Golden opportunity doesn't come twice. Once you let it go, it never come
back to you. Thought that was a chance to grab, i totally said yes when
she text me on Friday morning. Walaupun masih kurang sihat, apabila
mengingati ada tetamu akan datang dan mahu makan makaroni bakar, aku
bergegas menyediakan apa yang patut kerana tidak seronok pula menghampakan
harapan tetamu, tapi sebelum itu aku dah set appointment dengan En Puteh
untuk minta beliau baiki lampu, check fius box dan betulkan tank dalam
bilik air. Alhamdulillah everything was settled before Zuhur and i was
shock when the text from a same person came in again...
Ruang meja makan memang tak cukup sebab hanya ada enam tempat duduk, jadi ada yang memilih makan sambil santai di ruang lain... |
"Yerp..why?"
"My friends..ada dua family from Pahang..loking for space for 2 nights...tak kisah macam manapun janji depa boleh buka puasa, sahur dan selesa..."
"Ok, but then my residence is not a 5 stars hotel.."
"I know...that's why i asked you laa..."
"You sure?"
"Sure....boleh ke? Berapa you charge?"
"Wait..u buat joke?"
"Eh tak lah..so berapa satu malam?"
"Berapa depa nak bayar?"
"You accomodate dengan budget depa ya..."
"Ok boleh. Datanglah..."
Satu keluarga dari Pahang dengan tiga kanak-kanak... |
Makaroni bakar..nasib baik jadi walaupun ketika menyediakannya, kepala mak pusing-pusing... |
Ada yang tak mau makan nasi masa sahur, so that di replaced dengan menu lain dan jadi juga cucur udang poyo itu..semua jalan... |
Sira pisang, kali terakhir aku buat..beberapa tahun lepas..kali ni tetiba rasa nak buat pula... |
Whoaaa...aku bercakap tanpa berfikir. Dah kata ya, baru terfikir apa yang aku dah buat. Jadi host untuk dua family...3 kids, 2 teenagers and 4 adults. Habislah tulang temulang aku makin longgar...nampaknya ada hikmah juga beberapa keping not RM50 aku terbang melayang bayar kepada En Puteh sebelum itu. Rupa-rupanya ada seribu rahmat mendatangi kediamanku...
Rojak buah.. |
Start jam 3 pm, aku rasa nak minta pada Tuhan supaya beri aku sepuluh tangan lagi untuk sediakan makanan untuk mereka. Nasib baiknya lagi, kedua-dua bilik sudah siap dikemas dan ada katil, kipas dan meja study (next time maybe aku kena sediakan aircon). Antara menu bidan terjun yang sempat dibuat ialah rojak buah, sup ayam, nasi putih, makaroni bakar, cooktail, pengat pisang dan lauk lain dibawa oleh guest yang nak datang.
Sebetulnya perkara ini tiada dalam perancangan memandangkan aku sendiri belum memutuskan akan apa yang akan dilakukan berhubung beberapa perkara yang sudah lama bersarang dalam kepala. Mungkin kedatangan mereka ini adalah sedikit bayangan kepada apa yang aku sudah dan sedang fikir selama ini. Semoga Tuhan meminjamkan ihsan belas kasihanNya kepada aku untuk memahami apa yang perlu dilakukan selepas ini.
Dry fruits..rezeki mereka..kalau datang selepas Ramadhan, mungkin dah habis... |
Jam 6.30 petang, tetamu yang datang dari jauh tiba dan nasib baik mereka juga sudah membeli minuman idaman masing-masing, jadi aku tak lah kalut menyediakan minuman, kecuali teh panas dan kuih-muih simple untuk hidangan santai mereka sebelum masing-masing beransur ke 'bilik' rumah aku yang tiba-tiba bertukar menjadi bilik untuk home stay??? Rasa tak percaya pun ada sebab selama ini rumah aku sunyi senyap, tapi dua malam ini riuh dengan suara kanak-kanak..hihi...weird!
Rambut-an atau pulas-an? |
Alhamdulillah, everthing went well and next time (InsyaAllah soon) i will register my house under Airbnb..for those who looking for quiete and serene place like private sanctuary, do not hesitate to contact me..i'll make sure you feel like your home space. Library, flat screen tv/Astro, broadband, laundry and free flow finger food and the rest is upon request.
Sambal tumis sotong.. |
Sup ayam Ampang Puteri...sup ini agak tawar, jadi mereka kata sup ini adalah sup untuk pesakit di Ampang Puteri... |
Daging goreng dengan kacang panjang. |