Wednesday 29 February 2012

Seekor kupu-kupu hitam...

Apabila seekor kupu-kupu
sudah lenyap dari pandangan
aku jadi muram
meskipun ia seekor kupu-kupu hitam
namun kepaknya memancar warna cerah
aku tahu aku tidak akan sama sekali
melihatnya lagi
kerna ia sudah terbang tinggi
di balik jalur pelangi pada bawah dinding langit
sambil angin menolaknya ke hamparan padang hijau
sang kupu-kupu hitam
lepas bebas dari telapak tangan
debu kepakmu yang kau tinggalkan
tiba-tiba menjadi racun membunuh perasaanku!

Nota: Feeling2 jadi sang penyair pulak...ahh biarkan saja, meluah di sini tiada bahaya...berbanding meluah di fuckbook...tersangat bahaya!

26 comments:

  1. hmm...dalam maksud ni...kenapa?

    ReplyDelete
  2. SM,
    Tak de hadiah ya incik SM,


    Pok amai amai,
    Tak de hadiah ya pn farra


    Mr Clive,
    Kadangkala dalam hidup kita terpaksa melepaskan, terlepas atau dilepaskan...

    ReplyDelete
  3. hidup ini cukup fair and square.

    kadang-kala kita diberi peluang untuk menerima. dan kadang-kala pula kita terpaksa melepaskan sesuatu. selagi diizinkan `sesuatu' itu berada dalam rangkulan, nikmati kemanisan itu dengan sepenuhnya. tapi jangan pulak nanti bila tiba saat nak melepaskan, kita enggan lepaskan dengan rela.

    (eh, aku harap kau faham sebab susunan ayat aku serabai sikit)

    ReplyDelete
  4. mohon jangan puitis sangat. nanti abang sedih

    ReplyDelete
  5. Oh! X confirm lagi bole pg kl ke x minggu depan,hehe JPJ test awaits XDD

    ReplyDelete
  6. Kupu-kupu hitam?

    tentu ia sangat misteri dan mengesankan :)

    ReplyDelete
  7. hi hi...dah makan malam belom? :)

    ReplyDelete
  8. Mr Clive,
    Done...just finish my trifle...burp! :)

    ReplyDelete
  9. SM,
    Walau sekuat mana dirangkul dan dipegang, kalau sudah bukan hak..ia akan terlepas dengan sendiri tanpa disedari...berbalik kepada kupu-kupu hitam ini, ia singgah menaburkan debu beracun...Dan aku dah semput menghidu debu poisonnya...oitt mana aku punya ventolin inhaler...hehe!

    ReplyDelete
  10. Abang Zam,
    Ala jangan sedey sedey la bang, aku sambil suka ria ni...kihkihkih!


    Petite Liselle,
    It's remind me about yellowish dandelion turn to black...


    Nong Andy,
    Ya kupu-kupu itu memang misteri..ia buat aku jaga dalam lena dan lena dalam jaga...kasmaran!


    Blog-tips-kurus
    Sebut saja, perkataan berkenaan dibenarkan disebut di sini...hehe

    ReplyDelete
  11. ya, makhluk pujaan gelap kau tu sebenarnya beracun.

    ReplyDelete
  12. aku ingat aku mampu telan racun itu..
    tapi tidak boleh..kerana ia bukan racun sebarangan...

    ReplyDelete
  13. ...dan bukan sebarang makhluk je yang boleh telan.

    ReplyDelete
  14. Ye lah, aku tak mampu nak jadi makhluk yang 'bukan sebarangan' itu....

    ReplyDelete
  15. ok kali ini i faham
    tak per...
    biarkan jelah kupu2 hitam tu terbang..
    mana tahu one day u dapat kupu2 lain yang ada byk kaler...

    ReplyDelete
  16. kita baca... cuma bila cakap kupu2 hitam tu... rasanya warna tak menarik tentu sahaja mereka hanya singgah dah pergi.. ok kita tak berapa nak dpt hadam...

    ReplyDelete
  17. NP,
    dah faham kan...ok nanti ada masa kita gebang2 ya...kehkehkeh.


    Bidadari Syurga
    Tak pe, lama-lama nanti awak akan faham...


    TP,
    Sapa kata ko last? Aku ni yg last..hahaha

    ReplyDelete
  18. Cik Bidadari,

    aku rasa kupu2 hitam sangat menarik hehehe..

    ReplyDelete
  19. TP aku last..hahaha

    Nong Andy...kupu2 hitam ini ada kaitan dengan kispen seberkas sepi...hehe

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...