Tuesday 19 February 2019

Daulat Tuanku!

Tuanku mengadakan demo dengan bantuan Chef Alex Vitalis daripada Resort World Genting.
- Gambar ehsan Resort World Genting.
Bukan senang nak bersua dengan tokoh pemimpin tertinggi negara. Bukan menteri, bukan juga YB. Wajah yang satu ini, sudah lama saya minat dan suka melihat penampilannya. Walaupun saya bukan orang Pahang, saya tetap senang dan mahu sentiasa lihat dia jika berpeluang. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar, cantik dan sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki bagi saya. Figura keibuannya terserlah apatah lagi aura sebagai permaisuri yang disayangi seluruh rakyat jelata.
Tuanku mengadakan demo dengan bantuan Chef Alex Vitalis daripada Resort World Genting.
- Gambar ehsan Resort World Genting.
Kami menoleh ke belakang, ada seorang perempuan yang tersenyum-senyum melihat kami terpinga-pinga dan teragak-agak nak bergambar dengan TKP yang kini Raja Permasuri Agong. Kalau tidak silap saya, wanita ini juga adalah salah seorang daripada pengiring Permaisuri.
Dan kami pun berlari mengejarnya untuk bergambar. Mana boleh lepas peluang, mungkin sekali seumur, silap gaya tak berpeluang langsung pun.
“U all buat apa sini?” Ujarnya ketika kami approach nak bergambar dengan Tuanku.
“Kami kerja sambil cari pengalaman.”
“Oo rajinnya. Bagus..”
Dan kami pun zapp zipp zupp.
“Terima kasih Tuanku.”
Semua menu sedappppp! Saya try semua air tangan Tuanku Permaisuri. Paling sedap spaghetti asam pedas.

Sekitar September 2014, saya dan Amirul berjalan-jalan di Southbank ketika itu. Kami ke Southbank untuk cari makanan Melayu kerana ketika itu ada Malaysian Week dan pelbagai jenis masakan dan makanan Melayu ada di jual. Selepas hari gelap, kami bercadang nak balik dan berjalan kaki menuju ke stesen keretapi terdekat. Tiba-tiba Amirul bagitahu saya dia nak kejar TKP (Tengku Puan Pahang). 
Saya pun meluaskan pandangan, tak nampak pun TKP. Rupa-rupanya TKP sedang berjalan bersama-sama ahli keluarga dan beberapa pengiringnya beberapa langkah di hadapan kami. Suasana gelap malam menyebabkan saya tak perasan dia ada di depan kami.
“Nak ke dia bergambar dengan kita ni Mirul?”
“A ah ek, alamak segan la Ksha.”
Sambil kami berkira-kira, ada satu suara lain di belakang kami berkata:
“Go and chase her laa. TKP’s ok.”

Ya, walaupun sekejap macam kilat, pantas dan berdesup, sampai ke hari ini saya ingat momen itu.
Dan sekitar Oktober tahun lepas, saya berpeluang berkunjung ke Penjara Bentong atas jemputan Resort World Genting. Tuanku Permaisuri hadir membuat demontrasi memasak menggunakan paste asam pedas hasil air tangannya sendiri, dengan kerjasama chef Alex daripada RWG. Tuanku menyediakan lebih 5 menu dan saya sendiri dapat merasa menu berkenaan.
Semuanya sedap, terutama spaghetti asam pedas yang menggunakan pes asam pedas hasil air tangan Tuanku sendiri. Ibarat kata ular menyusur akar tak akan hilang bisanya, saya dikhabarkan Tuanku Permasiuri ini hebat dan handal memasak. Saya kena cari buku masakan yang dihasilkan Tuanku Permaisuri, Air Tangan Tengku Puan Pahang - Masakan Tradisional Pahang sebab pes resipi asam pedasnya teringat-ingat!




No comments:

Post a Comment

Obesiti

OBES? Takut gila wehh aku dengar perkataan obes ni. Aku tau aku dah masuk tahap obes tapi still bernasib baik sebab ada kesedaran walaupun t...