Tuesday 4 July 2017

Kembali menulis

Dah berapa lama diam tak menulis, bila memandu nak balik rumah, macam-macam benda muncul dalam kepala otak. Bila sampai rumah, nampak katil tepi tingkap memanggil-manggil, lastnya lepas Isya pengsan, Pagi besok bangun menyesal sebab tak buat pun apa yang sudah dirancang dalam kepala sebelumnya. Begitulah saya, tak habis-habis ada alasan untuk mengelak dari menulis. Tapi benda ni macam merasuk pula, selagi tak menulis selagi itulah dok terbayang-bayang dalam kepala otak.

Bila sembang dengan blogger hardcore, saya pun jadi semangat nak menulis. Apa nak jadi ni, hidup makin singkat. Kenapa saya jadi malas begini? Elemen hantu setan apakah yang merasuk minda ini.

"Sha u tak update blog dah ke?" tanya Samsiah bulan lalu.
"I update, tapi ikut mood.." .
"Menulislah Sha, kalau u tulis buku, i orang pertama nak beli."
"Ok, sedang diusahakan."
"Dah letih telinga i dengar jawapan sama Sha."
"Oh ya ke, I bagi jawapan sama eh?"
"Ya. Apa masalah u ni? Dulu bukan main konsisten..namanya pun bekas wartawan. 18 tahun kan menulis?"
"Ya betul.."
"Apa lagi, cepat menulis..."
"Baik Samsiah.."
"Baik..."

Menulis pun kena ada mood ke? Ya, tapi jangan jadikan mood itu alasan pula untuk tidak menulis. Setelah hampir tiga tahun menyimpan keyboard, akhirnya saya terpanggil untuk mengeluarkan keyboard ajaib ini dari dalam almari antik saya. Apa yang saya akan saya tulis selepas ini tidak semestinya pengalaman saya sendiri, ada pengalaman rakan, sahabat handai dan taulan. Mana yang baik kita jadikan tauladan, yang tidak elok jadikan sempadan. 

Tiga tahun senyap secara total, banyak yang membiak dalam fikiran dan saya perlu meniup debu yang sudah lama menebal di keyboard saya. Hari ini adalah yang terbaik dalam hidup saya..ehh bukan hari ini saja. Setiap hari adalah hari yang terbaik dalam hidup saya. Jika kita melihat sesuatu dari sisi yang positif maka akan jadi positiflah keseluruhannya. Bukan saya tidak pernah mengalami sesuatu yang tidak enak dalam hidup, banyak sebenarnya pengalaman pedih, sedih dan sakit hati, tapi itu adalah lumrah dan saya tidak boleh duduk termenung memikirkan nasib badan. Saya perlu bergerak ke hadapan kerana rezeki tidak akan datang bergolek kalau kita sendiri tidak bergolek ke arah rezeki itu.

Kata kawan saya lagi, kita mungkin tidak tahu di mana nak cari rezeki tapi rezeki sentiasa tahu di mana nak cari kita. NA'AM! Yang penting, terus berusaha, yakin  dan sentiasa berprasangka baik dengan Allah mahupun orang sekeliling.



1 comment:

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...