atau si anu atau si polan.

Jadinya, pagi tadi kelas dibatalkan dan aku teringat dah lama tak jumpa Net. So aku cepat-cepat roger kata kat dia aku free hari ni, kalau nak mai lepak Sg Long, silalah. Dah lama x jumpa Net ni..dari rakan blogger, jadi rakan whatsapp, kemudian jadi rakan IG dan akhirnya rakan minum kopi dan rakan berkongsi kisah hidup juga.

Ke tengah ke tepi aku fikir apa nak masak. Nak masak spaghetti, rasanya hari ni tekak aku adalah tekak Melayu (ya tekak pun demand, kadang-kadang tekak western). In the end, tersedialah nasi lemak kat atas meja makan. Nasi Lemak Kak Long Kawasan namanya..sebenarnya aku teringin nak makan Nasi Lemak Anak Dara tapi jauh sangat nak pergi Shah Alam semata-mata nak que untuk nasi lemak tu. Jadi gedebuk gedebak siaplah nasi lemak kat Sg Long ni. Bila Net sampai, masuk pagar je dia dah tanya masak apa. Lepas muah kiri muah kanan, aku kata aku buat nasi lemak.

Kami pun chit chat chit chat sambil makan nasi lemak. Aku nampak dia makan slow je. Dalam hati aku, confirmlah nasi lemak jam 3 petang aku tak berapa nak menyongket selera si Net ni. Tetiba dia kata nak tambah. Opocot...terkejut ok! Sebab aku tau Net ni memang sharp selera dia bab-bab makan jadi aku kira dia mahir dalam membahasakan makanan sama ada tahap kedai pisang sesikat atau tahap hotel berbintang-bintang. Maaf, sebenarnya jangan pandang saiz kedai makan, kalau masak sedap, maka sedaplah walau siapa pun yang makan kan. Kalau kedai bersih, makanan pun sedap, bonus! Yang tak best, ada sesetengah kedai, environment bagus, makanan best tapi service pulak macam siput. Ada kedai lain pulak, makanan best, service macam angin tujuh petala lajunya tapi belek-belek garfu dan sudu..mak aihhh berminyak-minyak..bluerkkkk, choy selera makan.

Aku tunggu je Net ni buat statement..dia kata dia suka sambal bilis tu walaupun bilis tak berapa ramai...aku sebenarnya lupa nak beli bilis, jadi aku guna bilis sedia ada berjumlah segenggam ramainya, kira lulus laa juga kan, janji nampak a school of anchovy dalam lautan cili merah tu. Ok rasa tak percaya, sorang lagi kata sambal bilis tu 'yummy' berbaloi tambang aku hampir RM4k semata-mata nak pi belajar masak dengan seorang aunty di Brockley. Tq Net..hmm suppose to say thanks to Kak Erah too..shes the one who trained me to cook for a group of people in a smart way! And of course delicious too.

Ok nak tau macam mana nak buat sambal bilis nasi lemak magic ni, tunggu buku resipi bertulis tangan yg vintage..(wahai dracula B+, kau kata aku vintage ya..esok-esok kau akan cari vampire vintage ini..jaga-jaga)

Aidilfitri pula..

Baru settle meeting dengan Raymond and Angel untuk add Aidilfitri..semoga ada idea untuk buat pantun raya!