Tuanku mengadakan demo dengan bantuan Chef Alex Vitalis daripada Resort World Genting. - Gambar ehsan Resort World Genting. |
Tuanku mengadakan demo dengan bantuan Chef Alex Vitalis daripada Resort World Genting. - Gambar ehsan Resort World Genting. |
Dan kami pun berlari mengejarnya untuk bergambar. Mana boleh lepas peluang, mungkin sekali seumur, silap gaya tak berpeluang langsung pun.
“U all buat apa sini?” Ujarnya ketika kami approach nak bergambar dengan Tuanku.
“Kami kerja sambil cari pengalaman.”
“Oo rajinnya. Bagus..”
Dan kami pun zapp zipp zupp.
“Terima kasih Tuanku.”
Semua menu sedappppp! Saya try semua air tangan Tuanku Permaisuri. Paling sedap spaghetti asam pedas. |
Sekitar September 2014, saya dan Amirul berjalan-jalan di
Southbank ketika itu. Kami ke Southbank untuk cari makanan Melayu kerana ketika
itu ada Malaysian Week dan pelbagai jenis masakan dan makanan Melayu ada di
jual. Selepas hari gelap, kami bercadang nak balik dan berjalan kaki menuju ke
stesen keretapi terdekat. Tiba-tiba Amirul bagitahu saya dia nak kejar TKP
(Tengku Puan Pahang).
Saya pun meluaskan pandangan, tak nampak pun TKP.
Rupa-rupanya TKP sedang berjalan bersama-sama ahli keluarga dan beberapa
pengiringnya beberapa langkah di hadapan kami. Suasana gelap malam menyebabkan
saya tak perasan dia ada di depan kami.
“Nak ke dia bergambar dengan kita ni Mirul?”
“A ah ek, alamak segan la Ksha.”
Sambil kami berkira-kira, ada satu suara lain di belakang
kami berkata:
“Go and chase her laa. TKP’s ok.”
Ya, walaupun sekejap macam kilat, pantas dan berdesup, sampai
ke hari ini saya ingat momen itu.
Dan sekitar Oktober tahun lepas, saya berpeluang berkunjung
ke Penjara Bentong atas jemputan Resort World Genting. Tuanku Permaisuri hadir
membuat demontrasi memasak menggunakan paste asam pedas hasil air tangannya
sendiri, dengan kerjasama chef Alex daripada RWG. Tuanku menyediakan lebih 5 menu
dan saya sendiri dapat merasa menu berkenaan.
Semuanya sedap, terutama spaghetti asam pedas yang
menggunakan pes asam pedas hasil air tangan Tuanku sendiri. Ibarat kata ular
menyusur akar tak akan hilang bisanya, saya dikhabarkan Tuanku Permasiuri ini
hebat dan handal memasak. Saya kena cari buku masakan yang dihasilkan Tuanku Permaisuri, Air Tangan Tengku Puan Pahang - Masakan Tradisional Pahang sebab pes resipi asam pedasnya teringat-ingat!