Friday 3 February 2012

Prevent is better than cure...

Batuk aku kronik
dah hampir dua minggu
siap ada bunyi spring bagai kalau bernafas
Sabtu ni pun belum tentu
aku boleh attend meeting di office
sebab kami ada sambutan
ulang tahun syarikat dan aku sebagai SU
(pehh...bukan ada gaji tapi
suka nak participate sebab KPI kan)
pun belum tentu boleh attend
sebab batuk yang bersifat lain macam ini.
Aku pernah tonton cerita di tv
beberapa tahun lalu
watak diserang asthma hebat
lack of oxygen
brain damage etc..
cehh mulalah aku berimaginasi
dulu sepupu rapat aku, namanya Kak Ita
meninggal disebabkan asthma
Kak Ita alah habuk
suatu petang tu dia rajin sangat mengemas rumah
segala habuk licin disapu
petangnya meninggal sebab asthma menyerang
G pun ada asthma kronik
sampaikan dia pernah terfikir kalau kahwin
dapat anak tak sebab ada mulut jahat kata
inhaler akan mematikan sperm dalam ovum
cehh macam Tuhan pulak mulut tu..
dan aku baru balik klinik
nampak gayanya handbag aku
akan penuh dan bertambah berat lagilah
kena bawa ubat
sebab aku baru saja dipaksa doktor R
kena puff ventolin inhaler
selebihnya dua kali puff setiap dua jam
cehh ini yang aku tak suka ni..
dan juga kena telan dadah kawalan
airlukast sebiji sehari
selama sepuluh hari.

Nota: entry ini bukan minta simpati, tapi korang hargailah kesihatan yang dkurniakan Allah...kalau ada sakit sikit, cecepat jumpa dr, jangan nak takut2...bukan soal manja ke apa...but prevent is better than cure!

26 comments:

  1. Replies
    1. yer..teng kiu..selamat berhujung minggu yer..

      Delete
  2. Replies
    1. ralf..kebenarannya adalah aku kekonfeman kekena kelelahan aqute!

      Delete
  3. Oh my goodness! Take care darling
    Health Is Wealth..
    Maybe keletihan kot..
    Get well soon :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petite Liselle...i guess so...no worries...speedy rocovery! weekend kan...apa lagi..hehe

      Delete
  4. dari haritu tak baik lagi ya? adoi. try minum madu awak... jaga kesihatan ok. jgn tension2... kitapun baru baik batuk. menganglah juga, sampai muntah2pun ada...

    ReplyDelete
  5. jangan lupa herba sama.... semoga cepat sembuh sis.
    aku bukan simpati tapi harap ko cepat sembuh supaya bleh blanje kek cekelat istimewa yg dijanjikan tu hehehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. TP, thanks...aku dah ambil honey..good to cure asthma..kek cekelat ada..ko roger je kalu ada kat KL.

      Delete
  6. Aku pun pernah batuk gila-gila (xnak kalah la pulak hehe)

    tapi betul! 2 bulan aku batuk tak sembuh-sembuh. 2 minggu hilang suara. batuk dan sakit tekak penyakit tahunan yg aku memang wajib kena. Sekarang aku dah temui serba sedikit penyumbang 'sebab' batuk itu. Aku suka minum minuman sejuk!! jadi sekarang aku kurang minum sejuk, ice cream.. berpada-pada.(Aku tersangat suka ice cream!) nampaknya berhasil. bukan 100% tapi 50% memang kurang.. sila la minum air suam bergelen-gelen. mudah mudahan cepat sembuh. :)

    *Ahli keluarga aku pun ada penyakit asma - tu penyakit keturunan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong Andy, nak kata keturunan pun ya, bukan keturunan pun ya, parents aku dulu takde tapi now aku dan adik aku ada..adik aku pulak dua anak dia dah ada..aku nya asthma ni jadi teruk sebab aku makan anggur..vitamin c. so segala bagai yg ada vitamin c kena avoid cam limau, kacang panjang etc..

      Delete
  7. last to speak...
    ha, tula... kan aku dah bagitau. kau ni degil sangat! nah...!

    ReplyDelete
  8. ha, kan aku dah kata. degil sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala ko neh...saja jeww aku buat degil...errr tapi bila pulak ko kata aku degil? degil tak ya...ketegaq ada la kot...hikhikhik

      Delete
  9. Ah... jangan lupa makan ubat yer..=)

    ReplyDelete
  10. ni kalau pekena ABC campur durian pasti hebat batuk tu nanti...hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy, tak payah pekena abc campur durian, makan anggur dua tiga biji pun dah boleh buat nyawa jadi ketat...huhu! Macam percubaan suicide pulak tadi...hahaha!

      Delete
  11. oh? Kacang panjang pun tak boleh makan? aku baru pertama kali tahu ni..

    harap kau cepat sembuh. sila avoid makanan yg kau tak boleh makan tu. jgn 'mangkil' tau!

    ReplyDelete
  12. Nong andy ko belum tdo?
    Haha...aku memang allergic dgn kacang panjang...macam makan racun kalau tersilap makan kacang panjang...cepat je attack..mangkil eh?

    ReplyDelete
  13. cuba ambik pil pharmaton. sebab anak buah cc pun batuk kronik sampai jumpa pakar. lepas 3 biji makan pil pharmaton tu, terus ilang semua batuk.LW try la tau

    ReplyDelete
  14. Haaa..semua komen dah ada tapi berterabur...yayy! finally aku berjaya menggodek blog poyo ini..:)

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...