Penemuan baharu yang diterbitkan
pada 2025 dalam European Journal of Clinical Nutrition (EJCN) menunjukkan bahawa
gabungan sinbiotik tertentu yang mengandungi probiotik Bifidobacterium breve
M-16V dan prebiotik GOS/lcFOS (9:1) dapat membantu meningkatkan keseimbangan
usus yang berkesan dalam kalangan kanak-kanak kelahiran Czer berusia satu tahun
ke atas.
![]() |
| Dr Nisa Khalil |
Pakar Perunding Pediatrik, Dr Nisa Khalil, berkata usus yang sihat
penting untuk peningkatan daya ketahanan kanak-kanak terhadap ancaman
persekitaran berkaitan kesihatan mereka.
“Kesihatan usus merupakan asas kepada
sistem imun kanak-kanak dan sekitar 70 peratus hingga 80 peratus sel imun
sebenarnya terletak dalam usus.
“Ini bermakna perkembangan usus akan
mempengaruhi sejauh mana tubuh kanak-kanak mampu melawan jangkitan dan sebab
itulah penjagaan usus yang betul amat penting untuk membina imuniti jangka
panjang,” katanya pada majlis Aptamil™ KID Synbio+ Science Café yang berlangsung
di M Resort Hotel, Damansara, sempena Bulan Kesedaran Pembedahan Caesarean
(Czer), baru-baru ini.
| Majlis pelancaran Aptamil™ KID Synbio+ Science Café yang berlangsung di M Resort Hotel, Damansara, sempena Bulan Kesedaran Pembedahan Caesarean (Czer), baru-baru ini. |
Turut hadir, Pengurus Negara Danone Malaysia & Singapura,
Koh Kok Meng serta duta jenama baharu bagi Aptamil™ KID iatu pelakon yang juga
penyanyi, Bella Astilah. Dr Nisa berkata, kanak-kanak yang dilahirkan menerusi
pembedahan caeserian atau lebih dikenali sebagai Csec dikuatiri mempunyai tahap
bakteria yang kurang berbanding kanak-kanak yang dilahirkan secara normal.
Bagaimanapun katanya keadaan ini bukan bermakna kanak-kanak itu mempunyai taraf
kesihatan yang tidak baik, namun sebaliknya ibu bapa perlu memastikan si kecil
mereka mendapat makanan yang tepat bagi kesihatan usus.
“Kajian juga menunjukkan
kanak-kanak yang dilahirkan melalui pembedahan Caesarean mungkin mempunyai tahap
bakteria baik yang lebih rendah bermula dari usia satu tahun ke atas, dan
ketidakseimbangan ini boleh berlanjutan selama beberapa tahun.
“Namun, ini tidak
bermaksud mereka berada dalam keadaan kurang baik sebaliknya mereka mungkin
memerlukan sokongan yang tepat untuk membina keseimbangan usus,” katanya.
Beliau
turut menangkis tanggapan salah dalam kalangan masyarakat bahawa Probiotik atau
prebiotik sahaja tidak mencukupi untuk imunisasi kanak-kanak Csec..
“Apa yang
benar-benar penting untuk gabungan yang tepat ialah apabila probiotik dan
prebiotik yang sesuai digabungkan, ia menghasilkan kesan sinbiotik dan melalui
tindakan sinergi ini, keseimbangan usus dapat disokong dengan lebih berkesan.
Justeru, pemilihan kombinasi yang betul amatlah penting.”
![]() |
| Bella Astillah, duta jenama baharu bagi Aptamil™ KID amat mementingkan imunasi anak-anaknya. |
Sementara itu, Bella
berkata meskipun beliau bukan seorang saintis, tetapi beliau tetap mahu memahami
akan rahsia sains dalam pemakanan demi kesihatan dua permata hatinya.
“Saya
bukan seorang saintis, tetapi saya tahu bagaimana untuk bertanya soalan dan
apabila melibatkan anak-anak, saya tidak membuat andaian serta saya mahu
memahami apa yang saya berikan kepada mereka.
“Apa yang meyakinkan saya tentang
Aptamil™ KID C-SynB ialah kajian mendalam di sebaliknya, jadi apabila sesuatu
itu disokong oleh bukti yang kukuh, ia memberi keyakinan kepada saya.
Bella
turut berkongsi bahawa selepas bergelar ibu, beliau menjadi lebih teliti dan
berprinsip dalam membuat pilihan, khususnya apabila memilih jenama yang ingin
disokongnya selain menekankan bahawa memahami sebab di sebalik sesuatu produk
merupakan faktor yang penting dalam proses membuat keputusan.
“Setiap ibu bapa
mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bagi saya, itu bermaksud bukan
sekadar mengikut trend, tetapi benar-benar memahami kualiti, sains dan kandungan
di sebalik sesuatu produk.
“Setelah mengetahui tentang Synbio+ dalam Aptamil™
KID C-SynB serta bagaimana ia dikaji secara klinikal, ia memberi saya
keyakinan,” jelas beliau.
| Koh Kok Meng (kanan). |
Koh Kok Meng pula berkata kerjasama ini mencerminkan
komitmen bersama dalam memperkasakan keibubapaan yang berasaskan maklumat dan
dalam konteks ini, ia melibatkan pemahaman mengenai kesan Czer terhadap
kesihatan usus serta bagaimana ia boleh mempengaruhi imuniti dan perkembangan
otak kanak-kanak.
“Dengan adanya media sosial dan AI, seperti Bella, ibu bapa
masa kini lebih terhubung dan berpengetahuan berbanding sebelum ini. Melalui
inisiatif seperti Bulan Kesedaran Czer, kami ingin membantu ibu bapa memahami
konsep saintifik agar mereka dapat membuat pilihan terbaik untuk memenuhi
keperluan pemakanan anak-anak.
“Kerjasama dengan Bella tidak mungkin datang pada
waktu yang lebih tepat. Ia sangat relevan dengan situasi semasa, dan kami amat
menghargai suara beliau dalam membantu meningkatkan kesedaran terhadap
kepentingan pemakanan terhadap kesihatan.”
Menurut Danone, Aptamil™ KID C-SynB
adalah formula pertama dan satu-satunya di Malaysia yang terbukti mempunyai
gabungan Synbio+, iaitu kombinasi probiotik spesifik dan prebiotik unik yang
bertindak secara sinergi untuk menyokong kesihatan usus serta sistem imun
kanak-kanak kelahiran Czer yang berumur satu tahun ke atas.


No comments:
Post a Comment