Friday 13 January 2012

Seekor babi di dalam pick up buruk dari neraka jahanam...

Maaf, entry ini dipenuhi perkataan berbaur negatif, sila jangan baca jika tidak mahu menodai minda anda yang suci bersih itu.

Jam 7petang, hujan renyai-renyai. Aku decide nak balik awal sebab dok kat opis pun buntu, otak sudah rindu sama bantal dan tilam...jadi aku mahu dapat istirehat yang cukup sebab esok aku keje. Dari Jalan Pantai Baru aku terus ke Kerinci dan sebelum sampai Kerinci, membelok ke kiri untuk memasuki Federal Hiway. Hujan masih rintik-rintik manja dan mata aku tetap kabur. Memandu dalam hujan adalah perbuatan yang paling aku tidak suka, sebab aku sangat rabun kala hujan dan hari hampir gelap.

Dari susur kiri nak masuk FH, kereta bertenat-tenat bontot membontoti termasuk aku. Aku cuba untuk tidak menjadi pemandu kurang ajar, dan tidak juga berhemah...orang kata kontrol sopan tahap sederhana. Sekurang-kurangnya aku tidak berdosa pada lidah memaki hamun dan mencarut pemandu yg cuba memotong aku. Dalam terhegeh-hegeh nak cari ruang memasuki lane kanan sebab di kiri sudah ada tembok batu, ada sekor babi lahanat aka celaka mengasak kereta aku. Aku dah bagi signal nak masuk kanan dan babi celaka lahanat di dalam pick up buruk dari neraka itu kelihatan tidak mahu memberi ruang atau peluang. Kereta bergerak perlahan, aku sudah jeling side mirror kanan kerana berasa tidak sedap hati dengan babi lahanat di dalam pick up dari neraka yang kelihatan mencabar tahap kesabaran aku. Makin aku ke kanan makin babi sekor yg gampang itu mengasak. Makin aku ke kanan makin babi sial itu menonong...

Aku memang hilang sabar, rintik hujan makin galak dan mata aku makin kabur sedang space sebelah kiri sudah santak lalu aku mengambil space ke kanan untuk memasuki lane kanan sebab kereta di depan juga perlahan-lahan menyusur ke kanan. Jadinya, babi sial celaka lahanat dalam pick up butuh dari neraka itu meneruskan pergerakan dan sudah meradak side mirror aku yang sebelah kanan. Memang gampang si babi lahanat sial itu, dia ingat aku perempuan maka aku akan takut.

Aku hongking macam lupa daratan sebanyak dua kali sebagai tanda protes terhadap babi gampang dan aku yakin babi gampang celaka sial itu adalah daripada spesies babi paling busuk dan tak bermaruah dalam dunia, adalah dari spesies pemakan babi yang paling hina dalam dunia kerana babi akan menyondol tanah bertujuan mencari cacing untuk di makan. Seekor babi sial, memakan babi lahanat dan maka perangainya juga lebih fucking asshole serious shit berserta pukimak tambah pulak si babi celaka itu memandu pick up buruk jenis neraka jahanam.

Side mirror aku yang kanan terpeleot dan aku menurunkan cermin untuk memperbaiki side mirror itu. Aku berada pada kedudukan di belakang pick up celaka milik babi laknat itu. Dalam hati sudah terdetik, sekiranya aku berjaya memotong babi lahanat itu dari sebelah kiri, aku akan mengeluarkan tangan kanan untuk menunjukkan jari hantu yang ditunjukkan ke langit. Memang aku akan buat sebab setan sudah merasuk aku melakukannya. Hati sakit dan mendidih tapi aku masih berjaya mengawal lidah supaya tidak menjerit perkataan buruk di dalam kenderaan yang banyak berjasa pada aku.

Entah macam mana, aku hilang pertimbangan dan nampak ada ruang untuk aku mencilok ke kanan walaupun aku tidak pernah melakukan perangai buruk begitu- tukar lorong ke kanan secara tiba-tiba. Kereta belakang menceceh marah gila babi sambil honking dan kelip2kan lampu. Sorry lembu, aku tak dak kes dengan ko, aku cuma nak sembelih babi celaka tu je..

Selepas tukar lorong ke kanan macam orang yg tak gila dan menjadi gila secara tiba-tiba, aku berjaya memotong babi lahanat berkenaan yg meneruskan pemanduan degan pick up jahanam dari neraka itu. Ada sebiji lagi kereta bersama kerbau di dalamnya hongking aku. Aku tahu aku buat lagak tak bermoral dalam remang senja kala hujan makin mengamuk tapi aku peduli apa...memang aku jahat sangat masa tu. Dan aku akhirnya melepasi serta mendahului babi kurang ajar itu dengan jayanya walaupun terpaksa menjadi pemandu yang macam setan seperti mana binatang2 lain yang berlumba2 untuk pulang ke rumah nak mengawan, beromen, bersosial, berclubbing dan ber ntah hapa lagi dengan bohsia masing2. Ketika itu aku sudah masuk ke hiway Cheras- Seremban untuk balik ke sarang vampire aku, untuk meneguk segelas darah beku yang sudah lama aku simpan di dalam peti ais. Tak pun aku perlu heaterkan bekalan darah beku itu supaya ia mengalir lunak di kerongkong aku, untuk mengembalikan kewarasan aku berfikir walaupun aku tahu Tuhan pasti marah dengan sikap perangai buruk aku petang ini.

Sampai di pintu rumah, seekor badak air berwarna biru menunggu aku di tepi tangga untuk naik ke tingkat atas. Sorry badak, hari ini tanduk aku tiba-tiba keluar tanpa dapat dikawal dan aku terpaksa membiarkan tanduk itu bebas dan mengasahnya menjadi tajam supaya ia kelak tidak menikam sukma aku.

Antara kewarasan dan akal budi yang ada pada manusia, aku tewas lantaran amarah membakar diri, membiarkan pucuk api seekor setan menjolok naluri kemanusiaan. Duduk di depan tingkap jeriji besi mengadap sepohon pokok besar dengan daun yg sentiasa aku rindui...aku perlu meminta maaf  kepada diri kerana menjadi manusia paling tidak bertamadun seketika.

Tuhan, aku mohon ampun.

15 comments:

  1. kalau abang dah lama abang hon & patahkan side mirror beliau pulak

    jadi perempuan jgn lembut

    ReplyDelete
  2. Abang, aku dah hon lebih dua kali sebenarnya sebab aku bantai tekan hon tu ntah berapa kali. Tak terfikir pulak nak patahkan side mirror pick up jahanam tu, aku cuma ingat nak maki driver babi tu je...

    ReplyDelete
  3. aku turut simpati pada ko sis...Kesian kena tempoh jem, perangai pemandu bermacam2. hado...

    ReplyDelete
  4. TP, setan merasuk aku tadi...tapi at least aku dah reduce anger dengan menulis di blog...sorry bahasanya sangat biadap tapi inilah antara cara aku nak redakan kemarahan...

    ReplyDelete
  5. sejak akhir-akhir ni aku dah kurang memaki dan mencarut. faktor usia kot. apa pun, aku lebih rela lencun dari luar hingga ke seluar dalam menunggang belalang tempur daripada berasak-asak bersama-sama road bastard yang lain.

    tahniah sebab berjaya dalam perjuangan di atas jalan. fucking cool!

    ReplyDelete
  6. Aku tetiba maki hamun dan mencarut di entry ini bukan sebab faktor usia aku yang semakin purba. Aku mencarut sebab nak luah kemarahan yang tidak terkawal..tak bangga pun sebab berjaya dalam perjuangan dengan road bastard tu tapi ini adalah sebahagian daripada sisi gelap aku...dan sisi gelap aku yg lain adalah aku boleh sepak pintu sampai pecah dan hempas pinggan sedozen sekali gus...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali nak mencarut dan maki hamun, ajak aku sekali. dah lama tak memaki secara berjemaah.

      Delete
  7. lady W: bagi org lain mungkin biadap ayat ko tu, tapi bgi aku biasa je pasal dah selalu guna.hehehehe (aku dlm proses menjadi manusia baek dan berguna..cewah)

    SM: aku sokong sangat2. aku lebih rela basah lencun macam ko katakan dari layan jem. mujur aku duduk dikawasan bebas kesesakkan lalu lintas. Syukur....

    ReplyDelete
  8. TP, mulut aku sebenarnya tak le sejahat itu dan memang tak suka sebut pun perkataan berbau negative tapi kerana amarah menguasai dan nak release marah, aku zass le kat sini..seb bek ko faham.
    Sebab tu lepas sampai rumah, aku berasa sedikit menyesal kerana menyiksa lidah aku sendiri...

    ReplyDelete
  9. lady W: takpe sis at least ur stress fly away sedikit.

    ReplyDelete
  10. TP, o yeahh better than i keep it in mind, karang tetiba BP aku naik..haishh lagi haru..haha!

    ReplyDelete
  11. SM, tak berani aku nak ajak ko berjemaah wehh.ko kata dah insap kan...hahaha

    ReplyDelete
  12. ini betul-betul marah tahap kucing dipijak ekornya nih,Mem.tapi baguslah dah lepaskan,sekurang-kurangnya kemarahan tuh tak bersarang lama dalam kalbu.boleh lumpuh rasa nanti.

    mentaliti,mentaliti..

    ReplyDelete
  13. Ghost, bukan kucing dipijak ekor, tapi harimau digunting misainya. Nasib baik darah hulubalang aku tidak sampai mendidih, baru suam2 kuku...haha..

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...