Tuesday 31 January 2012

Kadangkala...

Kadangkala aku tidak pernah menduga di tengah padang ilalang ada serpih kaca menunggu kaki untuk dihiris kerana aku sering alpa akan kembang comel putih kuning di belantara ilalang itu. Kadangkala aku tidak pernah menduga di dalam panas terik sinar mentari menyimbah cahaya akan ada derai salju yang tajam menikam sejuknya ke dasar paling dalam pada sumsum tulang lantas beku dan kaku. Kadangkala aku sentiasa lupa akan tenangnya air kala bahtera menyusur ada arus ganas menunggu ketika untuk memecahkan debur ombak perkasa meranapkan layar yang tertebar sekian lama dan kadangkala aku sentiasa tidak mengambil endah akan kicau mergastua bahawa hutan rimba jangan direntas andai mantera tidak lengkap untuk menghadapi medan margasatwa...

Buat kesekian kalinya aku berpesan-pesan kepada diri bahawa segala yang buruk itu adalah kekurangan aku dan segalanya yang indah dan sempurna itu adalah kepunyaan Dia yang total...

Di halamanmu, akan aku kunjungi, masuk dan duduk namun biar aku menghela pilu seketika di laman milik sendiri...tiba masanya akan aku muncul di situ...mana mungkin aku lupa akan sebuah taman minda medan pustaka yang tuntas dengan ilham walau yang dilihat adalah bicara santai bsrselang jenaka...nantikan!

24 comments:

  1. ok wa nantikan.....kita tunggu jenaka dari lu sis.

    ReplyDelete
  2. Tak ckp nafas sy baca ucapan ni kak. Tercari2 noktah...heheheh!

    ReplyDelete
  3. MF pls baca slowly...no harm...hihi

    ReplyDelete
  4. Dalam maksud ungkapan kata LW..I wonder what is it?

    ReplyDelete
  5. AA the Way, you are free to interpret on your own thought...:)

    ReplyDelete
  6. Abang, aku tengah kumpul strenght nak mulakan carutan...hakhakhak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. u bersastera lagi... maaf bukan kegemaran i yer...sowwiiii....

      Delete
  7. NP I saja bersastera, asah pena biar tajam nanti senang nak bertikam lidah dgn bahasa...hikhikhik!

    ReplyDelete
  8. nak mencarut gak kat komen ni boleh hehehe..

    tapi.. alamak! mana idea ni?

    tak tercapai aku dgn bahasa yang tersirat dan tersurat itu.. kalau aku buat karang entah apa jadinya hehehe..

    bagai keluhan.. bagai kesalan.. bagai rintihan..
    jua bagai keinsafan.. kita manusia biasa yg lemah dan sering kalah.. tapi tetap mahu bangun lagi walau sudah berkali-kali rebah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong Andy...silakan mencarut..muehehe..macam penganjur parti lucah pulak aku rasa...errr ko buat kispen apa malam ni? Ada kisah macam Rania lagi kah? Cer buat citer Musraika Shinta tu...funny tau dia nyanyi lagu Kinabalu tu...berapa tahun umurnya?

      Delete
    2. hehehe.. 3 tahun lebih. oh.. tak. tahun ni patut dah masuk 4 tahun August nanti :)

      ada ambil video dia lipat baju semalam. tapi video lambat nak upload dgn broadband umah :(

      Delete
    3. mesti comel kan dia lipat baju, cium dia untuk aku ya..hehe

      Delete
  9. akak, why la ur ayat sememang nya sangat berseni..
    :D
    but i like it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dik...biasa2 je tu jam 3 pagi...macam adiklah, akak lepas basuh kain...hihi!

      Delete
  10. Lady W : biasa je ko kata kat NP,tapi bagi ku ianya sgt berseni

    ReplyDelete
  11. TP, biasa je tu...aku dapat idea tiru entry sapa ntah...ala-ala meniru terjun tiruk gitu kan...hahaha

    ReplyDelete
  12. kehkehkeh....patut ayatnya power

    ReplyDelete
  13. power tak power, ko tahu la nyamuk tiruk punya penangan macam mana kan...aci main belasah je dan spontan tu...

    ReplyDelete
  14. ia pasti blog yang menjadi favourite kau..

    ReplyDelete
  15. ghost, ia boleh jadi juga blog 'penulis hantu'..hahaha!

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...