Saya bukan jenis manusia yang kerap bermimpi. Kalau bermimpi pun sebab terlalu letih
dan mengarut. Saya anggap mimpi itu berlaku apabila kita terlalu menginginkan
sesuatu itu berlaku dalam hidup dan apabila perkara berkenaan bermain dalam
fikiran, maka ia akan terbawa-bawa ke dalam tidur atau mimpi. Dalam tempoh dua
bulan ini, ada tiga mimpi yang mengasak minda saya. Bagaimanapun hanya dua sahaja
yang saya dapat ingat dengan jelas. Biar saya perincikan apa yang sedang membuatkan
adrenalin saya sentiasa rush dan apakah mimpi yang dialami itu.
Situasi
1:
Sepatutnya
awal Mei lalu, saya berlepas ke UK untuk aktiviti back pack travel yang
sudah banyak kali saya lakukan. Entah kenapa, setiap kali rakan di sana bertanya
bila nak beli tiket, saya bagi jawapan nanti dulu. Seronok tu memang seronok
kerana saya pernah bekerja dan menetap di UK selama hampir setahun. Jadi,
andaikata saya jadi terbang ke sana, ia seperti satu reunion untuk kami
berkumpul (dengan beberapa rakan yang sama kepala dengan saya, mengembara sambil
bekerja jika berpeluang). Memang dalam fikiran, saya sudah merancang apa yang
saya boleh buat untuk dapatkan duit. Ok sepatutnya begitulah yang
berlaku..berangan tak habis dengan aktiviti yang sepatutnya.
Mimpi
yang saya alami:
Saya bawak
keta warna putih dan memandu di sebatang jalan yang lurus. Apa jenis keta entah saya pun tak ingat, lagipun dalam mimpi..ingat-ingat lupa. Sedang elok bawa keta
tu, tiba-tiba rasa nak patah balik dan saya lihat cermin depan dan cermin
sisi, tak de kereta, jalan clear. So saya buat tindakan pantas
berpusing 180 darjah disebabkan rasa nak patah balik semula kan. Confirm jalan clear..konon
macam jalan selebar-lebarnya itu saya yang punya. Tiba-tiba belum habis corner, kereta saya dilanggar dengan kuat dari belakang dan hancur terbarai, terbakar dan kalau
ikut logik dengan saya sekali dah padam.
Ehh
tiba-tiba saya rasa saya memandu dengan cool di jalan yang
tenang dan bila saya memberhentikan kereta sambil menoleh ke belakang, sebuah
kereta warna putih sedang terbakar dengan dahsyatnya dan jasad saya ada di dalam
kereta itu. Habis tu saya yang sedang bawa kereta ni, apa kes??? Ya Allah
rupa-rupanya roh saya sahaja yang tinggal kini dan saya maut dalam
kemalangan. Ya roh saya yang masih bawa kereta dan tiada sebarang
luka. Menangis air mata darah sekalipun, saya tak akan hidup balik sebab jasad
saya dah cedera teruk dalam kereta yang sedang terbakar. Saya belum rasa nak
mati. Saya belum bersedia untuk mati sebenarnya.
Sekarang
tak ada sesiapa boleh lihat dan nampak saya sebab saya sudah menjadi roh.
Sedangkan masih banyak yang saya mahu lakukan. Saya mahu berjumpa si polan untuk
beritahu dia saya suka dia sampai akhir hayat, saya sanggup tunggu dia
selama-lamanya dan kini saya sudah jadi jenazah pun, bagaimana nak bercakap
dengannya? Saya masih belum puas berbual dengan Kak Long. Kakak sulung saya yang
sentiasa ambil berat pasal saya yang jarang sangat pulang ke rumah. Saya masih
belum puas bermesra dengan anak saudara yang seramai sembilan orang, berusia 7
tahun hingga 19 tahun. Mereka pun masih sentiasa menunggu kepulangan saya ke
rumah pusaka emak.
Dalam
termangu-mangu memikirkan bagaimanakah untuk saya bercakap dan memeluk mereka,
saya terserempak dengan sekumpulan manusia yang dapat melihat kewujudan saya dalam bentuk roh. Saya boleh minta pertolongan mereka untuk kembali menjadi
manusia. Namun puas merayu dan menerangkan apa yang saya alami, jawapan mereka
ialah 'Tidak Boleh' kerana nyawa saya sudah diambil oleh Pencipta. Saya sudah meninggal
dan tidak ada peluang untuk hidup semula kerana kata mereka kematian itu tidak
boleh ditangguh kerana kematian itu tepat pada masanya seperti yang dijanjikan
oleh Allah. Puas saya menangis memohon supaya saya diberi peluang untuk hidup
semula memandangkan hajat saya belum kesampaian untuk berjumpa dia dan
orang-orang yang saya sayang.
Kata
mereka lagi, tak boleh kerana saya sudah meninggal dunia, memang buatlah apa
sekalipun mereka tidak akan dapat melihat saya lagi. Allahhuakbar...ketika itu saya berasa seperti saya sudah sahih akan berlegar-legar sebagai roh yang tidak
tahu ke mana hendak dituju kerana sepatutnya saya perlu naik ke dunia akhirat
tapi rasa sayang pada kehidupan duniawi masih kuat dan manusiadi dunia pula
tidak dapat melihat saya, jadi apakah yang boleh saya lakukan? Tak lain dan tak
bukan ialah menunggu giliran untuk dihisab.
Ya..mimpi
itu tamat di situ dan apabila saya terjaga, perkara pertama yang saya lakukan
ialah meraba tubuh badan sendiri. Ahhh masih utuh. Dan saya masih hidup. Ya
Allah, terima kasih kerana masih mahu mengurniakan saya kehidupan yang saya mahu..
Beberapa
hari selepas mimpi ini saya alami, saya cancel plan nak back
pack travel ke UK. Due to technical problem, baiklah saya tak ambil risiko.
Mimpi
kedua:
Saya memang dah lama nak cabut gigi yang dah mula goyang dan reput. Jadi kononnya saya guna jari sendiri untuk cabut gigi. Tiba-tiba gigi atas dengan mudahnya
tercabut dan tidak berasa sakit pun..confirm saya cabut sendiri gigi tu..apakah?
Dua
mimpi ini benar-benar mengusik minda saya..