Wednesday, 30 May 2012

Bad imagination while stress...

Dari KDN Jalan Duta, aku tahan sebuah teksi yang betul-betul berhenti depan tangga KDN. Pemandunya berbangsa India. Apabila masuk dan duduk di tempat duduk belakang, baru aku sedar ada sebuah beg pakaian yang agak besar. Sambil belek-belek passpot yang baru direnew, aku berbual dengan pemandu teksi itu. Bila aku tanya pemandu, dia kata itu beg pakaian kawannya yang punya dan ditinggalkan sementara tuan empunya menyelesaikan urusan di kaunter Immigration.
“Encik ini beg siapa?” Aku tanya, dalam hati ada sedikit risau.
“Jangan risau, itu kawan saya punya. Dia tinggal sekejap, petang nanti dia angkat. Dia jawab.
“Kenapa petang? Kenapa dia tinggal dalam u punya kereta?” Aku tanya lagi
“Dia mahu selesai urusan di kaunter la...” Dia jawab.
Aku nampak dia rimas manakala dalam hati aku kerisauan terus bercambah.

Buatnya dalam beg itu ada dadah narkotik, mampus aku kena charge bawak bahan terlarang itu. Sambil kontrol cool, hati aku makin rancak dihujani kerisauan. Tiba-tiba ada siren polis berbunyi dan seolah-olah berada di belakang teksi yang aku naik. Bingit telinga dan ya, bunyi itu di belakang polis mengejar teksi yang aku naik. Pemandu panik dan aku juga bertambah panik. Teksi berhenti kerana dihimpit kereta peronda polis. Pemandu keluar dan aku terkulat-kulat dalam teksi berkenaan.

Kalau kena tahan dan dalam beg berkenaan ada barang, aku tak akan mengaku bersalah kerana ia bukan beg aku. Aku akan buat apa saja supaya aku tak kena charge kerana aku bukan pembawa.
“Cik ikut kami ke balai. Ada sedikit soal siasat,” kata polis.
“Kenapa Tuan?” Kata aku lagi , otak makin sendat.
“Ikut saja kami ke balai,” katanya bengis.
Di balai aku disoalsiasat dan disumbat ke penjara. Menunggu hari perbicaraan yang sah bahawasanya aku membawa barang terlarang. Dalam sel, aku cuma minta sebuah komputer dan bahan bacaan serta akhbar selain sejadah dan kemudahan solat.

Aku akan menulis atau berblog dari dalam sel penjara. Semua benda aku akan tulis supaya dapat berkongsi dengan blogger yang yang masuk membaca blog LadyWindsor yang masuk sel kerana mengedar barang salah. Aku menunggu saat dijatuhkan hukuman dan sempat juga aku menyiapkan beberapa novel yang sebelum ini terbengkalai. Di samping itu aku minta dengan penguasa penjara untuk beri talk kesihatan dan kecantikan kepada banduan lain selain mengajar kraftangan. 

Permintaan aku ditunaikan dan di luar penjara, rakan-rakan sekerja berpiket untuk membebaskan aku kerana aku tidak ada ketokohan sebagai pengedar bahan terlarang itu. Hidup sememangnya sengsara di dalam sel sempit itu, tapi aku pasrah. Mungkin hayatku berakhir di situ. Aku tiada siapa yang perlu dirisaukan dan mereka juga tidak perlu risau lagi pasal aku.
“Cik! Cik!...” Suara itu kedengaran nyaring.
Cisss penguasa penjara ini, tidak bolehkah dia bercakap elok-elok dengan aku yang adalah pesalah akhir ini..
“Cik, sudah sampai u punya office...” Kata pemandu itu..

Ceittttt! Aku bermimpi di siang hari tapi memang aku ngeri dan resah gila lihat beg pakaian itu. Korang kalau nak naik teksi yang ada sebarang benda di tempat duduk belakang atau depan, berhati-hati. Just a pre-cautious kerana jerat tidak pernah melupakan pelanduk, tapi pelanduk sentiasa terlupa akan jerat berkenaan.

Nota: Demi Tuhan, sepanjang 20 minit berada dalam teksi dari KDN Jalan Duta menuju ke office, aku berasa cemas gila sambil menjarakkan kedudukan aku dengan beg pakaian berwarna hitam itu. Konon aku tidak mahu meninggalkan sebarang DNA pada beg berkenaan. Dalam kepala juga aku teringat kes Nurin Jazlin..sangat hairan kerana sampai kini polis tidak dapat mengesan sebarang DNA pada beg berisi mayat arwah. Kalau tengok CSI, sure dah lama boleh kesan. Tapi ye lah kan...itu siri TV, segala bagai boleh buat...heh!


Esprit the corp!

This is what we call coptic stitch binding..its a bit different with kettle stitch..i prefer kettle stitch because i can create a beautiful butterfly in a variety colour...i finished it in 3 hrs last nite and addicted with it.
I suppose to choose green colour to stitch this character of paper, but i didn't notice that blue is not really suit with army fabric. I know this is illegal to use this fabric, but i like it..someone gave it to me long time ago. If im not mistaken, that was the remnant of the fabric and the tailor presented it to me because i love the motif and colour itself..
As usual, i prefer to recycle all the items that i had..the camel button was taken from my khaki camel that i kept it as 'bahan recycle' in my wardrobe..the khaki can't fix anymore..don't know whether it was shrink or else im getting bigger and bigger..sigh!
 And again, from my eyes, an owl is really cute and unique because of it character...
Hmm..im thinking who am i gonna give this book to??? If my father is 'still here', i will present it to him because he was an ex-wataniah..he was a very good in discipline in his way to educate us (me and siblings) how marching can educate us to have a good team work. You know, if one of us couldn't follow the step, the troop is not perfect and it ensemble that we don't have a spirit of unity @ no esprit the corp!

Talking about esprit the corp...i remember the thing when i was in Reserve Officer Training Unit (ROTU). That was a hard time because we had a battle with RELA and most of them was a lady...we had to pretend like we were in ambush scene and had to combat them. One of us threw a stone to the RELA group and it hurted the makcik who's in RELA group. Actually she was an orang asli women, took part in our training.

Her head was hurted and our commander did an emergency assembly. All of us became panic because we knew what will happened when someone hurt and it became more obvious because the makcik did a report to our PW1 (Pegaiwai Waran 1), Encik Lias.

"Kadet!! Cepat mengaku siapa lempar batu pada RELA tu?" Our commander, Kapt A shouted to us. All was like tunduk dan menikus macam ayam berak kapur, takut and suspen sebab kalau tak ada yang mengaku, semua kena punish.
"Cepat!!!! Aku kira satu sampai tiga, kalau tak ada juga, korang tahu apa korang kena buat!"

Satu!

Dua!

Tiga!!!!!!

"Apa lagi? Full!!! Sapa tak full aku rendam lagi sampai korang kembang!!!" (Kami kena rendam dalam tasik yang airnya separas lutut, kena rendam full sampai basah from head to toe in army uniform..just imagines how funny and teruk the situation..dengan marching boots and backpack seberat 10 kg kat belakang, topi segala bagai, semua basah..grrrr..rasa nak telan kapten tu..)

In the end, nobody appeared and the makcik dissapointed because no one was blamed for that kinda tak senonoh punya ambush. Actually, we were had a secret agreement @ MOU to keep it as secret till last. If someone went to the front line and mengaku that he/she did it (threw the batu) we still kena punish or denda. Jadi instead of  takut, panic etc and confused because kapten tu suka buat tricky in his way nak test kami-kami, kita orang sepakat nak senyap and showed him that escprit the corp is important in a troop. Let say if the enemy caught us, no secret will be bocor from us and the captain was smile all the way sebab kami berjaya sepakat dan senyap tak bocorkan rahsia siapakah punya tangan yang melempar batu ke arah makcik RELA..

"Hmm korang bagus, aku saja nak test. Esok kalau musuh tangkap, tiada rahsia kerajaan keluar dari mulut korang. Makcik tu kirim salam, luka dia dah sembuh.."
"Yay!! We did it. Esprit the corp Capt!!!" And we jump higher and higher till we successfully commissioned as Young Officer...that's what esprit de corp meant to me...

Sunday, 27 May 2012

Tujuh jenis bunga...

Dalam pasu ini ada seekor betta/ ikan laga berwarna biru...oleh sebab ruang yang luas dan ia seekor je di dalam, aku tak tahu sama ada hayatnya hidup atau mati. Kalau mati, tak de timbul pun...
Dulu kalau mak ada, dia suka tanam macam-macam kaler, kuning, putih, merah dan pink. Siap kacuk lagi jadikan warnanya lebih pelbagai. Aku tak mahir nak kacuk, just cucuk je dalam tanah...hidup juga.
Arwah mak dulu suka tanam pokok bunga. Tujuh jenis bunga yang wajib ada di kebun kecil tepi rumah kami di kampung ialah melur, cempaka, mawar, kenanga, kemboja, bouganvilla dan daisy. Katanya ada tujuh jenis bunga ini sudah cukup untuk buat satu rumah jadi wangi, tak payah beli potpouri atau aroma terapi katanya. Aku tak faham, tapi bila selalu perhati apa yang dia suka buat, aku faham apa yang dia maksudkan satu rumah boleh jadi wangi.

Setiap hujung minggu, mak akan buat bunga rampai untuk letak di atas almari atau mana-mana sudut yang dia suka di rumah kami. Daun pandan dari belakang rumah dan tujuh jenis bunga di hiris halus memang membuatkan satu rumah bau wangi. Kami dah biasa dengan bau wangi itu, jadi kalau Khamis malam Jumaat, memang tak timbul soal takut kerana bau wangi sebab rumah mak memang setiap hari wangi. Idea orang kampung kan, memang boleh dipakai guna. Sampai kini, aku pun kalau ada peluang nak juga buat macam tu. Kebetulan sebelah office aku ada kedai bunga...jadi bolehlah buat. Nak tanam sendiri, i don't have a green thumb...la ni baru ada melur dan mawar kat rumah...itu pun ala-ala hidup segan mati tak mahu...

Ada satu kali tu, aku ada peluang singgah rumah seorang tokoh bahasa atas kapasiti kerja. Rumah banglo di Kota Damansara itu memang cantik dan besar. Datuk dan Datin yang jadi tuan rumah itu pun sangat peramah. Mereka baru dapat title Datuk/Datin sebenarnya masa tu, jadi aku kira suasana gembira kerana anugerah pangkat berkenaan masih terkesan di rumah banglo cantik itu. Hiasannya biasa-biasa saja tapi aku rasa rumah berkenaan cantik kerana budi bahasa dan layanan tuan rumah kepada aku yang datang walaupun mereka sebenarnya sibuk.

Jadi aku tiba rumah tu pada jam 10.30 pagi. Selepas berkali-kali diajak masuk oleh si isteri, aku mengalah dan masuk ke dalam...sangat selesa dan penuh kasih sayang. Tak banyak perabut pun tapi aku berasa selesa..mungkin keikhlasan tuan rumah melata di dalam kediaman itu. Oleh sebab segan, aku pilih untuk duduk di laman anjung saja. Lokasinya di hujung jalan dan dari atas bukit, boleh lihat pemandangan sekeliling. Memang nyaman...jadinya day dreaming aku pun bermula...hahaha..hidup tak habis dengan berangan ya, dari angan-angan akan jadi kenyataan kalau kita usaha...

Jadi, sambil makan pagi di meja kecil tepi taman, aku sembang dengan si suami kerana si isteri lebih banyak keluar masuk ke dapur menambah makanan yang sudah penuh atas meja. Nasi lemak, mee goreng, kuih dan kopi panas..memang heaven. Tapi satu-satunya perkara yang menarik perhatian aku ialah sebuah kolam kecil paras lutut pada bahagian tepi anjung itu. Kolam dari bata merah itu berukuran 24" x 24" dan ada dua ekor koi yang santai gila...ada fountain kecil dan si tuan rumah lelaki katanya suka duduk di situ sambil melukis...mak datukk...satu cara hidup yang sangat leisure...patutlah kedua-dua gembira, tak ada apa yang menyesakkan kepala mereka. Kalau ada rumah sendiri. haruslah aku nak buat macam tu juga..tapi baru je tanam dua tiga pasu pokok bunga, datang dah pengacau yang sangat comel...comel sangat sampai rasa nak pijak! pijak! Habis daun pokok limau aku kena makan, daun ros dan melur pun rongak..
 
Pokok melur ini baru nak membesar tapi daunnya dah hampir tak ada..angkara gigi apakah yang menggigitnya...nak sembur racun, tak sampai hati...tak pe, kasi can dulu ia makan daun-daun kenyang2 lepas tu kita spray...
Mawar ini masih ok, belum ada gangguan terhadap daun-daunnya...
Ketika pic ini diambil, daun masih penuh pada dahan dan ranting, tapi ketika entry ini dibuat, ia sudah togel angkara makhluk di bawah tu...sajak je melekat kat dahan limau nipis...
Kan...elok je parking kat dahan limau nipis ni, dah le makan daun..memang nak kena slash...
Sarang burung tempua ini sengaja di letak/gantung di luar rumah. Arwah abah kata, kalau ada sarang burung ini di luar rumah, penyakit tidak akan datang berkunjung ke rumah kita. Ini hanya petua orang lama, jangan percaya ya. Kalau rumah kotor, kebersihan tak jaga, makan tak jaga, kita akan sakit juga. Tapi ada banyak sakit dalam hidup, sakit yang tidak nampak dan sakit yang nampak..

Saturday, 26 May 2012

Book Binding 1

Kettle stitch and the motif is butterfly..cover with fabric from IKEA...that is reminent from my curtain..:)
I made this book for FM in Shah Alam. Will parcel to him a.s.a.p. He text me yesterday, the book must be in black and white cover and masculine?! I didn't know how to create it to be looks like masculine. Guess this colour suit him well...
It's almost done but not complete yet because i forgot to buy metal clip to put as cover at every angle...
At that time I don't have enuff material. So i recycled the Montblanc ribbon that has been given to me bef..

Can you see a hammer and other tools?
Messy space, but if someone try to clean up all the messy..i guarantee she will be lost in action because of the messy...muehehe
This is my work station...it is also a station for eating, writing, crafting and everything in a room...not 3 in1 but many in a small space...and if i wanna have a cup of coffee..i have it here too while finish my art and craft...

Mengkudakan seekor kuda...hehe!

Colmar yang cantik..nak pergi Colmar di Peranchis tak cukup duit ok, kena cari penaja dulu..so aku lawat Colmar sini je lah...tu pun atas invitation. Kawasan hawa sejuk yang dibina khusus sama seperti pekan kecil Colmar di tempat asalnya di Peranchis. Cuba bayangkan pekan itu seperti pekan buatan dan segala-galanya indah..dan kebanyakan pengunjungnya pun adalah bangsa kulit putih..
Gambar diambil pakai camera compact...hasilnya sedikit kelabu...
Inilah kuda yang kononnya tak akan mengamuk kalau penunggangnya adalah perempuan...ceihhhh kuda pun tahu memilih...tengok tu..tunduk je kontrol handsome...
Naik bas, motosikal, tut tut, hehlikofeter (anak buah aku pelat sebut helikopter macam ni), kapal terbang, keretapi, lori, van, virago, harley, beca, kuda, feri, bot, sampan, rakit dan apa lagi ya, naik rimau?? ehh mana ader...semua ini aku rasa oleh sebab tugas ketika kerja.

O ya jet pejuang belum pernah cuba, kapal selam pun tak berkesempatan nak rasa. Ok..fine at least banyak juga pernah try..daripada takut naik kapal terbang aku dah jadi ok. Begitu juga dengan kuda, tak terfikir pun nak tunggang kuda memandangkan berat aku sama macam kuda kot tapi bila coach kata seekor kuda boleh membawa beban sekali ganda berat ia, maka aku jadi konfiden. Jadi kalau kuda itu beratnya 90 kg, ia mampu bawa beban 180 kg yang mana sebahagian daripada berat itu adalah berat aku.

Berkesempatan naik kuda ni, ngerinya tok sah cerita. Aku tak ingat sisi baik seekor kuda, yang aku terbayang ialah apabila kuda naik angin dan meloncat-loncat lalu aku jatuh dan kena pijak kuda, dan kena lanyak kuda dan aku pun pengsan. Sampai gitu berangan yang bukan-bukan sebab tak pernah naik kuda...tapi sekali menunggang kuda..best dan enjoy, tapi tak mampu la weh kalau nak ambil pakej menunggang kuda di UPM..

Masa berpeluang menunggang kuda di Bukit Tinggi dulu, jockey bawa kami satu kumpulan naik tanah tinggi. Aku kesiannya tengok kuda di depan sebab slow motion bawa beban orang-orang seperti kami. Walaupun jockey tetap meyakinkan kami, jangan risau, kuda-kuda itu tetap perkasa menanggung kami-kami ini, aku tak lepas pandang tengok kuda yang jadi tunggangan aku.
"Cik, ini kuda jantan..." Kata jockey yang sedikit nakal itu.
"Habis tu, kenapa dengan kuda jantan..."
"Ia tak akan cederakan Cik..."
"Kalau kuda ni tetiba mengamuk???"
"Tak mungkin, sebab penunggangnya adalah Cik..."
"Kalau orang lain yang tunggang?"
"Pun ia masih ok asalkan perempuan yang tunggang...hehe"
"Ceitt...kuda pun tahu memilih.."
"Mestilah..saya pun tak boleh tunggang kuda jantan kami yang seekor ini.."
"Mwahahaha auta le teww...."
Lepas tu kami terus naik bukit dan redah semak samun di Bukit Tinggi selama sejam dengan kuda-kuda yang sangat High Chapparal itu...adehhh lepas tu balik room pun masih rasa macam naik kuda juga lagi...kalau tunggang kuda ini hobi murah, haruslah mak pergi menunggang lagi..

Chef Imrah dan anak buah...aku tumpang sekaki...hehe
Lepas naik kuda makan dessert macam ni, memang boleh berangan sangat...
Kasi can black goose couple ini enterframe..behave kan..tak macam yang white couple bawah ni...
Ini mau juga..hasad dengki sungguh, nak disudunya tangan aku..seb baik la dua-dua ekor comel...kalau tak tarik leher panjang-panjang simpul dua-dua ekor ni...

Thursday, 24 May 2012

KFC and Fruits

Sorry for the blur pic, was taken during exercise routine..
Went to the gym yesterday and did the exercised on a threadmill for 1 hr...pehhh rasa nak tumpo ( Perakian slanga for 'mati'). Furthermore, the instructor, En Hoesni, forced me to do some routine like walked faster, walked like climbing road, walked while the hand up etc...kalau ikut hati nak bagi back hand saja kat instructor gym yang kecik molek tu tapi tak le kan..i walked on threadmill for 58 minutes and 47 seconds which calories burned is 313 in distant 4.14 metres...afther that, went back and when i entered my house..my cousin great me..
"Kak, jom makan nasi...saya baru nak buka puasa..." And i couldn't say no sebab last sekali makan nasi was on Sunday...but..nasib baik syaitan itu berjaya dikawal, 5 sudu saja...hahahah nak sedapkan hati, lima sudu beb..after that landing in my room...arghhhhh!!! Tidakkkk..menyesal gila...nak exercise sikit punya suffer balik rumah sempoi je bantai nasi...dushhhh! Ok done with that..next time kena baca Bismillah banyak-banyak supaya syaitan menjauh...

Basically aku suka beli buah kedai nyonya tua depan office tu tapi kalau satu plastik siap potong bersamaan sebiji apple dia jual RM1.50, mahal juga dan kalau kali 5, dah RM7.50 untuk lima hari. Kalau beli kat Jusco tepi rumah, dengan jumlah RM7.50 tu aku dah boleh dapat 7 biji apple dan maknanya boleh makan sebiji setiap hari untuk seminggu. Jadi, aku beli apple Jusco (nak juga sebut Jusco...konon! Hahaha...)

Ok this is not about Jusco, apple, calculation or stingy but this is about a good food for a healthy life. Since i participate in KFC, im being fussy about food and few things. Im pretty sure all of us knows about this phrase...an apple a day keep a doctor away from us. I choose red apple because the sugar is more than the green one. Eventho i have diabetes and need to control sugar intake in daily routine, but i need sugar. So i choose to have sugar from fruits.

One more thing, it's about how you manage the food, the storage of the food. Like apple, it is rich with oxidant and if we let it like a normal fruit, the texture is getting bad like 'lemau' then the colour turn on to brown. That's what where the oxidant is gone. To avoid the such condition, after peel and cut it, please soak into a water and put a pinch of salt. Soak it about 10-15 minutes and toast it. Then you can stor it in a storage like any other container or tupperware is better. I choose tupperware because it is tight and when i open it, the freshness is still there. I divide it to the 5 tupperwares and every morning before going out to work, of coz i bring it one...for the snack of the day.(I have to avoid grape and lemon because it contain vitamin C and i can't take much or else will be semput!)
Buah epal ini direndam di dalam air campur garam selama 10-15 minit untuk mengelakkan ia jadi lebam sebab kalau dah lebam, segala zatnya sudah terhidrat dan rasa macam makan hampas jer..aku kena concer sebab tak mahu tanaga yang bagus untuk badan itu hilang..rugi je kalau hilang sebab epal ini bukannya berharga 20 sen tapi lebih seringgit...

 Untuk sebiji epal, aku potong 16 keping. Muat-muat untuk tupperware kecil dan ia akan jadi junk food untuk sepanjang hari...kena habis sebelum jam 7 petang sebab no food after 7. This is my rules...tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati tapi ada kena mengena dengan sesiapa yang masuk Kilos for Cash!

Wednesday, 23 May 2012

Entry tertangguh: Cikgu

Walaupun hari cikgu dah lama lepas, aku baru nak up kisah ini kerana tak mahu ketat-ketat dengan blog lain sebab aku up entry ikut suka suki hati aku seperti mana aku nak pergi sekolah dulu dengan gaya macam mana.
“Cikgu, saya nak minta tolong cek karangan saya ..” kataku kepada Cikgu Hussin, walaupun beliau bukan cikgu kelas aku ketika aku di tingkatan 4A.

Cikgu Hussin guru kelas Perdagangan, tapi oleh sebab dia suka akan karangan yang aku buat, dia boleh cross line  Cikgu Azizah, guru BM kelas aku, kelas sastera. Hal ini menyebabkan seluruh budak-budak kelas perdagangan tak suka aku sebab kata mereka, aku curi guru mereka. Hahaha...aku lagi otai sebab guru mereka boleh baik pulak dengan aku..kiranya aku otai sikit...tapi otai bertempat ya..kemudian nanti citer kenapa aku otai...

Di sekolah yang sama, ada Cikgu Fauzi, mengajar Geografi. Aku bermusuh sakan dengan Cikgu Fauzi sebab dia pernah tegur aku masa kelas dia.
“Hah..termenung aje, ingat pakwe ya,” katanya pada satu tengah hari. Kelas beliau last, masa tu jam 1 pm..lagi 15 minit nak balik. Aku mengantuk gila vavi!

Oleh sebab malu yang tak terhingga (aku sekolah border school, no guys at all jadi rasa macam gedik sangat la konon kalau berkhayal ingat pakwe walaupun aku tak de pakwe langsung..caya tak?) aku sentap dengan teguran Cikgu Fauzi dan rasa nak jelir lidah saja pada dia. Lepas tu oleh sebab terlalu marah, aku conteng buku Geografi, conteng dengan pen sampai carik buku tu. Penyudahnya aku dapat 7 saja SPM sebab derhaka pada guru. Cikgu Fauzi langsung tak tahu aku marah pada dia dan moral of the story, jangan buat musuh dengan guru, nanti tak berkat belajar.

Ada satu kisah lagi, mengenai Cikgu Azizah yang jadi Pengetua di border school ini. Dia masuk kelas aku (dan kami suka dia sebab dia sangat feminin) sebagai guru ganti. Kebetulannya dia bagi buku latihan dan panggil nama kami satu-satu. Ada sorang murid terlupa nak cakap terima kasih kepada beliau dan beliau boleh bercakap kepada kami mengenai sikap mengucapkan terima kasih itu sehingga habis waktu. Aku terkesan sehingga sekarang pun dan aku rasa bersalah kalau tak cakap terima kasih kepada makcik cleaner yang tolong clearkan bakul sampah aku kat opis...

Masa sekolah rendah, aku suka Teacher Nadhira dan Sir Ayoub. Mereka berdua ni guru BI. Teacher Nadhira ni BI dia memang power tahap twinkle-twinkle little star manakala Sir Ayoub pula memang level Humpty Dumpty. Pada aku, depa ni macam terer sesangat dan aku kagum. Cuma yang aku heran, walaupun dah tua bangka, aku tak juga terer macam Teacher Nadhira dan Sir Ayoub ni. Entah depa ni ada lagi ke tidak...sebab dah berpuluh dekad berlalu. Aku tak ada banyak kenangan di Sek Ren Keb Sultan Ibrahim (1) Pasir Mas kerana aku student pasif.

Ada dua orang ‘cikgu’ ni, Mak Su Jah dan Kak Cik Nah...mereka ini adalah antara guru yang membentuk aku mengenali dan menjaga keutuhan susur galur sebagai seorang muslim. Dua beranak ini adalah guru Al-Quran yang aku sanjung. Mereka mengajar aku baca Quran tanpa melihat butir dan huruf Quran pun. Mak Su Jah ini sentiasa pejam mata bila mengajar, tapi bacaannya betul dan anaknya, Kak Cik Nah, ada juga sekali sekala pejam mata tapi masih merujuk pada halaman Al-Quran. Inilah dua guru yang jadi ikon penting dalam hidup aku. Mak Su Jah dah lama kembali ke rahmatullah manakala Kak Cik Nah pun dah tua dan uzur.

Apabila sambung belajar di KL, orang yang mengajar aku dah tak dipanggil cikgu lagi. Semua disebut Encik dan Puan dan malangnya kita tiada hari pensyarah.

Oh ya, aku ada dua orang guru sepanjang hayat yang aku sanjung sampai bila-bila. Arwah Mak dan Abah, kedua-duanya adalah guru yang tidak pernah lelah atau penat mengajar aku ilmu kehidupan. Sejurus aku keluar ke dunia, abah sudah mengajar aku supaya menjadi anak yang baik (walaupun aku bukan baik sangat pun...) dengan melaungkan azan di telingaku. Meskipun aku tidak mengetahui apa-apa pada masa itu, sekurang-kurangnya pelajaran pertama yang aku terima daripada Abah membentuk aku mempunyai jati diri seperti hari ini.

Begitu juga dengan Mak yang mendidik aku supaya jangan buat perangai buruk laku ketika minum ( Mak kata aku kuat minum susu, dah tentu susu cap gantung kan...hehe) dan aku pun tak mengerti apa-apa ketika itu. Yang aku tahu, melalak bila lapar dan basah. Jadi Mak pujuk aku supaya jadi budak baik, tidak menangis dan behave...mekaseh Mak!

Demikian guru-guru yang membentuk acuan seorang aku hari ini...jasa mereka yang bernama guru tidak akan pernah aku lupa. Dan guru itu tidak semestinya boleh ditemui atau ada di sekolah semata-mata, sebaliknya pengalaman juga adalah ‘guru’, persahabatan juga adalah ‘guru’ dan anda semua yang masuk ke blog ini juga adalah ‘guru’ yang aku anggap mematangkan aku dalam banyak perkara..

Tuesday, 22 May 2012

Kcal: Salad and folder..



Macam mana nak kira tenaga yang diperlukan oleh badan? Tenaga adalah kalori, kalau berlebihan ia akan jadi musuh tapi kalau tak cukup pun tak bagus juga. Jadi aku kena pastikan aku ada cukup tenaga/kalori untuk aktiviti harian. Jadi nak tahu berapa banyak yang diperlukan:
Berat badan x 3: 90kg x 3 = 2700 kcal
Aku tolak 1000 kcal sebab nak diet, jadi yang diperlukan ialah 1700 kcal saja setiap hari. Kalau cuma ada 1200 atau 1500 kcal, mungkin tidak begitu cukup untuk tugas harian (kita akan berasa letih atau cepat lapar). Doktor kata cuba dengan 1700 dulu. Sambil itu kena reduce juga dan macam mana nak reduce, kira kalori setiap makanan dan lakukan senama di gym..



Makan ni...tempted gila...sebab ada banyak salad. Aku prefer fresh salad sebab kalau pilih green leaf, kena masak,..tu yang aku allergic, nak masak! Kalau masak, kena masuk dapur, bila masuk dapur, nanti banyak pula yang aku berangan nak masak..haishh sangat tak boleh menahan atau mengawal nafsu makan. Jadinya baiklah aku jauhi kitchen di rumah ini...itu adalah pita bread and salad yang dibuat sendiri..lebih murah, lebih jimat dan confirm bersih..!
Eeehh...apa ni? Cuba teka? Aaahh mesti dah boleh agak apa benda dalam foil aluminium ini kan..ini adalah stok makanan aku untuk lima hari, satu untuk setiap hari. Apakah di dalamnya? Ok refer to the title of the entry...pita bread and salad. Nak makan salad saja melampaulah pulak dietnya kan, nak makan pita bread saja, hello mana boleh...tak cukup zat langsung. Jadi aku kena modified, kira tenaga sana sini dan mix and match dressingnya supaya kalori tidak melebih 1,500 untuk setiap hari.
Dulu aku tak pernah concern mengenai pengambilan kalori dalam setiap makanan yang diambil. Aku kira kalau makan sikit, maka kalorinya sikit dan kalau makan banyak, kalorinya banyak. Walhal ada certain food yang kalau diambil banyak pun, kalorinya tetap sedikit dan tidak memudaratkan badan manakala ada juga sesetengah food yang kalau ambil sedikit pun, kalorinya banyak..ngeri sehhhh! Jadinya adalah penting untuk melihat label pada bahagian belakang plastik pembungkus sebelum membeli sesuatu jenis makanan. Dan pastinya aku kena nyah jauh-jauh makanan kegemaran iaitu goreng pisang. Kalau ex boss aku offer pun lepas ni aku kena buat muka sombong sebab nak tahan nafsu makan supaya tak ambil goreng pisang yang dia offer itu...cemane nak buat ni, ex boss selalu ajak aku makan, kalau dia tak dapat ajak aku untuk breakfast, dia mesti usahakan supaya aku ada masa lunch..hmmm...susah kalau jadi staff kesukaan walaupun dah jadi bekas boss kan...cehhh (mak perasan nyah...sila jangan jelesss..kikikki)

Pandangan dari sudut hujung, tak mengujakan langsung..tapi cer tengok bawah..haaa telan air liur le korang. Jangan tipu, aku tahu korang mesti dok teka macam mana rasanya bila dapat gigit dan kunyah kan..kehkehkeh!
Sebelum diroll..lepas roll terus wrap dengan foil dan masuk peti ais supaya quality salad tu terkawal. Oh ya kalau beli salad fresh dan disimpan secara kedap udara, it last long until a week atau lapan hari. Tengok juga keadaan kalau ada yang lebam, buang saja.
Boleh apply butter free cholesterol atau letak olive oil sebagai skin untuk mengelakkan ia kembang kerana salad itu mengeluarkan wap apabila disimpan di dalam peti ais..
garden salad ini ada jual kat market, RM5.50 satu bekas. red and green salad..balance vitamin for body..
Chicken floss buat sendiri,.boleh guna salmon atau tuna dalam tin tapi baunya sedikit hanyir..
Chicken floss buat sendiri,. I suggest u all guna breast or drumstick, pastikan tiada sebarang unsur lemak dan masa nak buat floss tu, pakai plastik untuk mengelakkan ia cepat basi kerana tangan/jari kita mengeluarkan enzim walaupun kita nampak ia kering. Enzim itu adalah sesuatu yang bagus dan tidak memudarakan tapi apabila ia bercampur dengan makanan, kesannya akan jadi sebaliknya, makanan cepat rosak. Jadi, cleanliness is no 1 when u deal dengan barang basah seperti ayam atau ikan...

Monday, 21 May 2012

Burung hantu..

A book as souvenir. You can write anything inside but for this kinda lovely book, i guest you can write a poem or recipe that you love it. Or else, a poetic phrase also nice to be inside...
3 styles of binding..kettle stich, copstick and the upper one i forgot what was the type of  binding...the bottom is kettle stich with butterfly motif..
Weekend is always like heaven for me. Why??? Because im free from office..haha..penat nak kerja. Jadi, Sabtu dan Ahad adalah hari yang luar biasa, hari makan-makan, hari wayang gambar, hari beli barang, hari tidur (ini paling aku suka), hari keras tangan dan hari kemas rumah. Ahh pendek kata semua suka, kalau tak suka aku tak akan tulis di sini. Hari Sabtu hari tu benar-benar hari keras tangan sebab aku join book binding workshop by Little Syam @ Setapak Jaya. Sometimes whe we were around in another circle, it gave us the colours of life because of the new circumstances. I must said, new perspective, different types of people and  different skill..i know that my 'magic' is still here with me. Every moment about book, reading a book, buy a book, binding a book and writing a book is being my passion. I did book binding very well with Syam and Eita supervised..love both of you teacher!:)
Cute little owl...and periwinkle...
Devil wear Prada..forgive me for the bad quality of pic...
At Little Syam, i learn about how to bind a book. Made a book as souvenir gift and it was lovely and super duper cute. It make me tempted every time when i saw a paper, fabric, needle includes small accesories like an owl that i had put here..as my signature. Why owl? It is always remind me about a dark nite, cloudy sky and silver moon and a dog barking to nothing but we know that there is something out side...woooo...wooo! Muahehe..dreaming again about vampire! V...:) I sware, if i can get the vampire accesories, i'll take it as my signature!
Again, an owl as a trademark...but i have a lot of accesories. If you prefer high heel, star, flower, leave, all can mehh...
Ok, anyone who want to order or interested, please email me to ladywindsor24@yahoo.com.
Sari as cover and periwinkle as button...nice combination i guess...

Sunday, 20 May 2012

My battle is begin...KFC1

Buku log untuk report diri sendiri...
KILOS for Cash was started yesterday, 19 May. It running until 27 August 2012.  The grand prize winner will receive RM3,000 and iPad and will anounce after raya. Yerp, raya...just imagine how hard for us to stay fit and do not allow ourself to eat any sweet and fatty food..?? How aa? Hari raya mesti nak makan satay, nasi dagang, nasi beriani bla bla bla! Ok i stop mumbling.

I went to a brief session and total of the participant is 100++. I know, the chances to be a winner is narrow but it doesn't mean that i have to stop hoping on that. I really hope, at least im  gonna be a weekly winner. Every two weeks, the weekly winner will get RM200 cash as for incentive to us..great! Hahaha...

Ok the rules is simple. The organiser gave us a log book of KFC which is we have to mark@sign every time we do an exercise. No matter what kind of exercise, wherever and whatever, it depends to us. What about if we cheating? Kita sendiri rugi because at the end of the competition, we will sit for a health test for about 45 minutes. It's about stamina, breathing and applicable to do some task within 45 minutes. 

Semua yang menjadi panel dalam pertandingan ini adalah pakar kesihatan terlatih dan mereka boleh tahu keupayaan peserta sama ada kami cukup atau tidak menjalani senaman walaupun mereka tidak monitor secara kerap. Bagus, at least aku boleh buat apa yang sudah disenaraikan. Apabila memasuki sesuatu pertandingan, ia bererti aku perlu melakukan sesuatu supaya penyertaan ini tidak sia-sia. Tidak sia-sia masa, wang ringgit dan juga kudrat. Rasanya kalau dihitung semua jumlah duit yang sudah dilabur untuk beli program kurus, ada kot boleh buat down payment myvi...tapi kali ini aku akan pastikan mereka pula bayar kepada aku...jadinya life have to be change 360 degree???


# Minum air lapan gelas setiap hari
Tiada apa yang menarik dengan segelas air ini, tapi sama ada diketahui atau tidak, kuasa segelas air adalah sangat baik untuk kesihatan, untuk penyembuhan. Kita disarankan mengambil lapan gelas air setiap hari bersamaan 1 liter. Biar terlebih minum, jangan terkurang. Nak-nak lagi kalau melakukan rutin di gym, setiap kali exercise, kita mengeluarkan peluh dan untuk replace balik peluh yang keluar dan air yang dibuang oleh sebab buangan sisa perkumuhan, jadi kena minum banyak air. Argghhh ini yang payah ni, nak minum lapan gelas sehari. Hari biasa nak habis empat gelas pun susah, ini kan pula lapan gelas... again, think positive!:)
Berenang adalah cara terbaik untuk membakar kalori....
# Berenang
Organizer kata kami boleh buat apa saja bentuk senaman, jadi aku pun pilih nak g swimming. Kebetulan Fatin yang jadi partner juga available for that. Jadi kami pun lepak di Bangsar Sport Complex selama 1 1/2 jam (akan buat setiap hari sebagai alternatif sekiranya gym di office aku penuh). Aku sempat buat dalam jarak yang agak panjang.. pehhh bangga gila..tak pe lah..janji buat. Untuk rekod peribadi, dah tentu ada peningkatan. Yang aku kagum kalau datang ke kolam di Bangsar ini adalah adanya swimmer profesional yang buat lap non stop. Badan tok sah citer la, mantap sehhh (ini adalah mengenai lady swimmer ya, bukannya guys) langsung tak de selulit dan lemak. Apa-apa pun, aku kagum dengan perenang wanita itu..kalau dia boleh..aku mesti boleh juga walaupun tak hebat macam dia..

# Avoid sweet things.
No more chocolate, no more tutty fruity..tapi air kopi tetap kena minum segelas sehari! Hehe...

Thursday, 17 May 2012

Sushi..oishiiiii

KADANG-kadang, lepas balik kerja, aku singgah Jusco yang jaraknya dari rumah hanya sepelaung. Pendek kata, beli garam sebungkus pun aku masuk Jusco. Sangat terpengaruh dan intact dengan pasar raya besar di dalamnya walaupun harga lebih mahal seposen dua. I have no choice, kalau tak, terpaksa tunggu my sister yang akan beli groceries kat Tesco setiap dua minggu. Lambat tu. Jusco ni satu je yang tak happening, tak de cinema..kalau tak harus aku berfoya-foya di sana setiap minggu atas alasan tengok movie walhal nak jamu mata dan jamu tekak...

Nak sebut nama menu ini sikit punya panjang tapi bila makan, tak sampai sepuluh minit sudah habis. Aku suka juga guna chopstick for the purpose of makan slow-slow konon tak de la banyak sangat makan nasi sebab mesti susah nak kepit nasi dengan pengepit kayu tu..psiko!
Paling aku suka kalau singgah Jusco ialah lemau-lemau kat Sushi King sambil layan FB sambil jamu mata pelayan-pelayannya yang ala-ala adik-adik! (Sangat menggatal ok..tapi depa tu baik-baik dan innocent). Dua tiga hari lepas, aku pesan mixed bento dengan broiled salmon, deep fried chicken, mayonaise icebase lettuce, crabstick, season japanese raddish and fish slice with steam rice garnish with black sesame. Hah sikit punya panjang namanya semput nafas mak nyah.. tapi makan tak sampai sepuluh minit dah langsai. Lepas tu rembat lagi pinggan sushi yang dok bergerak kat atas conveyer belt..tapi aku suka lagi pesan bento mix sebab untuk satu serving, ada macam-macam lauk yang cukup untuk buat bunyi burp!
 
Macam biasa, kalau masuk kedai Jepun ni, makan nasi atau mee ke apa, semua guna chopstick. Arwah abah panggil dulu cukup pantang kalau nampak kami guna kayu dua batang ni buat makan. Kalau Yin Fong ada mesti dia akan tegur aku yang suka letak chopstick secara menegak. Wee Chee pun sama, mesti akan ada cerita hantu mengenai chopstick sebab Wee Chee ni banyak kisah dalam mindanya. Lagi larut malam lagi dia suka bercerita pasal hantu. Kisah chopstick ini boleh baca sini siri seram: sydney part 2 dan siri seram: sydney.

Sushi yang dalam pinggan ini pula adalah yang aku buat sendiri. Tak kuasa nak beli sushi mahal tu, so lebih baik beli sticky rice, tumis tuna in olive oil dan letak seaweed, zuchini and capsicum..dah tentu lagi boleh makan sampai kenyang. Kalau nak lebih fusion, sila letak cili padi atau tempoyak atau cencaluk..ok apa..at least rasanya lain sket. Oh ya mould untuk sushi ni ada banyak jual kat kedai bakeri.

Fillingnya adalah tuna in olive dan zuchini...
Yang ini guna filling serunding daging. Kalau rajin anda boleh letak mushroom atau apa saja lauk, janji guna sticky rice dan ada seaweed sebagai pembalut.

Support me for KFC..

What else i can do to reduce my weight? Liposuction?? Owhh no..ridiculous! Im not gonna do this. Many things that i can and i will do but totally NO for this suffer condition. Kalau banyak duit pun aku tak akan buat apatah lagi aku yang cuma kais pagi makan pagi ni weii..makan pil kurus? Juga bukan cara bagus nak diet...pergi jogging? Eeee tak suka....Err pergi gym? Ya ya ya...jumpa my personal instructor dan paksa dia ikut cara aku dan bukan aku ikut cara dia..basically a conversation will be like this:

Os aka Hoesni: Kak, saya datang pagi hari ni? Amacam..kita buat strectching? (ini sms lazim dia anta pada aku)
Aku: Eh tak boleh, akak ada keje luar..
Os: So bila akak free?
Aku: Nantilah..bebila..
Os: Huh, ada je alasan akak ni..
Aku: A ah sibuk. Ko apa tau..
Os: Ok baiklah! Saya berikrar saya akan buat akak datang jumpa saya one day nanti..
 
Jeng! jeng! 
Today im gonna see him (Os - The Gym Instructor) for a briefing of Kilos For Cash programme run by my office. I have no choice because im among the 'biggest' in office and im pretty sure how do you feel when everybody keep asking you: Eh bila nak diet? Pakai baju saiz apa? Jom pergi gym? Alaa dia ni orang dah cakap suruh diet..tak jalan la! Ok im sick of that and now ill do it because i really want to do, not because of peoples around me..not because of them. To be more pathetic, dik..ahkak ada banyak benda nak buat, so ahkak kena jaga kesihatan...ahkak nak travel, ahkak nak makan angin ahkak nak keluar dating dengan balak ahkak, ahkak nak kahwin ..bla! bla! bla! Bluerkkk....

This is a reminder from the organiser about KFC programme. Im one of the participant because my BMI  is worst!. So if you have any tips, story or secret about reduce weight, please share with me and i appreciate that. Your support will be the best MAGIC for me...

 *******************************************************************************
Dear Participants of Kilos for Cash (KFC),

You are required to attend the 1st Weigh In Session and Briefing by Dr. Rohaya & En. Hoesni that are schedule as details below:

Date: May 17, 2012

Time: 2.30 pm until 4.00 pm (Weigh In)
         4.00 pm until 4.30 pm (Briefing)

Venue : Training Room 3, Training Centre, 1st Floor

"Attendance is compulsory"

Thank you.

**********************************************************************************
Plain yogurt and grapes..i know grapes is the enemy for those who has asthma  like me but i still wanna have it with yogurt. Tak pe..moderate sket..makan sikit tak akan jadi masalah..tell u what, the taste of plain yogurt is lil bit sour and milky..as for me...for the first attempt of having yogurt without any fruits..yuckkk! But i hv to think positive and think that yogurt is like tutti frutti walaupun bukan tuti fruti yg mahal itu, so i zass ziss zuss and now..yeahh i like it! Kalau rajin, chop chop saja anggur hijau ini...pun yummy juga. Boleh letak dry kismis, peach, papaya and strawberry...oh yea dare to be different..fried salmon and yogurt! Believe me...not bad!
Shida told me plain yogurt is among the best 'ice cream' for us. But i have to make sure, only plain yogurt and not yogurt with flavour because its contain sugar and sugar is totally bad for us. I can take sugar via eating fruits and fruits while fiber can supply me another vitamin like C, E etc..
I will update my progress in KFC from time to time and the entry will be a 'record' for my KFC...as for today: (considere it as a figure before i start the KFC's programme)
Weight: 92 kg.
Height: 155cm
Blood Pressure: 120/85 (Due to last two weeks checked up)
Sugar level: 7 (Due to last two weeks checked up)
 

Tuesday, 15 May 2012

Who is diva?

Everybody knows  that the word ‘diva’ in Malaysia is refer to an artist like Anita Sarawak, Siti Nurhaliza or Ziana Zain and others. The fact that we put a lot of respect to the person with diva title...it means diva is  vogue, famous, and every thing is great...hahaha. Ok..buttttt.....if you go to Abu Dhabi, UAE,  diva is refer to..jeng!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
....wait aaa??
diva....where is the diva??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
a diva in Abu Dhabi is a camel....hahahaha!




I am Abu Dhabi darling diva...:)
The perfume bottle..unique! And the smell is...arghhh nice too..:)
These two items, fridge magnet and perfume, was given by my ex boss to me as souvenir from Abu Dhabi..nice ex boss isn't?

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...