Wednesday 8 February 2012

Sapa nak jual, mak incik nak beli...

"...pulak, tadi kau yang beria macam gaban. lepas tu tak kuasa. try la weh. mesti ramai yang nak buat tendangan caru. aku pun tumpang dua kaki.." - SM


# NP i tau u x minat pantun memantun ni tapi kerana menyahut cabaran budak kat atas tu, I buka gelanggang ni sekejap...ada sesape nak menjual pantun? Mai sini...mak incik nak beli..muehehehe! Sapa paling banyak menjual nanti mak incik bagi hadiah,  err jangan lupa tinggalkan alamat nanti mak incik pos hadiah misteri...serious!

# Ok hari ni gua feeling2 jadi mak incik, so jangan gelak.

Ada tiga hadiah mak incik sediakan:
Hadiah pertama : Misteri
Hadiah kedua    : Pun misteri
Hadiah ketiga    : Tersangatlah misterinya...

Dengggg! Mulakan...

Amoi cantik cina peranakan
abang hensem banyak auta
kekanda adinda yang mak incik muliakan
mari kita bernakal kata-kata

Nota: Entry ini adalah mungkin entry paling poyo...tapi aku peduli apa kan...janji stress hilang!

79 comments:

  1. mak aihhh semua misteri ni..apahal?? ha ha ha... hikssss ...jap jap nak karang pantun nih...

    mak incik nak beli, mak boss nak jual... muahaha...

    tapi pantun tu nak jenis cemana? jenis teka teki ke apa?

    ReplyDelete
  2. mak boss, mak incik beli semua jenis pantun...hadiah misteri tu lumayan tau..sila cepat jual...miahaha!

    ReplyDelete
  3. amoi cantik terkehel jari
    abang hensem takde gigi
    takkan semua hadiah misteri
    kalau tak best kami yang rugi

    cewah...! cakpong, cakpong...!

    ReplyDelete
  4. anak itik anak ikan
    anak monyet melompat2 atas titi
    wahai SM bila nak belanja aku dan LW makan
    dah lama kami ternanti-nanti


    okey tak??? hikssss

    ReplyDelete
  5. @SM
    abang hensem tak ada gigi tu please gi buat gigi palsu yer... ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. NP :

    amoi cantik tergelakgelak,
    amboi nak komplen pulak...

    ReplyDelete
  7. @SM

    amoi cantik makan laksa
    eh ada yang terasa??..

    ReplyDelete
  8. kuku cagu pedihnya rasa
    sapu ubat di bibir cawan
    bukan aku suka-suka terasa
    tapi saje nak backing kawan

    ReplyDelete
  9. SM
    Pergi ngail dapat ikan pari
    bila balik rumah jadi ikan tuka
    ko tau la aku hidup dalam misteri
    jadi mesti la hadiahnya misteri belaka

    ___________________________________
    NP
    kaki buruk kena cagu
    masa berjalan tersepak bata
    walaweii jenuh dah tunggu
    ada kah orang nak belanja kita

    NP nampaknya berzaman la kita tunggu duhh...

    ReplyDelete
  10. NP
    amboi doraemon nak lawan resaksa
    eh ada yang terasa?

    _________________________________

    SM
    budak nakal jalan sekawan
    sembunyi seorang di balik pintu
    ko saja-saja nak backing kawan
    lahh untungnya kawan ko tu

    ReplyDelete
  11. @SM
    buah bacang buah kuini
    jatuh bedebuk di tepi perigi
    kesian betul kawan kita si SM ni
    dapat kawan handsome tak ada gigi


    @LW
    anak dara makan laksa
    makan bersama tok dan wan
    harap member jangan terasa
    memang itulah adat berkawan


    yahooo dah pandai....

    tak menang, tetap nak hadiah jugak...*pilih kasih* hakksss

    ReplyDelete
  12. SM
    makan mihun makan laksa
    ko jangan la weii terasa

    NP
    dalam tempayan ternak jentik jentik
    Haaa nak hadiah juga.hikhikhik

    Perhatian: mak incik kata kena buat pantun empat kerat, baru dapat hadiah...kemenangan dikira berdasarkan siapa paling banyak membuat posting pantun...huh macam nak kumpul posting la pulak entry ini..ok aku tak peduli...!

    ReplyDelete
  13. menahan lukah di hujung pekan
    pekan sunyi takde orang
    baru seminit aku tinggalkan
    bermacam pantun datang menyerang

    ReplyDelete
  14. kaki cagu perut pun senak
    pakai seluar koyak di depan
    aku dah offer orang tu tak nak
    banyak pulak bagi alasan

    ReplyDelete
  15. SM,
    pergi pejabat pendaftaran nak buat kad pengenalan
    tapi lupa pula nak bawa surat beranak potostet
    ko memang akan sentiasa menjadi mangsa serangan
    kami kami kan gengstar pavi bukannya estet

    ReplyDelete
  16. SM
    pergi melancong di hujung dunia
    singgah sopping nun jauh di dubai
    memanglah ko dah offer baik punya
    tapi wrong timing la bhai

    ReplyDelete
  17. pergi melancong di negeri china
    balik malaysia belikan jajan
    abis tu nak buat macamana
    aku suka sembang waktu sarapan

    ReplyDelete
  18. hahha..nak ketawa baca pantun2 korang ni..nampaknay NP dan LW berpakat lawan SM sorang..hahha

    ReplyDelete
  19. AAtW :

    makan jajan menonton kartun
    kartun nobita ibunya garang
    ini bukan berbalas pantun
    tapi gangster nak pukul orang

    ReplyDelete
  20. AAtheWay
    SM adalah mangsa buli berpanjangan jika dia masuk ke sini...hahaha..dia kata kami kami ni gengster...sikalang dia tau siapa gengster ini...hahaha


    SM
    belajar silat dengan laksamana
    laksamana bernama keling sirukambam
    abis tu nak buat macam mana
    ko cari hari lain boleh sarapan sambil sembang sampai lebam

    ReplyDelete
  21. belajar silat campur silambam
    kaki bengkak terlanggar meja
    bukan tak nak sembang sampai lebam
    roti bakar aku larat ke belanja?

    ReplyDelete
  22. SM
    jong berlabuh di tanjung pengeleh
    sarat muatan buah kuini
    alahai roti bakar saja eh
    apa barang beb cakap mai sini


    wahhhh kataku berlagak..kehkehkeh!

    ReplyDelete
  23. Whoa!!! The Battle of Pantun!! This Is Hot!

    ReplyDelete
  24. yes petite liselle...come join us..

    ReplyDelete
  25. wah lady.. pantun ye?

    kalau berpantun ni aku kena ikut mood. kadang mood ada byk pantun boleh buat.. tapi kadang serangkap pun payah hehehe..

    belajar pantun dari cik iffah
    Pantun direka utk si Lady
    Aku berpantun tak mahu kalah
    maaf kalau pantun tak jadi

    Konon ada hadiah misteri
    Tapi siapa yang jadi juri?
    Kalaulah jurinya Cik Lady
    Aku kira nak bodek dia je ni..

    hadiah misteri jadi rebutan
    pantun bebas xde sukatan
    kalau brani sambut cabaran
    Pantun ini jadi pertaruhan..

    hehehe... sapa nak beli?

    ReplyDelete
  26. Nong Andy jap mak incik nak beli pantun ko...nak tepon talian hayat jap mintak bantuan...hikhikhik!

    ReplyDelete
  27. hahaha.. Lady,

    minta talian hayat? beli jgn tak beli yer.. best pula rasanya jual beli pantun ekekekeke..

    buka blog dimalam hari
    blog dibuka blog cik Lady
    kisah seram ku cari-cari
    pasal nak takutkan diri sendiri

    Ku cari idea tak jumpa-jumpa
    sudahnya merapu aku di sini
    Menaip pantun ntah apa-apa
    ku buat blogmu mcm blog sendiri

    hehehe.. jgn marah!

    ReplyDelete
  28. chop...aku nak cuba. hikhikhik


    tengok pokok nampak dahan
    dekat dahan ada buah-buahan
    masuk entri nie rasa kasihan
    tengok bro SM teruk dibahan.

    bley ker...(hahahahak ke laut trus)

    ReplyDelete
  29. Nong Andy

    Pergi Melaka singgah Tengkera
    berhenti sekejap membeli guli
    Nong Andy kalau atau menang belakang kira
    yang penting ko jual aku beli


    Masuk blog Uncle Gedek
    tetiba ada kat blog nong andy
    Bodek tak bodek
    bak mai alamat aku pos hadiah mistery


    nasi berlauk ayam percik
    ada juga panggang keli
    hwaaa berani jual pantun pada mak incik
    ini mak incik dah beli


    boleh tak nong andy, aku dah beli pantun ko...talian hayat tolong..ekeke

    ReplyDelete
  30. Telor Power

    budak degil kepala batu
    degil hilang bila kena silat kuntau
    wat pe nak kasihan kat SM botak gojes tu
    ko pun TP silap gaya aku buli tau..


    hahaha TP ada beran ko nak kesian kat SM?

    ReplyDelete
  31. lady W : tak perlu kesian ker? aku dah tahu mana hala tuju.saper demon sape devil nie?


    merantau ke Bhutan mencari kuli
    bakal kuli bersepah ada dijalanan
    aku bukan mudah untuk dibuli
    apa. ko ingat aku barang mainan?


    Lady W orangnya suka main guli
    main guli pula diceruk kuala tahan
    bukan niat minta dibuli
    sekadar kesian melihat SM di bahan.


    pontianak keluar terbang dimalam hari
    mencari port melepak bersama rakan,
    hadiah misteri bukan yang ku cari
    hanya pinta sebongkah kek cekelat utk dimakan.




    cabottt!!! lari dulu eh. aku serah pada SM. biar dia pikul.

    ReplyDelete
  32. sah2 aku tak dpt jawab pantun balas memang faillah...

    ReplyDelete
  33. Bidadari Syurga tak pe sini pantun suka suki jer awak...hehe

    ReplyDelete
  34. TP

    Makan nasi tangan kanan
    Gaul nasi pakai jari
    Ko memang bukan barang menan
    Tapi ko budak kecik macam SM, best untuk dibuli

    Mandi di sungai nampak buaya
    buaya tembaga badan berbulu
    Ko kesian kat SM tu ya
    Hahaha baik ko kesian diri ko dulu

    Gelak ketawa berdekah dekah
    Sakit perut macam nak tumpo
    Ooo nak makan kek cekelat kah
    Habis tu tak reti-reti nak turun kelumpo

    ReplyDelete
  35. lady W :

    yg lain2 aku xnak jawab xreti dah hahahaha


    hisap rokok guna zippo
    asap keluar menari-nari
    niat mmg nak dtg ke kelumpo
    sebab sesak, buat mood aku lari.

    ReplyDelete
  36. TP:

    tengok kartun citer drakula
    takut hantu terus sentap
    tak pe ko datang je lah bila-bila
    tapi roger dulu eh aku nak buat kek cekelat

    ReplyDelete
  37. kail udang cangkuk buaya,
    tak guna, nak kenakan aku ya!!!

    ReplyDelete
  38. kutu babi hinggap di pipi,
    pipi licin montok dan gebu,
    ha, korang semua ke tepi...
    orang kaya nak tumpang lalu!!!

    ReplyDelete
  39. SM
    Ajak dating di hotel armada
    nak kenakan kau..eh mana ada

    ReplyDelete
  40. anak godzila main guli
    bila bermain jangan tolak-tolak
    memang patut SM kena buli
    tak kan nak buli TP pulak

    ReplyDelete
  41. siapa yang kena kutu babi tu silap pi samak oiiii...

    ReplyDelete
  42. air tanah air garam
    ni dah buat aku geram

    pagi tadi makan biskut
    bilas dengan kopi tarik
    korang ingat aku takut
    nak gelak sikit hik hik hik!

    ReplyDelete
  43. @SM
    anak cik non makan biskut
    makan dengan anak cik ani
    tak ada siapa kata kau takut
    cuma kau je yang kurang berani

    ReplyDelete
  44. @LW

    waktu subuh cuaca dingin
    terketar2 mandi di tepi kali
    SM sudah naik angin
    gamaknya tak tahan kena buli

    ReplyDelete
  45. NP
    betul la apa u kata

    rumah blackout pasang pelita
    pelita pulak bersaiz mini
    NP betul laa apa you kata
    SM bukan penakut tapi tak cukup berani

    Mengail kerapu dapat senangin
    umpan katak dililit tali
    Apa SM sudah naik angin
    kekdahnya ada ke mak peduli

    ReplyDelete
  46. kentut busuk di dalam gebar
    sudah kentut gebar tertukar
    aku memang pantang dicabar
    esok belanja roti bakar!

    ReplyDelete
  47. @SM
    asyik2 roti bakar
    itu je yang kau nak mamat
    mentang2 pantang dicabar
    sampai lupa esok kan hari jumaat

    ReplyDelete
  48. paku payung paku semat
    mari dibawa pergi bendang
    memang esok hari jumaat
    aku ofer waktu petang

    ReplyDelete
  49. SM
    kerapu gergasi dipanggil kertang
    keli kecil macam ikan duri
    alah kau ni pilih waktu petang
    esok aku meeting dengan menteri


    tendang bontot perut yang senak
    pergi hospital termengah-mengah
    alahai roti bakar je ko nak
    okeh aku bawak dari rumah

    ReplyDelete
  50. seberang selat bersama besan
    besan ajak naik feri
    bukan sebab banyak alasan
    waktu lain aku tak free

    ReplyDelete
  51. sirih junjung sirih pinang
    petik sepohon pokok pegaga
    ok lah ko tak senang
    aku pun esok talak sinang juga

    ReplyDelete
  52. terpijak taik hatiku tenang
    dikesat dengan tapak tangan
    kita manusia sentiasa tak senang
    entahkan bila ada kelapangan

    hati-hati meniti jambatan
    tiba dihujung tersepak akar
    kalau ada lain kesempatan
    janganlah lupakan roti bakar

    ReplyDelete
  53. Pohon rambutan berbuah lebat
    Duduk seorang terkenang-kenang
    Nampaknya perang bertambah hebat
    Sapa yang LW nak isytihar pemenang?

    p/s saja nak menyibuk

    ReplyDelete
  54. mari kira berakit ke hulu
    tiba di tepian kita berenang
    eh, tengok la orang dulu
    mesti la aku yang tak menang!

    ReplyDelete
  55. All along the way
    Zack dating dengan azura
    Kena skodeng anak cik piah
    SM dah mengaku dia bukan juara
    Sah sah lah dia x dapat hadiah

    NP
    Beli cincin dengan ceti
    ceti pakai kain pelikat
    NP ready kita pi bercuti
    SM nak bawa kita pekena bariani gam batu pahat

    SM
    Pagi pagi pergi sekolah
    lalu depan rumah cik bee
    SM sebab ko kalah
    jadi ko kena bawak kami kami pusing jayvee

    ReplyDelete
  56. NP : TQ :).....heheheeehhe aku tak taw nak berpantun dah.

    ReplyDelete
  57. turun ke pekan naik kereta
    kereta ditumpang bersama nyonya
    kalau sungguh bagai dikata
    aku terima dengan seadanya

    ReplyDelete
  58. @LW
    pecah rekod, komen dampai 56..woohooo...

    jap nak cari idea pantun..

    @TP,
    tengahari panas terik pakai kot
    tak kan dah stop kot?

    @LW
    jalan senonong tersepak akar
    masuk hutan dengan pak menakan
    si SM asyik2 la roti bakar
    lain makanan tak kan tak nak makan


    @SM
    buah pisang buah keranji
    masak sebijik atas peti
    jangan kau buat2 lupa janji
    kami tuntut sampai mati

    ReplyDelete
  59. NP:
    buah keranji buah betik
    selera aku selera kecik

    ReplyDelete
  60. @SM
    jalan2 naik kereta besar
    selera aku selera besar


    @LW
    ada buaya di air tenang
    LW atas kapal layar makan ceri
    i istihar diri i pemenang
    bila nak kasi hadiah misteri

    ReplyDelete
  61. NP,

    Tu la pasal roti bakar je dia nak
    Mai kita ajak sia pekena spagetti..hikhikhik

    Anak dara bergelar puteri
    Nama betulnya adalah cik gayah
    Pecah tak pecah rekod entry
    Sapa banyak pantun I bagi hadiah

    ReplyDelete
  62. kolek kecil tersangkut sauh
    aku tengok dari jauh

    di luar pagar buah cempedak
    dijolok pula dengan galah
    kalau tentukan siapa terbanyak
    awal lagi aku dah kalah

    ReplyDelete
  63. dah letih dah nak pantun
    ha ha ha...

    word verification: biols..
    apakah???

    ReplyDelete
  64. wah........ byknya. naik juling mata baca perang pantun hehehe..

    Kalaulah aku yang jadi juri
    kompom serabut tak sudah-sudah
    Pantun ku jual udah ko beli
    now aku pula yg kelu lidah

    Muka tak malu minta hadiah
    hadiah misteri konon di beri
    aku saja nak ucap tahniah
    Pantun kau jual byk pembeli

    baca pantun sambil tersengih
    pantun lucu ku jadi tertawa
    hadiah kau janji aku tak tagih
    kerna pantunku memang x lawa

    Lawa tak lawa ku type juga
    sebab sonok merapu kat sini
    cukup dulu mlm ni berjaga
    Esok mlm jumpa lagi kt blog ni :)

    hehehe.. best pula berpantun :) walaupun ntah pape heee...

    ReplyDelete
  65. SM
    rima tak sama
    mana boleh cempedak pastu banyak...
    ha ha ha....

    ReplyDelete
  66. NP :

    pergi pasar jumpa zaiton
    aku mmg tak reti berpantun

    kehkehkeh

    ReplyDelete
  67. NP : tak kisah la, kau pun sama jugak. baris pertama ada lapan suku kata. baris akhir ada 32 suku kata. hahahaaa.... sebab tu dapat words verification biols. naahahahaaa...!

    ReplyDelete
  68. Wakakakakak...juling mata mak incik nak pilih pemenang...aku rasa semua adalah pemenang sebab berapa org je pun yg menjual pantun di sini..

    NP, Nong Andy, All Along The Way, SM dan TP, sila email alamat pada aku yek...dalam tempoh sebulan korang akan dapat hadiah..siyes. Err SM dan TP korang pakai baju size apa?

    ReplyDelete
  69. @SM
    hoiii main kasar nampak...
    kau nak gaduh dengan aku ker?
    aku tak ada halll
    eh aku ckap pasal hujung kau tak sama
    sebab kalau berpantun memang janggal kalau kata akhiran tu tak sama...
    aku tak cakap pun pasal baris tu ada lapan puluh suku kata ke apa ke..
    nanti lain kali aku masuk kelas sastera pulakkk..sorrylah aku dulu bukan kelas sastera . tak mainlah kelas sastera2 nih.. kat sekolah aku, budak kelas sastera ni kelas paling akhir sekali... aku pun tak kawan dengan budak kelas sastera nih...

    ReplyDelete
  70. wahahahahaaa...! NP sudah marah. patut la aku dengar bunyi mengaum dari sini.

    ReplyDelete
  71. LW : free size untuk pakaian free.

    ReplyDelete
  72. NP...hwaaaa I budak sastera sangat...apakah??

    SM, free size? Karang ko tak pakai tapi buat lap hingus je karang!

    ReplyDelete
  73. kalau macam tu, bagi jus oren je. ada banyak vitamin c, elok untuk mencegah selsema. (kau yang kata, aku tak percaya)

    ReplyDelete
  74. orang melayu sangat hebat
    orang cina sangat rajin
    orang india misai lebat
    marilah kita halau jin

    hahaha..
    sorry pantun saya melalut..:DDD

    ReplyDelete
  75. TH pantun tu memang melalut tapi ok apa, at least berani mencuba...hikhikhik!

    ReplyDelete
  76. Lady W : biasanya saiz M, tapi sebab bajet seksi sgt, dah xpakai baju dah.

    kehkehkeh

    ReplyDelete
  77. TP, hah apa??? Oo tak pakai baju katanya ya...ate kome...

    ReplyDelete
  78. perasan beach boy mmg begitu. hahaha

    ReplyDelete
  79. TP: Ahahaha beach boy kah? Ke Baywatch? Ekekeke...

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...