CK: LW, u kat mana?
(Katanya di hujung telefon pada jam 8.30 malam. Ketika ini aku sudah sampai dan sedang duduk menghilang penat di Sri Budiman di kediaman adik. Dalam keadaan gelap, sengaja tidak dinyalakan lampu, ada sedikit kelegaan walaupun gelap. Seperti tidak percaya, aku boleh menjadi manusia yang sangat cekal berada dalam kegelapan dan pada ketikanya menjadi sangat pengecut pada selintas cahaya yang terang benderang. Ajaib bukan, hidup yang dijalani kini ada kalanya menjadikan kita seorang yang aneh.).
Aku: Beb I baru jejak rumah...sambil duduk ni...apasal wehh?
CK: Alaaa i ingat nak ajak u mengeteh. Jap lagi nak lalu opis u. I baru habis kelas.
(O ya dia sebaya aku, menyambung pengajian sarjana di UM dalam bidang Asia Tenggara. Bapa anak dua ini sangat rajin dan kreatif. Dia juga rakan sekelas aku di tingkatan enam berbelas tahun lalu. Dan dia adalah artis indie, penulis skrip dan juga rakan yang baik.
Aku: Nape lambat bagi tahu?
CK: Ingatkan u ada kat opis laaa...
Aku: Okeh len kali k..
CK: Alaaa i ingat nak ajak u mengeteh. Jap lagi nak lalu opis u. I baru habis kelas.
(O ya dia sebaya aku, menyambung pengajian sarjana di UM dalam bidang Asia Tenggara. Bapa anak dua ini sangat rajin dan kreatif. Dia juga rakan sekelas aku di tingkatan enam berbelas tahun lalu. Dan dia adalah artis indie, penulis skrip dan juga rakan yang baik.
Aku: Nape lambat bagi tahu?
CK: Ingatkan u ada kat opis laaa...
Aku: Okeh len kali k..
Perbualan kami berlarutan sambil dia memandu balik ke kediamannya di Jalan U Than dan aku masih duduk di suatu sudut di Sri Budiman ini. Banyak yang kami bualkan. Dan antara yang dia suka tanya aku ialah apa kesudahan hidup aku kelak. Mahu selamanya bersembunyi dalam cahaya yang gelap namun nyata atau mahu meneruskan hidup dalam cahaya terang tapi tidak dilihat orang. (Sulit untuk aku jawab pertanyaan CK. Sulit juga untuk aku menerangkan apa yang ada dalam fikiran aku ketika itu.)
Aku: CK, I tak de jawapan...tapi u balik rumah nanti, sambil minum teh dengan mem u tu, cuba dengar lagu ni ya. Then u’ll know the answer..
Nota: Apabila mengingati orang yang kita suka, yang kita kenang, yang kita sayang dan yang kita ingin simpan dalam hati selamanya, ia susah untuk dibicarakan dengan orang lain walau mereka mungkin memahami. Begitupun menulis di sini adalah satu kelegaan bagi aku. Meluahkan di sini, walaupun dia tidak tahu, adalah satu terapi bagi aku. Kadang-kadang dalam kehidupan kita perlu akur fitrah alam, yang kita suka, tak semestinya berada dalam genggaman dan yang tidak kita suka itu tidak semestinya tidak baik untuk kita...