Assalamualaikum Mak
terima kasih kerana
melahirkan saya selepas kakak
menjadikan saya anak Mak yang kedua
anak Mak yang pelik dan tersendiri
saya tahu ketika saya keluar dari rahim Mak
sejurus itu juga Mak menjadi orang pertama
mengucapkan selamat hari lahir kepada saya
apabila Mak menenangkan saya
ketika saya terkejut melihat dunia
terima kasih tak terhingga juga
kerana memberi hadiah yang amat bernilai
hadiah itu adalah air susu Mak
yang kini menjadi darah daging saya
mengalir juga nyawa Mak dalam badan saya
terima kasih Mak
kerana bertarung nyawa
melahirkan saya
pada hari ini,30 April jam 8.20 pagi
beberapa dekad lalu
terima kasih Mak!
Saya mohon Mak doakan saya dari kejauhan
supaya saya berpeluang melalui pengalaman seperti Mak
merasai kesakitan melahirkan satu nyawa
supaya saya juga boleh mengucup dahi si kecil itu
untuk mengucapkan selamat hari lahir kepadanya pula...
Terima kasih Mak, kerana melahirkan saya...
Laluan hidup kita tidak sama dan plan DIA untuk kita juga berbeza. Email shaidahshafie@gmail.com
Monday 30 April 2012
Thursday 26 April 2012
Blue Danube...
Song: Blue Danube
Compose by: Johan Strauss
Dedikasi untuk Azzra Nurdini dan Azzfar Ishraff Aziz, esok-esok bila Dini dan Ee baca blog ini, mesti faham apa yang ibu dan mami buat..kenapa kami buat semua ini...kenapa ia berlaku...
Wednesday 25 April 2012
Toowoomba..juicy and tender...
A couple of weeks ago, I was invited to do a food review on Toowoomba Steak @ Danau Kota, Setapak. The owner of the steak house, Mario aka Nordin really excited when i told him ‘yes’ instead of owhhh habislah diet aku...so we (me, Dr Ros, Prof A & Anne) went there exactly during lunch time. Our stomach was like hungry! Starving! I wanna these and these...sound like tamak la kan...dasatkan aku...
Mario dan Adam di hadapan Toowoomba Deli Steak di Danau Kota, Setapak. |
At the location, I met Adam Armstrong. He is a trader from Australia and manage a company name Lembiru Pty Ltd. Lembiru is about lembu warna biru..ehh bukan lembu dan kambing actually. Adam’s also was invited by Mario to hv a lunch session with us. Seems like i talk to a rite person about steak and pasta because Adam is really into steak. We settled all 8 menus in less than 1 hr and finally burppp and everybody was smile and cheers. Rakus kan...
So, if you looking for a smooth, yummy, delicious, juicy and tender (what else) steak or lamb chop or whatever chop lagi, please drive your family to Toowoomba.
Tuesday 24 April 2012
Baguette penyelamat...
Baguette ini menjadi galang ganti kepada nasi... |
Kisah baguette ini juga pernah berlaku dua tahun lepas, menyelamatkan kami (arghhh radio Sinar FM pula pasang lagu keroncong Hetty Koes Endang....seandainya mungkin ku mampu terbang ke awan..ini liriknya, ntah apa tajuk aku tak pasti...) aku cuma dengar kerana fikiran aku teringat kepada baguette ini yang pernah menyelamatkan kami pada suatu musim sejuk di pinggir London. Suhu adalah -12 di bawah paras beku...pehhh aku rasa tulang aku pun turut jadi beku. Ampun lah...sejuk gila!
Ketika itu, hujung 2010, aku, Kakak S dan D terpaksa bermusafir selama hampir 12 hari ke London kerana tugas. Kami mencatu belanja kerana masalah cuaca yang menyebabkan kami
terperangkap tak boleh balik ke KL. Ketika itu seluruh Eropah dilanda ribut salji dan mencatat sejarah paling buruk terhadap kota besar di Eropah. Banyak flight terpaksa dibatalkan penerbangannya kerana salji tebal dan petugas terpaksa d'ice dulu aircraft sebelum terbang. Bengang, daripada lapan hari musafir, jumlahnya bertambah menjadi 12 dan tiga hari daripadanya kami makan tidur di Stansted, tidur beralas lantai marmar yang sejuk gila. (Aku dapat idea untuk sebuah kisah pendek ketika terkandas di lapangan terbang ini...)
Tiada apa yang hendak dipelikkan kerana beratus2 orang lain juga terkandas seperti kami. Sebelum itu, sepanjang bertugas, kami menginap di sebuah bilk asrama kepunyaan pengusaha Melayu di tengah-tengah kota London. Encik S namanya. Aku dan Kakak S menyewa untuk lima hari kerana kami akan bergerak ke tempat lain. D datang singgah dan setelah sehari suntuk bersembang, D diserang deman. Masing-masing lapar, apabila aku jenguk ke bawah, nampak kedai mamak Pakistan (bilik yang kami sewa dan kedai mamak Pakistan ini beri aku idea untuk buat kisah ini) jual buah dan sayur, Kakak S kata elok juga kalau kami makan buah. Perut sudah berbunyi kerana seharian kami tidak keluar akibat salji tebal. Aku turun beli cili, tomato, cheese dan sosej (halal ya) untuk buat open sandwich dan sebatang baguette. D makin demam dan Kakak S masak air.
Naik ke atas, aku cincang capsicum, tomato, sosej dan carik-carik cheese, tabur atas baguette dan letak tepi pendiang. Cheese mencair dan baguette jadi lembut sedikit. Kami makan dengan cepat kerana perut lapar. Berlapar di negara orang tidak pernah akan sama dengan berlapar di dapur sendiri. Berlapar di negara orang bererti berlapar yang sebenar-benar lapar manakala berlapar di dapur sendiri adalah lapar yang main-main.
Dan di Windsor Sg Long ini, walaupun lapar, aku sebenarnya tidak lapar tapi lebih kepada merangka suatu perjalanan yang sedang dirancang..Tuhan, bumi ini luas, jangan ambil dulu nyawa aku kerana aku belum puas menikmatinya keindahanMu...
Monday 23 April 2012
Sunday 22 April 2012
Begedil fusion...
Berbuih, mungkin sebab dicelup telur... |
Tiga ketul cukup sudah untuk hari mnggu ini... |
Kalau Chef Wan tengok cara aku buat begedil ini, mesti dia nanges sebab banyak teknik shortcut dalam usaha nak menyiapkan begedil ini. Sepatutnya dimakan dengan soto, tapi stok nasi himpit habis dan ayam segar juga tak ada tapi aku nak juga makan nugget ini, jadinya ia dimakan dengan sos tomato saja..jadilah..bukan AFC chef pun, cuma masak untuk dimakan di dapur Windsor saja, sambil layan kopi pekat..pada suatu hari minggu sambil tunggu hujan turun tapi hujan tak juga turun..(>.<)
Kenapa nak buat juga begedil ini? Sebab aku nak makan dan tak kuasa nak beli kat kedai yang lebih banyak kentang dari isi ayam atau daging, minyak sampai menitik-nitik dan kadang-kadang rasa pahit akibat minyak yang sudah beratus kali digunakan untuk menggoreng begedil ini.
Kebetulan daging ayam dan Idahoan ini adalah barang tajaan, aku cuma moderatekan saja dan tekniknya adalah diambil dari blog Encik Khairul. Tekniknya ringkas, sharp and short tapi yummy. Yummy bukan sebab aku pandai masak, tapi yummy sebab bahan mentahnya adalah barang tajaan..hahaha! Dengan sedikit baikpulih, aku letak serbuk oregano dan bread crumb, ia jadi lebih marvellous..
Saturday 21 April 2012
Ia mahu duduk dengan siapa yang ia mahu..
Sebut nama Ustaz Don, rasanya kita semua kenal siapa ikon ini sekarang, jadi ustaz pada usia yang sangat muda. Aku tak pernah dengar tazkirah atau ceramah dia. Whatever, dia adalah ustaz dan semoga dia akan terus jadi ustaz yang sebenar-benar ustaz. Semalam ada keluar cerita dia di Harian Metro dan aku baca juga sebab nak tahu apa cerita yang ditulis wartawan bernama Norhadiani Baharom itu..dalam berbaris-baris ayat itu, yang ini sangat menarik perhatian aku dan sangat mengesankan...bukan nak kata aku ini warak atau alim, tapi kenyataan Don Danial ini mencuit fikiran..
"Saya mula minat menghafaz al-Quran selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Al-Quran sangat istimewa dan hanya akan 'duduk' dengan siapa yang ia mahu. Ada orang belajar sedari umur empat tahun untuk menghafal al-Quran, tetapi masih tidak mampu melakukannya. Wallahualam... apa yang saya tahu mereka yang mendapat kelebihan adalah orang yang menyayangi al-Quran. Seperkara lagi, sejak dulu saya selalu patuh kepada kata-kata guru. Menghormati guru nescaya kita akan mendapat keberkatan dalam pelajaran." - Don Danial.
Nota: Ia mahu 'duduk' dengan siapa yang ia mahu...dan selangkah kita menapak menujuNya, berlari Dia menuju kita. Sedetik kita ingat kepadaNya, selama-lamanya Dia akan ingat kepada kita..dan sampai saat ini aku tak faham kenapa Al-Quran itu ada pula yang buat sebagai barang hantaran.
Release stress dengan makyung...
Antara babak dalam Endeng Tejeli... |
Adalah tidak adil untuk membandingkan antara seni warisan makyung dengan pementasan teater broadway West End di London kerana masing-masing mempunyai kelebihan sendiri. Pementasan West End di London memang sudah bertapak lama dan dikenali di serata dunia akan kehebatan pelakon dan panggungnya yang mana kalau seorang pelakon teater tidak mengetahui mengenai broadway West End, mereka mungkin belum boleh digelar pelakon teater sejati.
Begitu juga panggung Esplanade di Singapura yang merupakan pusat seni pentas kota Singa yang kecil tapi lebih perkasa dalam perkara berbanding kita terutama bab kebersihan.Sekali lagi ditegaskan, adalah tidak adil membanding-bandingkan seni tapi kadangkala kita perlu melakukan perbandingan agar tahap mutu seni kita lebih baik. Kalau Jepun berbangga dengan Kabuki dan Vietnam dengan Puppet Water, kita wajar mengangkat seni tradisional Makyung ini. Bahkan Makyung adalah jauh lebih gah kedudukannya kerana ia adalah seni warisan dunia dan sudah diperakui Unesco akan disiplin uniknya yang wajar dikelakan. Kali terakhir aku tonton Makyung ialah pada February lalu di Panggung DBKL yang dipentaskan oleh penari Petronas dan mereka mementaskan Mek Mulung Cahaya Bulan. Pementasan berkenaan memang menghiburkan dengan watak peran dan makyung yang sangat berjaya. Makyng Endeng Tejeli malam ini adalah malam kedua pementasannya. Masih ada dua malam lagi kalau ada sapa-sapa nak menontonnya di Panggung Eksperimen, Aswara.
Promosi The Phantom di Picaddily Street...angin sejuk gila |
Pengalaman menonton teater Phantom of The Opera @ Her Majesty's Theatre57 Haymarket dua tahun lalu mengingatkan aku kepada kebanggaan masyarakat Barat terhadap teater berkeaan yang menjadi sebutan walaupun sudah beratus kali dipentaskan. Ia menjadi lebih mengesankan kerana dengan kekurangan tertentu dalam panggung berkenaan, kerusinya tetap penuh walaupun tiketnya yang paling murah adalah berkarga RM200.Aku masuk dan menonton saja kerana tiketnya dibelanja oleh seorang rakan. Panggung Her Majesty ini tempat duduknya muat-muat saja dan tidak bebas
bergerak. Kebetulannya di hadapan aku ada satu famili 'besar' seramai
lima orang membuatkan aku tak senang duduk untuk mendapatkan view
terbaik ketika menonton.
Ehh banyak songeh pula kan, sudahlah tiket percuma, mengomel pula. Ok selain tempat
duduk sempit, ia bertingkat seperti mana Istana
Budaya di Kuala Lumpur. Dengan pencahayaan lampu yang malap, aku sleepy untuk menikmati Phantom yang penuh dengan aksi menarik
sebenarnya yang dibawakan oleh watak-watak utama, Phantom dan buah
hatinya bernama Christie. Banyak aspek yang ditumpu sepanjang menikmati teater klasik itu tetapi paling menarik perharik perhatian adalah set teater itu
sendiri yang mengambil latar ruang seakan penjara kerana ada jeriji
selain bilik yang memisahkan Chisti dan ruang lain. Tidak dinafikan
kelebihan teater muzikal Inggeris, barangkali banyak dihiasi dengan
ballet yang cantik dan Phantom turut mempunyai elemen berkenaan.
Sayangnya aku tak boleh mengambil gambar kerana ia adalah peraturan
panggung...sigh!
Nyanyian, tarian, dialog yang nyata
dan suara soprano menguatkan legasi Phantom serta gerak geri yang kemas
setiap watak menjadikan Phantom lebih diingati dari semasa ke semasa.
Pada satu ketika, audiens seakan-akan berada di dalam cerita dan teknik
berkenaan dan ia wajar diaplikasi di sini
sekiranya ingin menyuntik kelainan.
Nota: Kalau ada show 'main puteri' harus aku tak lepas peluang. Letaklah Man Kidal atau Hillary Ang sekalipun, aku pilih main puteri. Tapi kalau Adele turun KL, ok donkie, aku pilih Adele.
Friday 20 April 2012
Pleasure of Va'lor
Va'lor...pleasure!:) |
Thursday 19 April 2012
Plan..
Semalam terima sms dari Farina:
Kak: Jangan lupa bank draf RM****, selewat-lewatnya penghujung Mei.
LW: Ok, nasib baik awak remind..
Farina: Akak jangan risau, saya akan remind akak from time to time.
LW: OK thanks.
Farina: O ya kak, pasport macam mana? Dah renew?
**********
Oopss I forgot to check whether it is still valid or not... kadang kala hal-hal begini aku banyak lupa. Hendak menempuh perjalanan jauh, perlu ada plan. 2012 is a travel year for me. I plan few trips starting middle of Jun and may Allah grant me a good health, rezqi and baraqah to explore The creation...InsyaAllah.
Nota: Mak, walaupun mak sudah tiada bersama saya, saya sentiasa berasa bertuah dan beruntung kerana doa mak itu sentiasa ada bersama saya...mak sentiasa memberitahu saya, kata-kata itu adalah satu doa..dan saya yakin doa itu akan menjadi kenyataan...
Kak: Jangan lupa bank draf RM****, selewat-lewatnya penghujung Mei.
LW: Ok, nasib baik awak remind..
Farina: Akak jangan risau, saya akan remind akak from time to time.
LW: OK thanks.
Farina: O ya kak, pasport macam mana? Dah renew?
**********
Masa untuk bertindak, merancang, menaakul, menilai dan melakukan penghijrahan yang juga adalah fitrah kepada kehidupan. |
Nota: Mak, walaupun mak sudah tiada bersama saya, saya sentiasa berasa bertuah dan beruntung kerana doa mak itu sentiasa ada bersama saya...mak sentiasa memberitahu saya, kata-kata itu adalah satu doa..dan saya yakin doa itu akan menjadi kenyataan...
Wednesday 18 April 2012
How to overcome a fear...
20 ml of bloody sweet...enuff for one day stock for vampire..hehe |
See how fast is the flow from hand to the syringes... |
She tuck a butterfly neddle to the vain.. adehhh doktor nasib baik doktor ni lemah lembut ... |
In 2006, i was drowned in a swimming pool but thank God, im alive. Second chance aite! After that i went to swimming session coached by colleague...:). Now I know how to swim but the fear is still there and i plan to dive in a way to overcome my fear towards water. They told me underwater scenery is superb and once you dive, you will dive forever. Ok i want to experience it...
Before that, i was thinking what will happen to me if i live alone and yet, after mom passed away last year, I have to accept that i will spend the time alone. I practiced to switch off all the lights at home and stay in ‘blackout’ for a while specially at night. Actually few things happen but i managed it well..
I bought a car in 2000 but never drove it untill 2007. All this while, the car was relaxed 24/7 at yard. Sometimes KA drove to somewhere and he willing to drive me to anywhere i want to go. In the same year, KA was warded and I was like patah kaki to moved around, to visit him, to settle all the cases etc. I talked to a taxi driver and he gaves me a tips. I forced myself to drive and I remember when the first time i drove was at 5 am, went to work and i didn’t on a car light...phew! But then no one honked me...ye lah kan jam 5 pagi..poyo! Masa tu tekak kering seperti ada di padang pasir. After that i slowly managed the car on the road and Alhamdulillah...
I have a sypmtom of claustrophobia of high. In 2009 i have a chance to climb Sydney Harbour Bridge and it was great! I worried if i see a ghost or satan or whatever scary and i found out that i live in a haunted house for 2 and half yrs...pehh!
I know we have a lot of things that we fear of and i believe you have your own way how to overcome it. Next two weeks i have to see the doctor and will donate my blood again...helpppp!
Tuesday 17 April 2012
Rahsia dalam secawan kopi..
Aku tak minum kopi, tapi di rumah tetap ada serbuk kopi dan kalau ke rumah orang, jika mereka hidang kopi, aku minum untuk menghormati penat lelah mereka berhabis membancuh kopi. Lepas ada KA, pun aku tak minum kopi walaupun dia adalah peminum kopi tahap tegar. Dia hanya minum kopi cap kereta yang hanya ada dijual di kedai Abi di sebuah pekan di Utara tanah air, setianya dia dengan kopi itu.
Dia tetap mahu ajar aku minum kopi walaupun tahu aku tidak akan suka dengan air kopi. Justeru setiap hari aku buat kopi untuk dia dulu. Begitu juga dengan belacan. Aku tak tahu bagaimana menikmati belacan di dalam masakan dan aku tidak pernah menyediakan kari sotong sejak kecil hinggalah mengenali KA. Dia ajar aku minum kopi, dia ajar aku makan sambal belacan dan dia ajar aku masak kari sotong. Katanya...jack of all trade but master of none...ok noted!
Dia beritahu, aku kena buka minda dan hirup nikmat yang ada dalam secawan kopi. Katanya lagi, minum kopi adalah satu gaya hidup yang sudah lama ada dalam masyarakat. Kalau tidak, masakan ada Starbuck dengan offer pelbagai seperti cappucino, mocca, vanilla dan segala jenis kopi lagi walaupun dia hanya minum kopi buatan kampung.
Mengutip kata-katanya lagi, ada nikmat dalam secawan kopi. Kopi minuman bersifat mahal walaupun diminum di anjung atap rumbia, berselang dengan ubi kayu rebus kala hujan lebat. Kopi adalah minuman elit kerana dalam secawan kopi ada nikmat kehidupan, ada citarasa yang halus dan ada nostalgia kala menghirup lebih-lebih lagi jika ada orang yang menemani di sisi ketika menikmatinya.Aku masih tidak suka kopi.
Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, aku jadi gian dengan kopi. Tak pasti kenapa dan bagaimana, ia seperti dadah sintetik yg boleh buat minda berasa tenang apabila menikmati hirupan pertama, mata jadi cerah apabila menikmati hirupan kedua dan seterusnya ia jadi tambah nikmat apabila ada iringan irama Les Plaisirs Demodes by Janet Seidel..
Nota: Sama ada faktor usia, desakan atau tekanan kerja mahupun pengaruh KA yang dulu, hanya kopi yang tahu rahsia terhadap ketagihannya...
Sunday 15 April 2012
Amarah..
Kita sentiasa cuba menjadi yang baik-baik
tidak mahu mengecilkan hati sesiapa di sisi kita
kalau boleh tidak mahu sedikitpun mengguris hati mereka
bahkan tidak mahu ada secalit amarah pun terhadap mereka
tapi bagaimana dengan hati kita sendiri
yang sudah sekian lama mengepung kesumat
hendak diluahkan tapi peradaban kemanusian kata jangan
hendak mengadu tapi naluri intuisi menghalang
hendak ditelan ia seperti selumbar mengait kerongkong..
tidak mahu mengecilkan hati sesiapa di sisi kita
kalau boleh tidak mahu sedikitpun mengguris hati mereka
bahkan tidak mahu ada secalit amarah pun terhadap mereka
tapi bagaimana dengan hati kita sendiri
yang sudah sekian lama mengepung kesumat
hendak diluahkan tapi peradaban kemanusian kata jangan
hendak mengadu tapi naluri intuisi menghalang
hendak ditelan ia seperti selumbar mengait kerongkong..
Kopi yang aku minum sambil menghadap jeriji besi ini pun sudah berasa tidak enak lagi pada tekak. Apatah lagi sepohon pokok hijau di Windsor ini sudah kelihatan seperti seekor syaitan bertaring pada mata aku..apakah kini sudah tiba masa aku meninggalkan yang kini dan mencari ruang baru yang jauh, yang sejuk, yang tiada siapa pun dapat menghalang aku untuk meluahkan sebuah kemarahan yang sudah disimpan lama...
Nota: Aku tahu, sejak usia 10 tahun, ustazah sudah beritahu, kalau marah..ambil wudhu dan duduk menarik nafas perlahan-lahan. Sudah aku lakukan, tapi marah yang ini adalah marah yang terkumpul tanpa disedari...berbaur dan sulit untuk diperincikan.
Friday 13 April 2012
Mengenang dia...
14 April 2006 / Wad Songket @ Special Wing HUKM - 10.30am
“You nak balik berehat kat rumah kan? So hari ni boleh keluar. Lepas lunch nurse akan siapkan document, bil etc..”
“Thanks Prof. I kena ambil ubat banyak ke?”
“Ubat biasa je, cuma jangan buat kerja berat. Dalam masa seminggu sembuhlah. I guna laser, so luka pada kulit luar tak nampak sangat, tapi bahagian dalam tu kena beringat ya...”
“Ok Prof..maknanya I free from cancer ..*%$#.... tu lah kan?”
“InsyaAllah, tapi you kena juga buat check every 6 months..”
“Ok..apa-apa saja. Janji I boleh keluar hospital hari ini.”
13 April 2006 / P Mas, Kelantan - 6.00pm
Langit gelap, keadaan di dalam rumah sunyi. Sekejap lagi hari akan malam. Sambil dia berusaha menghabiskan secawan minuman yang sudah sejuk, dia berhadapan dengan isterinya yang sudah hampir 40 tahun dikahwini. Susah senang mereka lalui bersama.
“Yam, saya nak balik dah sekejap lagi...” katanya sambil menggosok dada sendiri. Dia duduk bersila di atas tilam kekabu yang menjadi alas pembaringannya sejak empat hari lalu. Sejak dia sakit, tilam itu dirasakan begitu enak walaupun hanya berisi kekabu. Bukan tiada tilam tebal, tapi dia memilih tilam itu kerana dirasakan serasi dengan belakang tuanya.
“Nak balik ke mana? Ini rumah kita...rumah ini sudah cukup luas untuk kita berdua. Setiap bulan cucu2 kita balik, pun masih luas lagi...” kata si isteri yang dipanggilnya Yam itu.
“Saya nak balik rumah sendiri. Tu dah ada orang tunggu saya di luar pintu,” katanya sambil membuang pandang ke arah pintu. Mata tuanya merenung jauh..seolah-olah dia sudah tahu hala tujunya ke mana selepas ini.
“Awak duduklah dengan anak dan cucu. Saya dah siapkan rumah untuk hari tua kita. Dah tiba masa untuk saya balik ke rumah saya yang kekal...” katanya sambil memotong kuku kaki.
Sebelum Asar dia sudah menggagahkan diri membersihkan diri, membersihkan janggut dan misai supaya kelihatan rapi. Dia juga sudah memotong kuku kaki dan kini dia sedang memotong kuku tangan, itulah perkara terakhir yang dia lakukan sebelum baring menghadap kiblat untuk menunaikan solat Maghrib sambil isterinya setia menemani di sebelah. Dia juga mengenakan sehelai kemeja kuning air dan pelikat lusuh, tapi bersih kerana katanya dia selesa dengan kelembutan pelikat kain kapas itu. Isterinya mengikut saja kehendak si suami yang kelihatan amat payah untuk menarik nafas.
14 April 12.30 malam @ KL.
Sakit hirisan masih terasa di perut. Duduk salah, berdiri pun salah. Ada call masuk...
“Dia suruh tanya, macam mana operation?”
“Baik saja..orang dah keluar hospital. Ada kat rumah, esok nak pi tanya tiket, orang nak balik.”
“Tunggulah dua tiga hari, luka belum sembuh kan..”
“Tak apa, orang dah janji nak balik. Dia macam mana Mak?”
“Dia macam biasa. Petang tadi dia bangun mandi. Dia gunting janggutnya, dia bersihkan misainya dan potong kuku sekali...”
“Ya ke...Mak tak tolong?”
“Dia kata dia boleh buat sendiri, Mak cuma tolong pimpin dia ke bilik air dan tunggu depan pintu takut dia jatuh..”
“Mak tengok dia macam mana?”
“Biasa saja. Cuma sekejap tadi dia makan ubat yang doktor bagi. Mak tengok kuku kaki dan tangannya sudah kebiru-biruan.”
“Mak, apa-apa hal Mak telefon ya. Adik kata dia tak boleh balik sebab final exam. Mak dah beritahu kakak ke?”
“Dah, kakak balik malam ni. Dalam perjalanan.”
“Ok Mak...”
Aku berasa setiap kali jarum jam beralih detik, ada ketakutan yang amat. Terasa lambatnya untuk hari menjelang siang. Dan sekali lagi pada jam 3.30 pagi, ada call masuk.
“Dia dah tak ada. Baru sekejap tadi...Mak di hospital. Akan dikebumikan esok selepas Zuhur...”
“Mak...tunggu orang sampai....!”
15 April 2006
5 am - ke KL sentral.
5.30 am - menaiki ERL ke KLIA.
6 am - Menunggu di kaunter MAS...katanya penuh dan aku boleh daftar untuk waiting list. Ketika itu aku sudah lupa tiga bekas jahitan yang masih berdarah akibat pembedahan dua hari lepas, namun tiada rasa sakit walaupun plaster itu merah kesan darah kerana kesakitan akibat kehilangan dia yang aku kenang lebih lagi mengatasi kesakitan akibat torehan. Kesakitan yang dihadapi ini adalah kesakitan abadi, kesakitan kehilangan orang yang sentiasa disanjung dalam hidup.
9.40 am - Cik boleh buat pembayaran sekarang . (terima kasih kepada individu yang gagal muncul pada tarikh dan jam berkenaan kerana membolehkan aku balik ke P Mas sebelum Zuhur.
10.45 am - flight took off.
11.30 am - arrival.
12.15 noon - tiba di rumah pusaka Mak. Sekeliling rumah bersih, ayam dan itik juga kelihatan mundar mandir di hadapan rumah Mak. Ayam dan itik itu adalah haiwan peliharaan dia, haiwan kesayangan katanya selain beberapa ekor kucing. Mempelam dan rambutan melebat di pohon. Kelihatannya seperti satu lukisan alam yang menyejukkan mata, tapi ia tidak enak pada mata aku kerana seorang dia yang sering menyambut kami pulang di kerusi lusuh di tepi balkoni rumah sudah tiada. Dia kini sudah berbaring lena di pembaringan, menunggu anak dan cucu menjenguk jasadnya yang sudah terbujur kaku. Betullah, dia benar-benar bermaksud untuk balik ke rumahnya yang jauh dan abadi.
Sejurus aku duduk di sisinya, dia kelihatan seperti tidur lena saja, bukan seperti mati. Dia tidak mati, dia sentiasa hidup dalam jiwa kami. Dan kalaulah aku tahu, sebenarnya Mak sudah tahu selepas melihat kukunya mula kebiru-biruan dan sedikit demi sedikit tubuhnya juga mula kebiru-biruan serta sejuk seperti ais, tapi tiada apa pun yang boleh dilakukan kerana kematian itu tidak akan terlambat, tercepat atau terhalang walau apa pun dilakukan kerana Allah sudah menetapkan ketika itu malaikat maut mencabut nyawanya.
Orang yang dimaksudkan datang untuk membawa dia balik ke rumah itu adalah malaikat maut yang hanya dia saja melihat bayangan itu. Ketika itu Mak juga sudah boleh mengagak, namun naluri manusia sentiasa cuba menafikan akan saat kematian itu, lebih-lebih lagi ia adalah kematian, juga bererti perpisahan, memisahkan dan terpisah dari orang yang kita sayangi...
2 pm - Dia dibawa ke rumahnya yang sudah siap menunggu kedatangannya. Aku, adik, kakak dan mak memilih untuk tidak menghantar dia ke 'rumahnya' itu. Hanya adik lelaki yang bongsu saja mengiringi dia ke sana. Kenapa kami tidak mahu menghantar dia, kerana menghantar dia ke sana bererti kami mengucapkan selamat tinggal kepada dia. Tidak, kami tidak mahu mengucapkan itu kepada dia kerana kami belum puas bermanja dengan dia, kerana kami belum puas mendengar suaranya memarahi cucu-cucunya yang gemar berlari di rumah papan kayu cengal itu, kerana kami belum puas mendengar desir daun yang dia sapu setiap petang dan paling utama kerana kami belum puas membalas jasa-jasanya kepada kami. Jadi kami mahu dia sentiasa ada bersama kami, di rumah itu, di mana-mana saja kami berada.
Nota: Abah, kami ada 'mengirimkan' sedikit 'hadiah' untuk abah, mak dan nenek. Tahlil 'hadiah' itu diadakan di rumah Hajjah Amnah. Harap 'hadiah' itu sudah sampai di pangkuan abah dan yang lain. InsyaAllah kami akan sentiasa mengirimkan hadiah untuk abah dan yang lain di sana. Tunggu kedatangan kami...buat masa ini, kami belum dibenarkan ke sana...jadi biarlah kami berada di sini dulu..
Kalau dia ada lagi, dia akan sentiasa membaca, dia akan sentiasa melihat, dia akan sentiasa memerhati satu persatu setiap ayat kerana 'aku' ada di mana-mana saja untuk dia lihat setiap hari. Dia yang pulang ke negeri abadi tepat jam 2.35am, 15 April 2006 akibat acute inferior infarct cardiogenic shock.
Aku nak semua koleksi Harry Porter...hehe
ENTRY ini adalah entry menyahut cabaran contest di blog Mr Clive!
Sejak membabitkan diri sebagai blogger tenggelam timbul, aku tak pernah masuk contest dan yang sewaktu dengannya. Eh ada sekali, tahun lepas..itupun sebab ia ada kena mengena dengan memasak, iaitu Master Chef Blogger tapi tak terpilih untuk pergi lebih jauh.
Akan tetapinya, contest di blog Mr Clive yang mengoffer satu set koleksi Harry Porter itu memang buat adrenalin aku mengembang berterusan memenuhi saraf dalam satu anatomi badan kerana teruja dengan tawaran hadiahnya..iaitu buku yang sudah lama aku berkira-kira untuk memilikinya secara pecah gudang, iaitu semua koleksi Harry Porter.
Aku baca buku atas beberapa sebab:
* Sebab buku itu memang bagus.
* Sebab suka dengan ayat di dalam buku.
* Sebab suka/support dengan penulisnya.
* Sebab isi buku berkenaan.
* Sebab layout yang kemas.
* Sebab cover cantik.
* Sebab harga yang mampu milik
* Sebab kualiti kertas yang digunakan.
* Sebab nak manfaatkan kuota RM150 yang aku dapat setiap bulan untuk beli buku.
* Kadang-kadang aku tak pasti cerita dalam buku berkenaan kerana aku hanya memberi tumpuan kepada struktur ayat.
* Kadang-kadang aku tak pasti apa yang penulis mahu bahaskan kerana aku memberi tumpuan kepada watak.
* Kadang-kadang aku baca buku sebab bersetuju dengan falsafah penulisnya dan aku jadikan buku untuk hadiah kepada mereka yang berkenaan. Buku sebagai hadiah bukan budaya baru, tapi ia bukan budaya sepenuhnya di negara kita...
# Justeru ada banyak tabiat dan alasan kenapa aku / anda membaca kan. Dan setiap alasan itu tentunya ada pengukuhan tersendiri. Jadinya, kenapa aku nak participate dalam contest ini dan kenapa aku mahu jadi pemenang....ini jawapannya!
Why I want to be a winner?
1. Because i want to read a book. The book of Harry Porter is a must read since you told us about the books is really great for learning English. Yes, that is what im aiming for! BI aku pun kelam kabut tapi selagi ada hayat, selagi itu aku akan terus belajar dan menjadi pelajar. I know some are very lucky, they have an opportunity to study in university in overseas but as for me, im a not brilliant so i must speed two times faster rather than others.
2. I create a guide line for my own sake...not shopping till drop but reading till drop. Will read till the end because in our life as muslim, we often refer to our evergreen kitab (al-Quran: Iqraq : Bacalah). The benefit of reading is the world is in your hand, you read a book - you grab a world..:) Even all people knows reading a book is a superb habit rite? But not all people can do this. Honestly, i force myself to read a book everyday even just two pages / day..at least im reading..
3. I dream to have a bussiness like cafe and at the same time a library. U come to have a cup of coffee or tea, feed your tummy and feed your mind too. Pick any book or magazine while having a cup of tea, scone etc while waiting for someone...that is heaven! Practic gastronomic food o yeah and practic good discipline too. It is all about a bliss of reading!
4. I want to refill my book shelf with book. I need a book, book and book. Eventhough i don't have much time to read a book at the moment, one fine day...i will read it. By the way, I provide a space for you and friends if u wanna have a short meeting or gathering in a small volume. U can hire my place for a few hours for that, meeting and reading. And for those who want to read my book, please you are most welcome to my library. I mean it!
5. And....the contest will be on going till 30 April...??? I was born on 30 April, many yrs ago. So i need a birthday present...hihi...shall i be a winner? What do you think?
"Nak buku Harry Potter? Klik ni!" |
Sejak membabitkan diri sebagai blogger tenggelam timbul, aku tak pernah masuk contest dan yang sewaktu dengannya. Eh ada sekali, tahun lepas..itupun sebab ia ada kena mengena dengan memasak, iaitu Master Chef Blogger tapi tak terpilih untuk pergi lebih jauh.
Akan tetapinya, contest di blog Mr Clive yang mengoffer satu set koleksi Harry Porter itu memang buat adrenalin aku mengembang berterusan memenuhi saraf dalam satu anatomi badan kerana teruja dengan tawaran hadiahnya..iaitu buku yang sudah lama aku berkira-kira untuk memilikinya secara pecah gudang, iaitu semua koleksi Harry Porter.
Aku baca buku atas beberapa sebab:
* Sebab buku itu memang bagus.
* Sebab suka dengan ayat di dalam buku.
* Sebab suka/support dengan penulisnya.
* Sebab isi buku berkenaan.
* Sebab layout yang kemas.
* Sebab cover cantik.
* Sebab harga yang mampu milik
* Sebab kualiti kertas yang digunakan.
* Sebab nak manfaatkan kuota RM150 yang aku dapat setiap bulan untuk beli buku.
* Kadang-kadang aku tak pasti cerita dalam buku berkenaan kerana aku hanya memberi tumpuan kepada struktur ayat.
* Kadang-kadang aku tak pasti apa yang penulis mahu bahaskan kerana aku memberi tumpuan kepada watak.
* Kadang-kadang aku baca buku sebab bersetuju dengan falsafah penulisnya dan aku jadikan buku untuk hadiah kepada mereka yang berkenaan. Buku sebagai hadiah bukan budaya baru, tapi ia bukan budaya sepenuhnya di negara kita...
# Justeru ada banyak tabiat dan alasan kenapa aku / anda membaca kan. Dan setiap alasan itu tentunya ada pengukuhan tersendiri. Jadinya, kenapa aku nak participate dalam contest ini dan kenapa aku mahu jadi pemenang....ini jawapannya!
Why I want to be a winner?
1. Because i want to read a book. The book of Harry Porter is a must read since you told us about the books is really great for learning English. Yes, that is what im aiming for! BI aku pun kelam kabut tapi selagi ada hayat, selagi itu aku akan terus belajar dan menjadi pelajar. I know some are very lucky, they have an opportunity to study in university in overseas but as for me, im a not brilliant so i must speed two times faster rather than others.
2. I create a guide line for my own sake...not shopping till drop but reading till drop. Will read till the end because in our life as muslim, we often refer to our evergreen kitab (al-Quran: Iqraq : Bacalah). The benefit of reading is the world is in your hand, you read a book - you grab a world..:) Even all people knows reading a book is a superb habit rite? But not all people can do this. Honestly, i force myself to read a book everyday even just two pages / day..at least im reading..
3. I dream to have a bussiness like cafe and at the same time a library. U come to have a cup of coffee or tea, feed your tummy and feed your mind too. Pick any book or magazine while having a cup of tea, scone etc while waiting for someone...that is heaven! Practic gastronomic food o yeah and practic good discipline too. It is all about a bliss of reading!
4. I want to refill my book shelf with book. I need a book, book and book. Eventhough i don't have much time to read a book at the moment, one fine day...i will read it. By the way, I provide a space for you and friends if u wanna have a short meeting or gathering in a small volume. U can hire my place for a few hours for that, meeting and reading. And for those who want to read my book, please you are most welcome to my library. I mean it!
5. And....the contest will be on going till 30 April...??? I was born on 30 April, many yrs ago. So i need a birthday present...hihi...shall i be a winner? What do you think?
Tuesday 10 April 2012
Andainya aku tahu...
Ada orang kata mengenang yang lama adalah membuang masa dan seperti kita tidak dapat menerima kenyataan, tapi bagi aku mengenang yang lama adalah sebahagian daripada proses hidup. Mengenang yang lama bererti memperbaik diri, mengambil iktibar dan menyimpan kenangan itu sebagai khazanah hidup yang akan diingat sampai akhir hayat. Setiap ingatan itu ada sebab dan musabab kenapa ia berlaku dan dua tiga hari ini, aku mengenang akan dia...dia yang sentiasa dalam kenangan..
Hari ini, enam tahu lalu. Prof Zainul kata aku kena buat operation untuk membuang tumor itu. Kalau tak ia akan membesar dan jadi seperti parasite, menghisap darah sedikit demi sedikit. Aku tiada pilihan, membiarkan bererti menderma darah kepada parasite dan membuangnya pula bererti aku kena bermalam di wad selama dua hari..masa makin suntuk sebenarnya..
Sambil aku kemas baju dua tiga helai untuk dibawa ke hospital, ada call masuk:
"Jadi masuk wad hari ni?"
"Jadi, kejap lagi orang pergi..pukul 2 kena ada sana dah..."
"Sapa hantar?"
"Pergi sendiri. Teksi banyak...tak apalah..dia macam mana?"
"Macam tu juga, tapi dia boleh bangun. Pagi tadi dia bangun sapu sampah.."
"Suruh dia makan ubat. Esok atau lusa, orang balik."
"Tak apalah, kalau esok luka belum sembuh. Saja nak bagi tahu..."
"Ok, minta dia berehat ya. Nanti orang bagi tahu kakak. Biar kakak balik dulu.."
"Ok. Katanya kalau balik boleh makan rambutan, mangga dan pisang. Semua sedang lebat di pokok..."
"Orang nak balik, tapi lepas operation ni..."
Klik...
Nota: Kalaulah aku tahu...
Tuesday 3 April 2012
Monday 2 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
Aidiladha beberapa tahun ini..
Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku beraya di Brockley. ...
-
Kalau aku tak jadi kuli macam sekarang, mungkin aku jadi tukang masak walaupun aku tak pandai masak selalu kalau masak, KA dulu pernah k...
-
Rumah arwah mak kat kampung adalah rumah papan daripada kayu cengal yang dicelup minyak dan makin lama kayu itu makin gelap warnanya. Arwah...