Tuesday 31 January 2012

Dalam hati...

Dalam hati ada kalbu
dalam kalbu ada jiwa
dalam jiwa ada rasa
dalam rasa ada jelaga
dalam jelaga ada bara
dalam bara ada api
dalam api ada...

Dalam berkata-kata
lidah sering lupa
hati sering alpa
garis sempadan
ucap bicara
tutur jenaka
pun ada hadnya..

Justeru aku perlu tahu
melihat budi menilai hati
mentafsir diri milik sendiri
supaya tiada belati menghiris mati...

Tuhan, aku mohon
datangkan hujan di laman
agar aku bisa aman
walau semalaman...

9 comments:

  1. ha....siapa yg bergurau kasar dgn ko sis?? habaq mai

    ReplyDelete
  2. TP, eh ko belum zzz ek...tak de sape lah bro, aku saja berangan...ko kan tahu aku dah lama x jadi vampire, stok sirap merah grade A+ aku dah habis...so itu yang aku berkasar dengan bahasa...

    ReplyDelete
  3. aku 1st rupanya....jap nak menari kegembiraan jap.

    jap lagi aku zzz. ko dan SM berpakat buat entri ker sis. aku ada stok darah gred A+++ banyak. kat sepital manjung kehkehkeh....

    ReplyDelete
  4. TP, aku tak hingin stok darah gred A++ hospital manjung, aku nak yang gred A+++ dari mossy forest, dah tentu berkualiti sebab fresh air, no pollution bla bla bla...siap le ko...bawang putih ke apa aku tak heran!

    TH, kadang kala akak silap mengatur langkah, lalu terseliuh kaki...bukan...bukan lantai yang tidak sama tinggi rendahnya, akak yang silap mencatur gerak....

    ReplyDelete
  5. Lady W: hado....aku ada paku gajah mcm pahat pure perak. kehkehkeh

    ReplyDelete
  6. Paku gajah warna perak ke apa, ada aku kesah...hahaha!

    ReplyDelete
  7. "Dalam berkata-kata
    lidah sering lupa
    hati sering alpa
    garis sempadan
    ucap bicara
    tutur jenaka
    pun ada hadnya"

    Aku selalu lupa
    kadang menghiris hati org lain,
    aku ketawa tapi tak sedar org lain terluka..

    ReplyDelete
  8. Nong Andy...kau sang penyair lebih memahami hati aku...kehkehkeh!

    ReplyDelete
  9. Sempurna manusia pada ketidak sempurnaannya.
    Tapi bukan itu mahu dijadi sempadan buat biar bersalahan sengaja.

    Berbaik pada usaha sehabis daya, dan biar pada Dia melontar percaya kita untuk ditunjukkan yang benar.

    Berbahasalah selagi mana kita percaya itu adalah jalan Dia; dan sesekali biar apa hati-hati yang terguris luka itu merasa peritnya.
    kenapa?
    kerana biar benar itu sampai; dan beretika gayanya.
    dan tak semestinya pada setiap luka itu etikanya hilang.
    oh.
    itu setidaknya apa yang aku percaya.

    *senyum*

    kamu tahu; Indah sendiri berbahasa 'kasar' kepada Pram; dan disengajakan itu kerana dia tahu itu yang benar untuk biar bahasa benar sampai kepada Pram; dan Pram itu akhirnya si Insani yang berjaya kan?

    *senyum*

    sesekali, biar berbuat salah, agar kita tahu kita bukan cukup sempurna, dan masih seperti marhaen lain yang perlu pandu dan tunjuk. Ajarkan aku sama kalau kamu rasakan perlu.

    kita kan kawan?

    *senyum*

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...