Thursday 2 February 2012

Appraisal...

Kali terakhir aku buat appraisal
adalah pada Disember 2010
dan aku dapat satu 'angka'
yang buat aku menangis dalam hati

menangis dalam hati orang x nampak
lagipun ini adalah urusan dunia
dan bersifat sementara
sejak itu aku berasa aneh
berasa aneh untuk menjadi rajin
aku tak tahu sistem apa yang digunapakai
yang aku tahu, ia menyumbang kepada
peratusan kenaikan darah aku
petang tadi, ketika memandu balik
dari tempat kerja ke kediaman sunyi aku
aku buat KPI dan appraisal lagi
appraisal ke atas diri sendiri
apa aku dah buat sejak hidup selama ini
apa aku dah buat setahun lalu
apa aku dah buat sebulan lalu
apa aku dah buat seminggu lalu
dan apa aku dah buat hari ini
oh ya, aku dah buat something yang +ve aku kira
aku dah perbaiki retak-retak kecil sebuah astana
eh bukan, aku buat kemasan
pada tepi buku yang sudah tercabut halamannya
atau bukankah aku dah mengemaskan pelepah merak
yang sangat cemerlang warnanya
ahh tak kisahlah...yang penting
aku sudah menyempurnakan sebuah hari untuk hari ini
dan KPI serta appraisal aku berada pada tahap sepatutnya
pun begitu...tiba-tiba aku dapati ada tangis dalam hati...

titik!

24 comments:

  1. ok, kau dah jayakan hari bertarikh satu februari dengan cemerlang.

    mungkin titisan ghaib tu datangnya dari sumber yang kau tak sedar. atau pun kau tak tau dari mana puncanya. (pergh! aku harus tulis ayat ni dalam jawi. baru menangkap)

    ReplyDelete
  2. Cehhh ko ni memanjang je 1st, sorry aku tak de hadiah..err ko nak tulis jawi? jangannnn..aku malas nak baca jawi..kena mengeja segala bagai..tertukar titik juga.

    ReplyDelete
  3. segmen jawi kat MHI pagi tadi tetamunya orang korea rupanya. kagum aku!

    ReplyDelete
  4. Belanda pun ramai yg boleh tulis jawi...pun kagum juga kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku lagi triple kagum dengan orang kita yang menolak jawi.

      Delete
    2. aku ada komen, tapi simpan untuk sesi roti bakar dan kopi tarik.

      Delete
    3. Ok..boleh saja...nanti boleh komen sampai lebam sambil pekena kopi dan roti bakar ya...jangan lupa sorang lagi pengkomen terbaik aku di kuala selangor tu ya..hik!

      Delete
  5. ... penilaian kemajuan prestasi kerja la uncle..makin kecil angka makin susutlah bonus...uhuk!:(

    ReplyDelete
  6. Errk betul ke saya eja perkataan appraisal tu...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hemmm...rasa nak buat entry pasal ni..tengoklah...

      Delete
  7. Bape lak markah KPi sy pulak kan? Buat bekal di hari kemudian nanti. Entah klu dihisab, ringankah? Beratkah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. MF, tu la pasal...akak dok fikir KPI sekarang...esok2nya KPI macam mana lah agaknya markahnya kan...ngeri oooo....

      Delete
  8. KPI.... KPI untuk 'ke sana' selalu terabai.

    dear,
    kat Bangsar tu open ke diasingkan laki/pompuan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. BTK, bila ingat KPT untuk sana, rasa nak dok atas sejadah jer..hmm

      err kat Bangsar tu open la sayang...meh la..

      Delete
  9. LW

    Are u a writer? Or connected to writing somehow? Coz your bunga-bunga bahasa is excellent!

    ReplyDelete
    Replies
    1. AAthe Way...ngee!

      well..i guess im an indie blogger..on my own capacity...hikhikhik!

      Delete
  10. berbuatlah sebaik mampu kamu, dan pada Dia kita serahkan segala.
    percayalah, setiap jalur kebaikan itu ada balsannya; samada kita menyedarinya atau sekadar menyepikannya.
    barangkali, dalam keluasan seharian, kamu dipermudahkan dari susah yang lain, dan kamu dihargai dengan bonus Dia yang kita kadang lupa sedar.

    aku sendiri, selalu dipermudahkan; dan itu lebih baik dari aku menaik tinggi dalam hiraki dan hidup dalam selimut kewangan dunia tapi sempit emosi dan jerit pekik hati untuk sebuah ketenangan.

    dan.

    biarpun ada yang kelihatan diberi manusia penilaian yang baik biarpun pada kita buruk hendaknya, mana tahu, dia sememangnya lebih baik; atau appraisal itu semata-mata menjatuhkan terus dia dari sebuah kebaikan; dan bukan itu yang kita mahu kejarkan ye tak?

    *senyum*

    we will only granted what we need, and that may not necessary being what we wish for.

    *smile*

    ReplyDelete
  11. kiranya itulah yang aku lakukan kini..berprasangka baik dan tidak akan sekali-kali menzahirkan rasa tidak puas hati aku..biar mereka menilai aku setara mana sekalipun, tiada yang lebih unggul daripada nilaian Dia...aku tidak gusar mengenai penilaian mereka, akan tetapinya penilaian yang paling ‘akhir’ itu yang aku risaukan kini...

    ReplyDelete
  12. oooo...
    *mengangguk-angguk*
    baru tau apraisal tu apa..penilaian kerja..
    takpe2, nanti sis work hard lagi eh! :DDD

    ReplyDelete
  13. Ok adik..kalau dah masuk pasaran kerja esok, adik akan tahu betapa mencabarnya kerja macam akak ni..everything base on appraisal atau KPI (key perfomance indeks)...

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...