Wednesday 19 December 2012

Selepas 17 tahun...

17 tahun, satu tempoh masa yang sangat lama. Kalau diukur pada usia manusia, sudah boleh disebut dara sunti dan memasuki usia matang. Kalau orang dulu-dulu, usia 17 tahun itu mungkin sudah ada dua anak. Memang selama 17 tahun kami membawa haluan masing-masing, namun kelmarin atas usaha Dr Ros Fatihah, kami berempat bertemu semula selepas 17 tahun dan masing-masing melepaskan rindu yang sangat tulus kerana kami pernah makan semeja, minum secawan dan tidur sekhemah pada suatu ketika dulu.
Dari kiri: Zahir, saya, Dr Rose dan Jamian. Kami bertemu tidak sampai setengah jam di kafe Rumah Universiti UM, namun dalam setengah jam itu juga kami bertanya khabar dan berbual seperti sehari lamanya..akrab dan tulus!
Malah kami juga kerap berhimpit-himpit setiap hujung minggu di dalam trak askar 1.3 tan menuju ke kem PALAPES di Bukit Damansara untuk latihan mingguan selama tiga tahun. Berkawad, berhujan, berpanas dan ada kalanya melepas keluhan bersama sekiranya ada masa senggang ketika kawad di Sungai Besi dan ketika melakukan latihan ambush di Bukit Botak. Itu adalah apa yang berlaku 17 tahun lalu.

Dan apabila bertemu kelmarin, kami masih sama. Kami masih lagi ingin bercakap perkara yang sama kerana 'sejarah' selama tiga tahun ketika menjadi anggota PALAPES amat manis untuk diingati. Kerana apa? Kerana kami saling menyokong dan memberi semangat antara satu sama lain. Daripada 150 anggota yang mendaftar, hanya 90 yang tinggal dan anggota wanita pula hanya tak sampai 10 orang yang kekal dan sanggup menghabiskan latihan selama tiga tahun.

Yang berubah adalah usia, status dan perwatakan namun sebenarnya kami masih lagi yang dulu apabila Zahir (depan, kiri) masih lagi begitu gaya bercakapnya, lembut dan sopan. Dia adalah bapa dua anak, menjadi tenaga pengajar di sebuah sekolah cluster di Kedah manakala Jamian (kanan, depan) calon dr falsafah dalam pengkhususan bahasa antarabangsa dan pernah menetap di Sepanyol selama beberapa tahun.

Dr Ros Fatihah (kanan, belakang: tetap setia dengan batu, bukit, tanah dan beliau adalah geologis enam anak serta rajin membakar kuih dan kek di dapurnya yang sentiasa meriah dengan suara anak-anak menunggu kuih masak, sedang berusaha untuk memperoleh cuti sabatikal untuk ke Australia tahun depan) dan yang belakang, (kiri) adalah aku yang tetap seperti aku pada mata mereka, sentiasa kantoi untuk hadir latihan tahunan selama dua minggu kerana aku ada kerja lapangan lain.

Namun rezeki menyebelahi aku dan kami bersama 86 lagi kadet lain akhirnya menerima watikah pentauliahan daripada Yang DiPertuan Agong ketika itu, Tuanku Jaafar di USM dalam satu adat istiadat penuh meriah kerana kami sudah bergelar 'Young Officer' dengan satu butang pada bahu. Ketika itu kami berasa sangat beruntung kerana penat lelah selama tiga tahun berbaloi apabila disahkan sebagai pegawai muda, satu tahap paling asas dalam kerjaya ketenteraan di universiti. Selebihnya ada yang meneruskan latihan dan kini menyandang pangkat Mejar dalam perkhidmatan di universiti.
Tak boleh dilupakan akan kegarangan Kapten yang melatih kami, Kapten Azmi Mohd Islam, Kapt Rosskelly Mohamad, Kapt Jagjit, Kapt Azrai'e dan beberapa lagi serta sarjan yang sangat baik dan tidak jemu menjerit pada kami di padang kawad, Jen (Sarjan) Mail, Jen Jenal dan Jen Superman...hahah dia ini kami sentiasa jadikan bahan lawak jenaka kerana namanya adalah superman tapi apabila di padang kawad dialah harimau garang yang sentiasa mengenakan kami pula.

Yang kami sayang, PW II (Pegawai Waran II) Encik Alias yang sedikit tempang kerana terkena jerangkap samar di Gubir ketika berkhidmat dalam ketenteraan, namun beliau adalah jurulatih kawad paling berkarisma bagi kami kerana dia tekun, profesional dan luas ilmu pengetahuan dalam segala segi dan seorang lagi PW yang kami salute ialah Encik Hassan..mamak berkulit gelap dan handsome, juga sangat berkarisma dalam tugasnya.

(Gambar diambil dari FB Dr Rose). Dua kotak hitam pada bahagian kiri dan kanak trak adalah tempat kami berpijak ketika naik dan turun dari trak. Rose tersangkut sebelah kakinya kerana but yg dipakai agak besar menyebabkan dia tumbang dan hampir terhantuk kepalanya dengan aspal, dan arwah Rosdi sempat menyambut dari bawah...
Sayangnya, seorang lagi sahabat kami, Allahyarham Rosdi, tewas apabila beliau menemui kemalangan meragut nyawa beberapa tahun lalu akibat dilanggar kenderaan dari arah belakang. Beliau adalah penyelamat kepada Dr Ros yang ketika menghadiri latihan kawad mingguan, sebelah daripada butnya tersangkut pada ruang pemijak di trak berkenaan. Ros mungkin akan mengalami patah kaki dan retak kepala sekiranya terjatuh dari trak di bawah ini, tapi ketika ia berlaku, Rosdi ada betul-betul di hadapan dan sempat menyambut Ros. Satu nyawa sudah terselamat dan kata Ros, dia berhutang nyawa dengan arwah Rosdi. Kudos untuk Rosdi...alFatihah.
(Gambar diambil dari FB Dr Rose). Inilah posisi yang kami perlu lakukan ketika berlatih menembak menggunakan M16. Kaki perlu dibuka luas supaya kedudukan mantap dan kemas manakala hulu M16 perlu diletakkan kemas pada bahu supaya apabila picu ditekan dan hujung M16 memuntahkan peluru, hentakan berlaku pada bahu tidak akan meninggalkan kesan lebam pada bahagian tulang. Biasanya selepas latihan menembak, kami akan mengalami sakit bahu/badan selama beberapa hari dan ada juga yang lebam. Perit tapi mahal pengalaman ini...kalau boleh mahu lagi diulang...
Begitulah..kenang-kenangan hidup. Tiada dijual di supermarket, tidak boleh dibeli di Pavillion apatah lagi MidValley. Ia tersendiri, tersemat dalam hati kami setiakawan, kerjasama, air mata dan peluh mengalir dalam hujan lebat kerana kami perlu lulus semua ujian membabitkan kemahiran menembak menggunakan M16, riffle, mortar dan pelbagai lagi senjata ATM. Dan selepas 17 tahun, kami akan bergabung semula untuk meneruskan silaturahim yang sudah sekian lama dijalin...betul kata pujangga, berkasih biar satu, berkawan biar seribu..dan ketahuilah..anda yang membaca ini juga adalah yang saya ingat sentiasa, yang sentiasa berada dalam ingatan saya, yang selamanya ingin saya kenang,  dan dalam hati saya selamanya...


27 comments:

  1. bila ingt blik, rindu sgt kan.. alfatiha utk arwah kwn akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tina,
      betul tu..rasa rindu sebab kita ikhlas berkawan..kami macam adik beradik besar bila pergi latihan dalam kem dua minggu setiap tahun selama tiga tahun...
      tq..

      Delete
  2. akak..kagumnya saya dgn akak dan kawan2 akak tu
    kdg2 saya fikir apa kelebihan dlm hidup saya ;(
    knapa saya rasa hidup org lain sgt best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,
      cuba ingat balik apa yang Irfa suka buat..mesti ada kan, akak pula rasa hidup Irfa bestnya dikelilingi adik beradik dan anak-anak..
      Irfa masih ada banyak masa nak melakukan perkara menarik dalam hidup..:)

      Delete
  3. Ya, teman ketika susah senang akan kerap dikenang...
    peristiwa yang perit itu juga selalu dikenang2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      Aku sentiasa kenang siapa saja kalau mereka hadir sebagai rakan, teman dan taulan dalam hidup..dan yang perit itulah yang sangat hendak dikenang...

      Delete
  4. Cayalah pernah naik kereta kebal.. eh lori askar.. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. MummyAkmar
      A ah..best tau naik truck askar ni, sebab besar dan luas...:)

      Delete
  5. Waaahhhhh.. kau PALAPES? AKu kagumm.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. reenapple,
      yer aku palapes..palapes yang lemau, tapi aku tauliah juga! hehe..

      Delete
  6. apsal laa dulu i tak masuk palapes kat uitm? alahhhh masuk kesatria pun pemalasss...ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Net,
      dulu kalau ada pertandingan kawan, kami selalu jeling2 dengan kesatria UiTM yang manja2 kadet wanitanya...tapi meletops! Hehe..

      Delete
  7. Tabik dik LW! Akak kagum!
    Al-Fatihah buat yg telah pergi. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,
      tq kak..arwah itu rakan baik kami..dan kami memang mempergunakan dia habis-habisan walaupun nak ambil secawan teh..sebab dia sangat baik dan caring. biasanya kan, the good die young..

      Delete
  8. Cemburu dan tersangat kagum.....tempuhi apa jua bersama dan setelah sekian lama tak berjumpa bercerita kisah2 lama yang sangat berbekas dihatii masing2.....aahh akak rindu teman2 lama akak juga....teman susah dan senang bersama juga teman semasa zaman jahiliah bersama....Dan teman2 baru yang akak kenal di alam maya....akak sangat gembira kenal dengan kamu2 yang memang sangat sporting dan menyenang kan hati akak...semuga persahabatan kita kekal selama lama nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha,
      Jalan hidup kita berbeza-beza..cuma pada satu ketika, akan ada titik pertemuan dan di situlah kita akan bertemu atas sebab tertentu. Macam kami berempat ni, memang sentiasa bertelingkah, berdebat dan tegur mengeur serta mengata ketika dalam barisan/kawad. Kalau time makan memang berebut-rebut dan kalau kena punish, sama-sama sepakat biar semua kena...bila tamat belajar semua berpecah. Semua dah jadi mak, bapak orang..hehe

      Ya saya pun beruntung kenal kak sha, net dan semua yang masuk baca blog marhaen saya ni...ini saya namakan rakan maya yang lebih menggembirakan saya berbanding rakan nyata yang saya jumpa setiap hari..

      Delete
  9. 17 tahun adalah tempoh service aku dalam BN Inf. masih dan menanti detik pengakhiran, merindui semua yang akan ditinggalkan,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ghost Writer,
      Lagi bermakna pengalaman itu, lagi lama berkhidmat lagi banyak pengalaman...sedetik keluar dari medan berkenaan, selama-lamanya akan merindui perkara berkenaan..

      Delete
  10. tabiklah LW..

    3 tahun.. itu bukan masa yang pendek...

    pengalaman berharga tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA
      ya..tiga tahun aku ulang alik kawad dan menembak..enjoy sakan masa tu tapi kulit gelap sebab kawad tengah panas terik..

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. You were a ROTU cadet? Now a reservist officer I guess.
    Hmmm....this is very interesting!!!!!
    God knows what mistakes I have been making in your eyes and you have been laughing quietly to yourself :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hobbit1964
      Yes im officer @ Leftenan Muda..
      What mistakes? I guess i know...
      No worries...:)

      Delete
  13. LW,

    Saya respect dgn semangat dan kebolehan awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza
      Thanks..that was my spirit those old days..nowadays ntah ke mana terbangnya spirit itu..hehe

      Delete
  14. Kenangan yg bakal dibualkan setiap kali bertemu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telor Power
      Sangat betul, tak akan jemu dan tak pernah jemu walaupun beratus kali diceritakanyg kemudian disusuli gelak ketawa dan geli hati dan kadang2 sayu apabila mengenang yang sudah tiada...

      Delete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...