Thursday 2 February 2012

Aroma teh secawan kasih berlabel sayang...

Lokasi: Fortnum and Mason, 181 Piccadilly London, W1A 1ER
Mood: Sejuk dan memenatkan..
Waktu: 5pm waktu tempatan
Seteguk teh yang dihirup, meranapkan ego setahun...
“Mahu honey atau brown sugar?”
“Apa-apa pun boleh...”
”Nah, skon di sini adalah yang terbaik di London. Kau tidak akan dapat melupakannya gigitan pertama. Ia sangat enak...” Ian menukar bicara, hatinya diterpa kelegaan.

Mau baca cerpen selanjutnya sila klik di sini

20 comments:

  1. Hi-tea kat London mhl.

    Ada kwn bgtau mcm tu. Huhuhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa hi-tea atau low-tea kat sana pun mahal kot. lebih-lebih lagi pada tukang kebun sekolah. agaknya la...

      Delete
    2. SM, memang mahal gila wehh..sumpah aku tak mampu nak minum teh situ tapi sebab semuanya ditanggung beres dan aku cuma disuruh duduk, minum, makan dan sembang2 maka aku dengan aman tenteram duduk di situ, makan dan makan...RM140 ko, selamat duit minyak jejaka kesayangan aku bernama Wira untuk 3 minggu...

      Delete
  2. MF, untuk satu sesi hi-tea dengan tiga jenis kueh dan sekole tea, harganya GBP35 di Fortnum & Mason, gedung teh tersohor di London...sekarang akak tak pasti mata wang kita..dua tahun lepas lebih kurang kena kali 4..so utk satu sesi adalah berharga (raftly) RM140..pehhhh!

    ReplyDelete
  3. Wow!! It must be good!huhu scones...how lucky!

    ReplyDelete
  4. Liselle petite, u should try then...the original one from F&M...:)

    ReplyDelete
  5. kamu tahu? aku kurang sesuatu yang cukup istimewa pada deria manusia.
    apa?
    oh.
    aku tidak tahu membezakan setiap perincian rasa itu untuk layer-layer yang berbeda. Maka, bagi aku teh itu adalah teh, dan tiada beda antara satu teh dan teh yang lain melainkan yang ini barangkali sedikit pekat, oh sedikit kelat, barangkali nipis atau apa saja.
    dan untuk itu barangkali aku lebih gemar memandang dunia dengan satu warna.

    rugi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nah AJ, tolong warnakan sedikit harimu dengan teh tarik, nestea, teh lyche atau teh yang dipipis madu atau lemon...teh kaya bahan antioksidan, bagus untuk detox dalam badan dan paling aku teruja, acara minum teh adalah acara berprestij di kota besar...pun begitu aku sekadar memerhati, bukan menurut membuta tuli..
      jujurnya, aku peminum tegar bahan bernama ‘milo’...

      Delete
    2. Ah.
      Maafkan aku. Kerana aku ini manusia yang suka meng'awam'kan teh itu. Berlimau atau laici pun dia, tetap teh yang jernih kuningnya nampak kosong. Oh. Ya. tehsusu/tarikh itu barangkali a 2nd side of teh for me.

      that so me, actually.

      dan kamu tahu, aku ini satu manusia yang benar tidak reti meminta itu ini bila dibentang menu di lapangan tangan. yang aku tahu, ulang pinta yang sama yang aku pun tak pernah rasa itu kegemaran ku; melainkan terlalu mengambil mudah pada rasa dan biar kenyang itu hanya pada kenyang dan bukan rasanya.

      *senyum*

      ah, semahal mana pun kesedapan itu kita jamah, akhirnya hilang rasa tika melewati anak tekak. Maka, apalah sangat nak dibiarkan labur pada sesuatu yang sederas itu? hanya dari bibir ke anak tekak.

      oh.
      itu pandangan aku semata.
      and i am minimalis.
      dan tentu pandangan aku tak sama dengan general kan.

      *senyum*

      Delete
    3. Ya AJ, pasti sekali..yang minimalis itulah yang sangat loyal dengan sesuatu yang berjenama ‘bermutu’ sebenarnya. Kau mesti akan sentiasa memilih teh yang sama aromanya kerana kau sudah memahat pada peta minda bahawa teh itulah yang kau mahu...

      Penggemar teh adalah mereka yang sangat menghargai moment berharga dalam hidup..kalau tidak masakan ada ‘hi-tea’ dan bukannya hi-coffee or else hi-milo rite..there you are..

      No matter what type of tea, we doesn’t look about brand or label but as for me, how good is a tea for us and of course a value of it...a humble type of drinks that we normally put in our menu list in all type of occasion kan..tea is a must tak kira event diraja atau even marhaen...

      Sekali sekala dalam dua tiga bulan, walaupun bukan penggemar tegar aku tetap mahu lepak kedai mamak di lorong tikus sambil minum teh tarik dan mengintai mereka yang bersosialitas di lorong seni itu...

      Delete
    4. I take it as compliment. But, i always seen myself as generalizer rather than loyal; thus i will always 'expected' rather than suprise.

      *smile*

      aku sendiri membesar dengan kecil-kecil duduk manusia; belajar dengan mendengar dan memandang kejaidan serta manusia.
      mengingatkan diri agar aku tetap aku, kalaupun bukan aku yang lebih baik.

      untuk universalisasinya si teh itu aku setuju. satu untuk semua. seperti udara ini untuk semua; dan bukan ada udara diraja untuk yang tinggi dan udara gred sederhana untuk kita-kita yang bersesak untuk sekali kenyang ini.

      kan?

      *senyum*

      Delete
    5. yerp..oleh sebab pegangan yang sama...eventho im not a tea lover..but i do keep boh and lipton in my kitchen for those who came over into my house...same likes hug, fix for all size and tea also...generally suit with all.

      err tell u what..for us in east coast...gandingan terbaik untuk teh adalah plain cracker atau pun keropok goreng..maksud aku keropok keping...rasanya sangat enak..ntah kenapa...still mystery...

      Delete
  6. aku suka nescafe dari teh. teh buat aku kurang selesa. walau ia banyak khasiat dr nescafe si kopi tiruan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TP, teh adalah minuman gastronomic dan gandingan yang paling bagus adalah sepiring kek coklat lembab untuk ko la bro..tapi aku pun kurang gemar akan teh..ada masalah sedikit mau menghadamnya tapi aku tetap minum kalau disajikan orang...nescafe aku allergic sebab terlalu tinggi dosej cafeinenya..

      Delete
    2. teh i suka, coffee pun i suka
      nescafee tak suka..buat kepala jdi pening...

      Delete
  7. i suka milo...tapi kalau ke mana-mana, ada orang serve kopi atau teh, i minum jer...

    ReplyDelete
  8. fuh, bestnya kalau dapat pergi london..:D

    ReplyDelete
  9. Bila lah aku ada peluang ke luar negara- negara omputih!

    aku pun teringin gak tulis cerita salju. tapi kalau xde 'ilmu' tentang tempat2 tu memang x boleh tulis hehehe.. menulis mana boleh kelentong kosong kan.. hehehe!

    ReplyDelete
  10. None Andy..berdoa dan berusahalah...mudah mudahan hajat ko sampai. Aku pun tak pernah mimpi nak minum teh kat situ...tetiba pling! Magic berlaku dalam hidup...hehe

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...