Tuesday 14 February 2012

Nota pagi ini....

Nota 1:
Mata kita sering tertarik
untuk melihat taburan bintang di langit
dan malaikat juga tertarik
untuk memerhati taburan cahaya di bumi
yang mana taburan cahaya yang dimaksudkan itu
adalah rumah yang didalamnya
dihidupkan kegiatan agama
walaupun hanya membaca
sepotong hadis untuk didengar
oleh anak kecil yang belum mengerti apa-apa..

Nota 2:
Aku masih teringat bulan penuh
bulat dan besar di perabung dunia dua hari lepas...
tergantung seperti kalimantang
yang tak akan padam sampai bila-bila
dan cahayanya menyuluh ke setiap pelusuk
sehinggakan seekor anjing pun tahu menghargai sinar itu
dan memuja dengan caranya sendiri...
dan sejurus sebelum aku masuk ke dalam rumah
lolongan itu berterusan...

32 comments:

  1. Waaah! the beauty of the world and the words of literature :3

    ReplyDelete
  2. lolongan yang penuh dengan penghayatan?

    ReplyDelete
  3. SM
    lolongan penuh kerendahan..cer ko fikir kenapa kalau melolong, ia mendongak ke langit...

    ReplyDelete
  4. aku tau kenapa, dan begitu juga dengan yang lain-lain. cuma ramai yang tak sedar dengan `siapa' yang ada kat atas tu sampai selalu lupa nak mendongak ke langit sekali-sekala.

    ReplyDelete
  5. tau tak pe...sebab tu aku suka melihat ke langit sambil memandu sekali sekala..tanda bahawa aku ingat yang di atas...

    ReplyDelete
  6. ha, yang ni ganjil namanya. tak pasal-pasal karang kau sodom kereta depan!

    ReplyDelete
  7. Sy teringat bile bulan menyorok dibalik awan hitam pada tgh malam, pasti lampu kalimantang akan meriah dengan kelkatu yang terbang keriangan.

    Err, riang ke? Atau menanti ms terburai sayapnye dan jatuh menyembah bumi?

    =(

    Kak, sy ngarut lak kat kotak komen akak nie. Psl sekolah madrasah tu kan kan, sy tak tny lagi kakak tu madrasah yg mane. Huhuhuhu....

    ReplyDelete
  8. Mommyfara
    tak ngape..kotak komen ini tiada peraturan khusus, nak masuk barisan ke, mak kuat barisan ke...kita parti bebas...hakhakhak...karang ada yg terasa pulak ni kan..

    ReplyDelete
  9. aku suka entri nie...(nah beri +1 kat google)

    ReplyDelete
  10. TP...
    Suka ek..ambik lah...yay! kek cekelat lagi le tewww...hahahah

    ReplyDelete
  11. rumah i tepi bukit...bila anjing melolong, buat i seram sejuk...
    bila cakap kat ex, katanya anjing nak mengawan...cettt...

    ReplyDelete
  12. NP..
    ex i pun cakap gitu gak...asal bunyi anjing pelik2 jer...dia kata jangan takut...kasi can anjing mengawan...banyak la dia anjing mengawan walhal anjing tu nampak something.

    ReplyDelete
  13. itu bukan lolongan anjing tetapi lolongan jacob black ahahaha...

    ReplyDelete
  14. lady W : maknanya kek cekelat dah ada byk dah nie hahahaha yess... setakat nie terkumpul ada 4 kek cekelat kan?

    ReplyDelete
  15. lady W : maknanya kek cekelat dah ada byk dah nie hahahaha yess... setakat nie terkumpul ada 4 kek cekelat kan?

    ReplyDelete
  16. SM,
    memang aku dah pernah sodom kereta depan...aku tertidur seminit dan rega pejam mata tak sampai seminit itu adalah RM1,950 termasuklah upah cat untuk waja Pro Cam..ahahaha Cam pro kan..ke ehh Pro cam...bhahaha

    ReplyDelete
  17. TP..
    Amboi kemain lagi ya dok kira brape biji kek cehekelat tu...

    Nong Andy
    Ya jacob tunggu aku tu..


    Uncle Ged
    Aooo aooo ya aaaww awww...bahahah!

    ReplyDelete
  18. peh.. RM1950?

    ngantuk sangat tu..!

    ReplyDelete
  19. Nong Andy,
    O yeah...aku rasa aku pejam mata kejap jer tetiba dah gedebuk kereta depan...

    ReplyDelete
  20. lelap yang sangat mahal harganya.

    ReplyDelete
  21. LW...ada tak tulis sajak/puisi pas tu anto suratkhabar ker majalah2 lain..bakat ada

    ReplyDelete
  22. @LW
    kita rasa je lelap sekejap..walhal....

    ReplyDelete
  23. salam LW

    moga kita semua sentiasa tak lupa akan pelbagai ganjaran pahala yg ditawarkan oleh Allah dan kita mengambil peluang utk sentiasa merebutnya

    insyallah

    ReplyDelete
  24. SM,
    Ya lelap yang sangat mahal harganya, dan aku masih hingga kini memastikan lelap itu tidak akan berlaku lagi...

    All Along the Way,
    Hihi...menulis suka2 jer...tak layak kot nak hantar...:)

    ReplyDelete
  25. NP,
    Kan rasa tutup mata tu sesaat saja...tiba2 bam!!! Terus seminggu tak boleh lelap...

    Salam Rezeki,
    Bapak, begitulah yang diharapkan sepanjang hidup ini..segala yg kita dapat ini dengan ihsannya...yang bersifat sementara...tapi mungkin akan jadi jelas nikmatnya kalau kita memanfaatkan sebaik mungkin apa yang diberi...sekadar buah fikir saya yang dangkal ini.

    ReplyDelete
  26. Teenager Housemaid,
    Kan...mesti rumah adik pun macam tu kan..:)

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...