Friday 14 December 2012

..the first time ever i saw your face..

CK: LW, u kat mana?
(Katanya di hujung telefon pada jam 8.30 malam. Ketika ini aku sudah sampai dan sedang duduk menghilang penat di Sri Budiman di kediaman adik. Dalam keadaan gelap, sengaja tidak dinyalakan lampu, ada sedikit kelegaan walaupun gelap. Seperti tidak percaya, aku boleh menjadi manusia yang sangat cekal berada dalam kegelapan dan pada ketikanya menjadi sangat pengecut pada selintas cahaya yang terang benderang. Ajaib bukan, hidup yang dijalani kini ada kalanya menjadikan kita seorang yang aneh.).
Aku: Beb I baru jejak rumah...sambil duduk ni...apasal wehh?
CK: Alaaa i ingat nak ajak u mengeteh. Jap lagi nak lalu opis u. I baru habis kelas.
(O ya dia sebaya aku, menyambung pengajian sarjana di UM dalam bidang Asia Tenggara. Bapa anak dua ini sangat rajin dan kreatif. Dia juga rakan sekelas aku di tingkatan enam berbelas tahun lalu. Dan dia adalah artis indie, penulis skrip dan juga rakan yang baik.
Aku: Nape lambat bagi tahu?
CK: Ingatkan u ada kat opis laaa...
Aku: Okeh len kali k..

Perbualan kami berlarutan sambil dia memandu balik ke kediamannya di Jalan U Than dan aku masih duduk di suatu sudut di Sri Budiman ini. Banyak yang kami bualkan. Dan antara yang dia suka tanya aku ialah apa kesudahan hidup aku kelak. Mahu selamanya bersembunyi dalam cahaya yang gelap namun nyata atau mahu meneruskan hidup dalam cahaya terang tapi tidak dilihat orang. (Sulit untuk aku jawab pertanyaan CK. Sulit juga untuk aku menerangkan apa yang ada dalam fikiran aku ketika itu.)
Aku: CK, I tak de jawapan...tapi u balik rumah nanti, sambil minum teh dengan mem u tu, cuba dengar lagu ni ya. Then u’ll know the answer..


Nota: Apabila mengingati orang yang kita suka, yang kita kenang, yang kita sayang dan yang kita ingin simpan dalam hati selamanya, ia susah untuk dibicarakan dengan orang lain walau mereka mungkin memahami. Begitupun menulis di sini adalah satu kelegaan bagi aku. Meluahkan di sini, walaupun dia tidak tahu, adalah satu terapi bagi aku. Kadang-kadang dalam kehidupan kita perlu akur fitrah alam, yang kita suka, tak semestinya berada dalam genggaman dan yang tidak kita suka itu tidak semestinya tidak baik untuk kita...

42 comments:

  1. nota akhir ....mmg benar sekali!

    ReplyDelete
  2. tak boleh dengar. soundcard kat pc rumah aku ni ada problem...

    ReplyDelete
  3. Kak, terkesan dgn nota akak itu. Perancangan kita tak sama dengan perancangan yang Allah sudah tetapkan untuk kita. Dan perancangan Allah dah tentu-tentu terbaik untuk kita. Mak saya selalu berpesan, ujian yang kita terima bermakna Allah pedulikan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti
      kita kan memang suka merancang itu ini, kita tak sedar apa yang kita rancang itu sebenarnya sudah dirancang oleh Allah untuk kita..
      Ya..setiap ujian itu adalah mesej bahawa DIA sebenarnya mengingati kita juga..

      Delete
  4. salam sis LW

    wei sis wa paham perasaan ni, tapi jgn buat lagi entri begini boleh meleleh air mata, sebak beb dgr melodi video tu.

    nanti tak pasal2 orang lebelkan wa org biasa, wa kan super Hero.









    ReplyDelete
    Replies
    1. TelorPower
      Eeerrr bro ko kan power ranger..pun tangkap leleh juga eh..kehkehkeh..well we are human...feeling is forever attach in us and u cant hide when u sad, happy or angry...
      Stay cool yeahh...

      Delete
    2. jika perasaan itu di buang, sudah tentu kita ni bukan lagi digelar manusia.

      Delete
    3. Oo sure..so kalau ada feeling2 tu...biarkan saja. salurkan pada lorong yang positif. Ingat bro, ikut hati mati ikut rasa binasa, tapi aku suka suki je ikut rasa feeling bila dengar lagu ni...ntah macam terapi!

      Delete
  5. LW,

    I always love ur selection of songs attached. Very entertaining and soulful. Keep it to every entry next,hun (CK = Calvin Klein? Bior betul, awak?)kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza
      Owhh ma cherry thanks a lot..if u notice..that is me..very oldies, classic and full of luv..:)

      CK = Calvein Klein??? Owh no...kehkehkeh..he is a composer too...and one of his lyric was sang by Datuk Ct Nurhaliza..guess who?

      Delete
    2. LW dearie,

      Wah...dia berkawan dgn komposer rupanya. No wonder setiap pilihan lagu2 ada special taste. Teruskan di entri2 lain nnt. Is that ok with u? Any genre will do.

      Siapalah gerangan dia agaknya ek? ~Biarlah rahsia...~ :)

      Honestly, ur life stories have dragged some of ur readers emotionally thru that journey (i know im one of them). Ada kisah lucu, sedih, gembira, marah etc. All blend in one and become a rainbow. Wajah tersenyum sentiasa, hati menangis sapa yg tahu. Kan? Be strong and happy always, no matter what come may... :)

      ~c'est la vie~

      Delete
    3. Eliza dear..
      Alaa komposer tu stok komposer suam2 kuku jer. O ya dia pelakon indie juga..

      Well hun, i didn't mean to drag all of the fellow bloggers to be apart of my 'secret feeling' but really appreciate when all of em (and of coz u too my dear)keep giving me the support that i need...much appreciate! They may say im a dreamer but im not the only one..id like to preserve all the memories eventho it hurt..seperti kata seorang blogger yang masih saya ingat: mencintai itu bererti melepaskan..yes i agree..

      yeahh i think i used to that kinda situation..strong enuff to face it...:)

      Delete
  6. LW, walaupun aku tak tahu sngt kisah kau nih... aku agak2 aku boleh faham la "perasaan" bila sngt2 mahukan sesuatu yg mungkin mustahil untuk kita dapat tu.. You need to be strong

    ReplyDelete
    Replies
    1. yong propaghandi
      Ok...thanks kalau kau faham...sebab aku rasa aku pun faham bila baca entry kau yang berkaitan..ya banyak perkara yang mustahil yang aku ingin cari dalam hidup yang mana confirm aku tak dapat. Dan aku boleh menerima keadaan ini kerana aku sudah melepasi tahap 'curfew' itu...aku kini melalui satu jalan ke hadapan dan sekali sekala menoleh ke belakang mengutip pengalaman lalu sebagai pengajaran...

      yeah i think im strong enuff to face it...

      Delete
  7. Replies
    1. Kak Dinas
      Pls dont...let celebrate kak..life is too short..i just want to have it wisely...:)

      Delete
  8. Aku faham perasaan ini. Perasaan yang ditulis dalam nota itu.. huhu. Moga kau tabah. Tapi tentunya kau tabah awal dari aku. Huuu. Mohon pinjam juga ketabahan itu. =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. reenapple,
      thanks sebab faham...dan aku juga faham apa yang kau tulis di setiap entry kamu. aku suka masuk baca secara senyap..ia sentiasa buat aku berfikir...:(

      Delete
  9. Agreed!!! There are times when only a song disrobes the heart. Impeccable taste in music, btw :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hobbit1964
      owhh my..u know me rite...as for me..music is therapy..natural healing when i keep hearing the song..

      Delete
  10. salam kak. lama sy tak singgah sini. hope kak ingat lagi. hehe. saya juga turut rasai rasa itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ajik,
      Akak nampak awak kat blog sapa ya..tak sempat nak buzz awak, awak dah mai dulu sini..apasal lama senyap? Meh blogging..hihi..
      Thanks..u feel it!

      Delete
  11. perasaan yang tak boleh luah dgn org. paham tu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. HaniAsyira,
      thanks dear..only us know how does it feel..

      Delete
  12. sembunyi dalam gelap...
    nanti keluar cahaya dari dalam diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      Dalam gelap itu juga ada cahaya
      dan kadang-kadang dalam cahaya itu
      pun tidak boleh dilihat apa yang kita mahu lihat...

      Delete
  13. You listen to Roberta Flack? i tot im the only person who does.
    LW: saya kagum dengan awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      Yes yes i am..roberta, cliff richard, aretha franklin, james ingram, engelbert humperdinck, luther vandross, stevie wonder..who else..those all oldies always captured my ears...:)
      KA, tq :)

      Delete
  14. LW, cik ina setuju ngan nota di bawah sekali. kita hanya mampu merancang hanya Allah SWT menentukannya .Perancangan Allah semestinya lebih baikkan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Ina,
      betul tu..memang segala yang tiada kesempurnaan itu adalah dari kita dan yang sempurna itu pastinya adalah perancangan Allah. Cuma kadang kala sebagai manusia kita mudah je nak rasa hidup ini sangat tidak adik walhal sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita...

      Delete
  15. ini betul-betul menginspirasikan dan sekaligus mengingatkan kita tentang hidup ini tetap berjalan dengan fitrahnya, dengan keadilan yang di luar sadar kita. apapun yang dihadapi ia tetap merupakan satu rentetan dan pengisian pada jiwa dan kehidupan kita untuk lebih tahu bahwa dunia memerlukan jiwa dan kehidupan seperti ini.

    berjuang untuk mengharap kemenangan dan bersedia dengan kekalahan. its a life, mem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ghost Writer
      kalau entry ini memberi inspirasi untuk kau...baguslah. ya setuju..berjuang untuk mengharap kemenangan dan bersedia dengan kekalahan. its a life..namun menang bukan bererti menang dan kalah tidak bererti kalah...

      Delete
  16. pasti ada hikmahnya my dear..

    *bila nak blanje i ni?
    (>.<)

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog-tips-kurus
      Dear u mai la windsor...i boleh belanja special punya..hihi
      ya..sesuatu yang berlaku ada sebab dan musababnya, cuma kita saja yang tak perasan akan clue-cluenya..

      Delete
  17. LW,

    Hidup ini memang payah untuk di mengertikan....kadangkala luahan hati tak sama dengan apa yang ada di dalam hati.....pelik tapi itu lah hakikat nya.

    Eh terkenang pulak masa birthday encik kesayangan akak....akak hadiah kan dia rekod roberta flack....masa tu baru 2 tahun kawin dan belum ada CD roberta flack...so beli rekod yang besar tu jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha,
      kalau boleh saya katakan hidup ini sangat misteri...saya harap saya sempat untuk merungkai misteri itu..
      Betul kak sha...sulit untuk kita jelaskan apa ada dalam hati..kalau mereka kata mengerti pun, mungkin tidak sepenuhnya..jadi lebih baik simpan saja dalam hati..

      whoaaa ada lagi ke rekod tu kak?:) Saya suka semua lagu roberta. last year dia datang KL buat show kat KL Hilton tapi saya tak pergi sebab tiket mahal sangat bagi saya...

      Delete
  18. Sayang nya dah tak ada...sebab masa akak nak ke US semua rekod2 yang ada dalam simpanan, akak bagi pada arwah abang dan bila balik ke Malaysia pulak arwah abang dah meninggal...rasa nak nanges sebab rekod2 tu semua nya memang kesayangan kami berdua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Kak Sha,
      sayang kan..arwah bapak saya dulu ada banyak rekod lama. kami simpan sampai dah tak boleh simpan lagi dah..tu pun lepas tak boleh guna, saya buat artwork kat atas piring hitam tu..

      Delete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...