Showing posts with label mimpi. Show all posts
Showing posts with label mimpi. Show all posts

Monday, 9 December 2019

Mimpi...

Catatan asal: 2 Mei 2018
Saya bukan jenis manusia yang kerap bermimpi. Kalau bermimpi pun sebab terlalu letih dan mengarut. Saya anggap mimpi itu berlaku apabila kita terlalu menginginkan sesuatu itu berlaku dalam hidup dan apabila perkara berkenaan bermain dalam fikiran, maka ia akan terbawa-bawa ke dalam tidur atau mimpi. Dalam tempoh dua bulan ini, ada tiga mimpi yang mengasak minda saya. Bagaimanapun hanya dua sahaja yang saya dapat ingat dengan jelas. Biar saya perincikan apa yang sedang membuatkan adrenalin saya sentiasa rush dan apakah mimpi yang dialami itu.

Situasi 1:
Sepatutnya awal Mei lalu, saya berlepas ke UK untuk aktiviti back pack travel yang sudah banyak kali saya lakukan. Entah kenapa, setiap kali rakan di sana bertanya bila nak beli tiket, saya bagi jawapan nanti dulu. Seronok tu memang seronok kerana saya pernah bekerja dan menetap di UK selama hampir setahun. Jadi, andaikata saya jadi terbang ke sana, ia seperti satu reunion untuk kami berkumpul (dengan beberapa rakan yang sama kepala dengan saya, mengembara sambil bekerja jika berpeluang). Memang dalam fikiran, saya sudah merancang apa yang saya boleh buat  untuk dapatkan duit. Ok sepatutnya begitulah yang berlaku..berangan tak habis dengan aktiviti yang sepatutnya.

Mimpi yang saya alami:
Saya bawak keta warna putih dan memandu di sebatang jalan yang lurus. Apa jenis keta entah saya pun tak ingat, lagipun dalam mimpi..ingat-ingat lupa. Sedang elok bawa keta tu, tiba-tiba rasa nak patah balik dan saya lihat cermin depan dan cermin sisi, tak de kereta, jalan clear. So saya buat tindakan pantas berpusing 180 darjah disebabkan rasa nak patah balik semula kan. Confirm jalan clear..konon macam jalan selebar-lebarnya itu saya yang punya. Tiba-tiba belum habis corner, kereta saya dilanggar dengan kuat dari belakang dan hancur terbarai, terbakar dan kalau ikut logik dengan saya sekali dah padam.

Ehh tiba-tiba saya rasa saya memandu dengan cool di jalan yang tenang dan bila saya memberhentikan kereta sambil menoleh ke belakang, sebuah kereta warna putih sedang terbakar dengan dahsyatnya dan jasad saya ada di dalam kereta itu. Habis tu saya yang sedang bawa kereta ni, apa kes??? Ya Allah rupa-rupanya roh saya sahaja yang tinggal kini dan saya maut dalam kemalangan.  Ya roh saya yang masih bawa kereta dan tiada sebarang luka. Menangis air mata darah sekalipun, saya tak akan hidup balik sebab jasad saya dah cedera teruk dalam kereta yang sedang terbakar. Saya belum rasa nak mati. Saya belum  bersedia untuk mati sebenarnya.

Sekarang tak ada sesiapa boleh lihat dan nampak saya sebab saya sudah menjadi roh. Sedangkan masih banyak yang saya mahu lakukan. Saya mahu berjumpa si polan untuk beritahu dia saya suka dia sampai akhir hayat, saya sanggup tunggu dia selama-lamanya dan kini saya sudah jadi jenazah pun, bagaimana nak bercakap dengannya? Saya masih belum puas berbual dengan Kak Long. Kakak sulung saya yang sentiasa ambil berat pasal saya yang jarang sangat pulang ke rumah. Saya masih belum puas bermesra dengan anak saudara yang seramai sembilan orang, berusia 7 tahun hingga 19 tahun. Mereka pun masih sentiasa menunggu kepulangan saya ke rumah pusaka emak.

Dalam termangu-mangu memikirkan bagaimanakah untuk saya bercakap dan memeluk mereka, saya terserempak dengan sekumpulan manusia yang dapat melihat kewujudan saya dalam bentuk roh. Saya boleh minta pertolongan mereka untuk kembali menjadi manusia. Namun puas merayu dan menerangkan apa yang saya alami, jawapan mereka ialah 'Tidak Boleh' kerana nyawa saya sudah diambil oleh Pencipta. Saya sudah meninggal dan tidak ada peluang untuk hidup semula kerana kata mereka kematian itu tidak boleh ditangguh kerana kematian itu tepat pada masanya seperti yang dijanjikan oleh Allah. Puas saya menangis memohon supaya saya diberi peluang untuk hidup semula memandangkan hajat saya belum kesampaian untuk berjumpa dia dan orang-orang yang saya sayang.

Kata mereka lagi, tak boleh kerana saya sudah meninggal dunia, memang buatlah apa sekalipun mereka tidak akan dapat melihat saya lagi. Allahhuakbar...ketika itu saya berasa seperti saya sudah sahih akan berlegar-legar sebagai roh yang tidak tahu ke mana hendak dituju kerana sepatutnya saya perlu naik ke dunia akhirat tapi rasa sayang pada kehidupan duniawi masih kuat dan manusiadi dunia pula tidak dapat melihat saya, jadi apakah yang boleh saya lakukan? Tak lain dan tak bukan ialah menunggu giliran untuk dihisab.

Ya..mimpi itu tamat di situ dan apabila saya terjaga, perkara pertama yang saya lakukan ialah meraba tubuh badan sendiri. Ahhh masih utuh. Dan saya masih hidup. Ya Allah, terima kasih kerana masih mahu mengurniakan saya kehidupan yang saya mahu..

Beberapa hari selepas mimpi ini saya alami, saya cancel plan nak back pack travel ke UK. Due to technical problem, baiklah saya tak ambil risiko.


Mimpi kedua:
Saya memang dah lama nak cabut gigi yang dah mula goyang dan reput. Jadi kononnya saya guna jari sendiri untuk cabut gigi. Tiba-tiba gigi atas dengan mudahnya tercabut dan tidak berasa sakit pun..confirm saya cabut sendiri gigi tu..apakah?


Dua mimpi ini benar-benar mengusik minda saya..

Monday, 17 March 2014

Siapakah dia...

#Mimpi
Mimpi mainan tidur, nak percaya atau tak, terpulang kepada kita
ada yang kata, kalau mimpi sebelum Subuh, ya itu benar
ada pula yang kata, kalau mimpi selepas Subuh, tak boleh digunapakai
mimpi terkahir yang dialami ialah dua minggu lalu
berada dalam satu kenderaan bersama seseorang
duduk di bahagian belakang kenderaan
lebih tepat lagi, di bahagian belakang dia yang memandu
cuaca sejuk
dan kami memakai jacket tebal
rasanya macam salji turun nipis di luar kenderaan
yang memandu kenderaan itu memakai baretta
jadi tak nampak muka
ingin sangat diketahui siapa dia
mungkin ada sebab kenapa saya tak sempat lihat wajahnya
mimpi putus
tengok jam tepi bantal ialah 4.47 pagi..sekejap lagi Subuh
saya bermohon sangat
nak sambung mimpi itu..


Thursday, 13 October 2011

Lebam...

Arwah mak aku sentiasa pesan, sebelum tidur, mengucap dua kalimah syahadah, bacalah apa-apa ayat Al-Quran walau sependek Qulhuwallah sekalipun, supaya syaitonnirrajim tak kacau...katanya lagi, jangan nak berangan itu ini ketika nak tidur. Sebaik-baiknya berlapang dada, memaafkan semua orang dan baca sebarang ayat al-quran sehingga lena dengan sendiri. Time skima aku buatlah apa yg mak aku pesan, time tak skima, aku berduet dengan Adele atau sapa2 jer..layan kapla otak jap.

Kata mak aku lagi, tidur adalah mati kecil. Jadi sebelum tidur kalau ada air sembahyang lagi bagus...dosa pahala itu belakang kira sebab ia akan dihisab di padang mahsyar, yang penting sebelum tidur minta doa kepada Allah supaya segala urusan dipermudahkan dan sentiasa dalam peliharaan Allah.

Jadi, lagi sekali, kalau time skima aku akan buat apa yg mak aku pesan...time tak skima...inilah jadinya...aku lupa nak buat segala yang mak aku pesan...jam 3 pagi...aku rasa ada tangan yang mencucuk aku...jenuh le aku nak tepis dan tangan itu tetap ada...dan akhirnya, aku berjaya menepis tangan itu...sedar2 memang tepat jam 3 pagi, langsir masik terkuak dan aku sebenarnya lupa menutup jendela kaca jeriji besi yang mana bila aku jenguk ke laman depan, ada dua tiga ekor anjing mundar mandir memandang ke langit...anjing, tak tidurkah engkau? Pergi main jauh2, jangan nak melolong depan rumah aku...aku nak tidur..kerana esok nak kerja , aku nak tidur yang paling lena sementara usia masih bersisa...

Dan pagi tadi, ketika aku basuh tangan...arghhh ada bekas kebam pada pergelangan tangan...sempat juga dia gigit aku semalam...

Ok! ok..fenomena gigitan ini adalah darah beku yang berlaku akibat kegagalan darah mengalir dengan betul dalam pembuluh darah sebenarnya..kalau berfikir secara singkat, memang hantulah yang gigit, kalau berfikir secara tak singkat...everything happen for a reason..banyak guna tangan, tiada rehat dan penat...so darah pun tahu nak merajuk, berkumpul di situ..tapi aku heran pandai pula ia jadi bentuk seperti geraham dan bulatan..hmm...ntahnya memang betul tangan aku kena gigit...apakah...
Jangan nak fikir yang bukan2 eh..ini adalah pergelangan tangan yg ada tanda lebam..akibat serangan vampire, pada suatu malam yang gelap..V tu tak dapat leher aku, dia gigit pergelangan tangan sebab kat situ pun ada vein yang bagus untuk disedut darahnya...



Penjagaan usus penting untuk tingkat imunisasi kanak-kanak

Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sih...