Showing posts with label anecdot. Show all posts
Showing posts with label anecdot. Show all posts

Saturday, 22 September 2012

Olympyc culinary in Erfurt..

Haruslah kalau mak ada, mesti mak suruh aku berhenti kerja 'typist,' jadi tukang masak saja sebab minggu lepas, dua tiga hari tu asyik dok jumpa chef saja..bukan setakat tastegasm..eyegasm juga sebab aku suka tengok depa ni dalam uniform putih bersih, nampak smart sungguh dengan topi tinggi melangit tu dan sangat berhati-hati kala menghidangkan makanan untuk tetamu, termasuklah aku yang turut diundang untuk memenuhkan kerusi di meja makan di Restoran Laman Grill milik Chef Zubir Zain di Shah Alam. Chef, tq jemput i, walaupun tak sempat nak makan sebab aku nak balik ke KL, tu pun sesat barat dari Shah Alam ke Kerinchi, sampai masuk ke Denai Alam langsung terus ke Bukit Jelutong dan ntah mana-mana lagi...tu belum dok di German lagi. German???? Haaa kenapa dengan German??
Chef Zubir and the gang...yang nombor dua dari kanan tu adalah Chef Malcolm..potato cheese cake dia adalah sangat yummy..nanti bila free akan dibuat entry mengenainya...
Actually they were a group of chef in variety skill, will fly to Erfurt, German, for Culinary Olympic during this coming October. Kalau tak silap aku pada 4 Oktober ini dan akan berentap dengan beratus chef handal seluruh dunia. Bukan ringan cabaran yang mereka galas. Didoakan Chef Zubir and the gang akan bawa balik medal untuk Malaysia.
Chef Zubir kata, kiranya kalau sapa dah masuk olimpik kulinari ni, macam pukul habis la mana-mana pertandingan masak yang dok ada selama ni sama ada master chef atau chef selebriti..hebat betul nama olimpik ni, sangat berprestij!
Ok chef tahun depan i masuk masterchef..
Antara menu yang mereka akan bawa ke Erfurt...
Apa ntah nama adik ni, aku lupa..dia pun muncul dalam tv juga..
Jadinya, kalau ada sesiapa yang ada anak dan nampak minat anak ke arah masak-masak tu, boleh lah pupuk bakat anak untuk jadi tukang masak. Nowadays kerjaya ini sudah dianggap satu fenomena...va va voom kalau anak lelaki jadi chef...mesti ramai perempuan suka..sebab lelaki yang suka masak ni, konon berjiwa penyayang..ya ke? Okeh ini adalah statement kawan-kawan aku, depa kata memang betul. Sorry aku tak tau, no experience at all..

Nota: Teringat jiran dekat rumah arwah mak, abang din..belajar tinggi dan jadi hakim tapi tetap pandai masak puding panca delima..sedap pulak..oh abang din...hehe!

Tuesday, 7 August 2012

Mereka yang istimewa...

Kita sentiasa berasa kita tidak bernasib baik apabila terlepas tren ke Segambut (ehh tetiba segambut pulak..??), kita sentiasa berasa tidak bernasib baik apabila kasut Clarks size 8 tak de untuk dibeli (aku pakai kasut cap ayam) dan kita sentiasa berasa tidak bernasib baik apabila kena bayar dua posen apabila nak kencing kat KLCC..bak kata Pyanhabib pada aku suatu ketika...hang tau dak nak pancuq ja kena hulur RM2..tak logik! Ya lah En Pyan...
Lukisan oleh adik sebelah kanan tu, pelajar di Tasputra Perkim...
Tapi aku berasa minggu lalu aku adalah manusia paling bernasib baik apabila berada di kalangan insan-insan yang sangat berbaloi untuk dikasihi dan diberi sepenuh perhatian. Mereka yang sangat berkebolehan, sangat memahami dan ada gerak hati yang sangat berkesan antara sesama sendiri. Hon Pui telefon ajak datang ke Caterpillar Day dan aku pun menaiki teksi ke sana kerana kalau nak drive, aku memang fail. Tambahan pula bulan puasa buat deria kesan aku jadi makin blur, jadi langkah terbaik adalah menahan teksi putih merah dan membiarkan diri terhenyak di perut teksi di tempat duduk belakang. Nasib baik pakcik teksi jenis yang berhemah...Akhirnya sampai juga ke Caterpillar Mount Kiara.
Dia gembira menyiapkan lukisannya dengan banyak tangan lembut tapi perkasa membantu dia menyudahkan tugasan...
Mereka melangkah dengan payah, tapi memandangkan banyak tangan perkasa yang membantu, segala-galanya nampak mudah. Sepertinya tiada langsung kekurangan yang dialami bahkan kami yang melihat ini pula yang berasa kekurangan kerana tidak dapat menyelami perasaan mereka. Adik yang di atas tu berjaya menyiapkan lukisannya dengan bantuan petugas.
Dengan tunjuk ajar penjaga yang sentiasa menumpahkan dedikasi, mereka bersemangat menyiapkan tugasan seni...
Dan adik yang berdua ini pula sibuk berbincang bagaimana untuk mencantikkan kerjatangan mereka. Tidak ada elemen kerdil pun sebaliknya mereka juga seperti individu normal yang lain, malah akal fikiran mereka sempurna kerana tahu menggunakan pensil warna, ingin menyiapkan lukisan dan berlumba-lumba menjadi yang terawal menyiapkan tugasam.Cuma kita saja yang berasa was-was adakah mereka mampu melakukannya? Ya mereka mampu, dengan latih tubi dan tunjuk ajar berterusan, mereka mampu. Dan buat kesekian kalinya, aku berasa sangat bernasib baik, sangat beruntung dan segala-galanya...sebagai manusia normal, aku tak patut berasa marah apabila penat menapak menaiki bangunan lima tingkat dan aku tak sewajarnya mengeluh apabila terpaksa berhadapan kerenah manusia cengeng di mana-mana saja di bumi Tuhan ini...
Oleh sebab puasa, Hon Pui membekalkan kami bento box ini dengan isi sandwich sayur, cookies, fruits dan cup cake. Selamat sudah ransom untuk buka puasa hari itu.

Thursday, 2 August 2012

Katanya...buat je dulu..

Aku tak pernah peduli dengan tahi lalat sehinggalah pada suatu hari, aku nampak arwah abah memberi pelempang lemak manis kepada adik kerana kenakalan, berbekas lima jari pada peha adik dan adik demam dua tiga hari. Ini adalah tiga dekad lalu. Ketika itu abah pesan pada kami, jangan nak pelempang orang lain juga kerana dia tidak mahu orang yang menerima pelempang itu demam. Sampai kini aku ingat pesan abah, tapi tidak faham kenapa. Bila aku cek balik, di tapak tangan sebelah kiri ada sebutir tahi lalat. Mungkin itu agaknya tahi lalat berbisa yang akan membuatkan sesiapa terkena, teringat-ingatkan aku..haha  ok aku perasan...

Bila sudah agak faham mengenai tahi lalat, aku mula perhati akan setiap tahi lalat pada pemiliknya. KA ada lebih 25 tahi lalat padanya. Kini dia sudah gone with the wind dan tahi lalat dia lagilah aku tak tahu ke mana. Mungkin tahi lalatnya sudah dimiliki orang lain....biarlah!

Kakak ada tahi lalat besar pada tumit kakinya. Adik juga ada tahi lalat yang sederhana besar pada bawah bibirnya menyebabkan dia kelihatan manis walaupun dia sebenarnya cikgu yang garang di sekolah. Ada seseorang di tempat kerja yang mempunyai future sharp dengan empat tahi lalat terletak cantik pada wajahnya, bila ada yang tegur, dia akan cakap:
“...masa saya kecik, mak saya lupa nak kenakan kelambu masa saya tidur, habis lalat jahat datang buat titik atas muka saya...” Ok tidak kelakar, tapi aku suka dengar jawapan dia..:)

Kakak Lala ada tahi lalat pada bahu kiri, ada yang kata tahi lalat di bahu kiri pemiliknya akan memikul beban manakala aku ada juga pada bahu kanan, memikul kesenangan? Ini mitos tahi lalat, jangan percaya...

Dan aku ada banyak tahi lalat pada tangan, bukan pada kaki. Orang kata kalau ada tahi lalat pada kaki, pemiliknya akan melangkah jauh...tidak juga rasanya. Aku tak ada tahi lalat pada kaki, tapi dua tiga hari ini ada pesanan dari bos supaya bersedia membuat visa. Nak kena turun naik kedutaan sana sini dan perjalanan itu juga belum pasti jadi, tapi buat dulu katanya! Katanya....boleh caya dak..iskk!

Wednesday, 25 July 2012

Sedikit catatan di situ..

Bayangkan, ada sebuah kerajaan antara langit dan bumi dan kerajaan itu pula letaknya adalah antara tujuh lapis langit tergantung yang tiada tiang mahupun tali yang menyokong keutuhannya...mampukah kita berfikir sehingga ke situ...ia seperti sebuah padang lapang dipenuhi kapas putih saujana mata memandang..aku tak sempat nak berimajinasi jauh apabila pramugari Oman Air datang dan suruh tutup window...!!!
Kita tidak pernah akan mengetahui dan menyedari bahawa kita sentiasa berada dalam rahmat Allah yang melimpah ruah sebenarnya. Bahkan sama ada disedari atau tidak, kita akan sentiasa juga bermohon dan meminta kepadaNya kerana Dia maha mengetahui, tiada yang lebih mengetahui selain Dia. Justeru, usah bertangguh untuk terus meminta kepadaNya kerana Dia tidak akan sekali-kali mengejek atau mempersendakan bisikan kita kepadaNya dan dia juga tidak akan jemu mendengar dan terus mendengar...

Ketika usia kanak-kanak dulu, aku kerap ikut mak belajar tajwid di rumah Tok Su Nab yang tinggal berdekatan dengan rumah kecil kami di kampung. Guru agama yang mengajar itu dipanggil Mak Cik Hajjah Wan Wook..(arwah) dan beliau sememangnya sangat dihormati kerana ilmu al-Quran yang dimilikinya. Antara perkataan yang pernah aku dengar disebut Mak Cik ini ialah Kerajaan Langit dan Bumi dan ditengah-tengahnya ada taman rahsia tergantung yang tidak mampu dirungkai oleh pemikiran manusia seperti kita.

Diberi peluang oleh Allah menjadi tetamu di halamanNya baru-baru ini, mutawif kami bernama Ustaz Sharif Hasibuan berasal dari Medan ada menyebut mengenai Kerajaan Langit dan Bumi yang menciptakan tujuh lapis langit tergantung tanpa tali dan tiang, namun kukuh tanpa goncang sedikitpun kecuali bila tiba hari dikehendakiNya, maka akan bergegar seluruh arasy...begitu juga dengan lampu-lampu dunia yang sentiasa bersinar terang seperti dipetik suisnya pada malam hari, tanpa kita perlu mengeluh mengira wang untuk membayar bil akan lampu bernama bulan dan bintang yang sentiasa menerangi kehidupan kita bernama manusia ini...lebih mengujakan, lampu-lampu ini akan sentiasa menerangi kita walau di bumi mana sekalipun kita berpijak..baik di barat mahupundi  timur alam...
Kerajaan Arab Saudi antara kerajaan terkaya di dunia. Antara kelaziman mereka ialah membina dan meruntuhkan hotel. Baru dua tiga tahun hotel berfungsi, mereka akan runtuhkan dan bina yang baru. Hotel Taibah Tahani yang menjadi tempat menginap kami di Tanah Haram terletak kira-kira 580 meter dari Masjidil Haram. Jadi setiap hari berulang alik adabila masuk waktu dengan jarak sebegitu di samping menyedut habuk dan debu akibat sisa runtuhan hotel...kami tak sedar banyak debu yang kami sedut. Bila tiba di Kuala Lumpur, semput semakin parah...kifarah kecil!
Dan peluang untuk meneroka dan memahami akan taman rahsia tergantung itu juga mungkin bukan semua boleh memahaminya kerana ia sememanya tidak akan difahami oleh kita yang dangkal ilmu ini.Apa yang kita perlu lakukan ialah meneruskan takwa kita kepada Allah yang mencipta sekelian langit dan bumi dan seluruh isinya. Sepanjang berpeluang mengerjakan satu daripada rukunNya di Tanah Haram, cuaca di kota berkenaan amat panas, sekitar 35 hingga 38 degree setiap hari. Namun bangsa Arab di bumi anbia ini tidak pernah mengeluh akan panas atau sejuk, sebaliknya orang-orang kita saja yang sentiasa suka mengomel kalau cuaca panas, dikata mahu sejuk, kalau cuaca sejuk, dikata mahu sedikit panas. 

Kebetulannya hari itu aku tidak melakukan umrah walaupun masih berada di dalam ihram. Jadi kami yang tidak mengunjungi Masjidil Haram ini dijemput menghadiri tahlil untuk arwah saudara mara jemaah umrah yang ada di kota Makkah yang menjadi tetamu Allah penziarah Rasulullah SAW. Tahlil bermula jam 8 pagi, dimulakan dengan doa pembukaan oleh mutawif Ustaz Iskandar. Aku memilih untuk berada pada barisan kedua supaya tidak terlalu rapat dengan ustaz yang berada di hadapan majlis. Selesai bacaan Yassin dan tahlil, aku berasa pelik...dan akhirnya semua pandangan menjadi gelap, sejuk, berdengung dan pada masa sama nyaman. Berasa seperti berada dalam satu gua yang sangat sejuk dan jauh di hujung dunia.

Kak Wai: Ustaz...tolong. Adik saya pengsan...
Ustaz Iskandar: Mana suaminya...dia ada mahram atau tidak?
Kak Wai: Tiada, dia jemaah sebilik dengan saya.
Ustaz Iskandar: Basuh mukanya dengan air zam zam...bagi dia ruang..
Kak Wai: Sha! Bangun Sha! Shaaa...Sha...sedar tak? Kak Wai ni...Shaaaa.....!!!
(Seperti diceritakan oleh Kak Wai ketika aku pengsan...adehhh..)

MasyaAllah, ketika usai majlis tahlil itu, rupa-rupanya aku sudah melayang ke dunia lain seketika..pitam @ pengsan lantaran suhu badan yang tinggi...kebetulannya kesihatan agak merosot, tidak bersahur dan asthma akibat debu yang memenuhi kota Makkah ketika itu, aku diberi pengalaman 'pengsan' walaupun sekejap dan masih dalam lingkungan bernasib baik, aku pengsan di kawasan yang dipenuhi jemaah yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Dan masih bernasib baik lagi, aku tidak terjatuh dari kerusi yang diduduki, tetapi sedikit miring dan tertahan oleh badan Kak Wai yang berada di sebelah. Terima kasih Tuhan, aku masih bernyawa...
Percaya tak? Nasi yang kelihatan simple ini sangat enak...
Kami transit di Madinah selama empat hari sebelum meneruskan urusan umrah di Makkah dengan menaiki bas selama hampir lima jam. Seperti sudah boleh dibayangkan, perjalanan dari Madinah ke Makkah adalah sangat sempurna walaupun panas dan bas yang sangat uzur, aircon tak berfungsi dengan baik. Bayangkan keadaan dalam bas berkenaan...namun sejurus keluar dari bas untuk berhenti makan malam di Restoran Afraz di sebuah lokasi bernama Wadi Qudait, hawa sejuk membuak-buak memasuki pakaian kami...sejuk seperti ada kipas...ditambah pula dengan bau wangi nasi dulang yang menunggu, semuanya jadi sangat menarik perhatian...:) Sedulang nasi beriani dengan ayam panggang dan ikan goreng ini kami makan bertiga. Nampak macam sedikit tapi ia sebenarnya hidangan untuk lima orang...jadi kami hanya menghabiskan lauknya saja dan nasi bersisa kerana tidak mampu mengabiskan semua...sesungguhnya pengalaman ini akan menjadi berbeza-beza antara setiap individu. 

Dan kalau ada peluang, kelapangan dan kewangan mengizinkan, disarankan, sekiranya berniat melakukan umrah atau haji, tunaikan sekarang ketika masih sihat dan bertenaga...percayalah..kota Makkah adalah sebuah kota yang paling sesuai dianggap sebagai 'The City Never Sleep' kerana setiap jam, lautan manusia sentiasa memenui Masjidil Haram untuk melakukan tawaf, sa'i dan bertahalul bagi menyempurnakan rukun umrah mereka pada musim umrah dan rukun haji pada musim haji...dan paling membahagiakan apabila semua kita adalah sama, dalam persalinan ihram, hanya kain putih menjadi pakaian, langsung tiada beza...Kota Makkah akan ditutup selama dua bulan setiap tahun selepas selesai musim haji kerana kerajaan Arab Saudi akan melakukan kerja pembersihan secara menyeluruh bagi menyambut ketibaan jemaah umrah dan haji yang baru pada tahun  akan datang.

Dan dua gelas jus kurma ini adalah buatan sendiri ketika berbuka puasa di Windsor, Sg Long. Jadilah....haha! Nantilah, kalau ada kekuatan, boleh ber'try' and 'error' untuk puding/kek/lempeng kurma...ok roger! Semput sudaaaa....

Nota: Ya Allah, semoga kunjungan bau-baru ini adalah bukan yang terakhir...

Tuesday, 3 July 2012

A child in us...

Cute little doll...
I believe that there is a child in us no matter how old you are. Honestly, at my age now im still looking for dolls to collect, buy or keep it as mind if i like the dolls. Recently i bought a dolltopia from Little Syam but already handed it to little Zara Sophea when i visited her last week. Few months back i bought Pocoyo and gave it to Azra Nurdinie because she likes Pocoyo much rather than me. I still have few dolls from plasctic, sponge and cloth. During childhood, emak likes to create fish dolls from kekabu and gave it to everyone of us so that we wont fight each other coz everybody got one with a special creation. Emak was awesome due to craft.

If you remember, there was one time when mother likes to buy rubber dolls (correct me if im wrong for their kids). Emak also, will buy me the doll and i got one in a pink rubber like pic. I saw the rubber dolls at Syam house yesterday. It suddenly make me said ‘owhhhh’ when i saw it sitting alone in a wooden cupboard. She is..she is the dolls that i had before when i was 6yrs old...ohh kalaulah emak ada, im pretty sure she will telling me about that too...how valued it was for me..how i love to keep it in my gerobok and how i play with it everyday. I appreciated it like an expensive dolls as if it meant too much for me.

If i can have it now, i will buy it a half of dozen. Present it to my 3 little nieces althought they never know that was my dolls when i was at the same age with them..i want they learn how i love them like i love the dolls too...to my dear nieces, Nur Aisyah @ kakak esah, Najla Amani @ kakak lala and Azra Nurdinie @ dinie...be a good girls..

Thursday, 26 April 2012

Blue Danube...

 

Song: Blue Danube
Compose by: Johan Strauss
 Dedikasi untuk Azzra Nurdini dan Azzfar Ishraff Aziz, esok-esok bila Dini dan Ee baca blog ini, mesti faham apa yang ibu dan mami buat..kenapa kami buat semua ini...kenapa ia berlaku...

Friday, 10 February 2012

Friday anecdote...

Sometimes when I say I'm ok
I want someone to look me
in the eyes
hug me tight and say
"I know you are not..."

This is not me but I like this quotation...found it in FB...that's all!

Friday, 5 August 2011

Ok juga tangan ini..

Nampak tak yellow daisy tu..at the right space..my late mother dulu sentiasa kata, tangan kalau ada lingkaran siput...mesti pandai dan menjadi jer kalau buat kerja pa pe...saya tak percaya..sebab jari saya tak de benda macam siput tu..cuma kalau saya nak buat apa-apa, saya buat jer. Jadi juga, walaupun tak cantik..at least...jadi! Jadi tau!
So dua minggu lepas, saya attend satu bengkel..disuruhnya buat gubahan bunga berkonsep immortele garden in Proven, France. terkial-kial saya buat...siap ada pagar bagai...cucuk sana cucuk sini..gantung sana gantung sini.
Bila nak buat pengumuman sapa paling vassszzz, penganjur kata semua cantik. Last-last depa buat cabutan..dangg!!! saya terkena kertas yang ada bintang. Ingatkan kertas bintang tu saja-saja, rupa-rupanya saya termenang...hihi! Suka hati. Sangatlah sukanya...sebab dapat hadiah yg lumayan..nanti saya buat entry pasal hadiah lumayan iteww..

Thursday, 4 August 2011

B

I suppose to give B kuih and fruits
but unfortunately
when i went to his office
he's busy meeting
and i can't wait for that
when i back home
..tit! tit!
B: Makan apa tadi? Shower?
Me: Sea food. Not yet.
B: Slept?
Me: No...
B: Hw r u?
Me: Ok...(emoticon sad face)
B: Y aren't u sleeping yet?
Me: Can't sleep..
B: Bck to bed. Y? I had my drink..tippy..
Me: Sleep disorder.
B: Me too...cnt sleep..with my gundik2 around me..whats bothering u. Im here, i cn listen..talk to me LW..
Me: Im not ready yet...to talk abt it...
B: Life is all abt sharing...pour itu out with a friend..not only me..get sm warm milk, it will help u to calm urself...
Me: Thanks..
B: Ur my buddy...i wish u the best LW...
Me: Ok thanks B...nite. Hv a sweet dream...
B:.........

No matter what colour he is
what faith he has
when it comes to friendship
he always be a good listener
and a good friend too
what else i can say
sometimes..hvg a friend like B
made me think
..semoga Allah memberikan hidayah dan cahaya Nur kepadanya.
..semoga Allah membuka pintu hatinya untuk menerima kebenaran...
..semoga Allah memberikan dia petunjuk dan pedoman hidup
untuk menjadi muslim yang diredhai!

Buka puasa 3rd day

Alhamdulillah...
on the 3rd day puasa
break a fast @ Spread, Garden Hotel
condition is normal
and i can manage itu
..without carbo!
yay!
Pun begitu, bila balik rumah saja...ada perasaan lain yang muncul dalam hati.
Tidak guna juga mengenang yang lama tapi nak buat macam mana, kita ini hidup dengan kenangan lama.
Nak buang terus dari ingatan memang tak boleh, mahu atau tak..biarkan ia berlegar-legar dalam minda.
Apa dibuat KA ketika aku mengenangnya...
Kalau dulu, jam 10 malam dia akan minta aku buat kopi sebelum naik ke atas.
Dia akan pesan jangan lupa bangun untuk sahur kerana kami sudah biasa bersahur
Begitu juga Subuh tadi...aku hanya ambil 3 biji kurma dan terkenang KA lagi..
Dia kalau paling malas pun dia akan minum susu atau milo yang aku buat...
Life goes on LW, past is past..
I do not know how is the end of my journey..mystery!

Wednesday, 3 August 2011

Soliloquey

Thank you Allah..
semalam berjaya menjalani hari kedua puasa dengan jayanya
meskipun agak sedih, tapi aku berjaya
short discussion dengan Hyd, at least make me release
aku tahu dia faham
and we felt same
hanya dia yg tahu sebab dia lebih dulu mengalaminya
nak makan pun rasa x de mood
walaupun sebelum maghrib
macam2 menu muncul
bila dah teguk air dan makan kurma
what i want to do is..
solat and baring..
but last puasa
was totally dif..now no more...:-(
-------------------------------------------------------------------
Note to myself: LW, sekurang-kurangnya u still hv friends who always concious abt u!
Sob! sob!sob...

Monday, 25 July 2011

Ghost...

Sigh!
Aku dah le duduk sorang di rumah besar itu. Di pejabat aku pulak kecoh pasai ada org nampak cik hant... macam2 versi. Sabtuday lepas, ada sekumpulan ustaz datang tangkap hantu. Sangatlah scary sebab mereka buat teknik level by level dan siap bitau kalau ada sapa2 yg lemah semangat, sila kuar dulu sebab mereka nak halau cik hant..
Hmm..kalaulah haku tahu begini keadaannya, tak hadalah aku nak datang seawal jam 6 pagi dan solat subuh sensorang kat celah meja..hmm nasib baik le juga tak ada namapak apa-apa sepanjang aku dok datang awal.
Ada yang kata jam 6 petang family Cik han dah start mengusik, tarik beg le, tunjuk muka le, usik sesapa yang sensorang dalam lift la..memacam..habeslah lah daku yang selalu datang awal ini.
Apa-apa pun aku harap cerita ini akan fade up dengan sendirinya dan family cik han tu pun x akan ganggu kami lagi yang bekerja malam...
Kalau berterusan, kesianlah kepada mereka yang bekerja malam...tentu seram gila nak p parking and nak masuk lift belakang.

Pls don't..

Arghh...rasa nak demam
ini saat yang aku sangat tidak suka
tekak pedih
mata berair
hidung meleleh
badan lemau
sendi lemah
dan kudrat hilang
Ya Allah...
tolong aku
kurniakanlah aku kesihatan yang memberangsangkan
kalau aku sakit, tak ada siapa di sisiku..
uhuk! uhuk!

Huh..ntah tetiba rasa something wrong dengan tekak.
Aku tahu sangat, this is early stage for a heavy caughing...
Mata berair toksah cakap la..(walhal kadang2 memang tear drops because of other isue..syy)
Aku jarang raser cenggini...ni yg bila terasa seram sejuk..mak aihh jauhkanlah aku dari sebarang
bala bencana dan dugaanMu Ya Allah
last time aku deman Disember last year
aku tido le atas sofa putih kat main hall
datang le apa pun..semua gone
aku tak sedar dan tak ambil peduli..
yang aku ingat..tdo to release paint
dan petang ni..rasa itu datang lagi
seperti mana rasa di petang Disember itu..
Sigh!

Saturday, 23 July 2011

Miss u..

The person that I always miss
my late father
my late mother..maryam
my late nenek..
my siblings, KJ, NZ, SE, I (i love u all..)
my ex ..KA

ye lah kan..walau buat apa, pergi mana sekalipun
orang yg paling dekat dgn kita adalah orang yg mempunyai sama darah
but in my case
both my parents dah x ada..

but
i hv fully support
from my 4 siblings
and of coz...nieces n nephews..

LW..life goes on
stop mourning
wake up
and
start
a 1st step
to be on top..
of life
wish me luck!

Thursday, 21 July 2011

Life goes on (1)

I don't know others..
we alive
we move
we plan
we do everything we want
we refuse a things that we don't want to do
on other circumstances
we think
we thought
we scrutinies
we values
we discuss
we express
we regret
we sad
we happy
and
i am
abt to
have it all
in a day
of my life
on journey
to the future
while turn back
i saw
a path of me
like a diamond
among a pebbles..
LW..lets wake up
stop mourning
put some colours
into it
so that
the rainbows
will spread
the beauty
of sadness.
Life!

Wednesday, 20 July 2011

Apakah...

We talk everyday..
day and night
night and day
if im mute
he buzz me
and if he's mute
i ding dong him
but i know
he think abt me..always
and me too...do think abt him..
he's nothing
he's only him
he's just someone around the corner
but i know
he's always be there for me
----
P: Im pissed off
LW: Why?
----
LW: Where u? Still bz?
P: Can talk or nak teh tarik?
LW: O my..i jz move out from bistro, had tea tarik alone...
P: U going back home now?
LW: Not yet, may be late
P:.........
-------------------------
And I know
he knows
that I know
what in his mind..
Life!

Penjagaan usus penting untuk tingkat imunisasi kanak-kanak

Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sih...