Thursday 5 January 2012

Dedikasi bulan...

Bulan di dinding langit...

Bulan di dinding langit
adakah engkau sudah mula melupakan aku
atau aku yang terlupa akan kehadiranmu...

Nota: Arwah nenek kata di bulan ada nenek kebayan sedang mengukur kelapa dan arwah abah pula  kata
kalau bulan gelap ketam gemuk penuh isi, benarkah? Aku pula nampak dua ekor ayam jantan sedang berlaga setiap kali merenung bulan...

20 comments:

  1. kata Arwah ayah ko tu sis betul la....

    tapi part nenek kebayan??? kehkehkeh mana wujud ler

    ReplyDelete
  2. TP: aku kalu nak beli ketam, musti tunggu hujung bulan sebab masa tu bulan gelap..eh cer tengok betol2 pernah gak aku nampak nenek kebayan kukur kelapa tau..hahaha

    ReplyDelete
  3. dalam kisah dongeng barat, ada arnab tinggal kat sana. dalam dongeng transformers pulak, ada makhluk asing dah crash kat sana masa zaman tv hitam putih. dongeng aku pulak, permukaan bulan tu macam kulit muka orang yang kena tipu dengan salesgirl produk kecantikan!

    ReplyDelete
  4. bhahahaha...dongeng ultraman tu aku suka..ada resakse ganas tinggal kat bulan...dongeng superman pun boleh tahan sebab batu cryptonite hijau tu konon berasal dari bulan kan...tapi ko ada nampak tak ayam jantan kat bulan? cer ko tengok betul2..ada tau..

    ReplyDelete
  5. tak nampak sebab bukan tahun ayam dalam kalendar luna.

    ReplyDelete
  6. oh ya..ok alasan diterima...aku pun bukan tahun ayam...kalu ikut kalendar luna...aku tahun babi...

    ReplyDelete
  7. hahahaa...! aku pulak tahun ayam jantan berkokok atas tunggul.

    ReplyDelete
  8. malam tadi ada anjing menyalak...menyalak yang mcm nampak hantu tu...choyyyy

    ReplyDelete
  9. SM: hahaha ayam jantan ke ngko...patutla...wahahaha..

    NP: anjing pun kalu menyalak ia akan merenung ke bulan...sesetengah orang percaya kalau merenung ke bulan akan nampak benda lain...

    ReplyDelete
  10. au auuwww....! sejak akhir-akhir ni anjing jiran aku dah tak menyalak sebelum subuh. sebelum ni, pergh! seriau seh!

    ReplyDelete
  11. NP: dulu i takut juga kalu bunyi anjing cenggitu...la ni dah imune...

    SM: Ko tu apa yg tak seriau...semua ya aa auww..

    ReplyDelete
  12. Lady W: aku nampak macam org tengah duduk thiyat akhir pun ada, mcm pokok besar pun ada, tang nenek kebayan xdapat lagi la....

    takpe aku cuba lagi bila dapat melihat kembali bulan penuh.

    SM: lain2 ok tapi part macam kulit orang kene tipu ngan awek salesgrl produk kecantikkan tu....aku suka, membuat aku gelak guling2 mcm cilake, sampai kawan aku risau.


    NP: mmg bunyi dia agak menakutkan tapi takde apa sebenarnya pun... (ceh aku cakap mcm tak rasa takut je)

    ReplyDelete
  13. TP: Yang ko nampak macam orang duduk tahiyat akhir tu aku setuju..sebab aku pun sekali sekala ada nampak...

    LW. haku malas nak login.

    ReplyDelete
  14. kalau kita berada di burkina faso, kita mungkin akan nampak bentuk orang sujud sahwi kot. sebab satu-satu tempat kat bumi tu akan mengadap bahagian bulan yang sama setiap kali. kerana perbezaan arah putaran antara kedua-dua jasad semawi tu selain kelajuan putarannya. sekadar info dari discovery channel.

    (cuba teka siapa aku?)

    ReplyDelete
  15. hamboihh sampai dok ada kat burkina faso nun..tak payah pi jauh le bhai, letak aja kat puchong ka, shah alam ka, kuala selangor ke tak pun kat JB, memang nampak cenggitu. tak payah teka sapa ko, aku tau dah ko orang bulan...

    ReplyDelete
  16. maksud si anon tu, permukaan bulan yang kau nampak melalui celahan tingkap semalam tak sama dengan permukaan yang dilihat oleh sahabat baik dia yang sekarang ada kat mekah. siapa si anon tu? pasti seorang yang gojes juga.

    ReplyDelete
  17. Aku pun yakin si anon tu tersangatlah gojes sebab posting dia pun gojes bangat dengan rujukan dari Discovery Channel...sangat bernas infonya yang mana aku pun malas nak cari...

    ReplyDelete
  18. akak suka bulan... sayang bulan... mohon jadi bintang... heeeeeeeeeeeee....

    ReplyDelete
  19. Kan! Saya pun suka merenung ke bulan..malam ni bulan penuh...cantik.jom jadi bintang..ngee!

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...