Tuesday 7 February 2012

Nikon...hehehe

Hari ni aku kerja walopon cuti Thaipusam
sampai di kantor, terus tuju ke kitchen
ada satu brader tengah basuh lense Nikon
ceittt gila ke haper basuh lense pakai sabun dan air
nak terloncat aku bila didapati
lensenya itu adalah sebuah mug, comei kan
tetiba teringat pasal kamera aku
dah lama berhabuk atas rak!
Abaikan tangan itu, sila tumpu pada mug lensa tu...unik!

 Haa kan...sebiji macam lensa Nikon...pehh tipah tertipu...o ya brader Chupin ni adalah hard core group out door fotografi..dah jauh dia pergi sebab nak ambik pic semata-mata...dia punya fanatik dengan fotografi, mug pun macam lense..addict kan?
Haa aku tak puas hati sebab macam mana dia boleh ada mug unik ini...tak adil ini!
Kali pertama ada kamera Fuji saiz kompak
adalah pada 1980, kuno gila rekabentuknya
tapi kamera itulah yang banyak berjasa
bila dah bekerja, beli kamera kodak
bertahan dua tahun je lepas tu jahanam
bila dah lama bekerja, aku beli Canon digi
pun bagus juga servisnya
tapi lama2 jadi macam lemau
asyik hang saja
bila rasa kerja dah bagus dan mantap
aku beli Canon gedabak
lengkap dengan battery pack dan micro lense
bagi pinjam pada adik lelaki aku
dan kamera itu hayatnya berakhir
di atas jalan raya di Bangsar
aku rasa nak kamerakan saja adik aku tu serius!
bila kerja dah terlalu lama, aku rembat Nikon latest
beli sambil menyelam
ori punya tapi rega sekerat sekerat
untung gila lah sebab murah der..
jangan jeles, ada kabel baik punya tu yg dapat murah
dua tiga hari ni tersuka pula tengok pic bokeh kat sini
ok nampak gayanya aku kena lepak mana2 jap nak test skill yang dah semakin poyos..

36 comments:

  1. pernah jumpa kat Empire Shopping Gallery, subang jaya...

    kedai mana lupa dah....

    ReplyDelete
  2. poyo sial

    kahkahkahkah. walaupapepun, selamat jadi fotografer terbagus di meleis

    ReplyDelete
  3. Un Ged : Oh ya kah...saya nak cari lah sebab tersuka dengan mug canggih manggih tu...hihi..

    Abang Zam : Kan...akan aku buktikan aku fotografer kaput tersohor di Meleis..err nak nikah sok roger aku ya, boleh amik pic ko abang...hikhikhik!

    ReplyDelete
  4. comel! penah jmpa kat curve masa balik cuti tahun lepas.. awesome!

    ReplyDelete
  5. 4th. stail giler mug tu, nak cari gak lah, yang canon punya....

    owh rasa terharu kerana cerita pasal bokeh effect tu, to che...to che...

    jom jadi outdoor photography sis, boleh blajar ngan brader mug tu. mesti otai kan dia

    ReplyDelete
  6. nqr: comei kan...taksub jap aku nengoknya..

    TP: stylo milo kan...kalu ada yg nikon, canon punya pun mesti ada. err brader chupin ni boleh tahan gak la otainya...

    lu pa pe hal roger eh..nanti bleh test skil kat lake garden k!

    ReplyDelete
  7. TP: SM pun pergi mancing...lu dapat ikan apa bro?

    ReplyDelete
  8. kim slm kat abg tu. nak satuuuuuuu!! :)

    ReplyDelete
  9. BTKurus: Kim salam je keww..meh la join...hikhikhik!

    ReplyDelete
  10. betul tu BTK, meh ar join sama....aku pasal dok luar bandar je...kalo x dah lama sertai sama. kehkehkeh

    ReplyDelete
  11. TP..ko set masa la...nanti buleh p bird watching sama..pic cantik oo..

    ReplyDelete
  12. i penah nampak laa mug kamera tu..tapi lupa kat mana

    i rasa i nak beli kamera laaa.. dulu beli video camera pastu kejap je pakai..tersimpan dalam drawer je.. ni nak melancong situ sini kenalah ada kamera, tak kan nak pakai hp jer??

    mana entry orang bergambar dgn kereta kat UK tu?? hi hi dah cam dah muka u..

    ReplyDelete
  13. NP..hah! U pun sempat tengok ker? Makaihhh...entry tersilap tu...tadi sistem hang...I x boleh masuk blog sendiri nak tarik balik...bahaya seh!

    Ok kalu nak beli kamera, rembat le dslr...challenging sket..hehe!

    ReplyDelete
  14. uish..smart ah dia punya mug ni..
    :D

    ReplyDelete
  15. rumah batu tiangnya seribu,
    rumah besar tiangnya sebatang,
    layout baru bikin aku seru,
    lebih segar dan terang benderang.

    eh, serious shit! kalau kau pergi mana2 jumpa benda unik macam ni, belikan untuk aku sekali.

    ReplyDelete
  16. TH, comel kan..sekali tengok tertipu sangat ingatkan betul2 lensa kamera...

    SM,
    Rumah batu tiangnya satu
    Rumah dibina di tg kling
    Ko seru tak seru
    Aku tetap nak blogging

    Okeh ko nak patblas pun boleh, nanti aku belikan kalu terjumpa.

    ReplyDelete
  17. Wah..Kipas susah mati ni.. Nak sebijik!

    ReplyDelete
  18. ....cP, hihi...boleh je..meh kita g beli sesama...ngee!

    ReplyDelete
  19. mudik ke utara sesat ke tenggara,
    kalau dah jumpa jangan buat-buat lupa!

    ReplyDelete
  20. SM
    Pergi pavillion beli ubat kurus
    Dah jumpa nanti aku terkam terus!

    ReplyDelete
  21. lepas berak gosok gigi,
    gosok gigi air sebaldi,
    cakap banyak pulak kau ni,
    jangan lupa kau punya janji!

    ReplyDelete
  22. Jumpa pontianak kasi paku
    Pontianak terus bertukar rupa
    Aku ingat janji aku
    Kau tu yang buat2 lupa

    ReplyDelete
  23. pontianak sengih di tengah laman
    lamanku penuh semak dan lalang
    tak mungkin lupa janji kawan
    kalau lupa kawan pun hilang

    ReplyDelete
  24. SM suka makan pengat
    NP suka makan kacang
    Janji tetap aku ingat
    Kawan tetap aku pegang

    Hah nanti aku buat entry pantun, meh kita berpantun sampai lebam nak...bhahahaha!

    ReplyDelete
  25. tak kuasa aku, kalau nak main-main je boleh la...

    ReplyDelete
  26. aku pong...tok kuaser!

    LWindsor

    malas nak signin

    ReplyDelete
  27. pulak, tadi kau yang beria macam gaban. lepas tu tak kuasa. try la weh. mesti ramai yang nak buat tendangan caru. aku pun tumpang dua kaki.

    ReplyDelete
  28. @SM
    tendangan caru tu apa wey??
    seksplain sikit...

    @LW
    tak boleh lah nak beli kamera besar gedabak..nanti berat nak pikul .. i nak yang kecil simple je..senang nak bawa dalam handbag..so that bila nak snap tu tak ada lah malu sangat... hikssss

    ReplyDelete
  29. NP : nak explain secara verbal atau teks susah sikit. tapi kat kampung aku dulu memang famous.

    ReplyDelete
  30. NP ok u beli yang petite...comei la weii!

    SM caru tu sama cam ikan cencaru kah?

    ReplyDelete
  31. susah nak sebut, kalau tunjuk boleh la sikit-sikit sambil berpantun di tengah gelanggang takraw.

    ReplyDelete
  32. wah hebat sampai berpantun2 korang nie....

    ReplyDelete
  33. TP, meh la join...ala pantun syok sendiri hahaha...

    ReplyDelete
  34. hakhakhak....aku tak pandai seni berpantun nie walau pun merapu...

    takpe korang layan berbalas pantun dulu nanti dah sampai idea nanti aku join ler.

    ReplyDelete
  35. eleh tak pandai la sangat...tu berjela-jela pantun ko tu...

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...