Saturday 21 April 2012

Ia mahu duduk dengan siapa yang ia mahu..

Sebut nama Ustaz Don, rasanya kita semua kenal siapa ikon ini sekarang, jadi ustaz pada usia yang sangat muda. Aku tak pernah dengar tazkirah atau ceramah dia. Whatever, dia adalah ustaz dan semoga dia akan terus jadi ustaz yang sebenar-benar ustaz. Semalam ada keluar cerita dia di Harian Metro dan aku baca juga sebab nak tahu apa cerita yang ditulis wartawan bernama Norhadiani Baharom itu..dalam berbaris-baris ayat itu, yang ini sangat menarik perhatian aku dan sangat mengesankan...bukan nak kata aku ini warak atau alim, tapi kenyataan Don Danial ini mencuit fikiran..

"Saya mula minat menghafaz al-Quran selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Al-Quran sangat istimewa dan hanya akan 'duduk' dengan siapa yang ia mahu. Ada orang belajar sedari umur empat tahun untuk menghafal al-Quran, tetapi masih tidak mampu melakukannya. Wallahualam... apa yang saya tahu mereka yang mendapat kelebihan adalah orang yang menyayangi al-Quran. Seperkara lagi, sejak dulu saya selalu patuh kepada kata-kata guru. Menghormati guru nescaya kita akan mendapat keberkatan dalam pelajaran." - Don Danial.

Nota: Ia mahu 'duduk' dengan siapa yang ia mahu...dan selangkah kita menapak menujuNya, berlari Dia menuju kita. Sedetik kita ingat kepadaNya, selama-lamanya  Dia akan ingat kepada kita..dan sampai saat ini aku tak faham kenapa Al-Quran itu ada pula yang buat sebagai barang hantaran.

12 comments:

  1. "dan selangkah kita menapak menujuNya, berlari Dia menuju kita. Sedetik kita ingat kepadaNya, selama-lamanya Dia akan ingat kepada kita"

    dan aku paling suka yang ini...

    ReplyDelete
  2. Kita yang selalu lupa... kita yang selalu alpa. Tapi Dia tetap limpahi kasih sayangNya pada kita...

    ReplyDelete
  3. dibuat hantaran? mungkin pada si penghantar ti sebagai simbolik kepada satu barang yang berharga kot. sama macam sepasang kasut berjenama, minyak wangi import dan lain-lain. itu dari segi material la. kalau segi rohaniah, aku tak pasti.

    ada pendapat?

    ReplyDelete
  4. Aaa.... aku setuju.. hehehe. Aku juga mahu jadi seperti itu tapi bila entah.. aku tak tahu.. banyak lagi odsa yang belum taubat... hurm..., =.=

    ReplyDelete
  5. Nong Andy,
    Gitu la kan...kita yang selalu lupa, buat2 lupa dan sentiasa fikir...lalu bertanggapan seperti kita ini akan berumur panjang, menyebabkan kita bertangguh untuk membacanya..

    ReplyDelete
  6. SM,
    Kan sekarang ni trend asal barang hantaran kahwin jer, mesti nak selit al-Quran. Tak boleh beb, kalau mereka tahu isi maksud dalam al-Quran itu, sanggupkah mereka mengikut semua hukum yang sudah termaktub di dalamnya. Yang mana isi al-Quran adalah satu panduan lengkap untuk seluruh kehidupan manusia, ia juga adalah panduan untuk apa saja bentuk kehidupan. Masalahnya kini, al-Quran itu bukan dijadikan panduan tapi sebagai hiasan atau pelengkap hantaran. Maaflah kalau ada pasangan pengantin yg benar2 menjadikan al-Quran itu sebagai panduan hidup mereka itu, aku salute...tapi kalau sebagai hantaran, hukumnya bukan berdosa tapi tidak wajar...aku pernah bertanya pada ustaz dan itulah jawapannya, seperti yg aku tulis panjang lebar ini.

    ReplyDelete
  7. ReenApple,
    Kalau kau sudah ada niat begitu, bagus! Niat yang bagus, sudah pun dicatat oleh malaikat pencatat. Aku pun nak jadi begitu juga...maksud aku membacanya setiap hari walaupun sepotong ayat...insyaAllah...

    ReplyDelete
  8. wahhh...dah buleh komen!!!!
    siap ko akak

    ReplyDelete
  9. spek ustaz Don smart ler akak :p

    wah...da buleh komen..da buleh komen yeayyyyyyy !!!!

    ek elleh ustaz Danish tuuu
    putih gigi...waakaka

    ReplyDelete
  10. Semoga ia sudi "duduk" dengan akak kerana akak amat cinta padanya.

    ReplyDelete
  11. Halym,
    Habis tu, kalau da boleh komen, ko tak reti2 ke nak hantar akak sebekas baung masak lemak tempoyak?

    bhahaha..tak aci le ko saja nak buat akak starving!

    ReplyDelete
  12. Kak Dinas,
    Saya doakan yang terbaik semoga ia juga cinta akan orang2 yang menyintainya sepenuh hati..termasuk saya sendiri...

    ReplyDelete

Retorik ayam dan cornflake di Secret Recipe

  Nak makan ayam, ada seninya: Ayam masak sempurna Tak ada ketulan lemak Tak ada bau hanyir Garing Cukup masin manisnya So.. C...