Showing posts with label determination. Show all posts
Showing posts with label determination. Show all posts

Saturday, 3 June 2023

Happiness

Bila ada orang tanya apa aku buat untuk mengatasi sunyi dalam hidup? Kalau aku kata tak sunyi tu tipu sangat laa kan. Aku pun wish aku boleh tolong dorang yang sunyi dalam kehidupan mereka, tapi life kita berbeza. Jadi tak dapatlah aku nak tolong. Lagipun aku biasa dengar "i choose happiness" yg pada aku bila kita pilih 'happiness' tu maka kita kena create, kena buat, kena cari ke arah itu. So, happiness aku adalah benda kat dalam pic ni, yg selalu aku buat..bila masuk dalam air tak de benda lain dah nak fikir, tak de nak overthinking benda lain dah. Yang aku ingat adalah nyawa..

Orang diet, aku pun diet..

Orang diet, aku pun nak diet. Orang diet ada coach, aku diet aku jugalah coach. Tapi Alhamdulillah aku ada sedikit ilmu, jadi tak la diet membuta tuli. Nak buat apa-apa sekalipun, kena ada ilmu. Aku tak berapa mampu nak hire coach, kalau ada budget sekalipun aku prefer guna duit tu untuk beli food bagi memenuhi keperluan nutrition aku yang buat diet rendah kalori. Cakap pasal diet, sama la kesnya dengan lelaki yg berazam nak berhenti merokok aku rasa. Cakap senang bhaii tapi mampu dak nak buat atau berhenti merokok itu jam. Itulah juga yg aku rasa. Dah berzaman nak turunkan berat badan, dah berkurun dah kumpul semangat tapi adooo, seminggu dua je lepas tu ke laut lepas. Tak pe, kali ni aku kena buat betul-betul dah sebab tak mahu Doc Nadiah tambah dos ubat untuk BP aku..tq laa Doc bagi kepercayaan untuk teruskan medication dengan dos yg sama sejak dulu. Bagi peluang aku reduce weight dulu ya, aku tak nak la tambah dos ubat lagi. Haub rasanya nak telan ubat pahit tu..bluerkkk!

I have nothing to chase..

Dua tiga hari lepas, ternampak satu entry by @ayiematpiah. Tak kenal pun sapa budak ni tapi entry dia menarik perhatian sebab dia sinis pasal perempuan yang nak kurus, lepas tu tak juga kurus. Kau ketawa-ketawa ye Ayie pasal perempuan yg nak kurus ni, tak pe kau tengok Akak diet nanti sure kau terperanjat kan apa metode aku buat untuk buktikan lepas dua bulan berat badan boleh dikurangkan. Akak doa kau dapat girlfriend badan cantik macam model tau.. Rasa terpanggil gila dengan ketawa dak Ayie ni, tak pe aku jadikan booster. Tak de nak chase sesapa pun macam aku selalu cakap (pada diri sendiri) i've nothing to chase/proof but myself, i've nobody to please but Allah. Kau tunggu ya Ayie..tq bagi akak semangat walaupun kau tak pernah kenal akak pun..

Wednesday, 6 January 2016

Masa..



(Video dikir barat ini tak ada kena mengena dengan cerita, saja letak sini sebab aku suka instrument dan style mereka. Group Aswara)


Tidur bangun, tidur bangun, sudah enam hari aku hidup di tahun 2016! Sekejap sungguh masa berlalu, tidak pernah terlambat pun..tak pernah menipu walau sedetik, aku je yang selalu menipu diri sendiri..macamlah detik waktu itu menunggu aku. Dah kunci jam nak bangun jam 5 pagi, bila jam menjerit, celik mata sipi-sipi pada jam dinding..ahh bagi masa tambahan lagi lima minit. Bukan lima minit, jadi lima belas minit terus. Dah 15 minit lari dari jadual asal. Lain kali tak boleh buat perangai malas gini, rugi!

Pagi ni L wasap, ucap Happy New Year dan di hujung ayat ada emoticon red lips...cehh wasap memujuk, dah terlalu lambat bruhhh...tak de apa lagi nak wish.

F pun bagi tahu dia rasa kerdil dan miskin sebab harga minyak dan gas jatuh merudum so pendapatannya turut merosot sedangkan ada anak nak kena feed. Ok aku simpati, keluarlah ayat moral support sebaris dua kat F. Relaxlah bro, ada laa rezeki awak dan anak tu. Kawan-kawan ye dak, kalau bukan kita yang nak support dan legakan perasaan mereka, siapa lagi.

R wasap juga, dia nampak aku kat Publika dua minggu lepas masa naik eskalator. Aku kata apasal tak buzz, katanya bini ada sebelah..hmm..tau pun respek bini. 

Masa terus berjalan, kerja tak surut pun dari atas meja. Tapi tak jadi hal sebab aku suka dengan apa yang aku buat sekarang, kais pagi makan pagi. Cukup duit, beli tiket 'balik kampung.' Aku macam biasa ulang alik dari Sg Long ke PJ tiga hari seminggu, lagi dua hari ulang alik ke Desa Pandan dan dua hari yang bersisa duduk rumah buat kraf atau bakar cookies atau kek dan dicelah-celah masa tu minum kopi depan tingkap sambil kira burung pulang ke sarang. Sesekali tengok di balik cermin nampak brader B jogging depan rumah...ahh hidup!

F pernah kata, "U ada semua yang you nak.." Aku jawab, I dah kerja 18 tahun, belajar 18 tahun,  (ehh baru 28 tahun ya) iskk ini tak betul, Selebihnya lagi beberapa tahun tu ada banyak hal yang berlaku yang mana ia membabitkan pengalaman mahal dalam hirarki kejadian seorang individu macam aku ni. Jadi tak mustahillah aku dah capai semua yang aku mahu dalam hidup...walaupun...

Kadang-kadang jadi telinga sambilan untuk kawan-kawan mengadu hal, kadang-kadang jadi bahu tetap untuk seorang hamba Allah bersandar dan ada kalanya jadi tangan yang mampu menarik kawan-kawan yang hampir lemas tenggelam oleh arus kehidupan. Aku bukan bagus pun, tapi aku mampu buat kawan-kawan rasa lega dan sedikit bagus pereasaan mereka bila mereka call aku. Begitulah aku..tak ada kerja tetap tapi sentiasa banyak kerja. Apa-apa pun, kain pagi makan pagi aku ini sangat aku sukai. 

Bukan tak pernah jadi mak ayam, masa kat Brockley kerja aku panggang 300 ketul ayam setiap hari. Cukup tiga bulan, aku memang jadi mak hayam sebab baju pun berbau ayam walaupun dan dibasuh dengan detergent paling wangi di UK. Mana tidaknya, Harry kata sejurus dia turun dari tren di hujung Brockley, bau ayam yang aku panggang sudah menyerbu masuk ke lubang hidungnya walaupun jam 3 pagi. Kuasa ayam katanya.

Semua ini membabitkan masa. Pengalaman juga membabitkan masa lalu. Masa yang sangat berharga dalam setiap kehidupan insan. Masa yang semakin singkat. Ibarat kata hidup aku kini adalah 'Asar yang menunggu ke Maghrib' tak lama bukan. Lagi singkat kalau dari Maghrib menunggu ke Isya. Semoga aku dapat manfaatkannya sebaik mungkin dengan usia yang masih bersisa ini.


What a bless life!

Thursday, 17 May 2012

Support me for KFC..

What else i can do to reduce my weight? Liposuction?? Owhh no..ridiculous! Im not gonna do this. Many things that i can and i will do but totally NO for this suffer condition. Kalau banyak duit pun aku tak akan buat apatah lagi aku yang cuma kais pagi makan pagi ni weii..makan pil kurus? Juga bukan cara bagus nak diet...pergi jogging? Eeee tak suka....Err pergi gym? Ya ya ya...jumpa my personal instructor dan paksa dia ikut cara aku dan bukan aku ikut cara dia..basically a conversation will be like this:

Os aka Hoesni: Kak, saya datang pagi hari ni? Amacam..kita buat strectching? (ini sms lazim dia anta pada aku)
Aku: Eh tak boleh, akak ada keje luar..
Os: So bila akak free?
Aku: Nantilah..bebila..
Os: Huh, ada je alasan akak ni..
Aku: A ah sibuk. Ko apa tau..
Os: Ok baiklah! Saya berikrar saya akan buat akak datang jumpa saya one day nanti..
 
Jeng! jeng! 
Today im gonna see him (Os - The Gym Instructor) for a briefing of Kilos For Cash programme run by my office. I have no choice because im among the 'biggest' in office and im pretty sure how do you feel when everybody keep asking you: Eh bila nak diet? Pakai baju saiz apa? Jom pergi gym? Alaa dia ni orang dah cakap suruh diet..tak jalan la! Ok im sick of that and now ill do it because i really want to do, not because of peoples around me..not because of them. To be more pathetic, dik..ahkak ada banyak benda nak buat, so ahkak kena jaga kesihatan...ahkak nak travel, ahkak nak makan angin ahkak nak keluar dating dengan balak ahkak, ahkak nak kahwin ..bla! bla! bla! Bluerkkk....

This is a reminder from the organiser about KFC programme. Im one of the participant because my BMI  is worst!. So if you have any tips, story or secret about reduce weight, please share with me and i appreciate that. Your support will be the best MAGIC for me...

 *******************************************************************************
Dear Participants of Kilos for Cash (KFC),

You are required to attend the 1st Weigh In Session and Briefing by Dr. Rohaya & En. Hoesni that are schedule as details below:

Date: May 17, 2012

Time: 2.30 pm until 4.00 pm (Weigh In)
         4.00 pm until 4.30 pm (Briefing)

Venue : Training Room 3, Training Centre, 1st Floor

"Attendance is compulsory"

Thank you.

**********************************************************************************
Plain yogurt and grapes..i know grapes is the enemy for those who has asthma  like me but i still wanna have it with yogurt. Tak pe..moderate sket..makan sikit tak akan jadi masalah..tell u what, the taste of plain yogurt is lil bit sour and milky..as for me...for the first attempt of having yogurt without any fruits..yuckkk! But i hv to think positive and think that yogurt is like tutti frutti walaupun bukan tuti fruti yg mahal itu, so i zass ziss zuss and now..yeahh i like it! Kalau rajin, chop chop saja anggur hijau ini...pun yummy juga. Boleh letak dry kismis, peach, papaya and strawberry...oh yea dare to be different..fried salmon and yogurt! Believe me...not bad!
Shida told me plain yogurt is among the best 'ice cream' for us. But i have to make sure, only plain yogurt and not yogurt with flavour because its contain sugar and sugar is totally bad for us. I can take sugar via eating fruits and fruits while fiber can supply me another vitamin like C, E etc..
I will update my progress in KFC from time to time and the entry will be a 'record' for my KFC...as for today: (considere it as a figure before i start the KFC's programme)
Weight: 92 kg.
Height: 155cm
Blood Pressure: 120/85 (Due to last two weeks checked up)
Sugar level: 7 (Due to last two weeks checked up)
 

Penjagaan usus penting untuk tingkat imunisasi kanak-kanak

Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sih...