Wednesday 12 July 2017

Parghhhfum...

Ketika saya bekerja di Bangsar dulu, saya guna perfume Guerlain. Dan tabiat buruk saya ialah kena spray tiga kali kat baju, baru puas hati. Kalau tak cukup tiga kali, rasa macam tak spray apa pun. Akhirnya, deria bau dah terlalu biasa dengan bau perfume berkenaan jadi saya tak dapat nak hidu bau perfume yang saya guna itu. Orang lain pula yang ada tanya apa jenis perfume kau guna eh, macam tertumpah satu tempayan minyak wangi laa...hahahah saya peduli apa, janji saya suka dan rasa yakin dengan apa yang saya guna.

Tugas saya di tempat kerja, selain buat artikel, saya kena turun ke tingkat 3 untuk cek page. Nama bilik tu Production Room. Ada dua tiga orang teknisyen yang bertugas dalam satu masa. Kadang-kadang sambil cek page saya bersembang dengan depa tanya pasal production etc. 

Ada sorang tu namanya Firdaus. Bin apa saya tak tahu. Brader ni mix parentage, mata biru cair dan kulit putih merah. Kalau tak silap saya dia campuran serani dan Melayu tapi darah orang putih lebih banyak pada iras wajahnya dan sudah berkahwin. Saya selalu juga lepak dan berbual dengan brader ni sbb dia pun rajin menjawab soalan saya. Tapi soalan dia yang buat saya tak boleh blah tu ialah apa jenis perfume yang saya guna sebab dari jauh dia dah tahu saya yang turun ke operation room. Katanya lagi dia boleh tahu sebab bau perfume saya, bukan sebab bunyi tapak kasut saya. Uhhh!

Botolnya saja pun dah menggoda hati..apatah lagi bau..hmm..
Whoaaa...πŸ˜‰πŸ˜Šsaya pun rasa macam ya ke gitu? Kuat sangat ke bau perfume yang saya spray? Dia kata lagi dia suka bau tu, hahaha nasib baik dia suka perfume dan bukannya suka saya. Kalau tidak ada yang jadi bini no 2 (πŸ˜ˆπŸ˜†πŸ˜πŸ’€πŸ‘»πŸ‘½setan sangat perangai saya ketika itu) Ok abaikan. Setiap kali jumpa mesti dia tanya. Err saya pun jawab macam biasa sbb dia pun tanya dengan elok. Habis kisah Firdaus..

Baru-baru ini saya berpeluang menghadiri sesi beauty review dan antara perkara yang saya kena buat ialah review perfume..hmm saya cuma boleh hidu 10 brand perfume je..selebihnya saya tak boleh nak bezakan dah bau perfume yang lain..sama je baunya. Selain menghidu kopi untuk mengembalikan deria bau, kita juga boleh menghidu kulit pada badan sendiri sebenarnya untuk mengembalikan deria bau asal, ini ilmu yang saya baru dapat..

Saya pakai Nina Ricci sekarang, ini pun perfume percuma yang bos bagi..jadilah! Apa-apa pun betulkan niat pakai perfume..hehe. Pakai perfume up sket confident level..boleh kan!

Tuesday 11 July 2017

Minggu yang menggembirakan...

Aura Syawal masih terasa. hujung minggu ini saya ada tiga jemputan open house raya dan semua rasa macam kena pergi kerana ada hubung kait dengan lapangan kerja saya. Semoga saya ada kerajinan untuk memenuhi jemputan ini..

Ahad lepas, saya pergi satu open house raya..tuan rumah beria-ia jemput saya dan rakan, Syam. Dia sudah wasap kami berkali-kali supaya hadir dan jangan lupa jemputannya itu kerana dia tahu kami kalau dah diam di studio Little Syam, kami pernah dan boleh bekerja hingga larut malam.

Oh ya, pagi sebelumnya saya breakfast kat rumah Syam..rasa macam breakfast kat hotel je hahaha..

Menu breakfast kat rumah Syam..saya bantai dua keping lempeng...macam tak ingat makan kat rumah orang, buat macam rumah sendiri ya...

"Kak Sha, datang ya rumah saya. Ada open house.."
"Ya Layli, inshaAllah.."
"Datang tau, saya tunggu.."
"Ya..nanti Ksha discuss dengan Ksyam."
"Saya dah jemput Ksyam juga, Ksha boleh datang dengan dia. Lepas Zuhur. Mesti datang!" Katanya yang beria-ia menjemput kami. Dalam hati saya, saya kena cari jalan supaya saya boleh memenuhi jemputannya. Saya memang tak pernah pergi ke rumahnya, tapi Syam pernah pergi. Jadi molek juga kalau saya berpakat dengan Syam.
"Ok ksha, apa-apa nanti roger."
"Tq Layli..c u!"

Jadi antara harapan orang dan juga menghormati undangannya, saya berbincang dengan Syam untuk pergi ke rumah Layli. Kami memutuskan untuk bergerak lepas Zuhur. Dekat je pun, dari Desa Pandan ke Wangsa Maju.

Jeng! Jeng! Jeng! Patutlah tuan rumah beria-ia mengundang kami..rupa-rupanya memang hanya kami berdua saja yang diundang dan open house untuk kami saja..Ya Allah Yang Maha Penyayang..rezeki ada di situ. Baryani gam dan lauk ayam yang sedap. Saya bertambah dua kali..ehem-ehem senduk sikit sikit ke dalam pinggan, kononnya nak makan sikit tapi sumpah, saya tak boleh menipu diri sendiri. Baryani gam yang dimasak Layli tu rasa sedap semacam. Lepas makan siap mengantuk lagi kat rumah orang, tapi saya tahan mata. Syam pula baring kejap..

Lepas tu kami sambung minum kopi dan menikmati sepiring kek lobak merah yang lembap moist dan sedap juga. Kemudian ada cookies dari baking famous The Kitchen Guardian dan Mrs Pink Spatula..owhh apa lagi. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Sama ada saya yang kelaparan atau sememangnya masakan itu sedap..saya akui tuan rumah handal memasak.
Baryani gam yang Layli masak untuk kami..makan lagi..sedap sungguh..tiga kali tambah, percaya?
Kopi dan biskut raya..menggoda!

 Dan itulah Ahad saya yang penuh makna...(dapur Sg Long diberi cuti rehat)

Tuesday 4 July 2017

Kembali menulis

Dah berapa lama diam tak menulis, bila memandu nak balik rumah, macam-macam benda muncul dalam kepala otak. Bila sampai rumah, nampak katil tepi tingkap memanggil-manggil, lastnya lepas Isya pengsan, Pagi besok bangun menyesal sebab tak buat pun apa yang sudah dirancang dalam kepala sebelumnya. Begitulah saya, tak habis-habis ada alasan untuk mengelak dari menulis. Tapi benda ni macam merasuk pula, selagi tak menulis selagi itulah dok terbayang-bayang dalam kepala otak.

Bila sembang dengan blogger hardcore, saya pun jadi semangat nak menulis. Apa nak jadi ni, hidup makin singkat. Kenapa saya jadi malas begini? Elemen hantu setan apakah yang merasuk minda ini.

"Sha u tak update blog dah ke?" tanya Samsiah bulan lalu.
"I update, tapi ikut mood.." .
"Menulislah Sha, kalau u tulis buku, i orang pertama nak beli."
"Ok, sedang diusahakan."
"Dah letih telinga i dengar jawapan sama Sha."
"Oh ya ke, I bagi jawapan sama eh?"
"Ya. Apa masalah u ni? Dulu bukan main konsisten..namanya pun bekas wartawan. 18 tahun kan menulis?"
"Ya betul.."
"Apa lagi, cepat menulis..."
"Baik Samsiah.."
"Baik..."

Menulis pun kena ada mood ke? Ya, tapi jangan jadikan mood itu alasan pula untuk tidak menulis. Setelah hampir tiga tahun menyimpan keyboard, akhirnya saya terpanggil untuk mengeluarkan keyboard ajaib ini dari dalam almari antik saya. Apa yang saya akan saya tulis selepas ini tidak semestinya pengalaman saya sendiri, ada pengalaman rakan, sahabat handai dan taulan. Mana yang baik kita jadikan tauladan, yang tidak elok jadikan sempadan. 

Tiga tahun senyap secara total, banyak yang membiak dalam fikiran dan saya perlu meniup debu yang sudah lama menebal di keyboard saya. Hari ini adalah yang terbaik dalam hidup saya..ehh bukan hari ini saja. Setiap hari adalah hari yang terbaik dalam hidup saya. Jika kita melihat sesuatu dari sisi yang positif maka akan jadi positiflah keseluruhannya. Bukan saya tidak pernah mengalami sesuatu yang tidak enak dalam hidup, banyak sebenarnya pengalaman pedih, sedih dan sakit hati, tapi itu adalah lumrah dan saya tidak boleh duduk termenung memikirkan nasib badan. Saya perlu bergerak ke hadapan kerana rezeki tidak akan datang bergolek kalau kita sendiri tidak bergolek ke arah rezeki itu.

Kata kawan saya lagi, kita mungkin tidak tahu di mana nak cari rezeki tapi rezeki sentiasa tahu di mana nak cari kita. NA'AM! Yang penting, terus berusaha, yakin  dan sentiasa berprasangka baik dengan Allah mahupun orang sekeliling.



Aidilfitri pula..

Baru settle meeting dengan Raymond and Angel untuk add Aidilfitri..semoga ada idea untuk buat pantun raya!