Saturday 28 January 2012

Dua anekdot Jumaat...

Bunyi yang aneh di pagi hari
hari Jumaat semalam
seawal subuh ada bunyi asing dalam rumah
bunyi yang tak dapat aku kesan dari mana
ia buat aku rimas dan bengang
kerana tidak dapat mengesan bunyi asing itu
dan ia masih berbunyi ketika aku melangkah keluar
untuk mencari sedikit rezeki...

Aku membunuhnya
Dan antara berhati-hati dan kesebuan minda
seekor kucing tompok melintas pemanduanku
yang aku dengar adalah sesuatu berlaga dengan bahagian bawah kereta
mungkin ada tulang patah riuk
mungkin juga ada nyawa melayang
mungkin juga ada bulu lembut melayang ke udara
yang aku nampak adalah pekat malam
jam 9 terasa seperti sudah larut malam
aku buang syiling 20 sen
untuk pembebasan sebuah roh
yang berlaku tanpa disengajakan
maafkan aku kucing!

30 comments:

  1. pembebasan sebuah roh hanya bernilai dua puluh sen? apakah kau dapat menilai jiwa yang telah hilang itu? (emoticon tanda soal keluar dari ubun-ubun)

    ReplyDelete
  2. buang doposen?

    first time dengar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle G, a ah bapak saya kata buang doploh sen...maybe galamg ganti nyawa haiwan tu kot...

      Delete
  3. Replies
    1. Abang Zam, pembunuh yang membunuh mangsa tanpa niat la woii...

      Delete
  4. SM, roh atau nyawa memang tiada nilai hatta nyawa seeker semut sekalipun, tapi aku membuang 20 sen adalah petua supaya aku tidak dihantui rasa bersalah dan berduka kerana perbuatan itu dilakukan tanpa niat...arwah bapak aku kata buang saja 20sen sbg petua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkesan ke? aku tak tau ada petua macam tu. jadi perbuatan tu mungkin boleh menggantikan doa? (haha, saje bagi soalan macam ni. nak cuba try test kau)

      Delete
    2. Doa dan 20 sen tu dua perkara berbeza la ko. Doplohsen tu buang kat situ, macam buang geruh orang kata...Dan aku doa juga semoga Allah ampunkan dosa aku langgar kucing secara tak sengaja...

      Delete
  5. ouh, bukan duit lima puluh sen eh?
    pernah jugak dengar yang jadi galang ganti ni.
    macam kita jumpa duit, kalau jumpa rm10, buang 10 sen. kalah jumpa seratus, buang seringgit.
    huhu

    ReplyDelete
  6. TH, akak buat doplohsen, Ada org buat limaplohsen ek? Macam macam petua kan...hihi

    ReplyDelete
  7. ini satu kepercayaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SM, aku tak namakan ianya kepercayaan tapi lebih kepada petua dahulukala...tidak ada salahnya kerana ia tidak membawa natijah kepada sesiapa...ia hanya peperangan jiwa kecamuk kerana mengambil nyawa seekor haiwan yg tidak bersalah yang juga makhluk Tuhan taapa disengajakan..

      Delete
  8. Replies
    1. ya..terlanggar seekor kucing bertompok hitam putih...malamnya saya x boleh lena kerana memikirkan kucing itu...

      Delete
  9. sedihhh.... speechless... semoga roh kucing tu tenang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat break..lepas langgar tu i bawak keta merempan...rasa gigil nak pegang stereng..

      Delete
    2. i yang langgar monyet hari tu pun nangis tau!!!
      tak payah u nak tengok2 lepas langgar tu..nanti lagi u gigil...

      Delete
  10. Bunyi apa tu di awal pagi?

    Pagiku di kejutkan oleh si pemotong rumput- kacau betul! ah.. dia cari rezeki apasal aku menyumpahnya pula.

    Hubby terlanggar kucing yg meluru ke jln raya di siang hari.. aku takut setengah mati- rasa bersalah sgt.

    itu cerita hubby.. aku pula?

    Terlanggar ayam yg meluru ke jln raya. aku memang agak laju- dah lambat. Gedebuk! ayam tu kompom K.O!

    Oh.. tuhan! Aku tak sengaja!

    Buang doplosen tu aku tak tau.. tapi yg jumpa duit replace dgn nilai yg lebih kecil mcm TH ckp aku pernah dgr.

    moral of the story: Aku paham perasaan ko lady Windsor.

    ReplyDelete
  11. Nong Andy, hari Jumaat adalah hari yang sangat sempurna, cuma aku saja simpang perenang menghadapi hari Jumaat itu. Hari Jumaat tidak bersalah pun, cuma aku saja yang kalut menjalaninya...bunyi yang aneh tanpa diketahui puncanya aku abaikan saja namun x siapa tahu kucing itu nasibnya berakhir di bawah tayar kereta aku pada suatu malam pekat di tepi sebuah padang lapang yang dikatakan 'berpenghuni'.Kucing itu kelihatan lari seperti dikejar sesuatu dan kebetulan aku melalui kawasan itu...akhirnya aku menjadi seorang yang sadis pada malam itu dan malamku juga berakhir dengan mata aku keras tak dapat lelap...

    terima kasih sebab faham aku Nong Andy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jam 2.02pagi aku baca reply mu ini. Berdiri bulu romaku.. kononya aku sedang menunggu 'anugerah' sambil mendengar lagu talk about love celine dion. tapi baca reply mu ini entahkan kisah seram pula yg menari di kyrboard ku nanti hehehe...

      Delete
    2. bukan kucing ada 9 nyawa ker....? kehkehkeh.
      siot hanya perlu 20sen aje tuk buat pembebasan roh. aku yakin akan dtg dalam mipi ko sis hahahaha...

      Delete
  12. bukan kucing ada 9 nyawa ker....? kehkehkeh.
    siot hanya perlu 20sen aje tuk buat pembebasan roh. aku yakin akan dtg dalam mipi ko sis hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TP, tu la pasal aku pernah dengar kucing ada 9 nyawa dan memang susah nak mati, tapi kalu ajalnya dah sampai...jalan juga.

      Delete
  13. aduhduhduh...suspennyer entry ni

    ReplyDelete
  14. CC dua tiga hari ni kita memang melalui hidup yg agak suspen, kita sendiri suspen bila nak balik rumah...huhu!

    ReplyDelete
  15. oh no! kasihannyer telanggar kucing.. xper xper everything that happend, happen for a reason :)

    ReplyDelete
  16. fiziskandarz, yerp everything happened for a reason kan...bila mau balik ke Malaysia?:)

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...