Tuesday 31 January 2012

Kadangkala...

Kadangkala aku tidak pernah menduga di tengah padang ilalang ada serpih kaca menunggu kaki untuk dihiris kerana aku sering alpa akan kembang comel putih kuning di belantara ilalang itu. Kadangkala aku tidak pernah menduga di dalam panas terik sinar mentari menyimbah cahaya akan ada derai salju yang tajam menikam sejuknya ke dasar paling dalam pada sumsum tulang lantas beku dan kaku. Kadangkala aku sentiasa lupa akan tenangnya air kala bahtera menyusur ada arus ganas menunggu ketika untuk memecahkan debur ombak perkasa meranapkan layar yang tertebar sekian lama dan kadangkala aku sentiasa tidak mengambil endah akan kicau mergastua bahawa hutan rimba jangan direntas andai mantera tidak lengkap untuk menghadapi medan margasatwa...

Buat kesekian kalinya aku berpesan-pesan kepada diri bahawa segala yang buruk itu adalah kekurangan aku dan segalanya yang indah dan sempurna itu adalah kepunyaan Dia yang total...

Di halamanmu, akan aku kunjungi, masuk dan duduk namun biar aku menghela pilu seketika di laman milik sendiri...tiba masanya akan aku muncul di situ...mana mungkin aku lupa akan sebuah taman minda medan pustaka yang tuntas dengan ilham walau yang dilihat adalah bicara santai bsrselang jenaka...nantikan!

Dalam hati...

Dalam hati ada kalbu
dalam kalbu ada jiwa
dalam jiwa ada rasa
dalam rasa ada jelaga
dalam jelaga ada bara
dalam bara ada api
dalam api ada...

Dalam berkata-kata
lidah sering lupa
hati sering alpa
garis sempadan
ucap bicara
tutur jenaka
pun ada hadnya..

Justeru aku perlu tahu
melihat budi menilai hati
mentafsir diri milik sendiri
supaya tiada belati menghiris mati...

Tuhan, aku mohon
datangkan hujan di laman
agar aku bisa aman
walau semalaman...

Monday 30 January 2012

Berasa...

Untung nasib kita berbeda-beda
meskipun aku sering berasakan
aku sudah berusaha sehabis daya
untuk melakukan yang terbaik dalam hidup
ada juga yang aku terlupa ketika mengira detik
ada juga yang aku alpa kala merintis hari
dan pada suatu perjalanan yang panjang
aku terpaksa duduk melepas lelah
dan membelek semula peta hari
yang sudah semakin lusuh
ada carik-carik di tepinya
ada kumal kelabu di sudutnya
aku melangkah mengikut kudrat
yang kadangkala tersadung akar dugaan
lantas apa lagi yang aku boleh lakukan
meneruskan langkah dengan pasrah
walau sejuta payah...
lalu kusimpan semula
peta hari yang lusuh
ke dalam hati rusuh...

Nota: Aku nak pergi feeling2 snow kat German sekejap, sapa nak ikut..jom!

Saturday 28 January 2012

Dua anekdot Jumaat...

Bunyi yang aneh di pagi hari
hari Jumaat semalam
seawal subuh ada bunyi asing dalam rumah
bunyi yang tak dapat aku kesan dari mana
ia buat aku rimas dan bengang
kerana tidak dapat mengesan bunyi asing itu
dan ia masih berbunyi ketika aku melangkah keluar
untuk mencari sedikit rezeki...

Aku membunuhnya
Dan antara berhati-hati dan kesebuan minda
seekor kucing tompok melintas pemanduanku
yang aku dengar adalah sesuatu berlaga dengan bahagian bawah kereta
mungkin ada tulang patah riuk
mungkin juga ada nyawa melayang
mungkin juga ada bulu lembut melayang ke udara
yang aku nampak adalah pekat malam
jam 9 terasa seperti sudah larut malam
aku buang syiling 20 sen
untuk pembebasan sebuah roh
yang berlaku tanpa disengajakan
maafkan aku kucing!

Thursday 26 January 2012

Neeson mahu peluk Islam, Brat bila lagi...

LAS VEGAS: Bintang Hollywood, Liam Neeson (gambar), bercadang meninggalkan kepercayaan Katoliknya untuk memeluk Islam. Laporan media semalam menyatakan, Neeson, 59, mengaku dia "diresapi semangat" itu selepas mendengar laungan azan ketika menjalani penggambaran filem di Istanbul, Turki. Kata Neeson, azan dilaungkan lima kali sehari dan untuk minggu pertama, dia "gila" mendengarnya.
"Tiba-tiba seruan itu meresapi jiwa dan ia menjadi sesuatu yang paling indah," katanya.
Neeson berkata, ada kira-kira 4,000 masjid di Istanbul dan sesetengahnya begitu indah.
"Ia menyebabkan saya benar-benar berfikir untuk menganut Islam," katanya.
Neeson dibesarkan di Ireland Utara sebagai penganut Katolik yang taat.
Bagaimanapun, dia beberapa kali mempertikaikan keyakinannya.
"Saya diajar mengenai Katolik, tetapi saya tertanya-tanya setiap hari secara tidak sedar - apa yang kita lakukan di dunia ini sebenarnya?
"Saya sentiasa membaca buku mengenai Tuhan dan fahaman atheis," katanya. - TS

First time aku aim Neeson masa tonton filem Schinder List...filem ini tidak lulus untuk ditayangkan di Malaysia dan aku paksa sorang member beli/cari cd ini untuk aku tonton. Dua kali aku tonton sebab tertarik dengan teknik shot dan angle filem ini. Filem yang dihasilkan dalam copy hitam putih ini nampak begitu real dengan kesan penderitaan perang jelas pada wajah pelakonnya. Ada antara scenenya, watak2 wanita di dalamnya terpaksa mencucuk jari mereka untuk mendapatkan sedikit darah bagi dijadikan pewarna merah pada bibir. Setiap seorang menunggu maut dan senarai Schinder adalah penentu sama ada mereka selamat atau tidak. Meskipun ada antara scenenya agaknya lucah, namun sebagai penonton yg menterjemah dari sisi seni perfileman dan gerak kerja pembuat filem, filem ini sememangnya berjaya walaupun ia adalah kisah kekejaman perang Nazi terhadap kemanusiaan sejagat.

Nota: Brat yg disebut di atas itu bukan merujuk kepada Brat Pitt balak Jolie, sebaliknya Brat ini adalah rakan baik aku yg atheis tapi bermakwekan seorang perempuan muslim yang sudah enam tahun menunggu si Brat ini..semoga Tuhan memberinya cahaya dan hidayah pada sebuah pencarian panjang yang masih lagi dilaluinya..

Tuesday 24 January 2012

Nota kepada sahabat anehku...

Aku ada banyak sahabat
sahabat sejak kecil, sahabat kala remaja, sahabat alam dewasa
dan sahabat yang selamanya ada dalam diri aku
aku kadang kala tidak dapat menangani dengan baik
akan sahabat dalam diri yang dikenali sejak azali
kerana sahabat yang satu ini
keadaannya sering berubah-ubah seperti angin songsang
memang aku tak boleh membaca gerak geri langkahnya
apatah lagi nak menebak akan fe'el perangainya
kalau aku kata bukan, dia kata ya
kala aku mahu lakukan, dia kata jangan
sulit untuk dikendalikan...
aku yakin kamu semua pun ada sahabat degil dalam diri
mahu ditiadakan pastinya tidak boleh sama sekali kan
sebab ia hadir dalam diri
habis tu bagaimana aku mahu memujuknya
supaya sentiasa seiring sehaluan dengan aku!

Cempaka Kota Leiden


Kispen
Episod Dua (Akhir) 

Ahhh...bulan tidak pernah mungkir memancarkan sinarnya kepada gelap malam dan cempaka juga tidak hilang wanginya walau digetus dari tangkai dan diselit ke rambut ikal mayang. Namun kehidupan tetap terasa sendu kerana pelengkapnya sudah tiada, dia yang sudah hilang. Pram!

Pulasan masak berwarna merah
Makan berdua di anjung bistari
Darah di tangan tampak berdarah
Darah di hati kubalut sendiri!
******************************
Tiba-tiba salji berguguran dari langit mencium cermin kaca. Bunyi ribut yang mula kedengaran merembeskan titis air mengocak sunyi yang semakin bermaharajalela...sunyi...hanya yang kedengaran adalah degup jantung dan desus nafas tanda ada kehidupan yang kembali ke alam nyata.
Nona rupawan berkerudung cantik
Kerudung cantik dari Bengawan
Malam sunyi membilang detik
Tanda bulan jatuh ke riba…
Cerita penuhnya di sini 

Friday 20 January 2012

Masuknya waktu Zuhur...

Pada hayat yang sedetik cuma ini
mungkin tidak cukup pun
untuk aku menunggu
masuknya waktu Asar
apatah lagi merebut tenangnya Maghrib
begitu pun aku sudah menikmati
Subuh yang sangat aku syukuri
dalam sela kira-kira waktu
ada dugaan bertelingkah
ada seru yang menongkah
ada juga insaf sedekah
dan kini aku sudah hampir amat
menunggu Zuhur yang sesaat tepat
berteleku di sejadah hidup
sesekali membias warna sinar
tak pun berselisih cahaya sebenar
aku menunggu azan Zuhur
dan baldu sejadah tetap luhur
kerana ia hanyalah sehelai sejadah
aku yang perlu akur
bahawa hidup ini adalah jalur
pada satu perjalanan jujur
menujuNya!

Nota: Mak, abah dan nenek..saya sudah email 'hadiah' untuk kalian di sana...harap sudah terima!

Wednesday 18 January 2012

Yang duka itu...

Keberadaan ini bersifat sementara
kelak kau akan tahu kesementaraan itu
mungkin ada benarnya
menjadi sumbu jelaga yang bernyala dalam hati
ahh..dia yang baru usai dari sebuah kematian
dan dia yang dari tanah rencong itu
kedua-duanya adalah yang berduka..
hanya kau yang tahu..

Nota: G, aku tahu kau akan masuk menyelinap seperti angin, meneliti setiap butir kata yg aku taip di sini...

Baca..

Iqraq...bacalah...
mengingati rutin membaca, aku salute arwah abah
dia boleh baca akhbar Berita Harian
dari muka depan sampai last tanpa fail
masa tu tahun 1978, harga BH 35 sen
aku tukang beli setiap hari
masa abah jadi buruh di Spore, dia baca BH Spore..
katanya dia  beli BH untuk kami baiki penguasaan BM
bila di sekolah menengah
cikgu guna rencana pengarang dalam BH untuk latihan Pengajian Am
harga sokkabar makin naik
tapi abah tetap beli
sebab katanya dia x mampu nak beli buku untuk kami
jadi dia beli sokkabar
katanya sokkabar halaman besar, puas baca...
bila makin dewasa, aku pun macam abah
belek sokkabar detail
memang aku baca sokkabar je
sebab nak beli buku, mahal sangat
apalah sangat dengan pendapatan buruh kasar
dan penjual kueh di pasar pagi...
tapi kami merasa juga pergi sekolah
sebab abah celik ilmu
walopun dia setakat lulus darjah 9
mak pula lulus darjah 6
bila aku dah bekerja
buku agak mewah senang nak dapat
sekitar 2005 hingga 2007
aku baca 4 buku pelbagai genre setiap sebulan, konsisten...
otak pun basah je, langsung tak dak sikap lupa
bak kata Tun Mahathir
membaca elak nyanyuk stimulate otak
tapi la ni...aku dah banyak lupa..
sebab dah lama x stimulate otak
nampaknya aku kena reshedule balik jadual
kena masukkan slot membaca
sekurang2nya 30minit setiap hari
supaya aku tak jadi pelupa
sebabnya hari ni aku lupa
lupa nak tutup suis menyebaban iron panas dan membakar..
aku lupa nak buka suis peti ais
so masa balik keje
air berjejeran atas lantai, ais jadi cair..bahana pelupa
so kena membaca semula...
Iqraq...

Monday 16 January 2012

Kompas hidup...

Hilang pedoman dalam suatu perjalanan panjang
peta hidup juga seolah kabur untuk dilakar
antara utara dan selatan
ada pula timur dan barat mencelah
arah matahari condong atau jatuh
bagaimana pula tatkala sillhoute memercik suram
arah tetap tidak dapat ditentukan
ufuk horizon yang sayup di hujung pandang
hanya ada garis langit, panjang tak bertepi
dunia halusinasi dunia bunian
dunia nyata dunia kemanusiaan
walau hidup pada persada mana sekalipun
harus ada kompas kehidupan
kalau sesat, kembali ke pangkal jalan
kalau terlebih langkah
jenguk-jenguklah mencari jalan pulang
aku noktahkan di sini
tanah airku di sini
tanah kuburku di sini
kemboja itu di sini
mentafsir wanginya bunga kuburan itu
hanya aku yang tahu...
dan kiblatku hanya satu
ESA!

Nota: Kompas hidup aku sudah lama tidak aku selia, betulkah ia berfungsi? Benarkah ia bergerak, atau ia juga merajuk kerana aku berpandukan bayang matahari serta simbahan bulan buat kebelakangan ini..kompas hidup, kini kembali aku rujuk...

Kisah pendek...


Jong berlabuh di kota Temasik
Singgah di kuala membeli berangan
Usik mu bukan sebarang usik
Hatiku sendu menahan angan.

“AKU nak cium kau, boleh?  Nak peluk kau kemas-kemas, biar kau tak boleh lari. Biar kau ada dalam pelukan aku saja…sampai lemas…bukan lemas air, tapi lemas oleh sebab aku yang peluk kau. Hahaha….”
“Eh, kau dah hilang akal eh…bluekkk. Buruk perangai..aku benci kau…benci!!! Tunggu lagi seribu tahun! Atau lebih senang saja aku kata, jangan harap!!!”
“Sejuta tahun pun aku sanggup, kerana kau…hahahaha!”
“Kau ni kan, apa yang tak kena semalam? Kau kena maki dengan mak kau ke? Atau terlebih minum vodka semalam? Kenapa kau cakap ikut sedap mulut saja?”
“Eh mana ada. Mak aku sayang aku, dia tak pernah maki aku…tapi terlebih minum ada. Alah bolehkan…sekali sekala?”
“Suka hati kau..aku bukan siapa-siapa pun. Aku tak ada kena mengenapun dengan kau tau?”
“Eh kau kan buah hati aku. Sejak kecil kau sudah aku intai, aku sudah beritahu kawan-kawan aku jangan kacau kau. Sebab tu kalau kau masuk pekan Takbai, tak ada siapa berani kacau kau…”
“Kau?? Ahh jangan nak bohong. Dasar samseng…belum bersunat dah pandai nak ajak aku jadi buah hati kau..kau tu bukan manusia, kau jembalang!”
“Habis, kalau aku jembalang, kau tu pontianak! Kalau aku jadi buah hati kau..aku tak nampak salah pun? Mana salahnya?”
“Hei…aku tak suka kau. Kau jangan kacau aku nak basuh kain. Kalau aku kata tak suka, makanya aku tak suka.  Aku benar-benar maksukannya Pram!”

Nota: Untuk bacaan selanjutnya sila klik tajuk kispen ini di atas.

# Aku buat kispen ini kerana mengenang seorang sahabat berbangsa Siam...nama singkatnya memang Pram, tapi dia tidak bernasib baik, ketika di tahun dua dia kena kick dari universiti dan aku tidak tahu nasibnya bagaimana.
# Sungai yang diceritakan di dalam kispen ini memang wujud, berair jernih dengan dasar dipenuhi kerikil bulat, cetek dan paras lutut saja tetapi memang ada buaya. Nama betul sungai itu adalah Sungai Bayu Lalang..
# Watak perawan itu juga wujud tapi aku tidak tahu bagaimana kesudahan hubungannya dengan Pram, tunggu episod kedua..

Ok selamat berkispen...take a break...:)

Menganyam mimpi...

Antara sela dinihari dan sepertiga malam
Kantuk jadi aneh apakala mimpi menyusul
Meskipun tidak pernah dipinta mimpi sebegitu
Ia tetap datang dan menganyam rasa
Seperti nyata, tetapi mimpi
Seperti mimpi, tetapi nyata
Rasa basah oleh pilu
Rasa luka oleh rindu
Ahh bantal tidurku yang ini
Kau banyak menyimpan misteri
Teruskan mimpi
Aku ingin lagi mimpi begini
Kerana ia melepaskan beban hati
Yang sarat membalut diri
Aku mahu bermimpi
Lagi dan lagi
...

Friday 13 January 2012

Seekor babi di dalam pick up buruk dari neraka jahanam...

Maaf, entry ini dipenuhi perkataan berbaur negatif, sila jangan baca jika tidak mahu menodai minda anda yang suci bersih itu.

Jam 7petang, hujan renyai-renyai. Aku decide nak balik awal sebab dok kat opis pun buntu, otak sudah rindu sama bantal dan tilam...jadi aku mahu dapat istirehat yang cukup sebab esok aku keje. Dari Jalan Pantai Baru aku terus ke Kerinci dan sebelum sampai Kerinci, membelok ke kiri untuk memasuki Federal Hiway. Hujan masih rintik-rintik manja dan mata aku tetap kabur. Memandu dalam hujan adalah perbuatan yang paling aku tidak suka, sebab aku sangat rabun kala hujan dan hari hampir gelap.

Dari susur kiri nak masuk FH, kereta bertenat-tenat bontot membontoti termasuk aku. Aku cuba untuk tidak menjadi pemandu kurang ajar, dan tidak juga berhemah...orang kata kontrol sopan tahap sederhana. Sekurang-kurangnya aku tidak berdosa pada lidah memaki hamun dan mencarut pemandu yg cuba memotong aku. Dalam terhegeh-hegeh nak cari ruang memasuki lane kanan sebab di kiri sudah ada tembok batu, ada sekor babi lahanat aka celaka mengasak kereta aku. Aku dah bagi signal nak masuk kanan dan babi celaka lahanat di dalam pick up buruk dari neraka itu kelihatan tidak mahu memberi ruang atau peluang. Kereta bergerak perlahan, aku sudah jeling side mirror kanan kerana berasa tidak sedap hati dengan babi lahanat di dalam pick up dari neraka yang kelihatan mencabar tahap kesabaran aku. Makin aku ke kanan makin babi sekor yg gampang itu mengasak. Makin aku ke kanan makin babi sial itu menonong...

Aku memang hilang sabar, rintik hujan makin galak dan mata aku makin kabur sedang space sebelah kiri sudah santak lalu aku mengambil space ke kanan untuk memasuki lane kanan sebab kereta di depan juga perlahan-lahan menyusur ke kanan. Jadinya, babi sial celaka lahanat dalam pick up butuh dari neraka itu meneruskan pergerakan dan sudah meradak side mirror aku yang sebelah kanan. Memang gampang si babi lahanat sial itu, dia ingat aku perempuan maka aku akan takut.

Aku hongking macam lupa daratan sebanyak dua kali sebagai tanda protes terhadap babi gampang dan aku yakin babi gampang celaka sial itu adalah daripada spesies babi paling busuk dan tak bermaruah dalam dunia, adalah dari spesies pemakan babi yang paling hina dalam dunia kerana babi akan menyondol tanah bertujuan mencari cacing untuk di makan. Seekor babi sial, memakan babi lahanat dan maka perangainya juga lebih fucking asshole serious shit berserta pukimak tambah pulak si babi celaka itu memandu pick up buruk jenis neraka jahanam.

Side mirror aku yang kanan terpeleot dan aku menurunkan cermin untuk memperbaiki side mirror itu. Aku berada pada kedudukan di belakang pick up celaka milik babi laknat itu. Dalam hati sudah terdetik, sekiranya aku berjaya memotong babi lahanat itu dari sebelah kiri, aku akan mengeluarkan tangan kanan untuk menunjukkan jari hantu yang ditunjukkan ke langit. Memang aku akan buat sebab setan sudah merasuk aku melakukannya. Hati sakit dan mendidih tapi aku masih berjaya mengawal lidah supaya tidak menjerit perkataan buruk di dalam kenderaan yang banyak berjasa pada aku.

Entah macam mana, aku hilang pertimbangan dan nampak ada ruang untuk aku mencilok ke kanan walaupun aku tidak pernah melakukan perangai buruk begitu- tukar lorong ke kanan secara tiba-tiba. Kereta belakang menceceh marah gila babi sambil honking dan kelip2kan lampu. Sorry lembu, aku tak dak kes dengan ko, aku cuma nak sembelih babi celaka tu je..

Selepas tukar lorong ke kanan macam orang yg tak gila dan menjadi gila secara tiba-tiba, aku berjaya memotong babi lahanat berkenaan yg meneruskan pemanduan degan pick up jahanam dari neraka itu. Ada sebiji lagi kereta bersama kerbau di dalamnya hongking aku. Aku tahu aku buat lagak tak bermoral dalam remang senja kala hujan makin mengamuk tapi aku peduli apa...memang aku jahat sangat masa tu. Dan aku akhirnya melepasi serta mendahului babi kurang ajar itu dengan jayanya walaupun terpaksa menjadi pemandu yang macam setan seperti mana binatang2 lain yang berlumba2 untuk pulang ke rumah nak mengawan, beromen, bersosial, berclubbing dan ber ntah hapa lagi dengan bohsia masing2. Ketika itu aku sudah masuk ke hiway Cheras- Seremban untuk balik ke sarang vampire aku, untuk meneguk segelas darah beku yang sudah lama aku simpan di dalam peti ais. Tak pun aku perlu heaterkan bekalan darah beku itu supaya ia mengalir lunak di kerongkong aku, untuk mengembalikan kewarasan aku berfikir walaupun aku tahu Tuhan pasti marah dengan sikap perangai buruk aku petang ini.

Sampai di pintu rumah, seekor badak air berwarna biru menunggu aku di tepi tangga untuk naik ke tingkat atas. Sorry badak, hari ini tanduk aku tiba-tiba keluar tanpa dapat dikawal dan aku terpaksa membiarkan tanduk itu bebas dan mengasahnya menjadi tajam supaya ia kelak tidak menikam sukma aku.

Antara kewarasan dan akal budi yang ada pada manusia, aku tewas lantaran amarah membakar diri, membiarkan pucuk api seekor setan menjolok naluri kemanusiaan. Duduk di depan tingkap jeriji besi mengadap sepohon pokok besar dengan daun yg sentiasa aku rindui...aku perlu meminta maaf  kepada diri kerana menjadi manusia paling tidak bertamadun seketika.

Tuhan, aku mohon ampun.

Multitasking

Sreeka ketika menjadi artis di show of desire..nama je desire tapi lebih pada komedi dan aku tabik dengan bakat dia...selamba badak buat joke 18sx tapi dia mantain cekci mekci...
Ini adalah Sreeka yang original dan tulin...not bad kan..haha. semua org nak bergambar dengan dia dan aku pun...tumpang dua belah kaki...
Dia sememangnya lebih slim melim dari aku...
Aku sentiasa kagum dengan sapa2 yg multitasking ini
sebab tidak mudah untuk mempelbagaikan
kebolehan pada setiap diri
lebih2 lagi kalu lelaki
yang cuma tahu mengarah je itu ini
dan lebih mengagumkan
seperti kes yang aku jumpa atas kapal ini
sebab atas kapal kan
jadi terpaksa hadap segala bagai show
yang disediakan penganjur
kalu tak, tengok laut biru je lah
selain tourist dari india yang berlagak kaya gila
tapi agak kurang manners kalu bab makan
rambut depa yg hapak tu bersepah dalam food orang pun
depa boleh senyum buat menonong
memang cik doh bangang gila babas
(hari Jumaat so aku kena marah cara berhemah)
ada floating kasino
ada desire show yg stok geli2..haha tsk!
ada show dari LA yang vogue etc..
ok berbalik kepada multitasking ni
cabing crew atas Libra Star Cruise ini adalah multitasking
siang hari depa jadi cabin crew, manager
dan segala bagai duty lagi
tapi bila malam depa jadi artist
yang aku kagum ni, ada 4 guys
Jay, Goldie, Marc dan Sreeka
mereka adalah lelaki perkasa dan macho
memang gentle dan handsome
tapi bila malam..makaihh semput dibuatnya
mereka transform diri jadi wanita yang sangat cantik
dan bertugas sebagai penghibur yg sangat talented
and a big applaused for 4 of them
aku cuma sempat tarik Sreeka saja
he’s Filiphin born and the manager of entertainment
cantik kan Sreeka ini...:)

Wednesday 11 January 2012

Owh no!

I still remember, long time ago
before I took a decision to start my life as a single lady
Someone did ask me..am I sure?
What will happen if something happen to me, who's gonna taking care of me?
Thousand question came accros my mind.
Nahh..I still stand..and now I understood, why he keep asking me the question.
I am desperate! Really desperate..not desperate to look for who's gonna donate his sperm to me...
But I'm desperate becoz my car is breakdown, a battery is week, a lamp is on and i didnt know how to manage it!
Even I have know nothing about that! :(
And I just came back from outstation, tired, shock, stress and all those suck things happen suddenly while I confirm that my blood turn on and on...gosh!
And at this moment I wish that resakse ultraman dyna will come in front of me to solve my problem???
Is this what we call cubaan? Dugaan? Cabaran? Whatever it is..I can...

Sunday 8 January 2012

Roger..roger..

Will be out of radar till thursday.
row row row row your cruise
gently down the stream
merely merely merely
life is bout a dream...

Roger...out!

Saturday 7 January 2012

Ngilu...

Seb baik le ngko comei baby..reda sikit ngilu yang aku rasa...
Aku rasa macam ada resaksa besar
sedang mengorek, menampal, menggigit dan membina bangunan
dalam mulut aku...
aku pejam mata rapat2
ciss!! rasa itu masih ada, malah makin kuat
sabar hati...sabar..nak perfect..so aku kena sabar
walopun resaksa itu menggila dalam mulut aku..
Realitinya, aku rasa macam nak pelempang je dentist tu
sebab dia korek, tampal, kikis, scaling etc
walhal bukan aku tak pernah rasa
setiap enam bulan dia akan lanyak habis-habisan gigi
sama ada ngilu atau nyeri...aku dah imune
cuma aku tak buat brashes je
sebab gigi masih teratur
ramai yg ngeri nak jumpa dentist kan??
Kamon...dia dentist je lah, bukan resaksa pencabut gigi...

Thursday 5 January 2012

Dedikasi bulan...

Bulan di dinding langit...

Bulan di dinding langit
adakah engkau sudah mula melupakan aku
atau aku yang terlupa akan kehadiranmu...

Nota: Arwah nenek kata di bulan ada nenek kebayan sedang mengukur kelapa dan arwah abah pula  kata
kalau bulan gelap ketam gemuk penuh isi, benarkah? Aku pula nampak dua ekor ayam jantan sedang berlaga setiap kali merenung bulan...

Monday 2 January 2012

Our guard

Monyet milik Kristal ini sudah hampir setahun berada di atas wall yang membahagikan laman kami. Kata Kristal, monyet ini adalah pengawal yang baik....hmm memang baik pun, sebab setia mengawasi aku bila aku balik memalam buta!
Dah dua hari di tahun baru
aku dah lama tak tengok dia
sejak 16 Dis 2011 lagi
mummy dia kata mereka nak pergi UK
nak visit daddy dia yg kerja kat sana
mummy dia jiran aku
dan dia pun samalah..
setiap minggu aku lihat dia bantu mummy dia basuh lantai
ada sekali aku nak bagi coklat, dia punya la nak
tapi sebab mummy dia kata no thanks, dia undur setapak ke belakang
di sebalik pagar kami, pada hari lain pula
aku bagi setengah dozen moon cake
yang sangat sedap dan cantik
yes dia ambil, itupun selepas mummy dia kata yes..
dia comel, dan keletah
sentiasa murah dengan teguran dan senyuman
memang aku teringat juga pada dia
tapi tak apalah, aku pernah dengar dia cakap pada mummy dia..
"Mummy since we are not around..
this monkey will be our guard house
he will keep watching our house and auntie LW too.."

Dan monyet yang menggunakan kuasa solar itu
yang terletak di atas dinding yang membahagikan rumah kami
tidak pernah berhenti bergerak
dan begitu taat mengawasi rumah kami
monyet itu adalah milik dia
si Kristal yang comel...

Sunday 1 January 2012

Selamat tinggal...

Setiap hari membilang detik
ada hati yang sakit
ada perasaan yang carik
ada jiwa yang pilu
ada juga air mata sendu
masa jadi cemburu
jarak buat aku jadi bisu
apabila kata-kata menjadi dosa
segala penat lelah sia-sia
apabila janji tidak ditepati
semua yang diucap bagai belati
menyiat-nyiat tangkai hati
pun begitu janji Tuhan adalah pasti
mak pun kembali
dan aku menjadi lali
dengan hidup sendiri
membilang detik lagi
tahun beralih pergi
tidak mahu lagi aku lari
biar ia datang ke dalam pelukan
selamat berangkat tahun sudah
aku sudah melangkah
ke sebuah tahun
bernama
tahun baru!

Note: Every each year, we grow and older but age is just a matter of figure..how u handle it..that's lead you to the next phase..if u lost..back to the basic...the best guidance book in our life is Al-Quran..Allah please bless me..

Aidilfitri pula..

Baru settle meeting dengan Raymond and Angel untuk add Aidilfitri..semoga ada idea untuk buat pantun raya!