Wednesday, 16 November 2016

Salmon dan protein...

Ikan goreng, menu paling mudah nak melakukannya kalau kat dapur sendiri. Lepas letak kunyit dan garam zass jer dalam kuali kan tapi lain jenis ikan mungkin lain kaedah menggorengnya. Kalau aku sendiri suka ikan selar kuning yang kecik je saiznya sebab bila goreng dalam minyak panas, ia akan jadi rangup dan sekor tu boleh makan untuk dua suap nasi je, jorang makan ikan apa?

Walau apa pun, ikan adalah sumber protein. Kita selalu dengar, kalau siapa nak diet bagus ambil hidangan ikan kerana ia adalah sumber protein dan protein berguna untuk keperluan tubuh badan. Tak payah nak risau pasal lemak sebab lemak ikan tak memudaratkan. Lagipun sesetengah spesies ikan mempunyai kandungan Omega-3 yang tinggi dan kebaikan omega 3 korang semua dah tau kan. Kalau tak tahu juga, boleh google mengikut kapasiti sendiri.

Nampak tak lapisan putih antara kulit dan isi salmon tu, bila kita goreng kadang-kadang
ia jadi macam ketulan lemak berwarna putih macam susu kan, itulah protein. Logiknya,
bila minyak dan kuali sudah betul-betul panas, lelehan protein tidak akan terkeluar
sebab ia masak dengan cepat dan kekal berada antara lapisan kulit dan isi salmon..ni
kalau perah lemon dan makan dengan nasi panas ni harus jadi tiga pinggan!
Arwah Abah dulu sentiasa pesan, jangan takut nak makan ikan laut dalam kerana ikan laut dalam ni selain isinya sedap, khasiatnya pun lebih bagus. Sebab tu kalau tuna, mahal juga harganya termasuklah ikan isi putih seperti senangin dan siakap.

Aku dah try ikan yu masak kari, ikan sebelah, ikan jebung (ikan ayam), baji, golok dan macam-macam lagi ikan.

Chef Zafarul Aswad menunjukkan cara-cara nak hiaskan salmon tu dengan stuff
yang dihasilkan daripada bread crumb, chop parsley, garlic dan sedikit serbuk perasa.
O ya jangan lupa tuang sour cream...completely parfait!
Salmon pun best. Ok kita tau salmon banyak protein dan ia tergolong dalam kategori ikan mewah. Kalau kat Jusco tu sekeping nipis jer dah nak dekat RM18, tu pun kalau nasib baik. Silap haribulan harganya jadi RM25. Jadi, oleh sebab ikan mahal dan kaya protein, sayanglah kalau kita makan ikan tu tapi tak dapat sumber protein sebab tersilap masak.

Kalau korang perasan, ada bahan berwarna putih dalam lapisan daging salmon, lazimnya ia terletak antara kulit dan isi. Kalau kita goreng, memang nampak jelas lapisan warna putih tu, itulah sumber protein dalam salmon. Bagaimana nak lock protein supaya tak hilang dan kita dapat manfaat dari protein tu?

Ini tipsnya;

# Pastikan ada smoke kat kuali sebelum menggoreng salmon. Dalam erti kata lain, biar kuali korang tu berasap bagai, lepas tu baru letak salmon dengan cermat. Jangan lempar pulak ikan tu, tak pasal2 karang minyak terpercik kat muka.
Ini salmon baru lepas goreng, letak stuff dan masuk oven sebab
nak pastikan stuff tu crispy!
#Bila kulit salmon bertemu minyak panas, ia terus jadi garing dan sumber protein juga terperangkap antara kulit dan isi. Jadi inilah proses yang dinamakan lock protein dalam salmon tu.

#Flip ikan tu sekali je, kenapa? Sebab kalau flip banyak kali karang hancur pulak ikan mahal tu. Bagi aku salmon ikan mahal, tapi mungkin pada korang apa ada hal dengan salmon ni, setakat dua RM20 atau RM30 tu sempoi ja la kot ya? But not for me!

#Lazimnya kalau nak goreng salmon, 3 hingga 5 minit dah cukup ok. Bila nampak warna kulitnya dah caramelise dan isi salmon dah bertukar kepada oren keputihan, tu dah masak la ikan korang.

#Makan panas-oanas k, sedap!


Tuesday, 15 November 2016

Dua kali silap jalan tapi berbaloi..

Kalau bab memandu, aku memang fail. Ada waze pun tetap fail sbb ketidakmahiran membaca peta ketika zaman ROTU (Reserve Officer Traing Unit) sekitar 1992-1994 dulu terbawa-bawa hingga kini. Ya, jadi aku terima kenyataan ini adalah kelemahan nombor wahid tapi banyak perkara yang dipelajari ketika sesat jalan. Sebab itu ada pepatah kalau kita sesat, kembali ke pangkal jalan.

Ok, bukan nak cerita pasal sesat sebenarnya. Yang nak dishare di sini ialah workshop memasak di Kolej Komunit Selayang (KKS). Ya lah kan, memandu dr Sg Long ke Selayang, jauh juga dan sambil nenong-nenong sesat tu aku sampai juga ke KKS disebab semangat nak belajar memasak berkobar-kobar. Kalau tengok menu yang akan diajar, memang lumayan sangat dan ia adalah percuma untuk kami yang dalam bidang media ini. Kalau tak silap aku, bayaran sepatutnya RM60+- tapi disebabkan kursus ini adalah jemputan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) jadi ia adalah percuma untuk media.

Aku sampai di KKS tepat jam 10 pagi dan diajak ke cafe KKS. Makk ampunnn nasi lemak depa ni sedap sangat, specially sambal. Terliur sakan tekak ni tapi nasib baik semua under kontrol. Dengan bajet peringatan dan muhasabah diri, aku cuma makan telur mata & sambal, lempeng pisang kelapa yang dibalut dalam daun pisang (serius menu ni memang gojes) dan kuih lopis. Perghh rasa perfect habis hari yang nak dilalui dan memang everyday i choose to be happy!

Selepas tu kami beredar ke ruang masak yang jadi lokasi belajar. Sesi ini dikendalikan tenaga pengajar kulinari KKS, iaitu Chef Zafarul Aswad. Chef Zafarul ajar macam mana nak marinate lamb, chicken and fish. Bendanya bunyi macam simple je tapi kalau tak belajar, maka tak tahu. Aku rasa macam fly fly ja dapat masuk kelas mahal pada harga percuma. TQ KPT sebab organise workshop begini untuk kami.
Chef Zafarul Aswad, tenaga pengajar kulinari di
Kolej Komuniti Selayang sedang memberi tunjuk
ajar bagaimana cara untuk marinate lamb ketika
sesi workshop 'cook it easy'  di kolej berkenaan.

Katanya, lamb shoulder dan lamb leg tak sama tekstur dagingnya. Lamb shoulder lebih lembut berbanding lamb leg yang agak liat. Ia liat disebabkan bahagian berkenaan banyak digunakan, ya lah dah leg kan, pastinya kambing tu pun berjalan ke sana ke sini nak meragut. Jadi, masa nak marinate tu kena tebuk lubang atau just cucuk pisau dan letakkan bawang putih slice dan rosemary supaya ia dapat meresap dengan baik.

Haa nampak tak dua ketul lamb tu, yang baring tu lamb shoulder dan yang Chef Zafarul pegang tu lamb leg, Belum masak pun dah sedap, kalau dah masak malas nak berangan..hahaha. Jadi kalau lamb ni kurang-kurangnya kena marinate satu malam, barulah segala rempah tu akan meresap dan terasa pada daging bila kita makan. Ada setengah orang dia suka rasa kambing, ada setengah orang suka rasa rempah, jadi pilihan di tangan anda. Kalau aku, suka rasa kambing dan rempah, jadilah kampah!

Ada lagi tips lain. Sebaik-baiknya kalau nak lebih sedap, letak beberapa jenis vege kat bawad sebagai base. Zukini, buncis, kentang dan bawang potong ikut suka hati, susun je atas permukaan dulang tu dan letaklah dua ketul daging tu elok-elok. So bila proses memanggang berlangsung, lamb juice tu akan turun dan berbaur dengan vege tadi yang akan jadi caramelise warnanya. Sedap laa kannnn!

O ya, tapi jangan letak tomato. Kata Chef Zafarul, walaupun tomato bersifat asidik, tapi buah comel ni sama sekali tak boleh ngan dengan lamb atau beef but it will be ok denga  chicken. Aku tak sempat nak tanya detail pasai pa tomato tak boleh dating sama lamba atau beef tapi buleh pulak date dengan ayam, huh!

Tips lain:

*Lamb / beef boleh saja diperap dengan macam-macam rempah seperti middle east punya rumpah, Indian spices mahupun serbuk kari alagappas atau adabi atau babasss..layan je mana-mana suka.
* Sebaik-baiknya marinate selama satu malam, jadi tekstur daging akan lebih lembut dan terasa bahan perapannya.
*Lamb atau beef ni sedap kalau dimakan dengan bbq sos atau sos lada hitam..

Ok semoga entry ini bermanfaat untuk anda!





Thursday, 10 November 2016

Annie number 5!

To: Dear Josiah, i really hope to see you soon. Your hair must be more curly and you are brilliant! Don't grow fast baby. Love you. Muahhh!

Siapa Josiah??? Siapa dia? Kenapa aku ingat dia sampai sekarang walaupun dah hampir dua tahun tidak bersua dengan dia?

Ketika bekerja di kafe di Brockley, antara pelanggan setia yang selalu aku jumpa ialah Becca Alfred, seorang wanita tempatan berkulit putih yang sangat baik budi bahasanya. Setiap Rabu, Becca akan muncul di kafe kecil itu bersama anak lelakinya, Josiah. Josiah atau lebih mesra dipanggil Siah (Sai Yah) adalah budak lelaki yang aktif dan bijak,

Becca akan bertanya kepada Josiah apakah yang ingin dimakan setiap kali masuk kafe tempat aku kerja. Biasanya time mereka datang customer dah tak ada sebab dah petang hari, jadi aku pun sempatlah layan Josiah bercakap dan bermain. Dia suka sangat minta mini car yang kami jadikan sebagai penunjuk tanda harga dalam chill. Setiap kali dia minta, aku akan bagi satu kereta kecil. Sambil minum dia akan bermain dengan kereta kecil itu manakala Becca akan melayannya dengan cukup mesra dan lembut.

Melihat kepada Becca, aku sentiasa menebak adakah Josiah ini adalah anak angkat Becca atau mungkin juga Josiah adalah anak Becca sendiri kerana Josiah adalah budak lelaki berkulit hitam dan Becca adalah wanita kulit putih. Didn't mean to be racist ya but curiosity kill the cat hahaha. 

Puratanya Becca akan muncul pada jam 6 petang setiap Rabu bersama Sai Yah. Selepas dua tiga kali mengunjungi kafe, kami sudah mula berbual dan Josiah terutama cukup suka ajak aku main kereta kecil itu. 

Becca akan bagi tahu:

Becca: Anne can't play with you Sai Yah because she is working.
Sai Yah: Working? Why Anne's working?
Becca: Because she need to works.
Sai Yah: Is she works every day?
Becca: Yes honey (walaupun Josiah lelaki, aku kerap dengar Becca sebut honey, love and my baby)
Sai yah: But i want Anne!
Becca: Ok, we will tell daddy about Anne..

Aku senyum jelah sebab tak tahu pun siapa yang dimaksudkan dengan Anne. Rupa-rupanya Anne itu adalah aku dan Josiah labelkan aku Anne Nombor 5.

Cerita Becca, Josiah mempunyai beberapa makcik dan 'God Mother.' Jadi, dia sentiasa dapat banyak hadiah kerana God Mothernya sangat suka pada Josiah yang akan buat sesiapa saja adore melihatnya. Josiah ini sangat petah bercakap dan comel. Aku perasan dia pernah pakai baju sejuk benang bulu berwarna kuning cair dan ada butang baju teddy bear sebanyak lima bentuk pada bahagian hadapan bajunya.

Kata Becca, baju itu dikait oleh God Mother Josiah yang bernama Anne dan butang baju bear itu adalah pilihan Josiah. Jadi, mana-mana wanita yang baik dengannya, dia akan ingat orang itu adalah Anne sepertimana Anne yang memberi hadiah baju panas kepadanya. Jadi, berbalik kepada kes aku ni, Becca kata Josiah dah ingat aku sebagai Anne Number 5 dan sentiasa bertanya kepada Becca bila lagi nak visit Anne no 5 sebagai dia suka aku. Budak-budak pun tahu kita ikhlas ke tak suka mereka kan. Eventho im not a mother yet but i love kids and baby. Aku boleh mandikan baby walaupun depa fragile. Pengalaman memandikan Nuraine (anak sepupu) ketika dia belum cukup 40 hari tu adalah satu cabaran juga walaupun ngeri sebab baby ni kecil dan fragile snagat!

Habis sudah cerita Josiah sebab aku bagitau Becca aku akan berada di luar kawasan pada waktu yang lama. Walhal aku kena balik kampung setelah hampir 10 bulan 'lepak' secara illegal di Brockley. Pehhh..

Tiba-tiba pada satu petang, kira-kira seminggu sebelum aku tamat tugas di kafe itu, Becca dan Siah muncul. Katanya nak jemput aku minum petang di rumahnya kerana Josiah nak sangat jumpa aku sebelum aku balik kampung. Lagipun Josiah sentiasa bercerita pasal aku kepada Nanny dan daddynya. Jadinya, aku pun terima jemputan itu kerana menghormati mereka yang berbesar hati mengajak orang asing minum tea di rumah mereka. Aku pun tak tau apa nak kata. 

Jadi aku ajak Mrs Baron untuk temankan aku ke rumah Becca. Becca menyediakan scone yang sangat sedap dan tea untuk kami. Mrs Baron bawa anak lelakinya, Yohan Baron, yang juga sebaya Josiah. Kami berbual-bual dengan Becca dan suaminya yang bernama Richard dan Richard adalah lelaki kulit hitam dan British born. Budi bahasa dan tutur katanya juga lemah lembut sama seperti Becca. Tidak hairanlah kenapa Josiah juga juga sangat petah dan budak yang baik, kerana kedua-dua ibu bapanya juga sangat baik. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Lama juga kami berbual dan akhirnya kami minta diri setelah hari makin petang.

Aku sempat dukung Josiah dan dia minta izin ibunya untuk cium telinga aku. Heran! Kenapa nak cium telinga? Kata Becca, itu tanda Josiah suka sangat pada aku walaupun aku ini adalah orang yang dia tak kenal pada mulanya. Mungkin Josiah tahu apa dalam hati aku. Richard juga bagi tahu Josiah sentiasa sebut nama aku dan sentiasa tak sabar nak tunggu hari Rabu kerana dia tahu Becca akan bawa dia ke kafe tempat aku kerja. Sebelum balik, aku bagi hadiah sepasang baju tidur batik untuk Josiah.

Sambil berjalan balik, Mrs Baron sempat berbisik pada aku, "Kak, saya dah kerja hampir lima tahun kat kafe tu, tak pernah dapat jemputan peribadi macam ni. Akak baru kerja tak sampai setengah tahun, dah ada orang jemput ajak minum tea..what a lovely Kak!"

Jadi, itulah..pesan arwah Abah memang aku ingat, walau di mana saja berada dan buat apa kerja sekalipun, biar ikhlas. Tepuk dada tanya selera...

Wednesday, 9 November 2016

Kedai kopi Jaslyn Cake

Hujung tahun buat aku ingat banyak perkara. Kalau zaman kerja di kilang kertas dulu, masa nilah nak kecut perut sebab bos nak buat appraisal, masa ni lah nak kira duit nak bayar hutang yang ada dan masa ni jugalah nak cek list perkara yang belum settle, tapi bila dah tak kerja, tak ada apa dah nak pening. 

Ibarat kata, bila kita meningkat usia maka kehidupan pun menjadi semakin slow dalam setiap tindak tanduk, tapi hakikatnya masa semakin pantas bergerak menuju negeri akhirat. Memanglah kita selalu dengar kata-kata sekarang ini kalau nak mati, tak semestinya orang tua. Orang yang berusia muda pun mati kalau sudah sampai masa seperti dijanjikan Allah. Jadi jangan ingat orang muda lambat lagi nak mati, dan jangan ingat dah tua tu esok lusa akan mati. Yang penting rebut peluang yang ada untuk topup amal ibadat buat bekal ke negeri akhirat. Buat apa-apa kerja yang tertangguh yang sebelum ini tak sempat buat dan hiduplah dalam kegembiraan. Ehh ini aku punya falsafahlah, tak tahulah pula bagaimana dengan orang lain.

Jadinya, selagi masih ada peluang, selagi itulah aku ada banyak perkara nak buat, ada banyak kerja yang nak diselesaikan. Tapi tak pe, Shasha kau kena buat satu-satu, jangan nak exhaustkan diri. (Noted! Untuk diri sendiri...)

Semalam ada meeting dengan Cik L. Dia nak minta aku buat write up pasal vintage/produk antik yang dia nak jual. Cantik-cantik juga barangnya. Ada cawan, piring, pinggan, cake tier, bowl..macam-macamlah. Bila dia tunjuka gambar produk tu, confirm aku tak mampu nak beli, setakat tulis mengenai barang antik, haa yang ini aku mampu!

Kami berjumpa di satu kafe di Bangsar, Jaslyn Cafe. Ok masuk-masuk je dalam kafe ni aku rasa agak sesak sebab ianya agak sempit. Tak reti pulak nak agak keluasan kafe ni. Lepas tu aku duduk dan letak beg sambil tengok kat kaunter apa lagi yang ada. O ya ada madeleine dan tiga jenis kek lain, tapi dah tak banyak slice. Bolehlah, aku order madeleine dua ketul dan secawan coklat panas.Feeling-feeling negeri orang putih sikit. Kebetulan di luar cuaca mendung dan sedih. Di depan aku pulak ada sepiring madeleine dan secawan air coklat..apa lagi..aktiviti berangan pun start lah. 

Ternyata, Jaslyn Cake atau kafe Jaslyn ni comel sebenarnya dan agak cozy walaupun ia sempit pada perkiraan aku. Madeleinenya pun awesome, garing di luar dan gebu serta lebut di dalam. Sambil hirup minuman panas, sambil layan berangan juga. Kalaulah aku ada kafe comel macam ni, aku nak jual kek pisang yang digrill dan aku akan letak sedikit keju di atasnya. Jadi keju itu akan cair perlahan-lahan sementara kek pisang masih panas. Sebenarnya aku selalu makan menu ni masa kat Kafe Brown di Brockley circa 2014 2015. Sedap kata kau! 

Ya, cakap pasal kafe ni..kalau barang makan yang dijual sedap kafe sempit pun orang akan pergi. Kalau bersih, satu bonus. Kalau servis bagus, memang vaa vaa vooms la kan. 

Kafe Jaslyn Cake ni antara yang ok. Dah masuk senarai kedai kopi yang aku suka!

jaslyn cafe, madeleine, hot choc

Monday, 31 October 2016

Nasi Lemak Kak Long Kawasan

Betapa susahnya nak mula menulis kembali setelah berbulan-bulan tidak membuat sebarang entry. Tiada alasan, tiada sebab dan tiada kata-kata sesuai nak kata, kenapa tak boleh menulis. Walhal kalau kat opis tu kalau Editor kata kena buat artikel 6 mukasurat, aku boleh je speed dalam masa dua atau tiga jam nak siapkan artikel (inipun kalau ikut kamus reporter senior, dah kira lambat sangat).

Kali ini kena istiqomah untuk menulis, banyak perkara boleh selesai kalau aku menulis. Kalau arwah Mak ada, dia akan cakap 'banyak hala dari rimau' maknanya banyak hal yang tidak pasti berbanding hal yang wajib dibuat. Oh ya, dalam bahasa dan istilah Kelantanese, hala adalah sejenis harimau jadian. Jadi maksudnya banyak perkara jadi-jadian yang sekejap ada sekejap tak ada berbanding hal yang sudah sedia wujud. Abaikan saja pasal hala dan rimau ini..

Minggu ni banyak perkara berlaku. Aku jenis tak berapa nak aktif atau tak reti sangat nak menulis kat FB, masuk baca dan layan like je. Bila on FB dua tiga hari lepas, terbaca satu entry sahabat masa sekolah menengah di KB kembali ke pangkuan Ilahi akibat breast cancer. Ya Rabbi rasa tak percaya sebab mesej dari Allahyarhamah Mariani mengenai prosedur cetak buku masih aku simpan dlm hp. Masih ingat pesanannya, katanya Ma (arwah membahasakan dirinya Ma) akan tolong Sha pasal info dan cara-cara nak print buku. Arwah bertugas di syarikat percetakan di Shah Alam sebenarnya. Jadi aku sangat terhutang budi dengan offer arwah Mariani kerana ya, beliau benar-benar maksudkan apa yang dikatakan. Cuma hajat aku nak berurusan dengannya tidak kesampaian, Semoga arwah tenang di sana.

Ya, sahabat, rakan atau taulan..individu yang sentiasa menyenangkan kita. Kadang-kadang sahabat itu lebih rapat berbanding adik beradik sendiri. Dengan sahabat kita boleh bercakap apa saja, nak-nak lagi kalau dah tahap BFF. Aku sebenarnya tak ambil pusing pasal BFF sebab pada aku, kalau dah jadi kawan tu, kira kawanlah sampai bila-bila walaupun aku mungkin pernah terasa dengan kawan atau si anu atau si polan.

Jadinya, pagi tadi kelas dibatalkan dan aku teringat dah lama tak jumpa Net. So aku cepat-cepat roger kata kat dia aku free hari ni, kalau nak mai lepak Sg Long, silalah. Dah lama x jumpa Net ni..dari rakan blogger, jadi rakan whatsapp, kemudian jadi rakan IG dan akhirnya rakan minum kopi dan rakan berkongsi kisah hidup juga.

Ke tengah ke tepi aku fikir apa nak masak. Nak masak spaghetti, rasanya hari ni tekak aku adalah tekak Melayu (ya tekak pun demand, kadang-kadang tekak western). In the end, tersedialah nasi lemak kat atas meja makan. Nasi Lemak Kak Long Kawasan namanya..sebenarnya aku teringin nak makan Nasi Lemak Anak Dara tapi jauh sangat nak pergi Shah Alam semata-mata nak que untuk nasi lemak tu. Jadi gedebuk gedebak siaplah nasi lemak kat Sg Long ni. Bila Net sampai, masuk pagar je dia dah tanya masak apa. Lepas muah kiri muah kanan, aku kata aku buat nasi lemak.

Kami pun chit chat chit chat sambil makan nasi lemak. Aku nampak dia makan slow je. Dalam hati aku, confirmlah nasi lemak jam 3 petang aku tak berapa nak menyongket selera si Net ni. Tetiba dia kata nak tambah. Opocot...terkejut ok! Sebab aku tau Net ni memang sharp selera dia bab-bab makan jadi aku kira dia mahir dalam membahasakan makanan sama ada tahap kedai pisang sesikat atau tahap hotel berbintang-bintang. Maaf, sebenarnya jangan pandang saiz kedai makan, kalau masak sedap, maka sedaplah walau siapa pun yang makan kan. Kalau kedai bersih, makanan pun sedap, bonus! Yang tak best, ada sesetengah kedai, environment bagus, makanan best tapi service pulak macam siput. Ada kedai lain pulak, makanan best, service macam angin tujuh petala lajunya tapi belek-belek garfu dan sudu..mak aihhh berminyak-minyak..bluerkkkk, choy selera makan.

Aku tunggu je Net ni buat statement..dia kata dia suka sambal bilis tu walaupun bilis tak berapa ramai...aku sebenarnya lupa nak beli bilis, jadi aku guna bilis sedia ada berjumlah segenggam ramainya, kira lulus laa juga kan, janji nampak a school of anchovy dalam lautan cili merah tu. Ok rasa tak percaya, sorang lagi kata sambal bilis tu 'yummy' berbaloi tambang aku hampir RM4k semata-mata nak pi belajar masak dengan seorang aunty di Brockley. Tq Net..hmm suppose to say thanks to Kak Erah too..shes the one who trained me to cook for a group of people in a smart way! And of course delicious too.

Ok nak tau macam mana nak buat sambal bilis nasi lemak magic ni, tunggu buku resipi bertulis tangan yg vintage..(wahai dracula B+, kau kata aku vintage ya..esok-esok kau akan cari vampire vintage ini..jaga-jaga)

Thursday, 21 July 2016

Proposal

Bila setiap kali hantar mesej, dia tulis "Mary, will you marry me?"
Kau rasa dia main-main atau memang dia tak main-main?

Lepas tu bila hantar mesej lagi, dia kata Mary Mary come marry me, kau rasa dia gila ke apa?

Lepas tu dia kata lagi, am serious! (Kau ingat aku tak tergoda nak kata YES!)

Hmmm...western la sangat.

Lepas tu dia cakap lagi dia rasa dia ugly..(sebenarnya aku tau dia nak suruh aku kata dia gojes..puiii).

Lepas tu dia buat gila pukul 1.30 pagi aku baru nak start bermimpi dia telefon kata I can.t sleep, kau ingat aku peduli? Aku kata minum teh hijau der, dia kata dia ada Lipton jer, naseb kau!

Sampai la ni aku tunggu proposal dia. Kalau bulan September ni tak sampai juga proposal tu kat tangan aku, aku nak erase je dia ni. Sebab bulan September aku dah tak cukup masa nak baca buku..masa tu tak de sapa dah nak layan kau John Labu aka dracula tertumpah clorox!



K, bye!

Tuesday, 19 July 2016

Marah atau ikhlas?

Apa kau rasa bila kau berpenat-penat masak untuk tetamu klasik kau yang seringkali meninggalkan calar pada hati kau, tiba-tiba minyak panas terpercik pada kulit kau, pada leher, pada dada dan pada wajah..

Dan kau hanya mampu kata 'shit' saja dan bila dah siap hidang, tetamu kau datang makan dengan pujian melangit kata sedap dan mereka tak tahu bahawa kulit kau dah melecur dan kau pula sedikitpun tak boleh nak tunjuk akan kemarahan kau terhadap mereka.

Adakah tetamu kau datang dengan mantera supaya perasaan marah kau menikus atau kau memang miliki hati putih?

Thursday, 2 June 2016

Wasap tak dikenali..

Aku selamanya rasa bertuah sebab pernah bekerja sebagai wartawan. Bukan setahun dua, Bila dicampur tolak kira bahagi, semuanya hampir 20 tahun. Bukan saja menulis pasal fesyen, beauty, food review, travel dan seminar, kes mahkamah syariah, politik dan report pun ada ditulis kerana memenuhi keperluan kerja. Nasib baik juga tak pernah buat artikel pasal gossip kerana gossip tu ada yg sekadar gossip dan kita tak tahu kesahihannya. Jadi, mujur sangat aku tak menulis pasal artis atau hiburan..cumaa errr suka la juga baca pasal gossip. Suka baca je tau, bukan tulis..

Kisahnya, entah berapa banyak pendedahan yang sampai ke corong telinga aku. Entah berapa banyak email kisah rahsia yang masuk ke dalam box aku dan entah berapa banyak yang aku luangkan ketika menemubual mangsa. Dan semua yang ditulis adalah dengan kebenaran bersyarat, iaitu menggunakan nama samaran. 

Dan pagi semalam, aku sampai tempat kerja agak awal, Sempat cek email dan baca berita online. Tiba-tiba ada satu wasap masuk. Nombornya aku tak kenal...

Assalam, apa khabar? (Wasap tak dikenali)
Waalaikumsalam, Alhamdulillah...(Aku reply)
Busy ke? Kerja mana la ni? (Dia)
Busy juga, cari makan gini la..(Aku)
Ooo...ya lah, kau memang menulis sejak dulu kan...(Dia)
A ah..ni je saya pandai..hehe (Aku)
Ye lah tu, Tu yang dok menjahit, bakar kek bagai tu apa (Dia)
Ohh itu sambil-sambil je,,ehh sapa ni ek? (Aku)
Aku laaa..Miss NonaSerra (Dia)
Ehh, biar betul..mana kau dapat nombor aku (Aku)
Ehh dah kau yang bagi dulu. Dah berdekad kau pakai nombor Maxis yang pu*&^%#$mak ni kan?(Dia)
Ya ya..err kau ok ke? Isk jangan carut la beb..(Aku)
Tak cars laa,..nih...aku nak kau dengar luahan aku sebagai perempuan rahsia..(Dia)
What?? Perempuan rahsia? (Aku)
Yer..mistress la babe..apsal la kau baik sangat. Dulu kau pernah tulis kisah mahkamah syariah cerai berai kan? (Dia)
Ya..habis tu? Kau masuk court lagi ke? (Aku)
Tak..cuma nak mengadu pasal kisah lain...(Dia balas dengan emotikon muka sedih)
Nape beb? (Aku)
Betul ke nak dengar? (Dia)
Ya betul. (Aku...)



Jeng!!! Bersambung..

Tuesday, 31 May 2016

Selamat berangkat Sutung Umar Rs

Pagi tadi, sambil memandu ke PJ pada jam 5.30 pagi, aku berasa rindu kepada ramai orang sebenarnya. Sama ada mereka yang akan meninggalkan aku, atau aku yang akan pergi meninggalkan mereka...perasaan berbaur-baur, mungkin bertitik tolak daripada mesej ringkas mengenai kembalinya ke rahmatullah Sutung Umar Rs atau Wan Omar Ahmad, guru sastera yang aku kenali sejak 1991.


Sutung Umar nama besar dalam persada sastera tanah air. Anak muridnya bukan sedikit, tak terbilang ramainya. Kali pertama masuk kelas kendaliannya, dia letak seketul batu di atas meja aku.
Sutung: Apa yang awak nampak pada batu itu?
Aku: Seketul objek keras.
Sutung: Lagi?
Aku: Berat..
Sutung: Lagi?
Aku: Kuat..
Sutung: Ok, tulis apa saja yang awak nampak pada batu itu..
Aku:..hmm...



Batu
tak terjangkau terjal kerasnya
pun begitu, bisa lekuk oleh titisnya air
namun
hati yang lembut itu
lebih keras dari degil seketul batu


Akhirnya siaplah sebaris puisi instant ketika aku jadi student Sutung.

Hari ini, kembali sudah dia kepada penciptaNya. Tidak terhitung jasa ilmunya yang sudah dicurahkan untuk kami. Selamat berangkat ke negeri barzakh Allahyarham Wan Omar @ Sutung Umar Rs.

Al-Fatihah..

Thursday, 12 May 2016

Dirai dan meraikan..

..sambil lipat kain selimut yang berselerak dalam bilik Kak Ida, aku perasan rumah sunyi sepi. Bilik Kak Ida pun bersepah-sepah dengan kertas dan play doh yang Kak Esah dan Kak Lala main kejap tadi. Botol susu A'im ada tepi katil. Spek mata Aqer atas meja dan seluar Ashraff selonggok tepi katil. Kak Intan tak tau p mana, tengok tv rasanya.  Kak Jah (kakak aku dan kami anggap dia macam guardian kami sejak mak dan abah dah x ada) dan Leli (adik aku yang no 4)  pun hilang.

Inilah situasi rumah pusaka arwah Mak kat kampung kalau ramai balik hujung minggu atau cuti. Aku balik empat hari, kebetulan tarikh ini saja yang percuma (free katanya). Kebetulannya, Leli sekeluarga pun balik juga dari Muadzam. 

Jadi riuhlah rumah ini. Sistem panggilan kami dalam keluarga semuanya bermula dengan 'kak' sebagai membahasakan individu yang lebih senior kepada anak buah yang paling kecil. 

A'im - 5 tahun
Aqer - 9 tahun
Ashraff - 10 tahun
Kakak Esah - 11 tahun
Kakak Lala - 10 tahun
Kak Intan - 16 tahun
Kak Ida - 17 tahun

Ada dua lagi, Ee 9 tahun dan Nini, 7 tahun, mereka tak balik kg sebab ibu mereka yg bekerja sebagai guru ada kelas ganti.

Jadi kalau balik kampung, bilik Kak Ida akan jadi port bermain budak-budak ni. Mak-mak depa akan switch on aircond dan mainlah korang dalam bilik tu, lompat sana, kejar sini, terjun sana, gaduh sini, bertumbuk sana, menangis sini. Tak ada sapa nak larang, tapi kalau sorang je start main kat luar bawah panas terik matahari, banyak suara akan menjerit minta mereka masuk balik main dalam rumah sebab takut demam.

Dan aku adalah mami yang garang tapi depa suka sbb walaupun garang, kalau depa minta apa-apa, dapat je. Ok sambil lipat kain, tetiba datang si Aqer dengan mengah, mamiiiiii..maklong (Kak Jah)  panggil. Cepat mami....

Hahh...suspen la mami bila Aqer datang berlari panggil gitu. Bila keluar je dari bilik (kain x habis lipat lagi) gelap gelita..lampu padam.

Maklong oiii tok bayar bil letrik kah?
Bayar mami, jap deh...nak buka suis lampu...

Blinggggg!!!!! Happy birthday mami!!!! Ohh rupa-rupanya depa ni berpakat satu rumah nak kenakan mami. Atas meja ada kek dan macam-macam makanan. Surprise laa mamiiiii! Patutlah semua senyap dan behave, tak sabar nak kenakan mamiii rupanya.

Sambutan hari jadi yang sangat bermakna dan manis. Bila usia semakin tua, kita semakin melupakan hari tertentu dalam hidup. Mungkin disebabkan faktor usia, masa atau tiada apa yang hendak diraikan lagi walaupun setiap hari banyak benda yang boleh diraikan.

Aku buat sentiasa: raikan kawan dalam talian dengan wish apa-apa yg patut supaya mereka gembira. Tak bersua pun tidak mengapa asalkan mereka tahu aku sentiasa ingat mereka, justeru, 'selamat pagi' atau 'have a great time ahead' pun sudah cukup membahagiakan di hati mereka yang membacanya.

Jadi, dah wish apa kat kawan atau pasangan anda pagi ini?

Ini kek yg depa tunggu..RM50 je..walaupun murah, rasanya sangat sedap...tq Kak Jah..
Tak sabar semua nak tunggu mami potong kek..

Thursday, 5 May 2016

Al-fatihah..

Saya kenal beliau sejak 1996, sejurus menjejakkan kaki ke Berita Harian. Saya tercari-cari siapakah yang bernama Zoy kerana sejak di sekolah menengah, saya sudah mengenali kartus lukisan beliau di akhbar berkenaan. Jadi apabila diterima bekerja di akhbar ini, saya tidak melepaskan peluang mencari beberapa nama yang saya kagumi seperti Manja Ismail (Datuk Manja Ismail), Sally Si Janda Joran dan beberapa lagi nama.

Kebetulan lagi, selain bertugas sebagai wartawan, saya turut ditugaskan membuat page Joran dan kadang kala terpaksa berurusan dengan individu bernama Zohri Sukimi yang mana beliau adalah Zoy yang saya sudah kenal menerusi kartus lukisannya terlebih dahulu.

Seorang yang sangat dedikasi dengan tugas, berpengalaman dan tidak lokek ilmu. Banyak ilmu grafik yang saya sempat kutip dari beliau sepanjang bertugas di Berita Harian. Meskipun sudah hampir tiga tahun meninggalkan bangku wartawan di Berita Harian, saya tetap dan masih ingat jasanya mengajar saya ilmu grafik dan pengkomputeran. Terima kasih En Zoy.

Dan pagi ini, saya menerima text ringkas menyatakan beliau sudah kembali ke rahmatullah akibat barah yang dialami. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan mendapat Rahmat Allah. Al-Fatihah...

Saturday, 9 January 2016

Nasi lemak sedap Jalan Foxberry..

Sambal tumis cili ini boleh juga digunakan untuk dijadikan sambal ikan bilis atau sambal untuk ayam masak merah, Ini sambal yang saya sediakan lebih dua jam...
(TERIMA KASIH PENAJA KERANA MENAJA ENTRY INI)

Sambil memandu nak pi office jap tadi, imej nasi lemak tetiba muncul dalam bayangan minda. Bersilih ganti rupa paras nasi lemak tu, Ada nasi lemak RM1, ada yang RM4.50 dan ada yang berlabel RM6. Ceitt nasi lemak pun ada harga diri. Memang tak boleh elak, kena cari juga nasi lemak singgit yang kecik comei tu, kalau tak dapat makan nasi lemak bungkus comei tu, rasa macam tak lengkap pulak hidup. (Nafsu makan, hagak-hagak lah sikit, kata nak diet!)

Ya, sapa tak suka nasi lemak? Sesungguhnya anda berada dalam kerugian kalau tak suka menu marvellous kegemaran satu Malaysia ni, rugi sangat. Kenapa? Sebab nasi lemak pada aku, adalah menu evergreen, verstaile and sophisicated. Letaklah ceruk dapur mana pun, nampak kena je dengan peribadi dapur tu. Dapur arang ke, dapur moden ke, sahih nasi lemak melengkapkan penampilan dapur.

Jadi, sebagai food lover atau dalam erti kata lain 'kuat makan' aku suka je nak cari formula nak buat sambal nasi lemak sedap, nak buat sambal yang boleh tahan lama dan lambat expired, nak buat sambal yang nampak macam merah menyala cili kemerahannya tapi tak pedas. Cer bayangkan makan nasi emak sambal paru, telur rebus sebiji, timun Jepun dua tiga keping dan sambal cantik menggiurkan bertenggek tepi pinggan, nak lebih jahat, sila guna alas daun pisang bak kata tukang masak, naik aromanya. Ya ke? Ok itu kemudian punya cerita.

Ketika berpeluang tinggal dan menetap di sebuah rumah yang ada beberapa level di dalamnya dan rumah ini terletak di Jalan Foxberry, Brockley, South London, tugas aku setiap hari ialah masak sambal. Sambal untuk ayam masak merah, sambal kicap, sambal berlado, sambal madu dan ahaaa sambal untuk nasi lemak. Tuan punya rumah yang aku tumpangi ni adalah seorang tukang masak yang handal tapi sangat low profile. Kalau tak silap aku, usianya genap 60 tahun ini, berasal dari Alor Star dan kini sudah lebih 40 tahun menetap di London. Dia berniaga makanan dan ada juga buat katering. Ok aku namakan dia sebagai Kak Erra Fazira!

Yang aku heran, setiap kali tanya dia mengenai resipi, jawapannya konsisten. 
"I don't have recipe, you have to see what i do and just take note on your own Shasha. Or else you tolong measure apa yang I bubuh dalam kuah ni," katanya sambil tangan tetap lincah dok kacau lauk dalam periuk gadang.

Begitulah Kak Erra ni, handal memasak. Aku pun naik blur sbb tak tahu nak catit mana satu. Jadi sambil tolong dia masak, sambil aku jeling apa yang dia bubuh dan ceduk masuk ke dalam gulai atau lauk atas dapur. Aku heran, dia masak simple gila tapi bila makanan tu masuk dalam mulut dan telan, arghhh foodgasm rasanya.

Setelah hampir tiga bulan tolong dia masak, akhirnya dapatlah petua bagaimana nak jadikan sambal tu gojes. Tapi ingat, air tangan kita lain-lain. Jadi, kalau ada lima orang buat nasi lemak guna resipi yang sama, hasilnya pasti ada lima jenis style dan rasa juga berbeza. Jangan ingat bila kita buat resipi sama, rasanya pun sama, No way! Tak akan sama sekali sama.

Jadi, mai la kita cuba.
Nak buat sambal macam mana? Aku nak buat sambal tumis ikan bilis yang boleh dipreserve dan tahan lama. Akan tetapinya, kena ingat, lain tangan mungkin lain hasilnya, namun tak salah untuk cuba.

Sambal tumis ikan bilis (anggaran untuk satu family)

Dua genggam cili kering (basuh, toskan)
1 inci halia
2 inci belacan (agak-agak pun boleh)
Gula dan garam secukup rasa
10 Bawang merah
Satu paket ikan bilis

*semua bahan ini (kecuali ikan bilis) digoreng hingga naik bau dan bertukar warna perang. angkat dan tos kan. Bila dah suam, blend kesemua sekali dan tumis semula dalam minyak yang digunakan untuk menggoreng tadi. Masukkan sekali garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan bilis yang sudah dibersihkan. Biarkan ia mendidih sedikit lama dan jika kelihatan pekat, tambahkan air panas. Masukkan juga air asam jawa, kacau dan sebatikan. Biarkan ia mendidih lagi sehingga sedikit kering. Bila anda dah puas hati, ok dah boleh matikan api.

Bahan-bahannya sama, tapi cara proses tu memerlukan dua kali tumis dan inilah yang menjadikan ia masak sempurna. Apabila masak sempurna, ia akan jadi lebih tahan lama, lambat rosak dan rasa pun lebih blend.

TIPS:

*Kata kuncinya - lagi lama masak, lagi tahan lama.

*Gula juga ialah agen pengawet yang cukup berkaliber untuk mensedapkan masakan anda.

*Kalau lauk pauk atau gulai anda pekat, letakkan air panas yang baru mendidih untuk mencairkannya. Apabila guna air yang sudah dimasaik, mutu masakan lebih baik dan tahan lebih lama.

Tips tambahan * pastikan time nak masak kat dapur, mood baik dan ikhlas memasak. Kalau dalam mood malas, jauhi dapur. kalau aku paksa diri memasak, hasilnya choyyy!

Ok, tepuk dada tanya selera!

Thursday, 7 January 2016

Mati..

Kalau kat studio, kami selalu dok cakap pasal mati dan saling berpesan-pesan macam dalam drama. Samsiah kata, kalau dia mati, dia minta tolong aku baca Al-Fatihah untuk dia dan aku pulak kata kat Samsiah, kalau aku mati dulu, ambillah kain-kain untuk kraf kat dalam bilik aku dan ambil juga segala manuskrip yang dah siap atau tak siap yang dok ada kat dalam bilik tu juga. Bilik tu kira macam gudang..segala mak nika kain dan berpuluh-puluh buku ada di dalamnya. Penyudahnya kami ketawa walaupun dalam hati ada insaf dan gusar kerana kematian semakin dekat dengan kami.

Normally, kalau org sambut harijadi, kita lazim ucap 'semoga panjang umur.' Ironinya, ucapan itu mengingatkan kita pada kematian yang semakin hampir. Jadi, untuk tidak berasa sedih atau risau, senang citer aku ucap selamat hari jadi diikuti dengan 'semoga sentiasa dalam rahmat Allah' kerana dengan rahmat Allah kita mungkin menjadi individu yang neraca timbangannya berat ke arah syurga. Tapi kalau harap rahmat Allah saja, amal ibadat dan kebaikan lain tak ada buat...ini sudah lain cerita.

Jadi setiap kali bawa kereta, aku suka ja nak ingat pasal mati. Pagi ni, keluar rumah jam 5.45 pagi nak p keje kat PJ. Gigih sungguh walhal PJ tu tak jauh dr Sg Long. Tapi disebabkan jalan jam dan nak dapat parking dekat dengan gate office, aku sanggup. Orang kata, sentiasa ada jalan penyelesaian kan jadi kalau tak nak terbabit dengan jam, keluar rumah awal. Kalau tak nak rasa panas kala memandu, keluar rumah ketika matahari belum terbit.Senang!

Dalam perjalanan, ada sebuah VW Beatles warna putih terbalik di tengah-tengah hiway dengan keempat-empat tayar ke atas dan pintu juga rabak. Dalam perjalanan yang sama, tiga lagi kereta tersadai tepi jalan. Aku tak tahu nasib mereka bagaimana. Berhati-hatilah ketika memandu..dan-dan tu juga aku pegang stereng lagi kemas macamlah boleh selamat dari kematian dengan memegang kejap stereng kaku itu.

Moralnya, berhati-hati ketika memandu dan maut tidak mengenal masa, usia, ketika dan siapa kerana Allah telah menerangkan kematian itu tidak pernah terlambat atau tercepat walau sedetik pun terhadap hambaNya.

Hmm...kematian semakin dekat dengan kita...berlegar-legar pada jarak yang semakin dekat..

Wednesday, 6 January 2016

Masa..



(Video dikir barat ini tak ada kena mengena dengan cerita, saja letak sini sebab aku suka instrument dan style mereka. Group Aswara)


Tidur bangun, tidur bangun, sudah enam hari aku hidup di tahun 2016! Sekejap sungguh masa berlalu, tidak pernah terlambat pun..tak pernah menipu walau sedetik, aku je yang selalu menipu diri sendiri..macamlah detik waktu itu menunggu aku. Dah kunci jam nak bangun jam 5 pagi, bila jam menjerit, celik mata sipi-sipi pada jam dinding..ahh bagi masa tambahan lagi lima minit. Bukan lima minit, jadi lima belas minit terus. Dah 15 minit lari dari jadual asal. Lain kali tak boleh buat perangai malas gini, rugi!

Pagi ni L wasap, ucap Happy New Year dan di hujung ayat ada emoticon red lips...cehh wasap memujuk, dah terlalu lambat bruhhh...tak de apa lagi nak wish.

F pun bagi tahu dia rasa kerdil dan miskin sebab harga minyak dan gas jatuh merudum so pendapatannya turut merosot sedangkan ada anak nak kena feed. Ok aku simpati, keluarlah ayat moral support sebaris dua kat F. Relaxlah bro, ada laa rezeki awak dan anak tu. Kawan-kawan ye dak, kalau bukan kita yang nak support dan legakan perasaan mereka, siapa lagi.

R wasap juga, dia nampak aku kat Publika dua minggu lepas masa naik eskalator. Aku kata apasal tak buzz, katanya bini ada sebelah..hmm..tau pun respek bini. 

Masa terus berjalan, kerja tak surut pun dari atas meja. Tapi tak jadi hal sebab aku suka dengan apa yang aku buat sekarang, kais pagi makan pagi. Cukup duit, beli tiket 'balik kampung.' Aku macam biasa ulang alik dari Sg Long ke PJ tiga hari seminggu, lagi dua hari ulang alik ke Desa Pandan dan dua hari yang bersisa duduk rumah buat kraf atau bakar cookies atau kek dan dicelah-celah masa tu minum kopi depan tingkap sambil kira burung pulang ke sarang. Sesekali tengok di balik cermin nampak brader B jogging depan rumah...ahh hidup!

F pernah kata, "U ada semua yang you nak.." Aku jawab, I dah kerja 18 tahun, belajar 18 tahun,  (ehh baru 28 tahun ya) iskk ini tak betul, Selebihnya lagi beberapa tahun tu ada banyak hal yang berlaku yang mana ia membabitkan pengalaman mahal dalam hirarki kejadian seorang individu macam aku ni. Jadi tak mustahillah aku dah capai semua yang aku mahu dalam hidup...walaupun...

Kadang-kadang jadi telinga sambilan untuk kawan-kawan mengadu hal, kadang-kadang jadi bahu tetap untuk seorang hamba Allah bersandar dan ada kalanya jadi tangan yang mampu menarik kawan-kawan yang hampir lemas tenggelam oleh arus kehidupan. Aku bukan bagus pun, tapi aku mampu buat kawan-kawan rasa lega dan sedikit bagus pereasaan mereka bila mereka call aku. Begitulah aku..tak ada kerja tetap tapi sentiasa banyak kerja. Apa-apa pun, kain pagi makan pagi aku ini sangat aku sukai. 

Bukan tak pernah jadi mak ayam, masa kat Brockley kerja aku panggang 300 ketul ayam setiap hari. Cukup tiga bulan, aku memang jadi mak hayam sebab baju pun berbau ayam walaupun dan dibasuh dengan detergent paling wangi di UK. Mana tidaknya, Harry kata sejurus dia turun dari tren di hujung Brockley, bau ayam yang aku panggang sudah menyerbu masuk ke lubang hidungnya walaupun jam 3 pagi. Kuasa ayam katanya.

Semua ini membabitkan masa. Pengalaman juga membabitkan masa lalu. Masa yang sangat berharga dalam setiap kehidupan insan. Masa yang semakin singkat. Ibarat kata hidup aku kini adalah 'Asar yang menunggu ke Maghrib' tak lama bukan. Lagi singkat kalau dari Maghrib menunggu ke Isya. Semoga aku dapat manfaatkannya sebaik mungkin dengan usia yang masih bersisa ini.


What a bless life!

Tuesday, 5 January 2016

Marah...

Kami selalu dok wasap sebelah petang kalau free. Kadang-kadang pagi pun ada kalau dia free. Konon-konon macam ketuk pintu rumah...knock! knock! knock! Anybody at home...katanya. Selalunya aku kata, im in a kitchen..tea is ready dan kami pun sambung wasap sambil minum tea dan makan mee goreng. Walhal dia dok ada beribu beribu km dari Sg Long. Baikk punya kawan, berlakon. Ya kehidupan seperti pentas opera dan kita sendiri adalah pelakonnya.

Dalam leka memainkan watak di pentas opera, ada kala kita marah, kadang kala kita suka dan ada ketikanya buntu atau hilang arah. Lantas apabila hilang arah, manusia mencari diri. Bercakap pasal marah, boleh gugur talak kalau tidak mengawal marah. Boleh tumpah darah kalau membiarkan amarah membakar diri dan boleh hilang banyak perkara jika membiarkan marah  menguasai diri.

Sambil bawak keta nak p cari makan kais pagi makan pagi jam 6.30 pagi hari ni, aku dengar Dt Dr Fadzilah Kamsah kata, marah boleh dikawal dengan diet. Kerana katanya apabila kita diet dan makan makanan yang elok, ia boleh mempengaruhi minda dan jiwa. Katanya sapa makan daging kuda akan bersifat sombong. Hahaha jangan memperkudakan orang sudah...

Jadi kalau suka makan ikan salmon..sifatnya macam apa ya? Pokok pangkalnya kena kawal diri kalau marah. Jangan biar marah berleluasa menguasai hati, padahnya buruk..

Hmm..lain kali aku kena pastikan pagar rumah tak jadi mangsa, pintu bilik pun tak jadi mangsa..oopss! Hati, mohon berperangai baik..

Friday, 1 January 2016

Jelita baru 2016

Tahniah Team Jelita Baru 2016!  #jelitabaru2016
Selamat berlalu pergi 2015. Apa yang boleh saya rumuskan, ia meninggalkan rasa yang pelbagai dalam jiwa saya. Pelbagai kerana ada rasa gembira, sedih, marah, takut, kesal, sakit hati, benci, tertanya-tanya, buntu dan seribu satu rasa. Tidak cukup kertas untuk diperincikan, namun saya masih beruntung dan bertuah hidup dan bernyawa dengan udara percuma, matahari pun percuma, tapi undang-undang manusia menjadikan apa yang percuma diberi Tuhan itu tidak lagi percuma, malah sulit dan sukar. Sesungguhnya, Tuhan tidak bersalah, manusia yang rakus dan tamak berbekalkan status kuasa dan undang-undang, lalu semuanya jadi pelik.

Saya menjalani 2015 dengan baik pada awalnya. Balik ke Kuala Lumpur pada 1 Mac tahun lalu, seminggu kemudian majlis pernikahan adinda saya berlangsung dengan gilang gemilang meskipun saya masih lagi mengantuk dan penat akibat penerbangan jarak jauh selain bertukar cuaca. Saya tidak boleh 'deal' dengan cuaca di sini kerana saya orang kampung, bertukar cuaca sikit badan sudah lemau. Kononnya kalau ikut istilah orang bijak pandai, jetlag! Tapi disebabkan saya ini bukan orang moden, jetlag itu menjadikan saya lemau berhari-hari sementara menunggu mekanisme badan kembali normal. Kalau orang yang sudah biasa dengan penerbangan jarak jauh, tentu mereka tidak jetlag kan.
Jangan lupa dapatkan majalah Jelita dengan beberapa jelitawan dengan kisah masing-masing!

Hmm...ya saya orang kampung. Orang Pasir Mas yang tiba-tiba tercampak ke England selama hampir 10 bulan, menyebabkan saya hilang kawalan diri, maksud saya nak kembali kepada disiplin asal mengikut jam dan masa di sini, agak lambat. Namun kini Alhamdulillah, saya sudah back to normal, sudah boleh bergerak selari dengan jam di Malaysia dan ada peluang nak menulis semula di sini. Writing is blood. Bak kata orang bahasa, menulis ini santapan jiwa..bagi merekalah. Bagi saya, menulis memang sudah berdarah daging dalam jiwa saya sejak saya di tingkatan 4, bersekolah di Sek Men Perempuan di Pasir Mas dan kini masih terus menulis untuk cari makan. Kais pagi makan pagi, menulis di waktu malam, selepas itu send email kepada penerbit, tunggu sebulan dua, kalau tersiar, dapatlah sedikit duit untuk ikhtiar hidup. Pun begitu, tiada kerisauan, saya tetap cukup makan pakai. Alhamdulillah, terima kasih Tuhan.

Masih dengan menulis, pada November lalu, Deputy Editor majalah cantik ini menghubungi saya bertanya kalau-kalau saya boleh menyumbangkan artikel untuk majalah mereka. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan, seperti orang mengantuk disorongkan bantal dan sirih pulang ke gagang, saya terus kata NAK!!!!

Jadi sepanjang November itu, saya sempat menemubual beberapa personaliti dan menyiapkan empat artikel fokus dan dua artikel sampingan untuk majalah Jelita yang diberi wajah baru. Tidak lama kemudian, beliau sekali lagi menawarkan tugas Sub Editor kepada saya..saat itu saya berasa seperti bintang di langit bersinar terang. Dan sudah lebih sebulan jugalah saya bertugas dengan warga Jelita yang kesemuanya masih muda belia, namun memiliki semangat yang kental dalam bidang penulisan. Syabas untuk Team Jelita!

Semoga terus kekal Jelita dan sentiasa bersemangat adinda sekelian...:)


Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...